~Assalamualaikum wbt~
~Alhamdulillah, aku masih mampu berdiri di atas muka bumi. Melihat wajah-wajah yang tersayang. Berbakti kepada agamaku. Meningkatkan imanku. Tunduk pada Rabbi ku. Mungkin ada tanya, "Kenapa Allah masih hidupkan aku? Dia tak sayang aku ke?" ( sebab ada kata-kata bila ada insan yang pergi menghadapi-Nya, "Allah lebih sayangkan dia ) Mungkin masih banyak dosa kita. Mungkin masih banyak lagi hutang kita. Maka kerana Allah sayangkan kita, Allah masih memberi nyawa kepada kita. :)
Semalam, kawan sekolah aku tegur. Sebenarnya, dah hampir setahun kitaorang tak bercakap. Bukan sebab merajuk. Atau putus kawan. Sebab aku baru je approve dia kat fb. ^^ Jadi, kitaorang pun berbual lar sekejap. Tetiba, dia minta maaf atas kesalahan dia. Harap aku terima kemaafan dia. Daripada aku terlupa apa yang dia dah buat, tiba-tiba aku teringat balik.
Aku sebenarnya, maleh nak fikir balik kisah lama walaupun daripada situ, aku belajar untuk jadi lagi baik untuk masa depan. Kalau benda tu benda baik dan lawak, aku tak kisah sangat. Tapi kalau benda tu lawak tapi benda tak baik, aku kadang2, tetiba salahkan diri aku. Dan seolah2, aku salahkan takdir.
Manusia mana tak pernah buat silap kan? Rasulullah saw sendiri pun pernah terbuat silap. Kita manusia. Kita lemah tapi ciptaan yang istimewa di mata Allah swt. ^^ Bila terbuat silap, minta maaf lar pada orang yang kita terbuat salah tu. Lepas tu, minta maaf lar pada Allah. Allah itu sesungguhnya Maha Penerima Taubat.
Kalau betul kita menyesal apa kita dah buat dulu, teruskanlah kehidupan dan jadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya. Tak perlu menyesal tapi tak buat apa-apa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Seperti pensel yang kadang2 terbuat silap dalam penulisannya. Tapi masih ada pemadam yang menemani untuk memadam kesilapan tersebut. Dan pensel perlulah memperbaiki kesilapannya.
Kepada kawanku tu, (kot dia baca ler) tak perlu pandang ke belakang lagi. Teruskan hidup kau seperti aku yang dah lama cuba lupakan semua tu. Tak perlu ungkit kisah lama. Ciptalah memori yang lebih indah pada masa akan datang. Perbaiki diri sendiri setiap saat. Niatlah kerana Allah Taala.
Credit tu myself dan sesiapa yang terbaca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
No comments:
Post a Comment