Sunday, June 17, 2012

Kembalinya Dia~

~Assalamualaikum wbt~


~Pagi tadi, aku cam biasa, amik Ipad and buka facebook dan twitter. Twitter maleh nak scroll down sebab ramai sangat yang tweet. Facebook je lar rajin sebab sikit je posts dia. Then, ternampak kawan sekolah aku post..

"Aku balik buat kejutan untuk family aku, semua gembira. Seronok tengok dorang tapi dibalas dengan kesedihan. Baru tadi seorang sahabat aku dari kecil telah meninggalkan aku buat selamanya. Bagaikan tak percaya sahabat yang selama ni rapat telah pergi. Sempat aku mengangkat mayat yang masih berlumuran darah. Semoga arwah dicucuri rahmat dan semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah."

Innalillah wainna ilahi roji'un. Siapa ek kawan dia tu? Nak tau tapi aku tak nak lar pulak menambahkan kesedihan kawan aku. Lagipun, dia offline. So, aku terus tekan notification lak. Nampak sorang lagi kawan sekolah aku dulu posted something kat dalam group kitaorang. So, aku pun baca ler post dia.

"Assalamualaikum kepada sahabat-sahabatku sekalian. Rakan kita, Mohd Shabri bin Shamsudin atau dikenali Syahbu or Shab telah meninggal dunia pada pukul 1.40pagi tadi. Dia dikebumikan pada 17Jun 2012 or pada hari ini sebelum Asar or selepas asar. Tempat perkuburan di Mambau. Semoga roh dia dicucuri rahmat di sisi Allah swt. Al-Fatihah."

Saat tu, aku terpaku jap. Keras. Shabri ke? Aku terus bagitau mak aku. Mak aku still kenal dia. Aku teringin gak nak pergi Mambau, at least ziarah jap. Tapi, aku kena balik UIA hari ni. Urm.. Serba salah rasanya. Jadi, aku sempat baca Yassin sekejap buat arwah.

Aku teringat, arwah selalu usik aku. Kadang2, panggil aku, "ustazah! ustazah!" Dia pun kadang2 nakal gak tapi suka senyum. Girlfriend dia, Wawa pun selalu tegur aku. Arwah dengan Wawa dah lama together. Bila dapat tau pemergian arwah, aku terus teringat Wawa. Kuat ke dia sekarang?

Arwah meninggal sebab accident. Terlanggar kereta kat Kampung Kayu Ara. Aku tau sampai situ je. Umur arwah sama cam aku, 19tahun. Muda lagi. Tak kira tua atau muda, ajal boleh datang bila2 masa sahaja. Group yang dulunya kadang2 sunyi, mula ada komen ucapan 'al-fatihah', takziah and macam2 lagi. Betul kata kazen aku, "a one man's death could bring the family together." erk.. lebih kurang camtu lar ayat dia.

Macam pemergian kawan sekolah aku tahun lepas, arwah Nisa, aku terfikir, "Korang sekarang camne ek kat sana?" Dan kadang2, aku harap Allah lindungi dorang berdua.

Ramai yang minta roh mereka dicucuri rahmat. Ramai yang minta roh mereka lebih tenang di sana. Tapi berapa nape ramai yang tak ambil pengajaran daripadanya? Bila aku tau pemergian kawan2ku, aku terfikir, "adakah aku bersedia untuk menghadapi-Nya?" Allah.. Allah.. Allah..

"Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama." (kalau peribahasa silap, maap. aku dah lama tak study bm) Nama je? Tak. Mereka meninggalkan pesan. Pesanan bahawa kematian tu akan datang tanpa diduga.

Jangan sia-siakan pemergian mereka, kawan-kawan. Mereka kembali kepada Pencipta mereka dan mereka berharap kita juga kembali dalam keadaan suci. Atuk.. Nisa.. Mak Tayah.. Shabri.. Semoga kalian lebih tenang di sana. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

No comments: