~Assalamualaikum wbt~
~ 4 Jun 2012. Group UIA mula penuh dengan status tentang keputusan exam yang akan keluar pukul 5 petang tadi. Tapi aku cuba buat2 lupa. Sebab aku tau, payah nak masuk student portal nanti. Mesti ramai yang nak masuk gak sampai traffic jam jadinya.
Dah pukul 6.45petang. Aku tak check lagi. Kadang2 ada try masuk student portal tapi tak dapat. So, aku malas nak tekan F5 (refresh) banyak kali. Tapi tetiba mak aku nak tau sangat result aku. Okey.. Mak aku lebih bersemangat berbanding aku~~ =='
Demi mak aku, aku pun duk ler tekan F5 banyak kali. Siap boleh baring2 lagi. Agaknya disebabkan nak dekat Maghrib, orang makin kurang buka internet. ( Bagus budak Uia ni. ^^ ) So, cam senang sikit nak redah student portal.
Akhirnya, aku dapat tengok result aku. Terdiam kejap. Keras membatu. Padahal mak aku betul2 kat sebelah aku, focus kat Ipad ( bukan main game ek. mak aku tengok google ). Aku tarik nafas panjang2..
Me : Mama, kakyong tak pass English.
Mama : Haa?? Tak pass??
Me : Bukan tak pass lar. Tak exempted ( english ada 6 level dan kalau lepas level 6, dia dapat exempted ). Kakyong kena ulang level 6.
Mama : Markah kamu rendah kat mana?
Me : Writing test. Dapat Band 5 je.
Mama : Ni kamu tak banyak membaca ni. Lepas ni, baca surat khabar. Baca Reader Digest. Pointer kamu lak camne?
Me : Dapat ____.
Mama : *air muka penuh kekecewaan*
Seriously, aku lemah masa tu. Blank for a while. Aku rasa cam floating.. Pointer memang turun. Aku memang dah jangka dari awal. Tapi english? Aku harap sangat pass. Masa tu, aku rasa semua ni tak boleh diterima. Lebih2 lagi, bila dapat tau ada kawan2 aku yang exempted. Aku rasa cam, this is unfair!
Jadi, aku pun ambil air wudhuk. Hati aku cam dah ok sikit. Tunaikan pula solat fardhu maghrib. Sedikit sebanyak, hati aku tenang. Dah boleh fikir dengan waras. Macam dah ada semangat daripada tadi. Aku mesej kawan aku, cakap yang aku kena repeat English. Tak sangka lak dia kol. Bagi aku kata2 semangat dan tak sangka lar air mata keluar. :')
Aku pun bagitau ayah aku yang sekarang, ada kat Hong Kong. Dengan sekadar mesej je ( nak kol, mahal ), ayah aku kasi kata2 semangat gak. Sama gak dengan kawan baik aku. Dan juga kawan2 yang lain. Mak aku, walaupun agak marah ( yeah.. I deserve it ), tapi bagitau cara untuk aku improve untuk writing. Aku ambil tu semua sebagai satu peluang.
Dan lama-lama aku fikir. Dulu aku punya takut Arab. Tapi aku jelez tengok kawan2 aku faham bahasa arab jadi aku belajar untuk faham sekali. Statistic sebab aku minat kira2. Understanding Islam, tak payah cakap lar. Aku memang nak sangat tau pasal Islam ni. Computer. Dulu aku memang setakat nak pass je. Tu sebab result aku teruk. Tapi lepas mid sem, tajuk dia semua yang aku tau. Jadi, aku boleh faham. Dan sama juga kes english. Aku setakat nak pass je. Aku tak study sebab aku rasa subjek tu penting. Betapa aku rasa, aku nak lepaskan diri daripada english ni yang bagi aku, menyusahkan hidup aku je.
So, aku tak ikhlas masa belajar english. And maybe aku terlalu bajet yang aku terer english sampai ilmu aku pun tak berkat. Dan maybe Allah nak bagi peluang kat aku untuk terus improve english dan pass dengan cemerlang untuk MUET. ^^
And of course, terpaksa aku akui, aku memang banyak main2 sepanjang semester 3. Tu sebab result aku tak cantik. Walaupun ada anggap result aku tu dah cukup bagus tapi bagi mak aku, it's not enough. But then, it's okey. There're still two semesters left! And I'm not giving up yet!
Mungkin tampak aku frust dan akhirnya, aku berfikiran positif. Tapi aku rasa serba salah gak. Aku awal2 dah hampir menyalahkan takdir. Merasakan Allah tidak adil pada diriku ini. Serba salah pada mak ayah. Harapan untuk tengok aku berjaya. Duit2 yang aku pegang. Duit rakyat. Amanah aku pada rakyat macam dah goyang. Kawan2. Betapa hina juga aku di hadapan mereka. Biar Allah dan aku sahaja tau.
But the thing is, I'm not giving up yet. Kalau kita putus asa, macam kita seolah-olah menyalahkan takdir. Dan tu bermaksud kita salahkan Allah. Ye.. Aku dah dua kali kena ambil english. Tapi ada senior aku dah 4 kali ambil english. Tapi dia takde menyerah kalah. Kawan aku cakap, senior tu dah terer pun english sekarang ni. So, kenapa aku pulak nak menyerah kalah? No way.
Belajar bukan sebab nak pass exam wahai kawan2. Belajar demi kehidupan kita sendiri, berjihad di jalan Allah. Bila kita ikhlas menuntut ilmu, ilmu pun dengan mudah salur ke dalam hati kita, Insya-Allah. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Terima kasih mama, ayah sebab doakan kakyong. Terima kasih kawan2 sebab bantu aku dalam subjek yang aku tak faham. :)
"Aku takkan menyerah kalah sebab aku dulu seorang yang gagal." -Uzumaki Naruto-
Tidakku biarkan kegagalan ini menguasai masa depanku, Insya-Allah. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
No comments:
Post a Comment