~Assalamualaikum wbt~
~Semalam, aku pergi KM Plaza and Terminal 1 bersama-sama Putri, Fasya, Hazirah dan adiknya. Tudung aku terbakar aritu. Jadi, nak beli yang baru. And, kena beli kasut baru since ayah aku dah memang suruh aku beli dari awal tahun lagi. Tapi tak pasal-pasal kena saman parking. Pergh! Wahai saman, kenapa kau buat aku semakin benci dengan kau???
Okey.. Enough with that emotional stuffs. Aku tetiba terbuka hati nak cakap pasal kasut. Haa?? Merepek Tqah ni. Kasut nak dicakapnya. Kejap lar wei.
Nampak kasut kat atas ni. Lebih kurang camni lar kasut sneaker kesayangan aku. Dulu, masa aku beli, memang bersih. Ayah aku belikan kat KL. Masa tu, parents aku gelak je masa aku nak beli kasut ni. Yelah. Nama je perempuan tapi nak pakai kasut cam laki.
Tapi tak silap aku, ayah aku belikan kasut tu tahun 2010. So, dah kira kasut ni dah berumur 2tahun ler. Mana aku pergi pun, aku pakai kasut ni. Daripada pergi kelas, ke majlis, ke mall, ke mana-mana lar. Kira aku dengan kasut ni memang kawan sejati ler! Sampai ayah aku suh beli kasut baru pun, aku tak nak. Aku kata, "boleh guna lagi ni."
Dan pada tahun 2012 ni, aku tersedar, kasut aku dah mula haus. Tepi dia pun dah terkoyak. Dah kotor. Dah terasa ringan. Masa tu, terasa sedih pula. Jadi, aku pun tekad dalam hati, untuk beli yang baru. "Beli yang macam perempuan sikit," pesan ayah aku lagi. =___='
Aku bukannya apa. Kasut aku ni dah terlalu lama dengan aku. Aku dah rasa selesa sangat. Dan kasut ni telah menjadi saksi perubahan diriku. Yelah.. Bila aku keluar, dia yang temankan aku. Melihat ke mana aku pergi. Memimpin aku ke arah jalan yang baik. Menjaga aku daripada kaki aku melecet. Menjaga aurat kakiku daripada dilihat lelaki ajnabi.
Dulu pun, masa aku redah hutan, kasut ni gak temankan aku. Padahal sepatutnya, aku pakai sport shoes. Pergi majlis kahwin, orang perempuan selalu pakai sandal. Aku tak.. Aku pakai sneakers. Selesa. Aku meeting dengan fscc pun pakai benda sama. Aku pergi masjid pun sama. Aku pergi kerja pun sama. Aku pergi main bola pun sama. Mana-mana aku pergi pun, mesti kasut aku tu ada. Bathroom takde lar kan.
Terlalu banyak jasa kasut ni kat aku. Sayang sangat kat kasut ni. Sampai adik aku kata, "Alang tengok kasut kakyong ni dah makin lusuh." Tapi dalam hati aku fikir, "Ada lagi manusia kat luar sana yang takde kasut. Kaki dorang terbakar dek kepanasan tar dan matahari." Tapi ada gak jawab, "appearance tu sangat penting, lebih-lebih lagi architect."
Bersama-sama kasut sneaker lusuh aku ni, aku pergi gak ke terminal 1 untuk cari kasut baru dan ala keperempuanan sikit. ( atas permintaan ayah aku ). Memang takde. Dan mata aku duk gatal tengok kasut sneaker cam aku ni. Dan aku terjatuh hati lak kat kasut bawah ni.
Lebih kurang camni ler kasut dia. Aku panggil kasut Justin Bieber. Hehe. Aku dah mula pegang-pegang kasut ni. Terasa nak beli tapi tetiba terngiang-ngiang suara ayah aku, "beli cam kasut perempuan". Hmm.. Aku redha. Lagipun, kasut ni memang mahal. And then, bagi aku kasut ni ke, atau kasut lain, sama je. Untuk beri protection pada kaki. Untuk tutup aurat wanita. Untuk beri keselesaan kepada kita untuk terus berjalan.
Adakalanya, ada sesuatu yang datang. Menarik nafsu kita untuk mendapatkannya. Padahal ia sesuatu yang tidak diperlukan pun. Di saat itu, kita diuji oleh nafsu kita. Sama ada kita menurut atau melawan. Dan aku ambil keputusan untuk lawan. Dan aku pergi tinggalkan kasut tu, mencari kasut lain.
Aku pergi ke kedai lain. Tengok-tengok kasut yang ada. Tapi tak pasal-pasal Putri dengan Fasya pun beli kasut sekali. Adakalanya, kita yang berusaha dulu untuk mencari kejayaan tersebut tapi tak disangka-sangka, orang lain yang dapat dulu. Adakah kita berputus asa? Melihat mereka bahagia? Atau terus mencari?
Dan akhirnya, aku jumpa kasut yang aku nak. Aku beli dua. Satu hitam, satu lagi.....gulp... pink! Sebenarnya, aku nak pilih satu lagi, warna tak striking sangat tapi Fasya dengan Putri suh beli yang pink tu. Akhirnya, aku menurut. Adakalanya ada satu perkara kita tak berapa suka tapi mungkin dengan menerima pendapat orang lain itu, ada kebaikannya juga.
Lepas aku bayar, Putri dengan Fasya suh pakai kasut baru tu. Aku sebenarnya tak nak tapi demi menghormati kehendak dua sahabat aku yang mereng lagi cute ni, aku pun ikut je. Aku tengok kat cermin, nak gelak pun ada. This is my new appearance. Nampak ler in sikit dengan kain skirt labuh aku ni. Aku pun masukkan lar sneaker aku ke dalam kotak kasut.
Sedih sebenarnya. Kasut sneaker tu memang banyak berbakti tapi aku tak mungkin lupakan dia. Aku still simpan macam kasut yang lain. Mana tau, boleh berguna gak satu hari nanti. ( macam uwan aku yang guna kasut sekolah kitaorang yang dah kecik tuk berkebun ) Lagipun, kalau ada aktiviti lasak ke pape, aku still boleh guna kasut sneaker tu kan? ^^
Kadang-kadang, kita terlalu sayang akan something tu sampai tak nak lepaskan dia. Yer.. Kebaikan dia telah membuat kita benar-benar jatuh cinta kepadanya. Dan apabila ada yang menentang, kita sedaya upaya cuba mempertahankan dia. Tapi adakalanya, adalah lebih baik kita lepaskan dia untuk kebaikan kita gak.
Kasut bukanlah sekadar kasut. Bukan sekadar untuk alas. Bukan sekadar tuk jadi perhiasan dalam almari. Kasut ialah bahan yang banyak berjasa pada tuannya. Tanpa kasutku ini, mungkin aku takkan dapat keluar. Aku akan terperap sahaja di dalam rumah. Langsung tidak melihat keindahan ciptaan-Nya. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
No comments:
Post a Comment