Tuesday, April 10, 2012

Alar.. Dosa kecik je~

~Assalamualaikum wbt~


~Malam tadi, rasa cam penat ler sesangat. Berlari sana sini. Mula2, pergi smawp kejap, nak temankan roommate jadi MC untuk acara malay public speaking kat smawp. Dengan tudung dan kain purple dan baju warna cam keladi, terasa cam jadi tontonan lak malam tu. So, aku balik bilik, tukar tudung ke hitam, kain warna merah. Fuh! Baru selesa!

Lari lak ke mahallah zainab, nak pergi tasmi'. Took about 15minutes kot. Habis je, terus berlari ke mahallah khadijah balik. Duduk ler kejap kat tingkat 8, tengok kawan2 aku bincang statistics. Tetiba roommate kol, minta turun untuk tolong gantung banner. Turun ler tapi sebab brothers tak sampai lagi, kitaorang pun jalan2 ler kat baazar. Dah hampir pukul 10.15 malam, aku dengan kawan aku gi dewan untuk Annual Grand Dinner. Pergi kejap je. Habis je, pergi ke OR, tunggu brothers habis gantung banner. Bila dorang dah sampai, beli maggie, duk dalam bilik, makan, chatting2 and tertido jap, tutup laptop, tido terus! FUH!

Yer.. Cerita aku takde kena mengena dengan tajuk. Tapi saje je nak cakap, aktiviti banyak2 camnie ler yang buat hidup aku tak bosan walaupun memenatkan. Kawan aku sorang ni pernah tanya, "kau tak rasa bosan ke duduk Uia ni?" Hmm.. Jawapan aku, tak. Kita akan rasa bosan kalau kita tak buat pape.

Done! Okey.. Cerita pasal tajuk lak.

Pernah satu hari, adik aku baca lar soalan2 yang ustaz azhar idrus jawab kat facebook. Aku tak ingat soalan apa, tapi hukum dia, dosa kecil. Then, kawan dia pun cakap, "alar.. dosa kecil je pun." Rasanya, ada kena mengena dengan hal remaja lar kot. Antara pasal dating/aurat. Entah. Tak ingat.

Orang selalu kata, "dosa kecil pun, bila dah banyak kali buat, makin lama makin besar tau. Pernah dengar peribahasa sikit-sikit, lama-lama jadi bukit?" Aku pun pernah fikir camtu gak. Tapi ada yang ambil mudah gak pasal benda tu. Then, ustaz aku dalam subjek study circle ada kasi satu cerita ni. Haa? Nak dengar? Ceritanya camni. *ada sikit edit.

Pak Abu ni terer dalam buat brownies. SEDAP!! ( terbayang2 brownies kat depan mata ) Satu hari, anak dia, Ali nak pergi tengok wayang dengan kawan-kawan dia. Pak Abu tak kasi awal-awal. Tapi dia nak juga tengok! ( Bega [ degil ] punya budak ) Pujuk punya pujuk, last2, Pak Abu pun kasi ler dia tengok wayang.

Tengah Ali tengok wayang, Pak Abu pun pergi ler buat brownies macam biasa. Demi anak kesayangannya, dia masukkan special ingredients dalam brownies tu. Balik2 je, Ali terbau brownies yang baru masak. Dia pun cepat-cepat lah pergi ke dapur. Ternampak brownies yang hangat lagi sedap baunya. Baru Ali nak ambil, tetiba Pak Abu mencelah.

"Ali, macam mana wayang tadi? Okey ke?"
"Okey je. Ada lar sikit tak okey. Tapi banyak je yang ok. Yang sikit tu boleh tolak tepi."

Lagi sekali Ali cuba nak ambil brownies. ( Memang lapar betul dia ni ) Tapi lagi sekali, Pak Abu halang.

"Ali tak boleh makan brownies ni."
"Kenapa pula?"
"Ayah buat brownies ni macam biasa. Ingredients yang biasa. Kacau dengan penuh kasih sayang. ( okey.. aku ada tambah sikit ayat dia awal2 nie ) Tapi ayah ada masukkan special ingredients dalam dia. Masa brownies ni dikacau, ayah masukkan 'sedikit' tahi anjing. Tapi kalau Ali nak juga, makanlah brownies tu."

Terus Ali tak jadi nak makan. Pak Abu dah tersengih-sengih. Dia pelawa brownies tu kat anak dia tapi anak dia tak mau makan gak.

"Kenapa Ali? Bukan ke kuantiti tahi anjing ni 'sikit' je berbanding dengan ingredients yang lain. Yang 'sikit' tu boleh tolak tepi."

Get the stories my friends? Dapat? Tak dapat?

Yer.. Bayangkan je lar dosa tu tahi anjing. Kalau tahi anjing tu banyak, confirm korang geli kan bila terkena? Kalau sikit?? Confirm korang geli gak kan? Ni kasut baru kena chewing gum, nak merengek cam bebudak. Apa lagi tahi anjing kan?

Sama gak dengan dosa. Walaupun dosa tu kecil, tapi sepatutnya, kita kena lar elakkan. Walaupun ada banyak benefits daripada apa yang kita buat tapi yang benda buruk yang sikit tu juga lar kita kena try avoid. Dosa kecil ni mana boleh buat main-main.

Dan dosa kecil ni boleh membawa ke dosa besar. Bukan yang kumpul sikit2 tu. Maksud aku, cam dating lar for example. Korang tahu kan bila berdua, pasti ada yang ketiga? Dan ketiga tu kan syaitan. Alar.. Cam lagu, Boleh pandang2 tu.

Hey! Kita sambung cerita,
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga!
Muahaha!

Kan3? So, syaitan ni pandai hasut. Dari dating, ke pegang tangan, ke pegang tu ni, ke seterusnya lar.. Dan sampailah ke dosa besar. Wallahu'alam. Moga dijauhkan perkara sebegitu.

Tak payah berlagak, "alar.. Dosa kecil je pun..." Nak tau? Seorang wanita yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk beribadat kepada Allah dimasukkan ke neraka . Kenapa? Sebab dia tinggalkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu. Haa.. Hal dunia je pun kan? Tapi dia masuk neraka. Wallahu'alam.

Dosa kecil ke besar ke, tetap dikira di neraca al-mizan. Jangan sebabkan dosa kecil tu, bila malaikat nak bagi buku amalan kat korang, tangan kiri korang lak terima buku tu. Haa.. Meraung tak guna lagi. Sebaik2nya, benda kecil ke, besar ke, kita elakkan lar. Benda baik kita buatlah kan? :)

That's all from me. Selamat berjuang wahai sahabat-sahabat. :) Wassalam~

p/s :
anon : tqah, buka aurat ni dosanye kecil kan?
me : yer.. tapi kat neraka, dah tersedia balasan siapa yang tak tutup auratnye. Ni apa yang Rasulullah saw kata dalam peristiwa mi'raj : Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya ( rambut ).