~Assalamualaikum wbt~
~Perah punya perah, aku still takde idea nak update apa. Masa tengah nak drive nak ambil adik, baru lah ada idea. Sempat berangan lagi masa drive. Sila jangan contohi sikap ini kalau anda sayang nyawa anda. Terima kasih. :)
Aku terasa nak buka cerita pasal ni lepas tengok beberapa post daripada kawan2 aku kat facebook. Jiwang melarat? Angau semacam? Post gambar konon sweet?? Tukar status daripada 'single' ke 'in a relationship' ? Aku dah biasa semua tu. Tapi satu pun aku takde like. No.. No.. No.. Aku cuma like post yang jiwang2 ni daripada orang kahwin je. ^^
Tapi ada juga bab2 yang aku kurrreeeennngggg sikit. Aku rasa bukan aku je tapi ramai kot. Tapi mungkin yang tengah angau sekali akan cakap, "so sweeeeettttt~~~~" (entah berapa panjang weeetttt dia) Okey.. Post kali ni bukan nak perli sesapa. Bukan nak kata "AKU LAR YANG TERBAIK!!" padahal aku pun pernah 'ter'buat benda tu dulu. Certain okey! So, sekadar nak nasihat je..
Kawan laki : Wei, jom jumpa. Aku nak bagi barang.
Me : Barang? Hadiah ke? Hadiah pe? QvQ
Kawan laki : Mana boleh bagitau! Kau nak, datang ambil.
Me : Ceh! Yelah. Boleh2. Tapi syarat cam biasa. Adik2 aku kena ikut sekali.
Kawan laki : Okey je.
Me : Belanja aku sekali ek. ^^
Kawan laki : =__='
(Selepas itu....)
Me : Mama, ______ ajak jumpa. Boleh tak kakyong pergi Parkson jumaat ni?
Mama : Haa?? Si ______ ajak dating? ( fyi, mak aku memang kenal kawan aku tu )
Me : Bukan dating lar.. =__=' Dia nak bagi barang and belanja kakyong. ^^
Mama : KAMU BERDUA JE KE??
Me : Eh?? Mana ada! Hisy, tak kuasa nak jumpa dua-dua. Kakyong bawa Alang sekali.
Mama : Baguslah. Kamu nak jumpa laki, jangan berdua lak.
Me : Takde maknanya, mama.
Kejadian ni berlaku masa cuti sekolah bermula. Cerita betul ek! Aku tak reka. Kawan aku tu dengan family aku memang dah lama kenal. Mak aku pun memang kenal dia. (sangat kenal) So, walaupun dah kenal, parents aku still dengan prinsip dorang, nak jumpa laki boleh tapi adik2 kena ikut sekali.
Tapi berbeza dengan suasana sekarang ni. Ada yang berani keluar berdua. Kepada yang bawa kakak atau abang atau adik atau ayah atau mak, tahniah! :D Aku tahulah ramai yang nak sangat suasana romantis berdua. Terasa macam dunia ni berhenti seketika. Bagaikan masa ni milik korang berdua je. (WUEK!) Tapi kawan2. "Kalau kamu berdua, aku yang ketiga. Muahaha!" Ingat lagu ni? Yer.. 'Lagu Kalau Berpacaran.'
Siapa yang ketiga tu? Yer... Syaitooonnnn! Pernah ler satu hari, seorang kenalan aku (maaf.. tak boleh gitau nama) duk naik lif sesorang. Then, ada lelaki masuk. Nak tau? Lelaki tu hampir nak buat something bad to her. ( Masa tu, aku nyesal tak naik lif sesama dengan dia ) Nasib baik ada yang tolong. Alhamdulillah. Tengok. Bahaya tau!
Nabi bersabda : "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis Riwayat Ahmad)
Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bawa mahram kita kalau nak berjumpa. Bukannya apa. Aku risau je. Bila dah berdua-dua ni, ransangan untuk membuat maksiat ni lebih kuat sebab si syaitan tu ada. Lagipun, apa salahnya bawa family kita jumpa si dia? Okey apa. Kan dia nak jadi a part of your family? Kan3? Atau aku silap? Kalau aku silap, putus je dengan dia (direct je...) Sambil dating, boleh ler berkenal-kenalan dengan family.
Me : Nak jadi kawan? Boleh! Tapi ada syarat.
Member : Syarat? Pe dia?
Me : No touching2!
Nabi bersabda : "Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besti pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." ( Hadis Riwayat Thabrani )
Selalu aku tengok gambar kawan2 di fb. Ada yang berlaga pipi. Ada yang pegang tangan. Ada yang duk dekat2. Lepas tu, ada yang like. Then, komen, "so sweet~~ Aku lak cam (angkat kening).
Bukannya apa. Bila ada kata "kapel ni haram", korang marah. Then, korang jawab, "haram bila kapel tu dah timbulkan syahwat." So, apa salahnya kalau korang buktikan apa yang korang cakap tu? Korang nampak gambar yang ada khinzir tu? Kenapa pegang khinzir lagi baik daripada pegang orang bukan mahram?
Sebab khinzir tu boleh samak derr. Pegang tangan orang, mana boleh samak! (entah berapa kali aku kena duk ulang benda sama) Tapi takpe. Mungkin ada yang tak tau. So, inilah masanya aku nak buat korang tau.
Aku bukannya apa. Lelaki ni kalau dah tengok perempuan pun, dia dah rasa lain. Lebih2 lagi, kalau pakaian dorang dah agak... urm.. paham2 lar. Bukan dorang gatal tapi cam dah nature dorang. Aku cakap ni sebab ada sorang kawan aku ni yang bagitau. Pernah kitaorang makan, dia pandang sorang girl ni. Girl tu lak.. err.. okey. Aku halang pandangan dia.
Me : Wei! Jaga mata tu sikit.
Member : Ooppss. Sorry lar. Dah ternampak. Aku memang camni. (pandang girl lain lak)
Sebenarnya, ayat dia lagi kaw-kaw. Bagi yang brothers, mungkin tau lar kot. Tapi aku segan ler nak taip kat sini. Tu baru pandangan. Belum sentuhan lagi. Girls. Ni sekadar amaran je. Jaga diri anda. Imam pun boleh jatuh tau. Brothers. Kalau tetiba girls nak pegang, cepat2 elak. Janganlah fikir, "Fuh.. Rezeki." Tak gentleman lar korang!
Satu lagi. Makanan dan minuman tak perlu share. Walaupun korang dah bertunang pun. Nak ikut cara korea. Korea biarlah dengan cara korea dia. Kita dengan cara kita. Kan 'Malaysia, truly Asia." Kita orang Asia, tak perlu ikut gaya barat de.. Korea tu dah terikut gaya barat. Tak sweet ler wei. Share makanan dengan adik aku lagi sweet! Ha'ah kan. Daripada share makanan dengan pakwe/awek, share dengan adik2 ke, mak ayah korang ke. Baru sweet.
~Tidak!!!!! Selepas kahwin~
Kalau ye nak buat juga, lepas kahwin. Nak buat pape pun halal. Dapat pahala lagi. Kan3? Sabar lar sikit. Nak pegang tangan sangat, pergi ler pegang tangan mak ayah korang sendiri. Haa?? Lama lagi nak tunggu kahwin? Derr.. Korang dah hidup berapa tahun? Cam aku dah 19tahun. So, apa salahnya tunggu beberapa tahun lagi? Kalau korang boleh tahan selama 19tahun, kenapa tak boleh 5 tahun lagi?
Tak heranlah korang nak kapel ke.. Asalkan niat sebab nak kahwin dengan dia. Satu lagi. Jangan buat dosa. Kalau tak yakin, tak payah lar kapel. Kalau tak kapel pun, sekadar kawan je, tak boleh gak tambah2 dosa. Sangatlah gentleman lelaki bila suruh wanita tu berjumpa dengannya bersama-sama seorang teman. Sangatlah tinggi maruah wanita tu bila dia tidak disentuh yang bukan mahramnya.
Teringat gak masa aku nak gi satu bilik tuk buat kerja. Nampak ada sorang brother. Dia pun tengah buat kerja so aku pun duk luar je. Then, dia sendiri yang keluar, bagi aku peluang tuk masuk dalam. See! Even pasal kerja pun mesti tetap dijaga batas antara yang bukan muhrim.
Member : Alar.. Kitaorang akan kahwin pun nanti.
Me : Kalau korang kahwin, kalau takde jodoh?
Member : Ish! Janganlah cakap camtu.
Me : Aku cakap benda betul je.
Kawan2.. Aku takde niat nak marah korang. Atau perli korang. No3.. Aku takut korang tak tau. Lepas tu, ada orang lain perli2 korang. Kan tak adil tu. At least, aku bagitau je. Janganlah marah ek. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
p/s : Ada orang kata, "bercintalah lepas dah habis belajar nanti. Bila dah dapat kerja tetap." Tak mau! Saya nak bercinta lepas nikah." ^^
No comments:
Post a Comment