~Assalamualaikum wbt~
~Aku tak reti main gitar tapi aku perasan aku terer sangat. Aku sekadar tahu basic chords je. Sekadar tahu teknik strumming. Plucking satu haram pun tak reti. Aku tak pernah main kat atas pentas lagi. Kadang-kadang, teringin gak naik. Tapi aku jenis stage fright. Dulu, aku memang selalu je naik pentas. Mendedahkan suaraku, melihat ramai yang terpegun. Ada yang kata, tak naik pentas, upload lar kat youtube. Tapi maaf.. Kini, suaraku hanya didendangkan untuk keluarga dan suamiku. Tak salah kan? :)
End of the story! Sila search balik perkataan youtube dalam paragraph di atas? Tak jumpa? Search lagi. Jumpa? Tahniah!
Sekarang ni, banyak artis dah start populariti dorang melalui youtube. Contoh, Yuna, Najwa Latif, Justin Bieber dan banyak lagi ler. Yang dah jadi artis pun duk tonyoh video nyanyian dorang dalam youtube. Yang rakyat biasa cam aku ni haa, pun ada yang selitkan video nyanyian dorang kat youtube. Aku? Entah. Allah tak pernah izinkan aku upload ( seriously! Dah 3, 4 kali aku try, tak dapat ).
Petang tadi, aku bosan. Aku gi lar tengok video nyanyian sorang artis ni. Habis dia nyanyi, cam biasa, aku duk godek2 tengok komen orang. Hmm.. Interesting.. Korang baca lar komen kat bawah ni.
Nampak tak? Hmm.. Takpe.. Aku taip balik.
Apa yang aku cakap tuh betul what!!! ___ kau!! Otak kau letak kat mana huh??? kat kepala lutut ka?? Dah kau anti sangat dia tak payah tengok semua video dia kan?? Yang susah2kan diri pi tengok buat apa?? Aku tak paham manusia jenis apa kau ni kan...Kau nak sangkutkan hal2 akhirat kenapa? Nak mati dah ka? Awat rasa hidup tak lama dah?? Duk hina2 orang? Ko ingat semua tu tak dosa? Takin ka kat akhirat nanti ko boleh sleamat...pi ____ arrrr... at least dia terkenal...KAU??NOTHING!
Hmm.. Sebenarnya, ada sorang tu komen pasal aurat artis tu. And you know the parts of our body that needs to be covered right? Well, ada sorang ni duk cakap benda tu (and sangat kasar perliannya) dan akhirnya, menyebabkan ramai yang menentang dia. Personally, I didn't agree with that person's way to da'wah. But somehow, this commenter also stand at the wrong side. Kenapa?
Dia pun sama je dengan orang yang buka isu pasal aurat tu. And of course any of our actions in the world are connected to the akhira'. Bila kita sebut pasal akhirat, bermaksud kita memang ingat akan kematian. Kematian yang akan datang pada bila-bila masa pun. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tak lama lagi, mungkin kejap lagi.
And tak heran lar dia tu terkenal ke what so ever. Adakah bermaksud kita yang rakyat biasa ni tak layak untuk tegur artis. Ingat kawan-kawan. "Dan tidaklah Aku (Allah) menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat : 56) Manusia tu takde bezanya. Allah tak pandang dari segi status kita melainkan takwa kita. ^^
Masya Allah.. Sabar lar. Bawa mengucap. Jangan maki-maki. Jangan gaduh. Rilek lar. Dia buat dosa ke? Dia mati pun bukan duk satu kubur dengan hang. Hang duk maki2 camtu tak rasa dosa? Dia tak kacau hidup hang pun kan. So? Serius aku cakap. Mulut hang sebiji cam ___ ayam. Tak habis-habis berletiaq. Hang tu bukan ahli ulama' pun kan? So keep you ____ mouth shut.
Well, aku tak nak cakap cara yang komen pasal aurat tu. But about this commenter. "Dia bukan satu kubur dengan hang." Yes. Kubur sendiri-sendiri. Tapi kubur kan sebelah menyebelah. Kami takut je dia duk jerit sakit kena seksa sorang-sorang dan akhirnya, mengganggu ketenteraman kami. (Ayat ni bukan aku cakap, tapi pernah aku jumpa kat fb)
"Dia tak kacau hidup hang pun kan?" Kacau. Yup. Memang kacau. Bila kat akhirat nanti, baru nak masuk syurga, tetiba Allah tanya, "Adakah kau mengingatkan dia tentang soal aurat?" Dan bila orang tu geleng, maka tercampaklah dia ke neraka. So, memang tak satu kubur, tapi takut je satu neraka. Woo.. Tak nak wei..
"Hang tu bukan ahli ulama' pun kan?" Aku pun pelik kadang2. Sebab bila ulama' dah tegur pun, dorang sendiri tak mau amik nasihat tu. Wahai kawan2. Rasulullah saw pernah bersabda, sebarkanlah dakwah walaupun satu ayat. Nak tunggu orang baik tegur, kena tunggu malaikat je lar. Malaikat je dicipta untuk beribadah kepada Allah 100%. Kan?
Perkataan paling femes aku dengar. Jealous? Not at all. Aku pernah je dapat ayat ni. Jawapan aku, "Kalau jealous, dah lama dah buat benda sama." Kawan-kawan. Bila ada yang cakap tentang hukum agama, terima je lar walaupun cara dia cakap tu agak kasar. You know, humans. Memang banyak kelemahan. Kami tak jealous. Kami sangat care pasal anda. Kami nak buat reunion untuk masuk syurga. Anda salah seorang yang diinvite. Tak nak join sekali ke? ^^
This entry is not about aurah. I'm not talking about aurah. But how the acceptance of people when we talk about Allah's commands. Kawan-kawan, janganlah kita terjatuh dalam Kufr Al-Kurh which means the denial out of detesting Allah's commands. Atau terjatuh dalam Kufr Al-Juhud. Mengaku Islam tapi tak mau menurut cara Islam. Tak mau naa, kawan2.
Islam itu indah. Janganlah kita sendiri yang merosakkannya ok. Dorang komen gitu bukan sebab korang kacau hidup dorang tapi sebenarnya, dorang sangat care pasal korang. Tak nak korang terjatuh dalam hasutan syaitan. Tak salah kan? Benda baik kita sama-sama untung lar. :) Astaudi'ukumullah. Wassalam~
p/s : Dulu pun, aku salah satu yang cepat melatah bila ditegur pasal aurat. Terima kasih kepada mereka yang sedarkanku. ^^
No comments:
Post a Comment