Thursday, December 15, 2011

Aku Ni Freemason Ke?


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Wahai Tuhan kami
Hidupkan kami dengan iman
Matikan kami dalam iman
Serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Assalamualaikum. Tengah saya makan di RnR dengan family saya, tiba-tiba phone saya terima mesej dari nombor saya tak kenal. Tapi dia akui, dia kenalan saya. Dia ada tanya something and saya rasa, korang pun tahu kan apa yang dia tanya.

Dia tanya tentang loket burung hantu kat atas ni. Dia tanya apa pendapat saya kalau orang tu pakai tanpa niat nak persendakan agama. Saya pun faham kenapa dia tanya and include 'persendakan' tu.

Haritu, saya jumpa satu blog yang kata pakai loket burung hantu ni tanda terikut-ikut dengan gaya freemason sebab freemason ada lambang burung hantu. Terkejut gak lar saya. Yelah. Maksu saya ada bagi loket tu sebagai hadiah tapi saya tak pernah pakai lar. Adik saya pun dapat and kadang-kadang pakai. Kawan saya lagi lar. Siap kumpul banyak-banyak lagi. Kira kitaorang ni freemason ke?? Kira kalau pakai loket harimau, singa and lain-lain tu bukan freemason lar?

So, saya explain kat dia, saya memang tak tahu hukum pakai loket tu. Tapi tengok pada loket tu gak. Kalau dia bentuk benda yang bernyawa and lengkap anggota badan dia semua, kira SEBAIK-BAIKNYA jangan pakai.

Saya tak berani lar nak letak hukum. Siapalah saya ni kan? Ustazah?? Urm.. Tak layak. Ada kata, ikut niat. Tu lagi saya tak berani nak cakap. Tapi saya boleh cakap camnie lar. Kalau terasa nak pakai gak, sebaik-baiknya cari loket yang ada kepala burung hantu tu je. Takpun patahkan kaki dia ke or apa-apa yang boleh cacatkan sikit loket tu.

Jibril pernah tidak mahu masuk rumah Nabi SAW kerana di depan pintu rumahnya ada patung, hari berikutnya Jibril tetap tidak mahu masuk sehingga ia mengatakan kepada Nabi SAW : "Perintahkan untuk memotong kepala patung itu, sehingga menjadi seperti kepala pohon" ( Riwayat Abu Daud, Nasai, Tirmidzi dan Ibnu Hibban )

Senang je kan? Saya tak berani nak kata benda ni haram. Nanti orang fikir, Islam ni haram je tau. Nak pakai boleh tapi kena cacatkan sikit je kat anggota badan loket haiwan tu. Simple kan? Hehe.. Okey.. Itu sahaja dari semua. Harap entri ni dapat selesaikan kemusykilan korang semua. Terima kasih sudi membaca.

4 comments:

PeJuAnG CinTa said...

erm nk letak gambar pon tak boleh yg sempurna anggota kan.. erm tapi.. kalu bende ragu2 mcm ni lebih baik tinggalkan je ~

Nurul Iman said...

betul.. tapi ragu ke tak ragu, dorang still nak buat gak.

Blog Fatin Fadhillah said...

salam, macam mana pulak dgn teddy bear eh? :( kena cacatkan anggota bdn dia juga?

Nurul Iman said...

Wassalam. Sebaik-baiknya, cacatkanlah. Tapi kalau sayang sangat, lagi baik bagi kat anak2 yatim yang lebih memerlukan kan? ^^