Thursday, December 15, 2011

Tak Payah Berangan

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkan kami dengan iman
Matikan kami dalam iman
Serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama dengan iman.


Assalamualaikum. Saya nak cerita tentang satu kisah ni daripada sorang kenalan saya. Dia ni tak puas hati dengan seseorang. Dulu, masa orang tu susah, dia dan orang sekeliling yang tolong dia. Dari benda kecil sampai ke benda besar.

Tapi lama-lama, orang yang dia bantu makin sombong. Makin lupa diri. Lama-lama makin cuba nak jauhkan diri. Masa tu gak lah, kenalan saya tu makin geram dengan perangai dia. Kalau diungkit, takut tak ikhlas lak. Saya sendiri pun tahu betapa banyak pertolongan yang orang tu terima daripada kenalan saya tu.

Kalau saya jadi kenalan saya tu, mungkin saya geram gak. Mungkin lah.. Ni perangai saya. Kalau korang, korang geram tak?

Bila ada yang tolong kita, tak payah lah kita sombong dan lupa diri. Jangan nak bongkak kata, kejayaan kita sekarang datang daripada usaha kita sendiri. Mungkin kejayaan itu datang dengan bantuan orang ramai gak. Contoh lah...

Korang tak dapat sambung belajar kat mana-mana. Jadi, ada lah kenalan korang tolong carikan dan Alhamdulillah, dapat gak nak sambung belajar dan akhirnya, kita bekerja. Memang lar kita berusaha bersungguh-sungguh sampai dapat kerja tapi tanpa kenalan yang tolong kita tu, rasa-rasa, korang dapat sambung belajar tak?


Nampak ayat kat atas ni? Memang Allah swt tak suka kat orang sombong. Well, who does? Korang suka ke kalau ada orang yang sombong dengan korang. Takde sesiapa yang suka kan?

Jangan kita sombong bila kita dah perolehi kejayaan. Walaupun kita ni dah makin membesar dan matang. Kejayaan tu takkan datang selagi Allah swt tidak mengizinkan. Maka sentiasalah merendah diri kerana kejayaan tu Allah boleh ambil bila-bila masa je.

Dan paling penting, kalau tak nak jadi macam orang kenalan saya tu, jagalah diri kita baik-baik. Kalau kita sombong, satu hari nanti, kita lak jadi bualan negatif orang ramai. Korang nak ke macam tu? Saya memang tak nak. Tu sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi membaca. :)

2 comments:

Lutfi Azmi said...

dan yg paling bahaya.. sombong pada ALLAH .. harap2 kita dijaohkan dari sifat sombong.. amin...

Atiqah Safian said...

betul2.. amin..