Tuesday, May 29, 2012

Aku Nak Pakai Niqab?

~Assalamualaikum wbt~


~Hari ni, pelajar matrik dapat result! Apa-apa pun, good luck untuk semua ok! Especially sahabat-sahabatku. Apa jua result yang korang dapat, terimalah dengan seadanya. Percayalah, Allah tau apa yang terbaik buat kalian. Yang penting, korang dah berusaha. Jangan berhenti di tengah jalan. Teruskan usaha untuk berjihad di jalan Allah swt. ^^

Aku terasa nak pasal niqab. Kenapa? Ni pesal malam tadi ler. Nampak gambar di atas. Ni sebenarnya lukisan kawan aku, Farah Farhana Ahmad Nahar aka Nana. Cantik kan lukisan dia? ^^ Well, dia tanya pasal niqab malam tadi. Tanya kat mana jual. So, aku pun tanya lar sahabat-sahabat yang aku rasa, kot2 tau ler. But it end up, orang tanya, "KAU NAK PAKAI NIQAB KE?" Err...

Wait2! Niqab tu apa, Tiqah? Good question. Niqab tu purdah. Yang menutup sebahagian hidung dan mulutnya. So, kira wanita tu dah tutup aurat and pakai niqab, yang nampak bahagian mata dan tapak tangan je lar. Opps! Ni bukannya wajib. Ni hanyalah sunnah Rasulullah saw. Jangan tak suka sunnah baginda ek. Rasulullah saw pernah bersabda, siapa tak suka sunnah baginda, baginda tak nak ngaku diorang umat. Uish! 

Sebenarnya, pernah gak aku pergi sekolah and jumpa cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu. And tiba-tiba sorang cikgu aku pun cakap,

"Haa! Bagus pakai baju camni! Longgar-longgar. Semalam saya pergi perlawanan _____ and ternampak ler bebudak perempuan pakai baju ketat-ketat. Hisy! Menggigil saya!" ( Ni bukan nak berlagak ek.. tapi nak kaitkan cerita )

Aku cuma tersenyum je. Padahal aku rasa malu. Sebab dulu, aku lain. Soal pakaian, pernah gak kena tegur kat cikgu yang sama. Nak tergelak pun ada sebenarnya. Tapi alhamdulillah atas perubahan ni. Hazihi min fadhli Rabbi. Ini dari kurnian Allah. :)

Tengah aku dengam kawan aku berborak dengan cikgu lain, tiba-tiba cikgu tadi panggil aku. Aku pun pandang je lar cikgu tu.

"Atiqah, tak nak pakai ni ke? ( dengan buat gaya cam pakai niqab )"

Masa tu, aku tak tau nak cakap pe. Alasan aku? Err.. Hurm.. Tapi benda pertama aku fikir, layakkah aku?

Tak dapat dinafikan, ada gak kenalan aku yang suka kalau aku berniqab. Tapi ada yang tak setuju. Kadang-kadang, aku saje2 pakai niqab depan cermin. Tengok wajah aku yang berniqab. Dalam hati fikir, "Agak2, orang kenal aku ke walaupun berniqab? Hihi.." Tapi semua tu di depan cermin je. Dan akhirnya, aku buka niqab itu, tersimpan rapi di dalam bilik.

Ada tanya, kenapa aku tak nak pakai niqab? Aku tak pernah bagitau sebabnya kat sesiapa. Hanya Allah swt yang mengetahui kenapa. Aku tak mahu mengaibkan sesiapa. Dan aku tak nak orang mengasihani aku. Tu je aku dapat jawab. :) Tapi biarlah aku bagitau salah satu alasan aku.

Aku bukanlah gadis muslimah yang sentiasa menjaga tatatertibnya. Senang cerita, aku masih dalam proses perubahan. Mungkin benda ni dialami oleh ramai orang. Dengan itu, aku buat entri ini, untuk kita sama-sama membantu orang2 macam kami ni.

Senang cerita, dulu aku pernah gak perli. Sebabkan satu kesilapan, aku diperli. "Kamu ni bertudung labuh tapi buat perangai camni." Lebih kurang macam tu lar. Dan disebabkan benda camni, menjadi halangan kepada orang2 yang ingin berubah cam kitaorang. Kot2 aku berniqab tapi ikhtilat aku tak jaga. Bukankah itu hanya buat orang menganggap orang berniqab ini hipokrit? Aku tak mau disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.


Sebenarnya, halangan untuk mereka yang berniqab ni menjadi halangan untuk sesiapa yang nak bertudung gak. "Pakai tudung tapi perangai teruk! Buat apa!" Memang benda ni aku pernah dengar. Aku sedih sebenarnya. Kalau mak korang pakai tudung, adakah bermaksud dia teruk?

Bagi manusia ( Malaysian especially ), siapa yang berniqab ni , dia ni 'extreme' dalam agama. Aku kenal je ramai yang berniqab. Takde pun extreme macam orang cakap. Ada yang giler2 lagi. Dengan kitaorang2 lar kan. "Bersederhana je lar". Memang ler bersederhana tapi janganlah sampai tak tutup aurat. Tutup aurat kan perintah Allah? Takut silap haribulan, orang cakap, "Walaupun aku tak solat, hati aku baik!" Astaghfirullah Al-Azim. Niqab? Tak payah benci sangat niqab ni. Niqab ni kan sunnah Rasulullah saw. Ingat apa aku cakap tadi? Jangan benci sunnah Rasulullah saw kan? ^^

Anon : Tiqah, kau ada niat nak berniqab ke?

Me : Niat tu memang ada. Aku memang dah rasa berkenan kat niqab ni dari dulu lagi. Tapi nak pakai? Wallahu'alam.

Anon : Aku dah agak! Mula2, tudung besar. Pakai handsock. Pakai stokin.

Me : Lengan dengan tapak kaki kan aurat. Aku rasa lagi selamat pakai tudung besar. Cantik apa. Laki pun ramai berkenan. :P

Anon : Disebabkan kau masuk UIA, camni lar jadinya!

Me : Kalau camtu, aku bersyukur sangat. Aku dapat berjalan di atas jalan yang benar. ^^

Anon : Tak payahlah pakai niqab. Apa kau pakai pun dah cukup.

Me : Apa yang aku buat, takkan pernah cukup di mata Allah. Wallahu'alam. Berniqab? Ada benda yang menghalang niatku itu.

Anon : Menghalang? Apa benda tu?

Me : Biarlah sebabnya di antara aku dengan Allah. Jangan risaukan aku. Lebih baik kau risaukan diri kau dulu. Dah cukup ke belum amalan kau kepada-Nya.

Ada yang terlalu risau kononnya kita bakal menjadi 'extreme' padahal dia terlupa tentang amal dirinya sudah mencukupi atau belum. Bagi yang ingin aku berniqab, terima kasih. :) Bagi yang brothers, kalau suka, mintalah isteri pakai. ^^ Bagi yang sisters, anda pakailah. :)  Bagi yang tidak mahu aku berniqab, tidak mengapa. Asalkan anda terus mencari hidayah supaya aurat anda terjaga rapi. :)

Dan aku menerima kekuranganku ini untukku lebih berusaha mencari keberkatan Ilahi. :) Astaudi'ukumullah. Wassalam~

~Jika aku bakal mati kerana menjaga auratku, maka aku lebih rela mati daripada jatuh ke dalam neraka-Mu~

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum... pertama tamanya... khai ucapkan trima kasih pada akak sbb entry akak ni sgt terkesan dkt khai... sebenarnya khai pun alami perkara yg sama ja... khai berubah... dan smpai satu saat khai teringin nk berniqab...tapi ada jugaklah skit halangan... smpai khai buat keputusan utk hilangkan rsa keinginan yg extreme utk pkai niqab... khai buang prasaan tu dgn benci utk berniqab..ttpi khai taklah membenci sunnah... cuma khai nk buang pprasaan tu... mujur khai jumpa entry akak ni... alhamdullillah... dan perasaan utk berniqab semakin berlonjak keinginannya... tp mungkin belum masanya... syukur khai taklah smpai benci sunnah..
Akak boleh bagi pendapat akak atau bls komen dkt wechat saya atau wassup saya...
W/c: khairunnkarleed
Wassup:0124910733

Anonymous said...

Halangannya bnyak sgt... kadang smpai buat khai mahu hilang dri dunia org yg suka menghukum...mengarah...dan sebagainya... khai cemburu dgn mreka yg berniqab...dpt keizinan... tiada kekengkangan wang dan keluarga... sgguh... khai sgt cemburu... huermm.... khai ni... dah mcm meluahkan isi hati dkt akak kan? Haha... entahla...knpa khai brani luah pda akak pun... khai tak tahu... hahaha