Friday, December 16, 2011

Mulut Tu Kasi Cili Je!



Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman

Assalamualaikum. Satu hari, kawan saya post satu page ni dekat wall facebook. Ikut apa yang posts dia tulis, macam serious je. Tapi link tu pergi ke laman twitter. Jadi, saya pun sergah je lar masuk. Mana tau kot-kot interesting.

Memang agak terkejut gak lar apa yang ditulis. Semuanya MENGHINA islam dan Malaysia. Memang ramai lar yang panas hati. Saya rasa, kalau korang baca pun, mesti confirm marah gak. Nak tau nama dia? Oppss! Baik saya rahsiakan untuk jaga aib dia. Tapi saya rasa, mesti ramai yang dah tau. Yang tak tau, tak payah lar habiskan masa untuk cari.

Eh? Biar betul Iman ni? Nak jaga aib orang tu? Dahlah dia hina Islam, boleh lak Iman ni baik hati sangat nak jaga aib dia? Rilek kawan. Saya ni takdelah baik sangat sampai macam tu. *jahat pun sikit je.. hehe* Biar saya cerita dulu ek kawan-kawan.

Memang awal-awal, saya agak terkejut apa yang orang tu tulis. Bila tengok page anti dia tu, terus nampak komen yang sepatutnya tak ditulis orang ramai. Perkataan yang tak sesuai macam b4bi, 5ial, fvck, b0n8ok dan macam-macam lagi. Terus saya malas nak share page tu and abaikan je.

Tapi lepas beberapa hari, barulah dapat tau yang twitter dia kena hack. Masa tu, barulah ramai yang rasa serba salah dekat dia. Bagi saya lar kan, memang lar salah apa yang hacker tu buat. Dahlar hina Islam dan Malaysia. Lepas tu, hack twitter orang pula. Memang banyak salah hacker tu.

Tapi orang yang tak habis-habis maki hamun dia tu, kira tak salah ke? Dah lar yang maki hamun dia tu, orang Islam sendiri. Haih.. Bikin malu orang Islam je. Sepatutnya, kita jangan cepat melatah bila berhadapan orang-orang macam ni. Saya rasa, hacker tu mesti tergelak bila baca komen korang. Memang berjaya motif dia untuk korang keluarkan akhlak korang yang buruk tu.

Adakah dengan cacian makian mampu menyentapkan orang itu? Lagi dorang suka, ada lah. Sepatutnya, kita kena sabar dan berdoa kita tak termasuk dalam golongan camtu. Mana tau, satu hari nanti kita pulak yang jadi macam dorang? Who knows kan?

Islam tu suci. Islam tu mulia. Janganlah kita sendiri sebagai umatnya sesuka hati membusukkan nama Islam tu sendiri. Malu kita pada Allah. Malu kita pada Rasul-Nya. Dan paling penting, kita ni siapalah sangat nak kata orang tu kafir lar, rosak akidah lar, murtad lar dan lain-lain? Allah swt sahaja yang mengetahui. Tak payah kita perasan yang kita ni Tuhan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi membaca.

3 comments:

cik Kartun said...

nice entry..setuju sgt :)

eva said...

hohoho.. boleh terjadi mcm tu pulak.. tak habis2 dgn hack.. berdoa spy tak jadi pada kita..

Nurul Iman said...

tq, cik kartun.. :)

Insya-Allah, eva. Amin