Saturday, May 05, 2012

Lalang. Bukan versi matluthfi punya ek.

~Assalamualaikum wbt~


~Cuba tengok penguin di atas. Alar tomey-tomey! Takde gaduh-gaduh. Berborak pun baik-baik. Cam nak bela seekor je! XD

Hari ni, aku berani mati untuk cerita pasal benda ni. Sebenarnya, aku dah lama diam, maleh nak membesar-besarkan benda yang kecil. But then, benda makin lama makin complicated pula. Ayoo! Pening! Cuma dengan kawan-kawan yang sependapat dengan aku je boleh aku cerita benda ni. Yang lain? Marah2 aku lak... Sedih tau. :'(

Sebelum tu, aku nak korang tengok video Matluthfi dulu. Well, the thing is aku tak boleh nak masukkan dalam ni sebab salah sorang watak dalam video dia ada yang tak tutup aurat. Urm.. Tak kasi korang tengok nanti, korang tak faham lak. Okey! Camni! Yang perempuan, boleh ler pergi ke matluthfi90 and cari tajuk video 'Lalang'. Yang lelaki, nak tengok gak boleh, tapi bila ada watak perempuan tu, tundukkan pandangan ek. Korang baik kan? Aku percaya kat korang! Mungkin aku tak tau, tapi ingat, Dia tau apa korang buat tau.^^

Dah tengok? Good!! So, senang sikit aku nak cerita. Aku suka part ayat nie, "Orang macam aku, kami sengaja kosongkan jiwa kami pasai otak kami dah PENUH dengan ____ politik yang hampa duk maen ni!" Yes. That's right. I'm gonna talk about politics.

OMG! IS THIS REAL? FOR REAL?? ATIQAH FARHANA SAFIAN IS GOING TO TALK ABOUT POLITICS? Unfortunately, that's true, my friends. Sebenarnya, ramai gak tau aku ni tak berapa gemar pasal politik. Kadang-kadang, dorang duk suh aku "alar.. kita perlu amik tau pasal benda ni." Yer.. Aku pernah try and it turns out, that the only thing I could see is the negative ones.

Aku memang tak suka hal2 politik since kecil. Dulu, lepas UPSR, aku pernah terbaca kertas pakcik aku yang ada tulis pasal politik ni. Dia tanya, "faham ke?" Aku jawab, "sikit2." Tapi apa yang aku faham masa tu, ada benda yang tak kena. See. Budak kecil cam aku pun dah fikir camtu. Bila makin besar, aku tengok tv. Tetiba family besar aku tukar channel. Berita. (FYI, aku pun tak suka berita gak. Tak tau kenapa.) Then, cerita pasal politik lagi. Aku terdengar ada cakap, "Alahai. Pasal benda sama lagi. Sorang tuduh ni. Sorang tuduh tu." And I just ran away and the only thing I could think of is "This politic thingy is so immature."

Bila dah masuk universiti, makin terbuka lar kan dengan orang2 luar negeri. And bila aku dah masuk UIA ni, maybe ada cakap, "Haa! Tqah ni confirm penyokong hijau kan??" Erk? Aku bukan penyokong hijau lar.. "Ha? Yeke? Urm.. Kau mesti sokong dacing tu kan?" Tak.. Tak.. Aku penyokong bendera bulan sabit beserta bintang bucu 14 dan berjalur merah putih. ^^

Kalau dulu, the only thing yang aku perasan ialah pihak atas yang saling tuduh-menuduh. Tapi sekarang, rakyat pun duk ikut sekali. Pe cer wei? Pernah gak ada sorang pakcik ni duk marah2 kat blog dia pasal benda ni. Aku pun tegur ler baik2. Then, pakcik tu kata aku tak sekolah tinggi. Pakcik, saya dah masuk universiti. UIA tau. Penat saya study, pakcik. T_T

Aku dulu memang tak amik tau pasal benda ni sampailah kawan aku (yang sangat minat dengan hal politik) cerita sampai aku dah tau semua. Pernah gak dia tanya pendapat aku. Aku sekadar bagi pendapat yang ikhlas dari hati. Tetiba dia cakap, "kau cakap je kau tak kisah tapi sebenarnya, kau tau gak kan pasal benda ni?" Benarkah? Mungkin sebab persekitaran sekarang buatkan aku tau.

The thing is, aku tau lar some of the politician are not as berkaliber as we want. And ingat tak, "Bencilah pada kelakuannya, bukan pada pelakunya." But now, apa yang aku nampak orang duk kutuk2 orang politik. Buat fanpage bagai. Yes. Marah sampai baling kasut/selipar. Yes. Siapa tak marah bila kesalahan kecil camtu dimasukkan penjara? Agak keterlaluan lar kot. Tapi, the thing is kenapa kena baling kasut/selipar? Marah memang marah tapi sabar tu penting. Kan?

Aku tak sokong sesiapa. Jujur! I'm just a pro-common sense. Aku sebenarnya nak tegur tentang sikap rakyat zaman sekarang ni. Janganlah sebab korang sokong pihak tu, kesalahan dorang pun korang saje buat2 tak nampak. Yang korang tak sokong, korang duk kutuk2. Some of the cases, to me, both of them are wrong tapi aku tengok, satu pihak je dimenangkan dan satu lagi dikutuk habis. Tak patut. Tak patut.

Then, pernah sampai bergaduh-gaduh tentang kes dua orang ahli politik pergi tunaikan haji. Gaduh teruk kot. Last-last, aku gak kena damaikan. Nasib baik lar cool down. Kalau lagi membara, tak dapek den nak nolong eh. Yang aku tak faham, nape mesti sampai gaduh? Selesaikan masalah ke? The truth is apa yang aku duk fikir selama ni sama dengan pemikiran Matluthfi dalam video dia.

Some people called half of the politicians are 'munafiq' while the other half are 'sesat'. Aku tak tau camne orang ada kekuatan untuk sebut perkataan tu sedangkan aku sangat takut, kot2 aku buat fitnah dan tuduhan.  Yer.. Mungkin ada kata, "terang lagi bersuluh kot." But 'WHAT IF' apa yang kita cakap tu sebenarnya SANGAT-SANGAT SALAH??

Aku tau, kita ada hak untuk memberi pendapat kita. Ada juga dalam syari'at Islam. Dan bila pemimpin kita tersasar dari jalan yang betul, kita juga ada hak untuk memperbetulkan dia. Allah takkan pandang manusia itu melalui status melainkan dengan taqwanya. But! But! But! Janganlar emo sangat derr.. Rilek. Sabar tu kan separuh dari iman. ^^

Dan pernah gak sekali, aku sejujurnya tak tau sangat pasal hukum hudud. Tau hukuman lar. Tapi nak kata 100% tau pasal benda ni, tak gak. ( Kepada kawanku, aku tak berani buat entri pasal hukum hudud sebab takut tersilap info) Pernah aku tanya sorang kenalan aku pasal benda ni. PASAL HUKUM HUDUD. But apa terjadi? Last-last, pergi kaitkan dengan isu politik. Aik? I'm talking about hukum hudud here, not about politics. Derrr.....

Aku tak suruh korang jadi cam aku. (tak heran politik) Aku tak suruh korang berhenti menyokong. Aku tak suruh korang tukar pendapat. Aku tak suruh korang berhenti keluarkan pendapat. Aku just harap korang fikir secara rasional je. Tak salah kan? Bila korang dengar ada dua pihak berkelahi (ayat skema), janganlah pandang pihak yang korang sokong tu je. Pandang dua-dua pihak. Sebab kadang2, dua-dua tu lar yang sama-sama salah.

Bila nak bagi pendapat, pikir baik2. Jangan gopoh. Jangan kalut. Jangan melatah. Kalau orang tu kutuk orang yang baik, kita janganlah marah dia dengan kata-kata kesat. Tak menunjukkan akhlak kita yang mulia lar, kawan-kawan. ^^  Bila nak spread cerita pasal politik ni, fikir dua, tiga kali dulu. Cari dulu kesahihannya. Jangan main spread dan akhirnya, menyebabkan terjatuh dalam fitnah.

And.... TOKSAH DUK GADUH-GADUH PASAL POLITIK NI. Tak macho kot. Macam lar gaduh tu selesaikan masalah. Jadi cam dua orang kenalan aku ni. Dorang ni berkawan. Dua-dua berjawatan kat sekolah dulu. Walaupun dorang sokong pihak yang berlainan, dorang still maintain their friendship. Kalau pendapat lain-lain, dorang akan bincang baik-baik. That's how we should do it. Ok?

Most of all, janganlah kita duk bangga yang orang2 politik tu tak layak jadi pemimpin or what so ever. Nak jadi pemimpin ni bukan senang. I know that 'maybe' some of them forgot their real obligation towards Allah and people. Ingat.. At least, dorang tak stop kita dari menunaikan lima rukun Islam. Ingat kan rukun Islam?

Lepas tu, jangan kita mengagung-agungkan orang tu sampai satu hari kita menyesal sebab pilih dia. Jangan sampai suara azan masjid diperlahankan macam di satu tempat tu. Jangan sampai kita menangis melutut meminta kebebasan macam negara luar.

Again, I would like to remind you, entri ni bukan untuk ajak korang untuk sokong satu parti ni atau parti tu atau apa-apa parti lar. Aku bukan penyokong parti. Aku penyokong Islam! (bila aku mention Islam, tak bermakna aku sokong bendera hijau ok) Aku penyokong bendera Jalur Gemilang!

Memang aku diam tapi tak bermakna aku penyokong pembangkang. Tapi dalam masa sama, tak bermakna aku penyokong kerajaan. Yang aku tau, aku seorang hamba Allah. Seorang anak kepada dua manusia yang sangat istimewa. Seorang pelajar yang kini memegang duit rakyat. (seriously cuak!) Seorang manusia yang cuma mau melihat saudara-saudara Muslimnya berada di jalan yang benar. (walaupun aku tau possibility dia sangat sikit walaupun tak mustahil)

So people. Always berfikiran rasional. Jangan bertindak melulu okey. Jangan kaitkan politik dengan semua benda. Mulut dan kelakuan pun kena jaga. Perintah Allah itu tetap utama. Iman kita, terus tingkatkannya. Tak kisah kepada pemimpin mahupun rakyatnya. Ini sekadar luahan hati seorang pelajar UIA yang berumur 18tahun 5bulan yang masih mentah yang sentiasa inginkan keamanan dunia dan akhirat. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

1 comment:

Solihin Zubir said...

menyokong jgn sampai taksub membuta tuli.. yg mana betul kita support. yg mana tak betul, kita kena akui salah dia n bg teguran sekadar mampu..

dan bab pilih pemimpin pulak, kita wajib pilih yg terbaik antara yg terbaik. kalau semua tak baik, pilih yg kurang sifat tak baik tu. kena ada jugak pendirian. sebab tanggungjawab kita nk pilih pemimpin yg bleh tegakkan islam kt negara ni. kalau kita buat bodoh dan kononnya taknak mengundi, takut kt akhirat nnt dipersoalkn pulak..

menjawab soalan saudari kt blog sy, sy tak pi pun bersih walaupun teringin nk join. sbb jauh n ada komitmen lain, lupakan hajat tu.

8 tuntutan bersih tu bagus. tp, mgkin ada segelintir pihak yg terlalu emosi hingga menyebabkan huru hara tercetus.

jgn sebab kita berbeza pendapat dlm satu hal, kita bergaduh smpai ke hal yg lain.. sedangkan ulamak pun berbeza pendapat.. sbb tu terbahaginya beberapa mazhab.

berbeza pendapat tu sifat org bertamadun.. supaya kita bleh saling melengkapi antara satu sama lain..


salam ukhuwah.. peace! =)