Friday, December 16, 2011

Salah Ke Aku Gay?

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Wahai Tuhan kami
Hidupkan kami dengan iman
Matikan kami dalam iman
Serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Assalamualaikum. Dulu, saya ada dua orang kawan perempuan ni suka hang out and tak pernah berpisah. Saya pun kadang-kadang hang out gak dengan dorang walaupun tak serapat dorang. Satu hari, salah sorang dari dorang ngadu kat saya dalam keadaan sedih.

"Awak.. Ada orang tuduh saya dengan dia lesbian. Just sebab kitaorang selalu pergi mana-mana pun sama-sama."

Memang kalau zaman dulu, perkataan "lesbian" atau "gay" memang terasa geli sangat. Naik bulu roma saya setiap kali dengar perkataan tu. Bila parents saya cerita tentang azab kaum Nabi Luth pun, aku dah takut. Ya Allah, memang confirm saya tak nak jadi lesbian.

Tapi semakin saya besar, baru saya tau benda ni takdelah kecil mana. Benda ni dah jadi sangat, sangat serius. Kalau orang Barat, memang benda tu dah benda common. Especially movies, mesti ada character 'gay'. Kat novel, 'p.s I love you' pun ada character gay.

Dah jadi makin serius, bila Malaysia pun ada gay! Contoh, cerita 'pisau cukur'. What?? Ada character gay?? Biar betul. And orang-orang dalam cerita tu cam rasa benda tu biasa je.

Lama-lama, orang gay dan lesbian kat Malaysia ni minta adakan hubungan homoseksual atas sebab 'kebebasan' kat Malaysia ni. Kebebasan? Mengarut je! Saya pun pernah terbaca blog seorang gay ni. Yang terkejutnya, parents dia boleh je sokong perbuatan dia? Restu dengan hubungan dia dengan seorang lagi lelaki ni. Ya Allah! Dunia dah akhir zaman ke?

Ini ke yang dipanggil kebebasan?? Kat dunia, memang bebas lar. Kat akhirat, korang bebas ke? Ingat Allah akan cakap, "takpelah.. Cinta sejati. Bukan dorang ganggu hamba aku yang lain.." Ingat macam tu ke?

Ingat cerita tentang kaum Nabi Luth? Tak pernah sepanjang zaman berlaku hubungan homoseksual kecuali kaum Nabi Luth. Nabi Luth as dah nasihat kaum baginda tetapi dorang ni degil. Akhirnya, Allah swt turunkan azab kat dorang. Azab apa? TANAH DITERBALIKKAN, SEMUA KAUM YANG DILAKNAT ITU MATI DAN AKHIRNYA, MENJADI LAUT MATI SEPERTI SEKARANG.

Mungkin ada yang kata, "Aku gay pun, aku still solat. aKU baca Al-Quran. Kau pun agaknya solat pun terkedek-kedek." Mungkin solat saya tunggang terbalik. Mungkin hukum tajwid dalam Al-Quran pun saya belum khatam lagi. Tapi Al-Quran sendiri pun dah tak kasi orang Islam untuk buat hubungan homoseksual. Jangan terkejut kalau kitab Bible sendiri pun haramkan hubungan homoseksual.

Allah swt dah cipta dua jenis manusia yang berbeza jantina. Lelaki dan perempuan. Masing-masing ada penarik yang berbeza. Macam cikgu saya kata,"Kenapa nak kena bercinta dengan perempuan? Satu badan tu sama je kan?"

Pernah gak ada seorang lelaki ni cakap, "Aku suka lelaki sebab dah bosan dengan perempuan. Perempuan semua sama. Penipu! Kalau aku suka lelaki, dorang faham keinginan aku." Korang nak samakan perempuan dengan isteri Nabi-Nabi yang mulia ke? Korang nak samakan perempuan yang sakitkan hati perempuan tu dengan ibu yang dah lahirkan korang ke? Samakan perempuan dengan kakak dan adik perempuan korang ke?

Malulah pada Allah swt. Kalau ye pun sakit hati sangat dengan ex korang tu, at least hadap kepada Allah, kot ye pun korang memang solat dan baca Al-Quran. It's not the end of the world. Allah dah cipta semua hamba-Nya yang berbeza-beza. Ingat tu. Sedangkan kembar pun tak sama, apalagi kita dengan manusia lain. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi membaca. :)

2 comments:

محمد رازيق said...

huhu.. tidak reti bersyukur.. memang semakin ramai zaman sekarang. moga diberi petunjuk. perkongsian menarik.. free2 jmput singgah blog sy, bc CAHAYAMATA :)

Atiqah Safian said...

tu lar.. semoga kita bukan di antara mereka yang berbuat dosa. Insya-Allah..