~Assalamualaikum wbt~
~Aku akan terus straight to the point. Since, takde benda menarik yang berlaku kat aku semenjak dua menjak nie. Tapi ada lar sikit semalam. Adik aku sorang tu tanya, "Kakyong, kat fb kecoh kata hari ibu ni haram. Yeke?" Dan sorang lagi adik aku pun jawab, "takdelah! Ikut niat." Aku pula tercongok kat depan dorang, diam , termenung, tak tau nak cakap apa.
Aku rasa ramai cam dah bosan. Alar.. Pasal benda ni lagi. Yer.. Aku tau.. Aku terlambat.. Aku maleh nak update lar sebelum ni. Nak buek camno?
So, aku terfikir-fikir sampai ke malam tadi (pagi ni gak). Aku sebenarnya, pernah dengar kes ni daripada Ustaz Azhar Idrus. Dan dalam masa sama, sebab aku dah aktif kat twitter, nampak beberapa kawan aku retweet beberapa pendapat ulama' lain tentang hukum hari ibu ni. Sejujurnya, aku takde lar pakar bab-bab ni. Aku bukan course islamic revealed knowledge, sekadar architecture and environmental design student je. (panjangnye nama... kitaorang panggil, AED). So, ni sekadar pandangan je ok.
Macam biasa, bagi yang tak tau kenapa ada pendapat ulama' kata yang sambutan hari ibu ni haram, meh aku cite. Masa musim bunga, orang Greece sambut hari ibu ni sebagai penghormatan kat Rhea, ibu pada Tuhan dorang. Ada gak sambut sebagai penghormatan kat Mother Mary. Sekadar nak bagitau, mother Mary ni maryam, ibu pada An-Nabi Isa a.s atau Jesus. Tu sebab mother's day ni disambut hari Ahad. (Hari Ahad kan special for the Christians) rujukan : www.szlihin.com
So, that why, ada ulama' yang haramkan. Boleh tengok video ustaz azhar idrus untuk dengar explanation dia.
Tapi! Sabar.. Bila kita sebagai khalifah di muka bumi ini, jangan kita pandang satu ulama' je. Kita tengok dua-dua. Kita selidik kenapa yang sorang ni haramkan dan kenapa sorang lagi haruskan.
Mungkin ramai yang marah dengan mereka yang cakap, "ikut niat.." Mesti ada yang jawab, "A'ah. Kalau nak kenyang pun, niat je, mesti dah kenyang." Rilek lar kawan-kawan. ^^ Ikut apa yang aku study kat Understanding Islam, sesuatu perkara yang tak dinyatakan jelas dalam al-Quran dan hadis (tolong betulkan kalau aku salah), yang pertama, ikut niat dan yang kedua, bertepatan dengan syari'at Islam.
Ni sekadar pendapat je ok! Aku bukan nak menentang sesiapa. Aku hormat ahli ulama'. Aku ni pun siapa. Cuma budak yang masih jahil dalam agama.
Bagi aku, memang asalnya hari Ibu ni disambut untuk penghormatan ibu pada Tuhan dorang. Tapi kalau diikutkan sekarang ni, orang sambut sebagai penghormatan ibu dorang sendiri. Ada kata, "Yer.. Hari ibu je hormat mak korang. Hari lain buat derk je." Tak gak.
Ada je yang appreciate their mom setiap hari. Like my cousins, kalau boleh tiap hari nak cium mak dia. Maybe ada yang kurang rapat dengan mak dia. So, mother's day at least dapat buat anak tu ingat kat mak dia. Cuba bayangkan seorang ibu yang tunggu anak dia datang untuk jumpa dia. (teringat cerita seorang ibu yang sambut hari ibu sorang-sorang.. T_T )
Kalau cerita pasal Hari Bapa tu, asalnya wujud sebab hari Ibu. Pengasas tu fikir, nape tak hargai jasa bapa sekali? So, wujud lar gak Hari Bapa. So, takde kena mengena dengan Bapa Tuhan or anything. So, kalau hari Ibu haramkan, perlu ke hari Bapa haramkan sekali? Just asking..... Do think what I'm trying to say.
Tapi cam aku, aku takde pun kasi hadiah on that specific day (mother's day). Even bukan mother's day pun aku ada beli hadiah (with my own money okey...). Sebab aku fikir, hari tu dah tak special sebab ramai dah sambut. And people would expect something from you. So, aku akan kasi bila someone tu tak expect pun nak dapat. ^^
Bagi aku, hari Ibu ni is a good thing untuk orang ego cam aku ni. Sebab most of us didn't show much of our appreciation towards our mother. So, bagi aku, hari Ibu ni dapatlah lembutkan hati dorang sikit untuk menghargai ibu dorang. Aku takpe. Aku hari lain. Tak suka sambut hari sama dengan orang. XD lagipun, at least, mak dorang tau yang dorang still ingat kat dorang. You know, women. Suka perhatian. ^^
Aku tak tau benda ni berkait ke tak. But, contoh sorang tu birthday dia 25disember. And masa tu gak, christmas yang dikatakan birthday Jesus. So, adakah budak tu tak boleh sambut birthday dia walaupun niat dia nak sambut birthday dia sendiri, bukan nak sambut Jesus? It's a bit like mother's day lar.
I'm not expecting people to listen to me. Sebab aku tau, ilmu aku memang tak cukup. Tapi aku berfikir lepas aku dengar dua-dua hujah. Kenapa ulama' cakap camni, dan kenapa sorang lagi cakap camni. Ada je kawan-kawan aku yang tak sependapat. Malah ada yang sampai bergaduh pasal benda ni. Wei, biasalah pendapat always berbeza. Even imam-imam muda berbeza pendapat. Tu sebab ada 4 mazhab.
To me, appreciate your mom everyday. Kalau ye pun ego nak tunjuk sayang korang tu (I'm talking about myself), janganlah lawan kata-kata mak korang. Jangan kata "Ah" pun tau. Tak baik. Dosa besar. Keredhaan Allah itu datang dari keredhaan ibu bapa. Macam sorang kawan aku ni cakap, "tak guna sambut hari ibu kalau hari-hari lain hilang rasa hormat dan sayang kepada ibu."
And mungkin gak ada kata, "kita sambut untuk ibu kita, bukan ibu Tuhan. Jadi boleh lar kan sambut valentine's day? Kita sambut kekasih kita, bukan paderi tu." Okey.. Kita tengok pada impak pula. Impak=kesan. Apa kesan sambut hari ibu? Apa kesan sambut hari kekasih? Aku tak nak lar explain banyak-banyak since ramai tau apa masalah yang berlaku bila datangnya 14februari ni.
Bagi aku, hari ibu takde bawa ke arah keburukan. Kalau hari kekasih tu, kita tengok entah berapa banyak kes penzinaan berlaku. Hari ibu is something that we celebrate to appreciate someone. What I could see, hari ibu merapatkan ukhwah keluarga tu. Yelar.. Cam kitaorang, dah jarang nak makan sama-sama. Selalu busy je semua. So, bila ada hari ibu ni, dah buatkan aku dengan family BESAR aku untuk sambut sama-sama kat KL malam tadi. Lama tak jumpa dorang. T_T
Sebagai untuk menyokong mereka yang tak kasi sambut hari ibu ni gak, janganlah hari ibu je kita kasih kat mak kita tapi hari lain, cam hareemmm... Bagi hadiah sebesar rumah pun tapi doa pada ibu takde, itu dah tunjuk kekurangan kat situ gak. Doa tu kan senjata Muslim. Doalah untuk ibu kita okey. Doa tu lar sebaik-baik hadiah. (hadiah yang paling aku inginkan daripada orang-orang yang aku sayangi)
Bagi aku, hari ibu takde bawa ke arah keburukan. Kalau hari kekasih tu, kita tengok entah berapa banyak kes penzinaan berlaku. Hari ibu is something that we celebrate to appreciate someone. What I could see, hari ibu merapatkan ukhwah keluarga tu. Yelar.. Cam kitaorang, dah jarang nak makan sama-sama. Selalu busy je semua. So, bila ada hari ibu ni, dah buatkan aku dengan family BESAR aku untuk sambut sama-sama kat KL malam tadi. Lama tak jumpa dorang. T_T
Sebagai untuk menyokong mereka yang tak kasi sambut hari ibu ni gak, janganlah hari ibu je kita kasih kat mak kita tapi hari lain, cam hareemmm... Bagi hadiah sebesar rumah pun tapi doa pada ibu takde, itu dah tunjuk kekurangan kat situ gak. Doa tu kan senjata Muslim. Doalah untuk ibu kita okey. Doa tu lar sebaik-baik hadiah. (hadiah yang paling aku inginkan daripada orang-orang yang aku sayangi)
So, that's all from me. Bagi yang tak puas hati, jangan marah-marah. Ni sekadar pandangan je. Semua ni sekadar ilmu yang aku dapat lepas tengok video kat atas, baca info NI , baca tweet Imam Muda Ashraf dan jenguk blog Brother Solihin Zubir. Kepada yang tak sambut, jangan lupa untuk tunjukkan kasih sayang kepada ibu korang walaupun dengan doa. ^^ Kepada yang sambut, jangan hari Ibu je sambut tapi hari lain cam haprak. Tak mau ek.. Kecik hati ibu. Okey.. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
No comments:
Post a Comment