Tuesday, December 27, 2011

Aku Murtadkan Dia???



Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, ya Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Lama saya tak update blog. Terima kasih Tqah sebab tolong updatekan sikit entry kat blog ni. Tapi Tqah pun agak sibuk sekarang. So, mungkin blog ni jarang diupdate okey.. Harap maaf.. And baca lah ENTRY Tqah ni. Dulu, entry ni paling top kat blog dia. :)

Baiklah. Nampak gambar kat atas ni? Sebenarnya, wall post tu datang daripada satu group yang ahlinya mereka yang dah murtad. Tqah yang tunjuk dekat saya tentang group ni. Agak terkejut dengan posts dorang. Astaghfirullah Al Azim.. Semoga dorang diberi bimbingan.

Tapi mungkin ada yang marah-marah. Maki hamun dengan dorang ni. Mungkin ada yang sampai maki-maki dorang. And macam-macam lagi lar. Tapi mungkin korang patut baca status sorang ahli dari group tu dulu.

"I sangat menyampah dengan orang melayu Islam yang tidak pernah baca Quran. Bimbo tau mengaku Muslim tapi tak faham Islam."

By the way, 'bimbo' tu maksudnya orang gedik okey. Faham apa yang dia cuba sampaikan? Maksud dia, orang Islam yang IC cuma tulis agama Islam tapi hati dia langsung tak terapkan cara Islam. Maksud cam, dia ni Islam tapi tak solat, tak baca Al-Quran, tak puasa dan lain-lain.

Lagi sekali, saya ulang status tu datangnya daripada seorang ahli dalam group murtad bukannya orang Islam macam kita ni okey. Jadi, korang tak payah lah maki hamun dia. Mana tau, disebabkan perangai kita sendiri menyebabkan dia murtad. Haa! Tahu ke dosanya besar macam mana??

Tak payah nak kata, "Tak guna orang murtad. Tunggulah kat akhirat nanti. Masuk neraka lah kau!" Tapi diri kita ni? Adakah benar kita bukan di kalangan mereka? Kita murtad tanpa dia sedari? Jangan terlalu angkuh dengan gelaran Islam sahaja. Mana penerapan Islam dalam hatimu, saudara saudariku?

Kebanyakan orang yang bukan Islam benci akan orang Islam kerana diri orang Islam itu sendiri. Ini cerita daripada seorang kawan. Ada sorang budak Hindhu, dia mula berminat dengan Islam setelah melihat beberapa wanita yang sangat baik akhlaknya. Jadi, dia pun memeluk agama Islam. Bila abang dia dapat tau, abang dia terus bawa dia ke sebuah disco dan suruh tengok siapa yang ada dalam disco tersebut. Nak tau siapa? Rasanya, korang pun dah tau. Kebanyakannya, orang Islam sendiri. Akhirnya, dia murtad dan menganut agama Hindhu semula. Perlukah kita terus tuding jari ke arah dia sahaja?

Jangan main tuduh sahaja. Tengok diri kita dulu. Tengok cermin lama-lama. Kita ni layak ke masuk syurga? Kita ni berhak ke mendapatkan keredhaan Allah swt? Adakah kita ni sekadar nama Islam tapi hati pula fasik?

Tapi entri ni tak bermakna saya menyokong kata-kata orang murtad. Tidak sama sekali. Marah memang marah dengan status dorang. Tapi siapalah saya nak hukum dia? Mungkin Insya-Allah, mereka akan kembali ke jalan yang benar.

"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dlm kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat dan mereka adalah penghuni Neraka, kekal di dalamnya." AQ-2: 217

Jangan terlalu marahkan dorang. Ingat. Masa depan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jangan terlalu membenci, takut-takut kita sendiri yang terjebak dalam kegiatan tu sendiri. Jangan terlalu yakin saudara saudari. Kita ni siapa? Kita hanya hamba-Nya. Kita hanya merancang, Allah menentukan. Tepuk dada, tanya iman. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi membaca. :)

Written by Nurul Iman Syukri.

2 comments:

PeJuAnG CinTa said...

btol tu.. kadang2 ahklak kita x menggambarkan langsung diri kita sebagai muslim =)

syaiful said...

selamatkan diri,selamatkan jiwa dari masalah ni ^_^