Wednesday, May 30, 2012

UIA ni best ke?

~Assalamualaikum wbt~


~Aku dah lama sebenarnya nak buat post ni tapi disebabkan aku rasa sangat malas, masa tak mengizinkan dan takde idea, aku pun terpaksa batalkan niat aku dulu. Junior dah nak masuk, baru ler aku gatal2 nak tulis. Hehe.  

Best sangat ke jadi budak UIA ni? Hurm.. Tu tak dapek ler den nak komen. Best, tak best, terpulang pada individu tu sendiri. Okey. Aku tak nak jadi formal sangat. Aku try nak cam nampak kita berborak. Cam friend-to-friend gitu. ^^

Dulu, ayah aku banyak tanya pasal UIA kat Achek aku ( abang pada mak aku ) sebab Achek hantar 3orang anak lelaki dia masuk UIA. Lebih2 lagi, Achek ni ramai kawan kat situ. Aku pun awal2 tak heran sangat pun. Tapi masa tu kan tengah trend cerita 'Nur Kasih' and I'm one of the fans! Hehe.. So, bila dapat tau Nur ni belajar kat UIA gak, aku pun terima je lar cadangan ayah aku untuk mohon masuk situ! Konon nak jadi cam Nur Amina tu lar kan... Sengal betul aku ni.

Tapi, hati aku belum terlekat kat UIA lagi. Lebih2 lagi, bila dapat tau, aku kena amik arab! What?? Masa darjah satu pun, arab aku fail! Hampeh, tak pernah lulus seumur hidup aku. Aku ingat lagi, aku nak ikut sorang member aku ni. Nak masuk UM sama2. Aku mula2 ajak dia masuk UIA sebab aku tak yakin untuk masuk UM. Budak2 pandai je masuk situ ( ikut pandangan aku ler ). Tapi dia tak nak sebab ada bahasa arab. Jadi, disebabkan tu, aku minta ayah aku tolong isikan pilihan pertama, UM. Pilihan kedua, UIA. Yang lain-lain, UITM.

Aku tak ingat bila tapi tiba-tiba je hati aku kuat sangat nak UIA. Padahal masa tu permohonan UPU dah nak tutup. Aku tak pernah lak buat solat istikharah tapi entah nape, hati aku cam nak sangat masuk UIA. Kenapa? Aku sendiri pun tak sure. Aku pun terus minta ayah aku tukar. Ayah aku berulang kali tanya, "Betul ni? Confirm ek?" Aku angguk kepala dan takde rasa ragu-ragu pun dalam pilihan aku tu.

Dan Alhamdulillah, aku di antara pelajar yang terpilih untuk masuk UIA. Kawan aku tu pun, tak dapat masuk UM. Dan antara cabaran terbesar bila aku dapat gak tawaran untuk masuk Kolej Matriks Negeri Sembilan dan Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM). Matriks, aku dah confirm boleh dapat setahun je tapi course, aku tak pasti lagi akan dapat apa. IPRM? Ayah aku kerja situ. Kawan2 ayah aku berlambak kat situ. Dah lar dekat sangat dari rumah.

Tapi hati aku masih kuat untuk UIA, ambil course Architecture and Environmental Design (AED). Ramai lak mula menakut-nakutkan aku. "Kat sana kena belajar arab." "Nanti kat sana, kau baik-baik sikit dengan orang2 extreme ni." "Jangan bila dah balik nanti, tengok2 nampak mata je.." "Kat sana, bersederhana je. Tak payah extreme sangat." Banyak lak tanggapan negatif daripada positif. Tu sebab, bila aku dapat tau konon kat sana kena pakai tudung labuh, aku jadi takut. Aku tak pernah seumur hidup aku pakai tudung labuh.

First time aku masuk, tak payah cakap lar, cuak kot!! Ni first time ever aku akan masuk asrama. Kenal dengan orang dari pelbagai negeri. Dengar pengumuman bahasa melayu, inggeris dan arab! Nak berdaftar pun, laki perempuan separate. Yelah.. Masa kat sekolah Puteri, semua perempuan. Kat mambau, memang campur. Kekok sikit ler masa tu. Lebih2 lagi, tengok2 dua orang roommate aku dari sekolah agama, ( SMAKL ). Aku cam rendah diri ler.. Aku sekolah biasa je..

EPT (english practical test ), APT ( arabic practical test ), tilawah al quran, fardhu ain. Semua test tu aku buat betul2 sebab nak dapatkan 1 year programme! Arab je lar tak sebab aku tak tau satu benda pun. Aku cuma tulis nama, nombor matrik dengan course. Tunggu arahan dari lecturer, then keluar. So, aku tak faham lar nape orang takut sangat dengan test arab ni bakal jejaskan tempoh dorang tuk belajar foundation. Padahal dia banyak fokus kat english je. UIA tak kejam pun.

Tapi dalam satu minggu tu, Allah tunjukkan kurniaan dan kasih sayang-Nya kat aku. Satu hari, buat pertama kalinya, aku ternampak kalimah Allah kat langit. Impian yang dah lama aku simpan sejak aku umur 13tahun. Dan seorang senior yang menceritakan kisah hidupnya dulu. Kisah hidupnya yang benar-benar menyentuh hatiku. Tentang aurat. Kalau anak perempuan tak jaga aurat dia, ayah dia pun akan dapat dosa sebab gagal didik anak dia dengan baik. Aku teringat ayah aku. Ayah aku sedaya upaya bagi yang terbaik buat anak2nya tapi apa yang aku bagi? Sekadar dosa! Tak pernah aku rasa camni. Dan saat tu, aku bersyukur aku ada kat UIA ni.

Yer.. Aku dapat 2tahun program kat sini. Disebabkan terlalu banyak masa dibuang macam tu je, aku dengan roommates aku bercadang tuk join FSCC ( Foundation Student Coordination Council ). Tapi sorang roommate aku tak jadi nak join sebab dia setahun program ( sangat2 busy! ) Dua orang roommate aku terpilih tapi aku tak. Sedih tu, tak dapat lar dibayangkan. Tapi entah.. Daripada situ, aku cuba fikir, "Takpe. Benda baik akan datang gak satu masa nanti." Aku berfikiran positif. ^^ Dan tak sampai sebulan, aku dapat call, "Atiqah, awak ada jadi apa2 committee ke? Berminat lagi tak nak join FSCC?"

Dan buat pertama kalinya, aku dapat berbuka puasa dengan anak2 yatim. Ya Allah. Aku tak pernah pun join event macam ni. Dan disebabkan aku ni sangat suka budak2, aku pun duk main ler dengan dorang! Seronok tengok dorang tersenyum. Terasa bersyukur masih mempunyai ibu bapa di sisi. Alhamdulillah.

Semakin aku mengenali orang, semakin aku tahu, mereka pun sama dengan kita. Tak kisah bertudung labuh atau tak, dorang sama je. Masih ada perasaan yang sama. Manusia yang melakukan kesilapan. Dan sangatlah terkejut bila tengok sorang sahabatku dah bertudung labuh. Melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Dan aku terasa kekurangan dalam diri.

Kat UIA, aku baru tersedar yang aku memang banyak buat silap dulu. Ya Allah, banyaknya dosaku. Dan aku mula mengenali orang2 yang mahu membantuku. Meniti ke arah jalan yang benar. Selain dari bantu dalam soal kerohanian, ada gak yang tolong tambahkan ilmu aku. Contohnya, cam politik tu ler. Haha. Padahal aku memang tak suka sesangat! Tapi ada yang mengajar aku, apa erti cinta selepas nikah. Aku mula menghayati benda tu, lepas dengar forum dari Imam Muda yang datang UIA, especially daripada Imam Muda Azhar. ^^

Daripada FSCC, aku banyak join event. Masa Raudhah Festival ( macam Hari Kantin ), event tu lar paling mencabar antara semua. Aku dengan ahli biro stall and public affairs selalu buat kerja sama-sama. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Jual sama-sama. Sampai bila tibanya event besar-besaran, kitaorang terpaksa berjaga sampai 3pagi, nak selesaikan masalah yang ada. Dan aku rasa sedih bila tengok kawan2 aku kena maki hamun dengan orang. Padahal orang tu semua tak tau apa yang kitaorang dah buat semata2 tuk dorang. Aku pun pernah kena gak. Ya Allah, betapa lemahnya aku masa tu. Tapi daripada semua ni, aku belajar mencari kekuatan, menghadapi mereka semua.

Untuk sem 3, antara sem yang paling mencabar. Dengan event yang terpaksa diorganise dan 6subjek yang perlu cover, bukannya mudah nak handle. 6subjek : English, Arab, Computer, Statistics, Understanding Islam dan Study Circle. Jadual aku penuh dengan subjek ni. Pernah aku fail kuiz untuk subjek komputer. Buat pertama kalinya, aku menangis. Dah ler nangis depan kawan2 (sisters je okey). Tapi daripada semua tu, aku bangkit balik. Dan ramai yang beri kekuatan kat aku. Bila ada subjek yang banyak dan susah ni, aku jumpa banyak ragam manusia. 

"Aku tak faham. Aku baca dan hafal je." 

"Apa-apa pun, aku kena gak skor 4flat tu!"

"Aku nak belajar sebab nak faham."

"Aku nak share ilmu aku ni dengan kawan2."

Daripada dorang semua ni, aku cuba nak jadi yang ketiga dan keempat. Tapi yang penting, belajar kerana Allah swt. Tu sebab aku sangat2 berminat dengan Understanding Islam. Aku dapat faham Islam dengan lebih mendalam. Arab pun, walaupun aku selalu blur tapi aku cuba sedaya upaya. Teringin gak nak faham apa lecturer2 subjek arab duk borak. Alhamdulillah, arab tak susah pun. Silibus cam budak darjah satu. Rasa lawak lak sebab aku duk takut subjek ni. Dan aku sendiri pun tak faham nape orang duk takut dengan subjek ni. Bahasa arab kan bahasa syurga? ^^ Dalam kubur, korang cakap bahasa arab. Akhirat pun sama. Dalam syurga pun sama. Jadi, kenapa nak takut? Bahasa korea asal tak takut? Hehe..

Paling penting, aku dah mula segan sikit dengan brothers. Kalau dulu, memang ler tak sentuh2 semua. Tapi, duk dekat ler bagai. Untuk speaking test, aku sorang je sister, dua orang lagi brothers. Bila nak practise, aku kena bawa kawan perempuan sekali. Yelah. Takkan dua laki, sorang perempuan?? Walaupun aku kadang2 nampak cam giler2 tapi tu masa ramai2 ler. Bila berhadapan and berdua, aku rasa segan sangat. Jumpa member lama pun, aku jadi malu walaupun adik aku temankan sekali. Takdelah sampai tak bercakap. Bercakap tapi batas lebih terjaga berbanding dulu-dulu.

Memang ada yang kata UIA ni teruk ler. Tapi dorang semua silap. Bagi aku, ada universiti lain yang lebih teruk!! No offense tapi tu realiti. Kalau kitaorang pun, sebelum technician nak masuk asrama kitaorang, ada pengumuman dulu. Tapi ada sesetengah universiti, technician main redah je masuk. Tu pun sisters buat derk je. Kalau kawan2 aku terjumpa technician dengan tak tutup aurat, dia sampai nangis2 tau.

Bagi aku, orang berfikiran macam ni sebab UIA pegang huruf 'I' yang bermaksud Islam. Cuba takde perkataan 'Islam' kat U kitaorang, mesti takde siapa yang heran. Disebabkan UIA pegang perkataan Islam, orang akan mula pandang moral pelajar2nya. Kalau keluar berita, "Pelajar2 UITM berzina" dengan "Pelajar UIA jadi pelacur" mana satu yang orang akan pandang lebih? Opps! Tu sekadar contoh ek. Budak uitm jangan marah lak. Confirm orang tengok UIA dulu and cakap, "Pakai tudung labuh, pakai kopiah. Tapi perangai, nauzubillah." Benda camni, aku dah biasa. So, aku memang dah selalu pekakkan telinga.

Tapi disebabkan orang berfikiran camni, membuatkan aku lebih tekad tuk jadi seorang arkitek yang berjaya. Ni kira berjihad lar gak an? Sebab aku tak nak orang duk salahkan bebudak yang bertudung labuh dan berkopiah je. Memang ramai yang suruh aku jadi cikgu. Ada yang minta aku jadi lecturer je. Senang dapat kerja. Aku pun fikir camtu je. Tapi lepas aku dengar ni...

"Abang dia sekolah biasa je dulu, then sambung luar negara. Dapat jadi doktor. Adik dia sekolah agama. Tu jadi lawyer je."

Salah ke jadi lawyer? Jadi, aku nak tunjuk kat masyarakat, walaupun aku budak UIA, aku pun boleh menyaingi mereka yang belajar luar negara. Tak kisah ler betapa susah pun. Hidup ni mana ada senang. Kalau senang, takde benda menarik lar dalam kehidupan kita. Semangat ni datang selepas aku menjadi UIA student.

Mungkin ada takut untuk jadi budak UIA. Kawan aku yang cadang nak masuk Uia pun, dapat komen camni, "Wei, kena belajar arab kot!" dan "kau tak sesuai masuk sana. Orang alim je boleh." Semua tu silap. Ingat aku reti bahasa arab ke? Aku pun tak reti. Orang alim je boleh masuk situ? Aku pun tak alim. Budak UIA suka kahwin awal? Dude, jodoh tu ketentuan Allah. Kalau jodoh dia dah awal, nak buat camne lagi. Lagipun, ok ape. Daripada dia duk terkepit2, tambahkan dosa. Lagipun, sorang kazen aku kahwin umur 26tahun.  Adik dia kahwin umur 25 tahun. Sorang lagi adik dia umur 24tahun sekarang. Dah ada orang berkenan (so tak lama lagi, kahwin ler tu). Ketiga2 masuk UIA. Kahwin awal ke tu?

Aku lebih bercerita tentang apa yang aku belajar dari UIA. Bukanlah aku nak kata UIA ni universiti yang sangat hebat. Tapi bagi aku, apa yang aku dapat ni sangat bermakna. Sekurang2nya, bila kita berjaya, biarlah berjaya dalam aspek rohani sekali. Bukankah itu lebih penting? :)  UIA tak akan menghidangkan keseronokan tu kat kita tapi kita sendiri kena terus mencari. Kalau duk dalam bilik je, memang boring ler.

Orang mungkin salahkan UIA. Orang mungkin akan kata, disebabkan UIA, aku jadi extreme. (padahal aku tutup aurat je. tutup aurat pun extreme ke?) Mungkin bagi siapa yang bakal masuk UIA ni, akan alami benda sama bila korang buat perubahan. Kalau korang terkena, jangan cepat melatah. Aku tak pernah salahkan UIA. Bagi aku, UIA is just a tool yang membuat kita tersedar. Diri kita ni sendiri antara nak ambil ataupun tidak. Walaupun aku tak suka UIA PJ ni buat sistem saman2 bagai, tapi terlalu banyak yang aku dah belajar dari sini. Korang bila lagi? ^^

So, jangan takut masuk UIA. Siapa yang tak pernah masuk UIA pun, jangan pernah pandang tinggi atau rendah terhadap kami. Alami sendiri perkara tu sebelum kita kritik. Okey? All the best to the juniors. All the best gak kepada mereka yang bakal masuk UIA Gombak. Sama2 kita harumkan nama UIA. Membuktikan kepada mereka di luar sana, bahawa tanggapan negatif mereka semua salah! Astaudi'ukumullah. Wassalam~


~Our video for english class~


~video daripada Architecture and Environmental Design students~

~video daripada Architecture and Environmental Design students @ penghuni mahallah Abu Bakar~

~video daripada pelajar Architecture di UIA Gombak~

~video untuk promote KAED Fest @ daripada pelajar2 architecture UIA Gombak~

22 comments:

mr. khairul anuar said...

Bagus! Saya suka dengar perubahan pada diri kamu. Moga berjaya!

mr. khairul anuar said...

Bagus! Saya suka dengar perubahan pada diri kamu. Moga berjaya!

Anonymous said...

Assalamualaikum. kak. saya ni student lepasan spm.saya nak tanya ni. exam b.arab kat uia susah tak. memandangkan saya ni bukan dari sekolah agama. so, saya langsung tidak tahu satu pun tentang b. arab. saya kira cuak lah sikit nak masuk uia sebab ada b.arab.

Atiqah Safian said...

Waalaikumussalam.. Tak susah langsung. Cam soalan budak darjah satu je. :) ustaz2 akan tolong. Tapi tu lar, based on usaha kita gak. Kalau maleh datang kelas, tak study, memang payah ler nak pass. Bahasa arab tak masuk pointer, so tak payah risau. Just dapatkan markah 50, dah tak payah repeat. :)

Anonymous said...

as salam akak...saya ni student lpsn spm jugak...trngin sangt nak masuk uia...org lain takutkan bahasa arab yng saya pulak takut sangt bahsa inggeris...sbb saya ni mmg tak pandai sangt english apatah lagi nak speaking,...lagi la tak boleh...cam ne ni kak?

Anonymous said...

akak sy tak berapa lancar mengaji, nanti kan kalau dapat ada ujian tilawah semua tu. takut la + malu..

Anonymous said...

Huhu.. Bagus2..

Anonymous said...

akak,
1) ujian tilawah tu acane?
2) kalau result spm x straight A, cth 6A3B, uia terima
tak utk course medic?

Anonymous said...

akak,
1) ujian tilawah tu acane?
2) kalau result spm x straight A, cth 6A3B, uia terima
tak utk course medic?

Anonymous said...

asasi perubatan iium kat mana eh?

Anonymous said...

asasi perubatan iium kat mana eh?

Atiqah Safian said...

1. Ujian tilawah senang sangat. Cuma baca ayat al quran yang ustaz/ustazah tu suruh baca. Ada test gak tapi test tu memang senang sangat nak skor, InsyaAllah.

2. Wallahu'alam dik. Kalau ada rezeki, InsyaAllah diterima. Kalau tak, percaya dengan ketentuan-Nya. Semoga Allah bantu adik. :)

3. Rasanya masih lagi kat uia pj. Tak tau bila akan pindah ke gambang. Kalau amik degree, baru masuk kuantan. Wallahu'alam

Atiqah Safian said...

1. Ujian tilawah senang sangat. Cuma baca ayat al quran yang ustaz/ustazah tu suruh baca. Ada test gak tapi test tu memang senang sangat nak skor, InsyaAllah.

2. Wallahu'alam dik. Kalau ada rezeki, InsyaAllah diterima. Kalau tak, percaya dengan ketentuan-Nya. Semoga Allah bantu adik. :)

3. Rasanya masih lagi kat uia pj. Tak tau bila akan pindah ke gambang. Kalau amik degree, baru masuk kuantan. Wallahu'alam

Atiqah H. said...

Assalamualaikum, kak.
Dekat uia memang kena pakai tudung labuh eh? paling kurang tudung bidang berapa eh? kalau pergi class pakai shawl boleh ke tak?
terima kasih.

Anonymous said...

salam kak,
alhmdulillah result upu baru keluar dan saya ditawarkan nursing di uia.
tp course tu sbnrnya pilihan saya yg terakhir.. so saya agak sedih sbb saya berminat islamic study
pd masa yg sama gembira jugak sbb dpt uia hehe :D
berkenaan boleh tukar course tu mcmana ya kak? mohon pencerahan hehe

Aqilah Azmi said...

bestnya cerita akak!!!
<333

thanks kak <3
buat qila semangat nak masuk uia ni heee~~ <33333

Unknown said...

Subhanaallah.. tahniah wahai akak... UIAM pilihan utama.. alhamdulillah...inshaallah.. wa bidznillah....

Anonymous said...

Assalam akak, saya dpt program aed 1 thn. Akak rsa program 1 yr stress sgt2 tak?

seeker said...

yg bestnya boleh tukar kos..hehe..

SMS said...

saya lepasan stpm sastera dgn mencapai 3.2 pointer sahaja. Adakah UIA akan terima saya?

Unknown said...

Sis,apa kebaikan kalau dapat asasi 2 tahun atau 1 tahun..semuatu based on our EPT result right??

Anonymous said...

Dulu Syed Saddiq cmne eh?hahahhaa