Wednesday, May 30, 2012

UIA ni best ke?

~Assalamualaikum wbt~


~Aku dah lama sebenarnya nak buat post ni tapi disebabkan aku rasa sangat malas, masa tak mengizinkan dan takde idea, aku pun terpaksa batalkan niat aku dulu. Junior dah nak masuk, baru ler aku gatal2 nak tulis. Hehe.  

Best sangat ke jadi budak UIA ni? Hurm.. Tu tak dapek ler den nak komen. Best, tak best, terpulang pada individu tu sendiri. Okey. Aku tak nak jadi formal sangat. Aku try nak cam nampak kita berborak. Cam friend-to-friend gitu. ^^

Dulu, ayah aku banyak tanya pasal UIA kat Achek aku ( abang pada mak aku ) sebab Achek hantar 3orang anak lelaki dia masuk UIA. Lebih2 lagi, Achek ni ramai kawan kat situ. Aku pun awal2 tak heran sangat pun. Tapi masa tu kan tengah trend cerita 'Nur Kasih' and I'm one of the fans! Hehe.. So, bila dapat tau Nur ni belajar kat UIA gak, aku pun terima je lar cadangan ayah aku untuk mohon masuk situ! Konon nak jadi cam Nur Amina tu lar kan... Sengal betul aku ni.

Tapi, hati aku belum terlekat kat UIA lagi. Lebih2 lagi, bila dapat tau, aku kena amik arab! What?? Masa darjah satu pun, arab aku fail! Hampeh, tak pernah lulus seumur hidup aku. Aku ingat lagi, aku nak ikut sorang member aku ni. Nak masuk UM sama2. Aku mula2 ajak dia masuk UIA sebab aku tak yakin untuk masuk UM. Budak2 pandai je masuk situ ( ikut pandangan aku ler ). Tapi dia tak nak sebab ada bahasa arab. Jadi, disebabkan tu, aku minta ayah aku tolong isikan pilihan pertama, UM. Pilihan kedua, UIA. Yang lain-lain, UITM.

Aku tak ingat bila tapi tiba-tiba je hati aku kuat sangat nak UIA. Padahal masa tu permohonan UPU dah nak tutup. Aku tak pernah lak buat solat istikharah tapi entah nape, hati aku cam nak sangat masuk UIA. Kenapa? Aku sendiri pun tak sure. Aku pun terus minta ayah aku tukar. Ayah aku berulang kali tanya, "Betul ni? Confirm ek?" Aku angguk kepala dan takde rasa ragu-ragu pun dalam pilihan aku tu.

Dan Alhamdulillah, aku di antara pelajar yang terpilih untuk masuk UIA. Kawan aku tu pun, tak dapat masuk UM. Dan antara cabaran terbesar bila aku dapat gak tawaran untuk masuk Kolej Matriks Negeri Sembilan dan Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM). Matriks, aku dah confirm boleh dapat setahun je tapi course, aku tak pasti lagi akan dapat apa. IPRM? Ayah aku kerja situ. Kawan2 ayah aku berlambak kat situ. Dah lar dekat sangat dari rumah.

Tapi hati aku masih kuat untuk UIA, ambil course Architecture and Environmental Design (AED). Ramai lak mula menakut-nakutkan aku. "Kat sana kena belajar arab." "Nanti kat sana, kau baik-baik sikit dengan orang2 extreme ni." "Jangan bila dah balik nanti, tengok2 nampak mata je.." "Kat sana, bersederhana je. Tak payah extreme sangat." Banyak lak tanggapan negatif daripada positif. Tu sebab, bila aku dapat tau konon kat sana kena pakai tudung labuh, aku jadi takut. Aku tak pernah seumur hidup aku pakai tudung labuh.

First time aku masuk, tak payah cakap lar, cuak kot!! Ni first time ever aku akan masuk asrama. Kenal dengan orang dari pelbagai negeri. Dengar pengumuman bahasa melayu, inggeris dan arab! Nak berdaftar pun, laki perempuan separate. Yelah.. Masa kat sekolah Puteri, semua perempuan. Kat mambau, memang campur. Kekok sikit ler masa tu. Lebih2 lagi, tengok2 dua orang roommate aku dari sekolah agama, ( SMAKL ). Aku cam rendah diri ler.. Aku sekolah biasa je..

EPT (english practical test ), APT ( arabic practical test ), tilawah al quran, fardhu ain. Semua test tu aku buat betul2 sebab nak dapatkan 1 year programme! Arab je lar tak sebab aku tak tau satu benda pun. Aku cuma tulis nama, nombor matrik dengan course. Tunggu arahan dari lecturer, then keluar. So, aku tak faham lar nape orang takut sangat dengan test arab ni bakal jejaskan tempoh dorang tuk belajar foundation. Padahal dia banyak fokus kat english je. UIA tak kejam pun.

Tapi dalam satu minggu tu, Allah tunjukkan kurniaan dan kasih sayang-Nya kat aku. Satu hari, buat pertama kalinya, aku ternampak kalimah Allah kat langit. Impian yang dah lama aku simpan sejak aku umur 13tahun. Dan seorang senior yang menceritakan kisah hidupnya dulu. Kisah hidupnya yang benar-benar menyentuh hatiku. Tentang aurat. Kalau anak perempuan tak jaga aurat dia, ayah dia pun akan dapat dosa sebab gagal didik anak dia dengan baik. Aku teringat ayah aku. Ayah aku sedaya upaya bagi yang terbaik buat anak2nya tapi apa yang aku bagi? Sekadar dosa! Tak pernah aku rasa camni. Dan saat tu, aku bersyukur aku ada kat UIA ni.

Yer.. Aku dapat 2tahun program kat sini. Disebabkan terlalu banyak masa dibuang macam tu je, aku dengan roommates aku bercadang tuk join FSCC ( Foundation Student Coordination Council ). Tapi sorang roommate aku tak jadi nak join sebab dia setahun program ( sangat2 busy! ) Dua orang roommate aku terpilih tapi aku tak. Sedih tu, tak dapat lar dibayangkan. Tapi entah.. Daripada situ, aku cuba fikir, "Takpe. Benda baik akan datang gak satu masa nanti." Aku berfikiran positif. ^^ Dan tak sampai sebulan, aku dapat call, "Atiqah, awak ada jadi apa2 committee ke? Berminat lagi tak nak join FSCC?"

Dan buat pertama kalinya, aku dapat berbuka puasa dengan anak2 yatim. Ya Allah. Aku tak pernah pun join event macam ni. Dan disebabkan aku ni sangat suka budak2, aku pun duk main ler dengan dorang! Seronok tengok dorang tersenyum. Terasa bersyukur masih mempunyai ibu bapa di sisi. Alhamdulillah.

Semakin aku mengenali orang, semakin aku tahu, mereka pun sama dengan kita. Tak kisah bertudung labuh atau tak, dorang sama je. Masih ada perasaan yang sama. Manusia yang melakukan kesilapan. Dan sangatlah terkejut bila tengok sorang sahabatku dah bertudung labuh. Melakukan perubahan sedikit demi sedikit. Dan aku terasa kekurangan dalam diri.

Kat UIA, aku baru tersedar yang aku memang banyak buat silap dulu. Ya Allah, banyaknya dosaku. Dan aku mula mengenali orang2 yang mahu membantuku. Meniti ke arah jalan yang benar. Selain dari bantu dalam soal kerohanian, ada gak yang tolong tambahkan ilmu aku. Contohnya, cam politik tu ler. Haha. Padahal aku memang tak suka sesangat! Tapi ada yang mengajar aku, apa erti cinta selepas nikah. Aku mula menghayati benda tu, lepas dengar forum dari Imam Muda yang datang UIA, especially daripada Imam Muda Azhar. ^^

Daripada FSCC, aku banyak join event. Masa Raudhah Festival ( macam Hari Kantin ), event tu lar paling mencabar antara semua. Aku dengan ahli biro stall and public affairs selalu buat kerja sama-sama. Masak sama-sama. Makan sama-sama. Jual sama-sama. Sampai bila tibanya event besar-besaran, kitaorang terpaksa berjaga sampai 3pagi, nak selesaikan masalah yang ada. Dan aku rasa sedih bila tengok kawan2 aku kena maki hamun dengan orang. Padahal orang tu semua tak tau apa yang kitaorang dah buat semata2 tuk dorang. Aku pun pernah kena gak. Ya Allah, betapa lemahnya aku masa tu. Tapi daripada semua ni, aku belajar mencari kekuatan, menghadapi mereka semua.

Untuk sem 3, antara sem yang paling mencabar. Dengan event yang terpaksa diorganise dan 6subjek yang perlu cover, bukannya mudah nak handle. 6subjek : English, Arab, Computer, Statistics, Understanding Islam dan Study Circle. Jadual aku penuh dengan subjek ni. Pernah aku fail kuiz untuk subjek komputer. Buat pertama kalinya, aku menangis. Dah ler nangis depan kawan2 (sisters je okey). Tapi daripada semua tu, aku bangkit balik. Dan ramai yang beri kekuatan kat aku. Bila ada subjek yang banyak dan susah ni, aku jumpa banyak ragam manusia. 

"Aku tak faham. Aku baca dan hafal je." 

"Apa-apa pun, aku kena gak skor 4flat tu!"

"Aku nak belajar sebab nak faham."

"Aku nak share ilmu aku ni dengan kawan2."

Daripada dorang semua ni, aku cuba nak jadi yang ketiga dan keempat. Tapi yang penting, belajar kerana Allah swt. Tu sebab aku sangat2 berminat dengan Understanding Islam. Aku dapat faham Islam dengan lebih mendalam. Arab pun, walaupun aku selalu blur tapi aku cuba sedaya upaya. Teringin gak nak faham apa lecturer2 subjek arab duk borak. Alhamdulillah, arab tak susah pun. Silibus cam budak darjah satu. Rasa lawak lak sebab aku duk takut subjek ni. Dan aku sendiri pun tak faham nape orang duk takut dengan subjek ni. Bahasa arab kan bahasa syurga? ^^ Dalam kubur, korang cakap bahasa arab. Akhirat pun sama. Dalam syurga pun sama. Jadi, kenapa nak takut? Bahasa korea asal tak takut? Hehe..

Paling penting, aku dah mula segan sikit dengan brothers. Kalau dulu, memang ler tak sentuh2 semua. Tapi, duk dekat ler bagai. Untuk speaking test, aku sorang je sister, dua orang lagi brothers. Bila nak practise, aku kena bawa kawan perempuan sekali. Yelah. Takkan dua laki, sorang perempuan?? Walaupun aku kadang2 nampak cam giler2 tapi tu masa ramai2 ler. Bila berhadapan and berdua, aku rasa segan sangat. Jumpa member lama pun, aku jadi malu walaupun adik aku temankan sekali. Takdelah sampai tak bercakap. Bercakap tapi batas lebih terjaga berbanding dulu-dulu.

Memang ada yang kata UIA ni teruk ler. Tapi dorang semua silap. Bagi aku, ada universiti lain yang lebih teruk!! No offense tapi tu realiti. Kalau kitaorang pun, sebelum technician nak masuk asrama kitaorang, ada pengumuman dulu. Tapi ada sesetengah universiti, technician main redah je masuk. Tu pun sisters buat derk je. Kalau kawan2 aku terjumpa technician dengan tak tutup aurat, dia sampai nangis2 tau.

Bagi aku, orang berfikiran macam ni sebab UIA pegang huruf 'I' yang bermaksud Islam. Cuba takde perkataan 'Islam' kat U kitaorang, mesti takde siapa yang heran. Disebabkan UIA pegang perkataan Islam, orang akan mula pandang moral pelajar2nya. Kalau keluar berita, "Pelajar2 UITM berzina" dengan "Pelajar UIA jadi pelacur" mana satu yang orang akan pandang lebih? Opps! Tu sekadar contoh ek. Budak uitm jangan marah lak. Confirm orang tengok UIA dulu and cakap, "Pakai tudung labuh, pakai kopiah. Tapi perangai, nauzubillah." Benda camni, aku dah biasa. So, aku memang dah selalu pekakkan telinga.

Tapi disebabkan orang berfikiran camni, membuatkan aku lebih tekad tuk jadi seorang arkitek yang berjaya. Ni kira berjihad lar gak an? Sebab aku tak nak orang duk salahkan bebudak yang bertudung labuh dan berkopiah je. Memang ramai yang suruh aku jadi cikgu. Ada yang minta aku jadi lecturer je. Senang dapat kerja. Aku pun fikir camtu je. Tapi lepas aku dengar ni...

"Abang dia sekolah biasa je dulu, then sambung luar negara. Dapat jadi doktor. Adik dia sekolah agama. Tu jadi lawyer je."

Salah ke jadi lawyer? Jadi, aku nak tunjuk kat masyarakat, walaupun aku budak UIA, aku pun boleh menyaingi mereka yang belajar luar negara. Tak kisah ler betapa susah pun. Hidup ni mana ada senang. Kalau senang, takde benda menarik lar dalam kehidupan kita. Semangat ni datang selepas aku menjadi UIA student.

Mungkin ada takut untuk jadi budak UIA. Kawan aku yang cadang nak masuk Uia pun, dapat komen camni, "Wei, kena belajar arab kot!" dan "kau tak sesuai masuk sana. Orang alim je boleh." Semua tu silap. Ingat aku reti bahasa arab ke? Aku pun tak reti. Orang alim je boleh masuk situ? Aku pun tak alim. Budak UIA suka kahwin awal? Dude, jodoh tu ketentuan Allah. Kalau jodoh dia dah awal, nak buat camne lagi. Lagipun, ok ape. Daripada dia duk terkepit2, tambahkan dosa. Lagipun, sorang kazen aku kahwin umur 26tahun.  Adik dia kahwin umur 25 tahun. Sorang lagi adik dia umur 24tahun sekarang. Dah ada orang berkenan (so tak lama lagi, kahwin ler tu). Ketiga2 masuk UIA. Kahwin awal ke tu?

Aku lebih bercerita tentang apa yang aku belajar dari UIA. Bukanlah aku nak kata UIA ni universiti yang sangat hebat. Tapi bagi aku, apa yang aku dapat ni sangat bermakna. Sekurang2nya, bila kita berjaya, biarlah berjaya dalam aspek rohani sekali. Bukankah itu lebih penting? :)  UIA tak akan menghidangkan keseronokan tu kat kita tapi kita sendiri kena terus mencari. Kalau duk dalam bilik je, memang boring ler.

Orang mungkin salahkan UIA. Orang mungkin akan kata, disebabkan UIA, aku jadi extreme. (padahal aku tutup aurat je. tutup aurat pun extreme ke?) Mungkin bagi siapa yang bakal masuk UIA ni, akan alami benda sama bila korang buat perubahan. Kalau korang terkena, jangan cepat melatah. Aku tak pernah salahkan UIA. Bagi aku, UIA is just a tool yang membuat kita tersedar. Diri kita ni sendiri antara nak ambil ataupun tidak. Walaupun aku tak suka UIA PJ ni buat sistem saman2 bagai, tapi terlalu banyak yang aku dah belajar dari sini. Korang bila lagi? ^^

So, jangan takut masuk UIA. Siapa yang tak pernah masuk UIA pun, jangan pernah pandang tinggi atau rendah terhadap kami. Alami sendiri perkara tu sebelum kita kritik. Okey? All the best to the juniors. All the best gak kepada mereka yang bakal masuk UIA Gombak. Sama2 kita harumkan nama UIA. Membuktikan kepada mereka di luar sana, bahawa tanggapan negatif mereka semua salah! Astaudi'ukumullah. Wassalam~


~Our video for english class~


~video daripada Architecture and Environmental Design students~

~video daripada Architecture and Environmental Design students @ penghuni mahallah Abu Bakar~

~video daripada pelajar Architecture di UIA Gombak~

~video untuk promote KAED Fest @ daripada pelajar2 architecture UIA Gombak~

Tuesday, May 29, 2012

Aku Nak Pakai Niqab?

~Assalamualaikum wbt~


~Hari ni, pelajar matrik dapat result! Apa-apa pun, good luck untuk semua ok! Especially sahabat-sahabatku. Apa jua result yang korang dapat, terimalah dengan seadanya. Percayalah, Allah tau apa yang terbaik buat kalian. Yang penting, korang dah berusaha. Jangan berhenti di tengah jalan. Teruskan usaha untuk berjihad di jalan Allah swt. ^^

Aku terasa nak pasal niqab. Kenapa? Ni pesal malam tadi ler. Nampak gambar di atas. Ni sebenarnya lukisan kawan aku, Farah Farhana Ahmad Nahar aka Nana. Cantik kan lukisan dia? ^^ Well, dia tanya pasal niqab malam tadi. Tanya kat mana jual. So, aku pun tanya lar sahabat-sahabat yang aku rasa, kot2 tau ler. But it end up, orang tanya, "KAU NAK PAKAI NIQAB KE?" Err...

Wait2! Niqab tu apa, Tiqah? Good question. Niqab tu purdah. Yang menutup sebahagian hidung dan mulutnya. So, kira wanita tu dah tutup aurat and pakai niqab, yang nampak bahagian mata dan tapak tangan je lar. Opps! Ni bukannya wajib. Ni hanyalah sunnah Rasulullah saw. Jangan tak suka sunnah baginda ek. Rasulullah saw pernah bersabda, siapa tak suka sunnah baginda, baginda tak nak ngaku diorang umat. Uish! 

Sebenarnya, pernah gak aku pergi sekolah and jumpa cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu. And tiba-tiba sorang cikgu aku pun cakap,

"Haa! Bagus pakai baju camni! Longgar-longgar. Semalam saya pergi perlawanan _____ and ternampak ler bebudak perempuan pakai baju ketat-ketat. Hisy! Menggigil saya!" ( Ni bukan nak berlagak ek.. tapi nak kaitkan cerita )

Aku cuma tersenyum je. Padahal aku rasa malu. Sebab dulu, aku lain. Soal pakaian, pernah gak kena tegur kat cikgu yang sama. Nak tergelak pun ada sebenarnya. Tapi alhamdulillah atas perubahan ni. Hazihi min fadhli Rabbi. Ini dari kurnian Allah. :)

Tengah aku dengam kawan aku berborak dengan cikgu lain, tiba-tiba cikgu tadi panggil aku. Aku pun pandang je lar cikgu tu.

"Atiqah, tak nak pakai ni ke? ( dengan buat gaya cam pakai niqab )"

Masa tu, aku tak tau nak cakap pe. Alasan aku? Err.. Hurm.. Tapi benda pertama aku fikir, layakkah aku?

Tak dapat dinafikan, ada gak kenalan aku yang suka kalau aku berniqab. Tapi ada yang tak setuju. Kadang-kadang, aku saje2 pakai niqab depan cermin. Tengok wajah aku yang berniqab. Dalam hati fikir, "Agak2, orang kenal aku ke walaupun berniqab? Hihi.." Tapi semua tu di depan cermin je. Dan akhirnya, aku buka niqab itu, tersimpan rapi di dalam bilik.

Ada tanya, kenapa aku tak nak pakai niqab? Aku tak pernah bagitau sebabnya kat sesiapa. Hanya Allah swt yang mengetahui kenapa. Aku tak mahu mengaibkan sesiapa. Dan aku tak nak orang mengasihani aku. Tu je aku dapat jawab. :) Tapi biarlah aku bagitau salah satu alasan aku.

Aku bukanlah gadis muslimah yang sentiasa menjaga tatatertibnya. Senang cerita, aku masih dalam proses perubahan. Mungkin benda ni dialami oleh ramai orang. Dengan itu, aku buat entri ini, untuk kita sama-sama membantu orang2 macam kami ni.

Senang cerita, dulu aku pernah gak perli. Sebabkan satu kesilapan, aku diperli. "Kamu ni bertudung labuh tapi buat perangai camni." Lebih kurang macam tu lar. Dan disebabkan benda camni, menjadi halangan kepada orang2 yang ingin berubah cam kitaorang. Kot2 aku berniqab tapi ikhtilat aku tak jaga. Bukankah itu hanya buat orang menganggap orang berniqab ini hipokrit? Aku tak mau disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.


Sebenarnya, halangan untuk mereka yang berniqab ni menjadi halangan untuk sesiapa yang nak bertudung gak. "Pakai tudung tapi perangai teruk! Buat apa!" Memang benda ni aku pernah dengar. Aku sedih sebenarnya. Kalau mak korang pakai tudung, adakah bermaksud dia teruk?

Bagi manusia ( Malaysian especially ), siapa yang berniqab ni , dia ni 'extreme' dalam agama. Aku kenal je ramai yang berniqab. Takde pun extreme macam orang cakap. Ada yang giler2 lagi. Dengan kitaorang2 lar kan. "Bersederhana je lar". Memang ler bersederhana tapi janganlah sampai tak tutup aurat. Tutup aurat kan perintah Allah? Takut silap haribulan, orang cakap, "Walaupun aku tak solat, hati aku baik!" Astaghfirullah Al-Azim. Niqab? Tak payah benci sangat niqab ni. Niqab ni kan sunnah Rasulullah saw. Ingat apa aku cakap tadi? Jangan benci sunnah Rasulullah saw kan? ^^

Anon : Tiqah, kau ada niat nak berniqab ke?

Me : Niat tu memang ada. Aku memang dah rasa berkenan kat niqab ni dari dulu lagi. Tapi nak pakai? Wallahu'alam.

Anon : Aku dah agak! Mula2, tudung besar. Pakai handsock. Pakai stokin.

Me : Lengan dengan tapak kaki kan aurat. Aku rasa lagi selamat pakai tudung besar. Cantik apa. Laki pun ramai berkenan. :P

Anon : Disebabkan kau masuk UIA, camni lar jadinya!

Me : Kalau camtu, aku bersyukur sangat. Aku dapat berjalan di atas jalan yang benar. ^^

Anon : Tak payahlah pakai niqab. Apa kau pakai pun dah cukup.

Me : Apa yang aku buat, takkan pernah cukup di mata Allah. Wallahu'alam. Berniqab? Ada benda yang menghalang niatku itu.

Anon : Menghalang? Apa benda tu?

Me : Biarlah sebabnya di antara aku dengan Allah. Jangan risaukan aku. Lebih baik kau risaukan diri kau dulu. Dah cukup ke belum amalan kau kepada-Nya.

Ada yang terlalu risau kononnya kita bakal menjadi 'extreme' padahal dia terlupa tentang amal dirinya sudah mencukupi atau belum. Bagi yang ingin aku berniqab, terima kasih. :) Bagi yang brothers, kalau suka, mintalah isteri pakai. ^^ Bagi yang sisters, anda pakailah. :)  Bagi yang tidak mahu aku berniqab, tidak mengapa. Asalkan anda terus mencari hidayah supaya aurat anda terjaga rapi. :)

Dan aku menerima kekuranganku ini untukku lebih berusaha mencari keberkatan Ilahi. :) Astaudi'ukumullah. Wassalam~

~Jika aku bakal mati kerana menjaga auratku, maka aku lebih rela mati daripada jatuh ke dalam neraka-Mu~

Sunday, May 20, 2012

Aku Tak Kenang Budi Orang?

~Assalamualaikum wbt~

~Semalam, aku pergi KM Plaza and Terminal 1 bersama-sama Putri, Fasya, Hazirah dan adiknya. Tudung aku terbakar aritu. Jadi, nak beli yang baru. And, kena beli kasut baru since ayah aku dah memang suruh aku beli dari awal tahun lagi. Tapi tak pasal-pasal kena saman parking. Pergh! Wahai saman, kenapa kau buat aku semakin benci dengan kau???

Okey.. Enough with that emotional stuffs. Aku tetiba terbuka hati nak cakap pasal kasut. Haa?? Merepek Tqah ni. Kasut nak dicakapnya. Kejap lar wei.

Nampak kasut kat atas ni. Lebih kurang camni lar kasut sneaker kesayangan aku. Dulu, masa aku beli, memang bersih. Ayah aku belikan kat KL. Masa tu, parents aku gelak je masa aku nak beli kasut ni. Yelah. Nama je perempuan tapi nak pakai kasut cam laki. 

Tapi tak silap aku, ayah aku belikan kasut tu tahun 2010. So, dah kira kasut ni dah berumur 2tahun ler. Mana aku pergi pun, aku pakai kasut ni. Daripada pergi kelas, ke majlis, ke mall, ke mana-mana lar. Kira aku dengan kasut ni memang kawan sejati ler! Sampai ayah aku suh beli kasut baru pun, aku tak nak. Aku kata, "boleh guna lagi ni."

Dan pada tahun 2012 ni, aku tersedar, kasut aku dah mula haus. Tepi dia pun dah terkoyak. Dah kotor. Dah terasa ringan. Masa tu, terasa sedih pula. Jadi, aku pun tekad dalam hati, untuk beli yang baru. "Beli yang macam perempuan sikit," pesan ayah aku lagi. =___='

Aku bukannya apa. Kasut aku ni dah terlalu lama dengan aku. Aku dah rasa selesa sangat. Dan kasut ni telah menjadi saksi perubahan diriku. Yelah.. Bila aku keluar, dia yang temankan aku. Melihat ke mana aku pergi. Memimpin aku ke arah jalan yang baik. Menjaga aku daripada kaki aku melecet. Menjaga aurat kakiku daripada dilihat lelaki ajnabi.

Dulu pun, masa aku redah hutan, kasut ni gak temankan aku. Padahal sepatutnya, aku pakai sport shoes. Pergi majlis kahwin, orang perempuan selalu pakai sandal. Aku tak.. Aku pakai sneakers. Selesa. Aku meeting dengan fscc pun pakai benda sama. Aku pergi masjid pun sama. Aku pergi kerja pun sama. Aku pergi main bola pun sama. Mana-mana aku pergi pun, mesti kasut aku tu ada. Bathroom takde lar kan.

Terlalu banyak jasa kasut ni kat aku. Sayang sangat kat kasut ni. Sampai adik aku kata, "Alang tengok kasut kakyong ni dah makin lusuh." Tapi dalam hati aku fikir, "Ada lagi manusia kat luar sana yang takde kasut. Kaki dorang terbakar dek kepanasan tar dan matahari." Tapi ada gak jawab, "appearance tu sangat penting, lebih-lebih lagi architect."

Bersama-sama kasut sneaker lusuh aku ni, aku pergi gak ke terminal 1 untuk cari kasut baru dan ala keperempuanan sikit. ( atas permintaan ayah aku ). Memang takde. Dan mata aku duk gatal tengok kasut sneaker cam aku ni. Dan aku terjatuh hati lak kat kasut bawah ni.



Lebih kurang camni ler kasut dia. Aku panggil kasut Justin Bieber. Hehe. Aku dah mula pegang-pegang kasut ni. Terasa nak beli tapi tetiba terngiang-ngiang suara ayah aku, "beli cam kasut perempuan". Hmm.. Aku redha. Lagipun, kasut ni memang mahal. And then, bagi aku kasut ni ke, atau kasut lain, sama je. Untuk beri protection pada kaki. Untuk tutup aurat wanita. Untuk beri keselesaan kepada kita untuk terus berjalan.

Adakalanya, ada sesuatu yang datang. Menarik nafsu kita untuk mendapatkannya. Padahal ia sesuatu yang tidak diperlukan pun. Di saat itu, kita diuji oleh nafsu kita. Sama ada kita menurut atau melawan. Dan aku ambil keputusan untuk lawan. Dan aku pergi tinggalkan kasut tu, mencari kasut lain.

Aku pergi ke kedai lain. Tengok-tengok kasut yang ada. Tapi tak pasal-pasal Putri dengan Fasya pun beli kasut sekali. Adakalanya, kita yang berusaha dulu untuk mencari kejayaan tersebut tapi tak disangka-sangka, orang lain yang dapat dulu. Adakah kita berputus asa? Melihat mereka bahagia? Atau terus mencari?

Dan akhirnya, aku jumpa kasut yang aku nak. Aku beli dua. Satu hitam, satu lagi.....gulp... pink! Sebenarnya, aku nak pilih satu lagi, warna tak striking sangat tapi Fasya dengan Putri suh beli yang pink tu. Akhirnya, aku menurut. Adakalanya ada satu perkara kita tak berapa suka tapi mungkin dengan menerima pendapat orang lain itu, ada kebaikannya juga.

Lepas aku bayar, Putri dengan Fasya suh pakai kasut baru tu. Aku sebenarnya tak nak tapi demi menghormati kehendak dua sahabat aku yang mereng lagi cute ni, aku pun ikut je. Aku tengok kat cermin, nak gelak pun ada. This is my new appearance. Nampak ler in sikit dengan kain skirt labuh aku ni. Aku pun masukkan lar sneaker aku ke dalam kotak kasut.

Sedih sebenarnya. Kasut sneaker tu memang banyak berbakti tapi aku tak mungkin lupakan dia. Aku still simpan macam kasut yang lain. Mana tau, boleh berguna gak satu hari nanti. ( macam uwan aku yang guna kasut sekolah kitaorang yang dah kecik tuk berkebun ) Lagipun, kalau ada aktiviti lasak ke pape, aku still boleh guna kasut sneaker tu kan? ^^

Kadang-kadang, kita terlalu sayang akan something tu sampai tak nak lepaskan dia. Yer.. Kebaikan dia telah membuat kita benar-benar jatuh cinta kepadanya. Dan apabila ada yang menentang, kita sedaya upaya cuba mempertahankan dia. Tapi adakalanya, adalah lebih baik kita lepaskan dia untuk kebaikan kita gak.

Kasut bukanlah sekadar kasut. Bukan sekadar untuk alas. Bukan sekadar tuk jadi perhiasan dalam almari. Kasut ialah bahan yang banyak berjasa pada tuannya. Tanpa kasutku ini, mungkin aku takkan dapat keluar. Aku akan terperap sahaja di dalam rumah. Langsung tidak melihat keindahan ciptaan-Nya. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Saturday, May 19, 2012

Wei, aku minta maaf

~Assalamualaikum wbt~


~Dari malam tadi, aku banyak duk tweet pasal 'kawan' je kat twitter. Kat facebook, ada lar dalam tiga status. Kawan aku pun duk ikut sama. Siap mainkan lagu 'sahabat' je daripada najwa latif, aizat and ramai lagi ler. Sebenarnya, kitaorang tengah emo sebab ikatan persahabatan kitaorang dengan sorang hamba Allah ni dah renggang. Wuwuwuwu.... Sedihnya...

Yer.. Tu cuma sekadar explanation je kenapa aku cam emo sikit malam tadi. Yelah. Orang ada yang salah faham nape dengan aku ni. Agaknya, tu sebabnya kot ada sorang dak ni unfollow twitter aku. Hmm.. Mungkin.. Mungkin..

Well, aku terasa nak cakap pasal kemaafan hari ni. Kenapa?? Well, ada lar something happen today. Aku tak nak ulas apa-apa pasal kejadian tu. But daripada benda tu lar, aku terbuka hati nak membebel pasal benda ni.

Aku ni kadang-kadang kuat gak egonya. Bila dah marah, marah lar. Ada yang takut. Ada yang rilek. ( Nak tunjuk macho ke, Tiqah? ) Tapi, aku paling senang nak maafkan orang. Pernah gak dulu, masa aku form 3, ada dak ni tipu aku. Aku marah ler dia. Tapi bila dia minta maaf, senang je aku maafkan. Bila dia buat balik, aku marah balik. Huhu.. Tapi sekarang, dah tak heran sangat pun.

Dan orang yang paling mudah memaafkan kita, lain tak bukan, Rasulullah saw dan mak ayah kita. Jelez aku dengan depa bertiga ni. Hehe. Yelah. Rasulullah saw dicaci, dihina dan orang quraisy pernah baling taik unta kat baginda. Tapi bila orang-orang Quraisy minta maaf, baginda tak teragak-agak untuk maafkan. Sungguh lembut dan suci hati baginda.

Tapi ada sesetengah manusia sukar terima kemaafan. Mungkin bagi dia, kemaafan orang tu tak boleh terima. Mungkin kesilapan dia terlalu besar. Tapi bak kata ustaz azhar idrus, yang penting, kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk meminta maaf kat orang tu.

Tapi sebenarnya, kita tak boleh lar sekadar cakap, "Awak, saya minta maaf tau." People.. Perkataan maaf tu memang senang sangat disebut. Boleh taip je. Janganlah cakap camtu, orang tak maafkan, then kita lak gatal-gatal cakap, "Sedangkan Allah pun maafkan hamba-Nya, apalagi kita ni?"

Kawan-kawan. Bila kita minta maaf, tunjukkanlah keikhlasan kita tu. Allah pun menerima taubat hamba-Nya apabila hamba-Nya memohon kemaafan dan berjanji takkan mengulangi kesalahan tu lagi. At least, explain kenapa kita terbuat silap tu. Explanation tu lar yang buatkan kemaafan tu jadi lain. Buatkan orang tu faham kenapa kita mesti dimaafkan. Tak gitu?

Fifi : Awak, kita minta maaf...
Fufu : Kita geram dengan awak! Jangan kawan dengan kita lagi!
Fifi : Alar.. Awak.. Ni bukan salah kita lar..
Fufu : Bukan salah awak?? Kita dah kata! Beli twisties! Bukan super ring!
Fifi : Alar.. Kita memang nak beli twisties tapi dah habis. Jadi, kita beli lar super ring.
Fufu : Betul ke?
Fifi : Yer.. Takpe.. Takpe.. Hari ni, kita ganti balik ek. Kita beli twisties. Jom!

Dah! Kan camtu okey.. Explain kenapa beli super ring instead of twisties.. :)  (contoh paling merepek lar Tqah oi..)

Kenapa aku cakap pasal explain bagai nie?

Sebab aku pun dulu ada kawan. Yang terbuat satu kesalahan. Dia setiap hari cakap sorry. Jadi, aku dengan mudah je terima. Tapi last-last, end up buat benda sama. And aku tak tau kenapa dia buat kesalahan tu. And tak tau camne nak selesaikan masalah tu. Ye dak?

Moreover, bila kita dah minta maaf, sebaik-baiknya, janganlah buat lagi. Cam syarat taubat kan? Kita kena benci perbuatan tu. Bersungguh-sungguh untuk berubah. Tinggalkan perbuatan tu. Janji takkan buat lagi. Macam tu lar gak bila kita minta maaf kat kenalan kita. Memang manusia selalu buat silap. Tapi meninggalkan kesilapan tu dan jadikan diri lebih baik, itu sangat pasti!

Okey.. Sebenarnya, points aku dah berterabur. Still emo lagi nie. The thing is, minta maaf kat orang tu memang perlu. Tapi untuk dapatkan lebih effect dan nampakkan keikhlasan korang, explain lar kenapa korang TERbuat kesilapan tu. And then, tinggallah perbuatan tu cepat-cepat. Takut kalau korang terbuat lagi sekali, orang tak percayakan korang dah. Kan dah sedih. :'(

Apa-apa pun, bila orang minta maaf, sebaik2nya, kita maafkanlah dia. Kita kan bersaudara. ^^ Kalau bergaduh and tak cakap selama tiga hari, berdosa tau. No.. No.. No.. Kita tak mau kumpul dosa kan? Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Wednesday, May 16, 2012

Biar lepas, jadi lepas

~Assalamualaikum wbt~


~Alhamdulillah, aku masih mampu berdiri di atas muka bumi. Melihat wajah-wajah yang tersayang. Berbakti kepada agamaku. Meningkatkan imanku. Tunduk pada Rabbi ku. Mungkin ada tanya, "Kenapa Allah masih hidupkan aku? Dia tak sayang aku ke?" ( sebab ada kata-kata bila ada insan yang pergi menghadapi-Nya, "Allah lebih sayangkan dia ) Mungkin masih banyak dosa kita. Mungkin masih banyak lagi hutang kita. Maka kerana Allah sayangkan kita, Allah masih memberi nyawa kepada kita. :)

Semalam, kawan sekolah aku tegur. Sebenarnya, dah hampir setahun kitaorang tak bercakap. Bukan sebab merajuk. Atau putus kawan. Sebab aku baru je approve dia kat fb. ^^ Jadi, kitaorang pun berbual lar sekejap. Tetiba, dia minta maaf atas kesalahan dia. Harap aku terima kemaafan dia. Daripada aku terlupa apa yang dia dah buat, tiba-tiba aku teringat balik.

Aku sebenarnya, maleh nak fikir balik kisah lama walaupun daripada situ, aku belajar untuk jadi lagi baik untuk masa depan. Kalau benda tu benda baik dan lawak, aku tak kisah sangat. Tapi kalau benda tu lawak tapi benda tak baik, aku kadang2, tetiba salahkan diri aku. Dan seolah2, aku salahkan takdir.

Manusia mana tak pernah buat silap kan? Rasulullah saw sendiri pun pernah terbuat silap. Kita manusia. Kita lemah tapi ciptaan yang istimewa di mata Allah swt. ^^ Bila terbuat silap, minta maaf lar pada orang yang kita terbuat salah tu. Lepas tu, minta maaf lar pada Allah. Allah itu sesungguhnya Maha Penerima Taubat.

Kalau betul kita menyesal apa kita dah buat dulu, teruskanlah kehidupan dan jadikan diri kita lebih baik dari sebelumnya. Tak perlu menyesal tapi tak buat apa-apa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Seperti pensel yang kadang2 terbuat silap dalam penulisannya. Tapi masih ada pemadam yang menemani untuk memadam kesilapan tersebut. Dan pensel perlulah memperbaiki kesilapannya.

Kepada kawanku tu, (kot dia baca ler) tak perlu pandang ke belakang lagi. Teruskan hidup kau seperti aku yang dah lama cuba lupakan semua tu. Tak perlu ungkit kisah lama. Ciptalah memori yang lebih indah pada masa akan datang. Perbaiki diri sendiri setiap saat. Niatlah kerana Allah Taala.

Credit tu myself dan sesiapa yang terbaca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Sunday, May 13, 2012

Warkah buat si gadis

~Assalamualaikum wbt~


~Post ni khas buat seorang junior. Lepas terbaca blog dia, senang nak pickup, tau dia tengah heartbroken with her special someone ( you know who ). So, ni bebelan daripadaku kepada junior tu. So, I'll be using gelaran 'akak' for this post, if you don't mind. And of course, macam biasa, aku akan panggil dia, sister.


Dear sister. Percintaan memang kadang2 ada peritnya. Kadang-kadang luka tu besar sampai rasa susah untuk lupakan. Macam akak sendiri, habiskan dalam masa setahun lebih untuk lupakan. (Seriously, it really works!) Tapi ingat sister. Tak perlu kecewa sangat. Kumbang bukan seekor. Ada yang jauh lebih baik. (seriously, I'm telling you.) Tapi Allah itu satu. Jangan pernah lupa pada Dia. Kenapa akak kata jangan lupa kat Dia sedangkan akak tau, sister solat kan?


Dan taulah bila korang berdua, pasti ada yang ketiga. "Tapi saya ada bawa kawan perempuan saya." Sister, sebenarnya, kalau nak jumpa dengan lelaki bukan mahram, mestilah ada keluarga perempuan tu yang temankan. Kawan sister tu bukan mahram sister kan? Lebih-lebih lagi, sister tengok wayang dengan dia ek? Sister.. Tak baik tau. Tempat gelap tu. Lepas tu, share satu payung? Waa.. Romantik.. Akak pun tak pernah alami benda tu. Tapi, kita takut, boleh bawa fitnah. Sanggup ke kita tengok orang lain tanggung dosa gara-gara kita? Ingat perintah Allah, sister. :)


Sister, seorang wanita sangat terkenal dengan sifat lemah lembut dan malunya. Malulah pada diri sendiri. Malulah pada ibu bapa kita. Malulah pada dia. Malulah pada Yang Maha Esa. Jangan gara-gara nak jaga hubungan dengan dia, kita sanggup habiskan duit mak ayah kita nak bayarkan bil. Sebut sayang pada dia, kalau dia bukan jodoh kita, macam mana? Bila dah kahwin, apa perasaan kita kalau jumpa dia balik?

Kalau betul dia sayang sister, dia pasti jaga sister. Mesti dia suruh sister sentiasa jaga aurat. Mesti dia suka bila sister mula tunjuk perkembangan yang baik. Kalau dia betul-betul sayang sister, dia akan jaga batas antara korang berdua. Kalau dia betul-betul sayang sister, pasti dan sangat pasti, dia bersedia untuk terima sister sebagai ISTERI dia, bukan setakat hubungan GIRLFRIEND sahaja.


Sister, seorang lelaki yang baik, pasti akan bantu sister untuk bawa ke arah Jannah. Bawa ke arah keberkatan Allah. Hadiah membawa ke Jannah itu lebih baik daripada hadiah dari luar negara. Sister, romantik dia sekarang ni tak semestinya akan romantik selepas nikah nanti.


Kalau nak hubungan yang pasti, jawapannya ada dalam perkahwinan. Yer.. Sister, I know the relationship between you and him. You don't need to lie anymore. And I know, from the beginning, hubungan korang bukan dalam jalan yang betul.

Dan korang berdua still muda. Dia masih muda untuk terus jaga hati sister. Belum matang. Dan sister sendiri nampak kan ketidakmatangan dia? Kenapa masih setia? Sister, tahu tak. Seorang kawan(lelaki) akak pernah cakap. Lelaki sukakan cabaran. Dia akan cuba dapatkan seseorang tu yang memang payah nak dapat. Tapi bila dah dapat, dia boleh cepat lupa. Macam budak kecil dah dapat blackberry, tetiba nak samsung galaxy note lak.


Dan sister fikirlah. Kenapa dia nak bersama-sama dengan sister? Kenapa sister nak bersama-sama dengan dia? Kerana cinta? Sister.. Cinta tu sangat payah untuk kekal lama. Tanyalah dia, adakah dia bersedia untuk menikah dengan sister? Walaupun pada usia yang sangat muda? Jika dia belum sedia, apa guna sister couple dengan dia? Ingat sister. Cinta bukan macam cerita Korea tu. Walaupun bergaduh pada awalnya tapi live happily ever after lepas kahwin. Banyak tanggungjawabnya sister. Dan adakah dia orangnya sister nak hidup bersama hingga ke Jannah? Kalau sekarang pun dia dah curang pada sister, dah kahwin nanti camne? Fikir balik, sister.


Sister.. Penantian tu bukan satu penyeksaan. Lepaskan sahaja dia. Biar dia dengan dunia remaja dia. Malah setiap kesabaran itu pasti ada ganjarannya. :)  Sister, jodoh itu rahsia Allah. Memang kita perlu usaha untuk mencari jodoh kita tu, tapi bukan cara sister. Buatlah cara yang disyari'atkan dalam Islam. Lebih bermakna, sister. :)

Jika betul sister tak percaya akan cinta selepas nikah, maka jadikanlah cerita kawan akak sebagai motivasi dalam diri sister. Dia memang dah ada pilihan hati. Dan lelaki tu pun pilih dia. Tapi entah dah berapa tahun, sangat2 jarang dorang berjumpa. Contact lagi lar. Dan sekarang, mereka berjauhan. Sangat jauh.  Tapi setia. Masih menanti akad nikah untuk mengikat mereka berdua. ^^

Dan kalau sister boleh buat macam kawan akak tu buat, cubalah. Tapi kalau tak mampu, hentikanlah. Akak tak kata, couple sebelum nikah tu haram. Akak tak berani nak letak hukum walaupun mak akak sendiri pun pernah cakap benda sama. Tapi sister, cara yang salah boleh terjatuh dalam dosa dan boleh jatuh dalam hukum haram. Macam main gitar, walaupun tak salah, tapi kalau dah melalaikan, haram hukumnya.

Sister, cinta tu memang fitrah. Takde sesiapa perlu berlari daripadanya. Tapi cara kita tu, sister. Adakah betul cara kita menzahirkan cinta kita tu? Adakah kerana nafsu semata-mata? Atau kerana Allah? Tak perlu kita kata, "Aku cinta dia kerana Allah." Sister, fikir balik cara korang berdua bercinta. Adakah benar kerana Allah?

Cinta selepas nikah itu sangat besar ni'matnya, macam cerita Kak Dena. Alar.. Kak Dena yang dilamar oleh lelaki yang tak dikenali tu. Baca blog DIA. Sejujurnya, akak pun dah ada pilihan hati. Tapi akak takut cinta yang khas untuk suami akak ni dah digunakan untuk orang yang belum tentu halal untuk akak. Biar cinta kita buat suami, yang selayaknya. :)

Sister, you've been given him too much chances. Enough sister. For your own sake. I know the pain. I've faced this problem too. You don't need a perfect boyfriend. You don't need a perfect husband either. Just a husband that could bring you to Jannah.

Nak husband? Macam gatal je. Nak boyfriend tu lagi gatal. Tak boleh nak sara diri lagi pun dah gatal-gatal nak beli hadiah bagai. Sister, to have a husband tak salah. You're smart, sister. Tak perlu bersedih lagi.

Camne nak lupakan dia? Well, you could start by stop texting him. Or call him. Memang boleh selalu bertembung tapi cuba jangan cari jalan untuk jumpa dengan dia. Seriously, mungkin ada sakitnya masa awal-awal, tapi lama-lama sister akan biasa. Live on, SISTER! LIVE ON! I'm sorry sebab tak dapat sokong sister macam cousin sister buat. But seriously, if one day sister bagitau sister nak kahwin (awal), akak pasti akan sokong sister. ^^

Sister, jangan musnahkan harapan mak ayah sister. Your dad have high expectations on you. And I know, mak sister hanya approves korang sebagai kawan je. Tak lebih dari tu. (She knows about you two too). Sister, akak dah jalankan tanggungjawab akak. Sekarang, akak serah kepada sister sendiri, buat pilihan. Untuk terima atau menolak.

If you really want him, then wait. Insya-Allah, kalau betul dia untuk sister dan cintakan sister, dia akan datang balik. Tak perlu risau. Jodoh, walaupun berjauhan pasti akan bertemu jua.

What ever it is, bahagiakanlah mak ayah sister dulu, sebelum sister bahagiakan diri sendiri. Remember. Keredhaan Allah datang daripada keredhaan ibu bapa. That's all. Semoga Allah membantu sister dalam membuat pilihan. Wassalam~

Aku terlihat dia

~Assalamualaikum~

Cinta yang halal itu halal.
Cinta tu fitrah
Ramai yang menzahirkannya
Tapi berapa ramai yang membuktikannya?

Aku terlihat seorang gadis
Menangis sendirian
Terluka kerana ditinggalkan
Padahal..
Dahulu dia pernah berjanji
Hatinya untuk si suami

Aku terlihat seorang jejaka
Cinta yang agung buat si gadis
Hingga jari jemari bersatu erat
Pipi berlaga
Malah bersendirian tanpa mahramnya

Aku terlihat seorang sahabat
Mencintai sahabatku sepenuh hati
Namun apakan daya,
Dia punya pilihan hati
Maka terluka
bak dihiris-hiris seribu

Aku terlihat seorang teman
Tidak bertemu pilihan hati
Walaupun hubungan sudah direstui
Hanya terus menanti
Akad yang menyatukan dua hati

Aku terlihat diriku
Pernah dilukai, disakiti
Tapi dia tahu
Janji Allah itu pasti
Tidak perlu mengikat cinta yang belum tau halal haramnya
Biarlah cinta selepas nikah
Yang lebih barakah

Penuhkan hati dengan mencintai Ya Rabbi
Dengan izin-Nya,
Ditemukan jodoh
Yang menemukan kebahagiaan hingga ke Jannah.


Cinta selepas nikah itu lebih indah. :)

Hari Ibu.. Seriously Haram??

~Assalamualaikum wbt~


~Aku akan terus straight to the point. Since, takde benda menarik yang berlaku kat aku semenjak dua menjak nie. Tapi ada lar sikit semalam. Adik aku sorang tu tanya, "Kakyong, kat fb kecoh kata hari ibu ni haram. Yeke?" Dan sorang lagi adik aku pun jawab, "takdelah! Ikut niat." Aku pula tercongok kat depan dorang, diam , termenung, tak tau nak cakap apa.

Aku rasa ramai cam dah bosan. Alar.. Pasal benda ni lagi. Yer.. Aku tau.. Aku terlambat.. Aku maleh nak update lar sebelum ni. Nak buek camno?

So, aku terfikir-fikir sampai ke malam tadi (pagi ni gak). Aku sebenarnya, pernah dengar kes ni daripada Ustaz Azhar Idrus. Dan dalam masa sama, sebab aku dah aktif kat twitter, nampak beberapa kawan aku retweet beberapa pendapat ulama' lain tentang hukum hari ibu ni. Sejujurnya, aku takde lar pakar bab-bab ni. Aku bukan course islamic revealed knowledge, sekadar architecture and environmental design student je. (panjangnye nama... kitaorang panggil, AED). So, ni sekadar pandangan je ok.

Macam biasa, bagi yang tak tau kenapa ada pendapat ulama' kata yang sambutan hari ibu ni haram, meh aku cite. Masa musim bunga, orang Greece sambut hari ibu ni sebagai penghormatan kat Rhea, ibu pada Tuhan dorang. Ada gak sambut sebagai penghormatan kat Mother Mary. Sekadar nak bagitau, mother Mary ni maryam, ibu pada An-Nabi Isa a.s atau Jesus. Tu sebab mother's day ni disambut hari Ahad. (Hari Ahad kan special for the Christians)   rujukan : www.szlihin.com

So, that why, ada ulama' yang haramkan. Boleh tengok video ustaz azhar idrus untuk dengar explanation dia.


Tapi! Sabar.. Bila kita sebagai khalifah di muka bumi ini, jangan kita pandang satu ulama' je. Kita tengok dua-dua. Kita selidik kenapa yang sorang ni haramkan dan kenapa sorang lagi haruskan.

Mungkin ramai yang marah dengan mereka yang cakap, "ikut niat.." Mesti ada yang jawab, "A'ah. Kalau nak kenyang pun, niat je, mesti dah kenyang." Rilek lar kawan-kawan. ^^ Ikut apa yang aku study kat Understanding Islam, sesuatu perkara yang tak dinyatakan jelas dalam al-Quran dan hadis (tolong betulkan kalau aku salah), yang pertama, ikut niat dan yang kedua, bertepatan dengan syari'at Islam.

Ni sekadar pendapat je ok! Aku bukan nak menentang sesiapa. Aku hormat ahli ulama'. Aku ni pun siapa. Cuma budak yang masih jahil dalam agama.

Bagi aku, memang asalnya hari Ibu ni disambut untuk penghormatan ibu pada Tuhan dorang. Tapi kalau diikutkan sekarang ni, orang sambut sebagai penghormatan ibu dorang sendiri. Ada kata, "Yer.. Hari ibu je hormat mak korang. Hari lain buat derk je." Tak gak.

Ada je yang appreciate their mom setiap hari. Like my cousins, kalau boleh tiap hari nak cium mak dia. Maybe ada yang kurang rapat dengan mak dia. So, mother's day at least dapat buat anak tu ingat kat mak dia. Cuba bayangkan seorang ibu yang tunggu anak dia datang untuk jumpa dia. (teringat cerita seorang ibu yang sambut hari ibu sorang-sorang.. T_T )

Kalau cerita pasal Hari Bapa tu, asalnya wujud sebab hari Ibu. Pengasas tu fikir, nape tak hargai jasa bapa sekali? So, wujud lar gak Hari Bapa. So, takde kena mengena dengan Bapa Tuhan or anything. So, kalau hari Ibu haramkan, perlu ke hari Bapa haramkan sekali? Just asking..... Do think what I'm trying to say.


Tapi cam aku, aku takde pun kasi hadiah on that specific day (mother's day). Even bukan mother's day pun aku ada beli hadiah (with my own money okey...). Sebab aku fikir, hari tu dah tak special sebab ramai dah sambut. And people would expect something from you. So, aku akan kasi bila someone tu tak expect pun nak dapat. ^^

Bagi aku, hari Ibu ni is a good thing untuk orang ego cam aku ni. Sebab most of us didn't show much of our appreciation towards our mother. So, bagi aku, hari Ibu ni dapatlah lembutkan hati dorang sikit untuk menghargai ibu dorang. Aku takpe. Aku hari lain. Tak suka sambut hari sama dengan orang. XD lagipun, at least, mak dorang tau yang dorang still ingat kat dorang. You know, women. Suka perhatian. ^^

Aku tak tau benda ni berkait ke tak. But, contoh sorang tu birthday dia 25disember. And masa tu gak, christmas yang dikatakan birthday Jesus. So, adakah budak tu tak boleh sambut birthday dia walaupun niat dia nak sambut birthday dia sendiri, bukan nak sambut Jesus? It's a bit like mother's day lar.

I'm not expecting people to listen to me. Sebab aku tau, ilmu aku memang tak cukup. Tapi aku berfikir lepas aku dengar dua-dua hujah. Kenapa ulama' cakap camni, dan kenapa sorang lagi cakap camni. Ada je kawan-kawan aku yang tak sependapat. Malah ada yang sampai bergaduh pasal benda ni. Wei, biasalah pendapat always berbeza. Even imam-imam muda berbeza pendapat. Tu sebab ada 4 mazhab.

To me, appreciate your mom everyday. Kalau ye pun ego nak tunjuk sayang korang tu (I'm talking about myself), janganlah lawan kata-kata mak korang. Jangan kata "Ah" pun tau. Tak baik. Dosa besar. Keredhaan Allah itu datang dari keredhaan ibu bapa. Macam sorang kawan aku ni cakap, "tak guna sambut hari ibu kalau hari-hari lain hilang rasa hormat dan sayang kepada ibu."

And mungkin gak ada kata, "kita sambut untuk ibu kita, bukan ibu Tuhan. Jadi boleh lar kan sambut valentine's day? Kita sambut kekasih kita, bukan paderi tu." Okey.. Kita tengok pada impak pula. Impak=kesan. Apa kesan sambut hari ibu? Apa kesan sambut hari kekasih? Aku tak nak lar explain banyak-banyak since ramai tau apa masalah yang berlaku bila datangnya 14februari ni.

Bagi aku, hari ibu takde bawa ke arah keburukan. Kalau hari kekasih tu, kita tengok entah berapa banyak kes penzinaan berlaku. Hari ibu is something that we celebrate to appreciate someone. What I could see, hari ibu merapatkan ukhwah keluarga tu. Yelar.. Cam kitaorang, dah jarang nak makan sama-sama. Selalu busy je semua. So, bila ada hari ibu ni, dah buatkan aku dengan family BESAR aku untuk sambut sama-sama kat KL malam tadi. Lama tak jumpa dorang. T_T

Sebagai untuk menyokong mereka yang tak kasi sambut hari ibu ni gak, janganlah hari ibu je kita kasih kat mak kita tapi hari lain, cam hareemmm... Bagi hadiah sebesar rumah pun tapi doa pada ibu takde, itu dah tunjuk kekurangan kat situ gak. Doa tu kan senjata Muslim. Doalah untuk ibu kita okey. Doa tu lar sebaik-baik hadiah. (hadiah yang paling aku inginkan daripada orang-orang yang aku sayangi)

So, that's all from me. Bagi yang tak puas hati, jangan marah-marah. Ni sekadar pandangan je. Semua ni sekadar ilmu yang aku dapat lepas tengok video kat atas, baca info NI , baca tweet Imam Muda Ashraf dan jenguk blog Brother Solihin Zubir. Kepada yang tak sambut, jangan lupa untuk tunjukkan kasih sayang kepada ibu korang walaupun dengan doa. ^^ Kepada yang sambut, jangan hari Ibu je sambut tapi hari lain cam haprak. Tak mau ek.. Kecik hati ibu. Okey.. Astaudi'ukumullah. Wassalam~



Saturday, May 05, 2012

Lalang. Bukan versi matluthfi punya ek.

~Assalamualaikum wbt~


~Cuba tengok penguin di atas. Alar tomey-tomey! Takde gaduh-gaduh. Berborak pun baik-baik. Cam nak bela seekor je! XD

Hari ni, aku berani mati untuk cerita pasal benda ni. Sebenarnya, aku dah lama diam, maleh nak membesar-besarkan benda yang kecil. But then, benda makin lama makin complicated pula. Ayoo! Pening! Cuma dengan kawan-kawan yang sependapat dengan aku je boleh aku cerita benda ni. Yang lain? Marah2 aku lak... Sedih tau. :'(

Sebelum tu, aku nak korang tengok video Matluthfi dulu. Well, the thing is aku tak boleh nak masukkan dalam ni sebab salah sorang watak dalam video dia ada yang tak tutup aurat. Urm.. Tak kasi korang tengok nanti, korang tak faham lak. Okey! Camni! Yang perempuan, boleh ler pergi ke matluthfi90 and cari tajuk video 'Lalang'. Yang lelaki, nak tengok gak boleh, tapi bila ada watak perempuan tu, tundukkan pandangan ek. Korang baik kan? Aku percaya kat korang! Mungkin aku tak tau, tapi ingat, Dia tau apa korang buat tau.^^

Dah tengok? Good!! So, senang sikit aku nak cerita. Aku suka part ayat nie, "Orang macam aku, kami sengaja kosongkan jiwa kami pasai otak kami dah PENUH dengan ____ politik yang hampa duk maen ni!" Yes. That's right. I'm gonna talk about politics.

OMG! IS THIS REAL? FOR REAL?? ATIQAH FARHANA SAFIAN IS GOING TO TALK ABOUT POLITICS? Unfortunately, that's true, my friends. Sebenarnya, ramai gak tau aku ni tak berapa gemar pasal politik. Kadang-kadang, dorang duk suh aku "alar.. kita perlu amik tau pasal benda ni." Yer.. Aku pernah try and it turns out, that the only thing I could see is the negative ones.

Aku memang tak suka hal2 politik since kecil. Dulu, lepas UPSR, aku pernah terbaca kertas pakcik aku yang ada tulis pasal politik ni. Dia tanya, "faham ke?" Aku jawab, "sikit2." Tapi apa yang aku faham masa tu, ada benda yang tak kena. See. Budak kecil cam aku pun dah fikir camtu. Bila makin besar, aku tengok tv. Tetiba family besar aku tukar channel. Berita. (FYI, aku pun tak suka berita gak. Tak tau kenapa.) Then, cerita pasal politik lagi. Aku terdengar ada cakap, "Alahai. Pasal benda sama lagi. Sorang tuduh ni. Sorang tuduh tu." And I just ran away and the only thing I could think of is "This politic thingy is so immature."

Bila dah masuk universiti, makin terbuka lar kan dengan orang2 luar negeri. And bila aku dah masuk UIA ni, maybe ada cakap, "Haa! Tqah ni confirm penyokong hijau kan??" Erk? Aku bukan penyokong hijau lar.. "Ha? Yeke? Urm.. Kau mesti sokong dacing tu kan?" Tak.. Tak.. Aku penyokong bendera bulan sabit beserta bintang bucu 14 dan berjalur merah putih. ^^

Kalau dulu, the only thing yang aku perasan ialah pihak atas yang saling tuduh-menuduh. Tapi sekarang, rakyat pun duk ikut sekali. Pe cer wei? Pernah gak ada sorang pakcik ni duk marah2 kat blog dia pasal benda ni. Aku pun tegur ler baik2. Then, pakcik tu kata aku tak sekolah tinggi. Pakcik, saya dah masuk universiti. UIA tau. Penat saya study, pakcik. T_T

Aku dulu memang tak amik tau pasal benda ni sampailah kawan aku (yang sangat minat dengan hal politik) cerita sampai aku dah tau semua. Pernah gak dia tanya pendapat aku. Aku sekadar bagi pendapat yang ikhlas dari hati. Tetiba dia cakap, "kau cakap je kau tak kisah tapi sebenarnya, kau tau gak kan pasal benda ni?" Benarkah? Mungkin sebab persekitaran sekarang buatkan aku tau.

The thing is, aku tau lar some of the politician are not as berkaliber as we want. And ingat tak, "Bencilah pada kelakuannya, bukan pada pelakunya." But now, apa yang aku nampak orang duk kutuk2 orang politik. Buat fanpage bagai. Yes. Marah sampai baling kasut/selipar. Yes. Siapa tak marah bila kesalahan kecil camtu dimasukkan penjara? Agak keterlaluan lar kot. Tapi, the thing is kenapa kena baling kasut/selipar? Marah memang marah tapi sabar tu penting. Kan?

Aku tak sokong sesiapa. Jujur! I'm just a pro-common sense. Aku sebenarnya nak tegur tentang sikap rakyat zaman sekarang ni. Janganlah sebab korang sokong pihak tu, kesalahan dorang pun korang saje buat2 tak nampak. Yang korang tak sokong, korang duk kutuk2. Some of the cases, to me, both of them are wrong tapi aku tengok, satu pihak je dimenangkan dan satu lagi dikutuk habis. Tak patut. Tak patut.

Then, pernah sampai bergaduh-gaduh tentang kes dua orang ahli politik pergi tunaikan haji. Gaduh teruk kot. Last-last, aku gak kena damaikan. Nasib baik lar cool down. Kalau lagi membara, tak dapek den nak nolong eh. Yang aku tak faham, nape mesti sampai gaduh? Selesaikan masalah ke? The truth is apa yang aku duk fikir selama ni sama dengan pemikiran Matluthfi dalam video dia.

Some people called half of the politicians are 'munafiq' while the other half are 'sesat'. Aku tak tau camne orang ada kekuatan untuk sebut perkataan tu sedangkan aku sangat takut, kot2 aku buat fitnah dan tuduhan.  Yer.. Mungkin ada kata, "terang lagi bersuluh kot." But 'WHAT IF' apa yang kita cakap tu sebenarnya SANGAT-SANGAT SALAH??

Aku tau, kita ada hak untuk memberi pendapat kita. Ada juga dalam syari'at Islam. Dan bila pemimpin kita tersasar dari jalan yang betul, kita juga ada hak untuk memperbetulkan dia. Allah takkan pandang manusia itu melalui status melainkan dengan taqwanya. But! But! But! Janganlar emo sangat derr.. Rilek. Sabar tu kan separuh dari iman. ^^

Dan pernah gak sekali, aku sejujurnya tak tau sangat pasal hukum hudud. Tau hukuman lar. Tapi nak kata 100% tau pasal benda ni, tak gak. ( Kepada kawanku, aku tak berani buat entri pasal hukum hudud sebab takut tersilap info) Pernah aku tanya sorang kenalan aku pasal benda ni. PASAL HUKUM HUDUD. But apa terjadi? Last-last, pergi kaitkan dengan isu politik. Aik? I'm talking about hukum hudud here, not about politics. Derrr.....

Aku tak suruh korang jadi cam aku. (tak heran politik) Aku tak suruh korang berhenti menyokong. Aku tak suruh korang tukar pendapat. Aku tak suruh korang berhenti keluarkan pendapat. Aku just harap korang fikir secara rasional je. Tak salah kan? Bila korang dengar ada dua pihak berkelahi (ayat skema), janganlah pandang pihak yang korang sokong tu je. Pandang dua-dua pihak. Sebab kadang2, dua-dua tu lar yang sama-sama salah.

Bila nak bagi pendapat, pikir baik2. Jangan gopoh. Jangan kalut. Jangan melatah. Kalau orang tu kutuk orang yang baik, kita janganlah marah dia dengan kata-kata kesat. Tak menunjukkan akhlak kita yang mulia lar, kawan-kawan. ^^  Bila nak spread cerita pasal politik ni, fikir dua, tiga kali dulu. Cari dulu kesahihannya. Jangan main spread dan akhirnya, menyebabkan terjatuh dalam fitnah.

And.... TOKSAH DUK GADUH-GADUH PASAL POLITIK NI. Tak macho kot. Macam lar gaduh tu selesaikan masalah. Jadi cam dua orang kenalan aku ni. Dorang ni berkawan. Dua-dua berjawatan kat sekolah dulu. Walaupun dorang sokong pihak yang berlainan, dorang still maintain their friendship. Kalau pendapat lain-lain, dorang akan bincang baik-baik. That's how we should do it. Ok?

Most of all, janganlah kita duk bangga yang orang2 politik tu tak layak jadi pemimpin or what so ever. Nak jadi pemimpin ni bukan senang. I know that 'maybe' some of them forgot their real obligation towards Allah and people. Ingat.. At least, dorang tak stop kita dari menunaikan lima rukun Islam. Ingat kan rukun Islam?

Lepas tu, jangan kita mengagung-agungkan orang tu sampai satu hari kita menyesal sebab pilih dia. Jangan sampai suara azan masjid diperlahankan macam di satu tempat tu. Jangan sampai kita menangis melutut meminta kebebasan macam negara luar.

Again, I would like to remind you, entri ni bukan untuk ajak korang untuk sokong satu parti ni atau parti tu atau apa-apa parti lar. Aku bukan penyokong parti. Aku penyokong Islam! (bila aku mention Islam, tak bermakna aku sokong bendera hijau ok) Aku penyokong bendera Jalur Gemilang!

Memang aku diam tapi tak bermakna aku penyokong pembangkang. Tapi dalam masa sama, tak bermakna aku penyokong kerajaan. Yang aku tau, aku seorang hamba Allah. Seorang anak kepada dua manusia yang sangat istimewa. Seorang pelajar yang kini memegang duit rakyat. (seriously cuak!) Seorang manusia yang cuma mau melihat saudara-saudara Muslimnya berada di jalan yang benar. (walaupun aku tau possibility dia sangat sikit walaupun tak mustahil)

So people. Always berfikiran rasional. Jangan bertindak melulu okey. Jangan kaitkan politik dengan semua benda. Mulut dan kelakuan pun kena jaga. Perintah Allah itu tetap utama. Iman kita, terus tingkatkannya. Tak kisah kepada pemimpin mahupun rakyatnya. Ini sekadar luahan hati seorang pelajar UIA yang berumur 18tahun 5bulan yang masih mentah yang sentiasa inginkan keamanan dunia dan akhirat. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

First Video Ever!

~Assalamualaikum wbt~


~Aku tidur agak lambat malam tadi. Balas dendam sebab dah lama tak tidur lambat kan sepanjang exam week ni. Lepas Subuh tadi, tidur balik. Memang otak rasa berat kot. Tengah sesedap tidur, tetiba rasa ada vibrate. Err... Ada call. Tapi aku buat derk je. Ada pula call kali kedua. Buat derk lagi. Last2 bangun jap and check hp. Member aku. Pesal dia call? Buat dunno je lar. Then, vibrate lagi. Alahai. Nak buka mulut pun tak larat.

Last2, mesej je tanya asal kol. 3 missed calls semata2 ajak aku turun bawah lobi mahallah (asrama). Err.. Tak larat aku. Lagipun, nak jumpa buat pe. Jadi, disebabkan calls tu, aku terbangun dan masih mamai2 lagi. Tapi dalam masa sama, frust dengan dua lagi kawanku sebab cadangnya pagi ni nak tengok wayang kat Mid Valley.. Okey.. Terpaksa tengok waktu petang punya. =='

Okey.. Apa aku nak duk cite hari ni? Urm.. Takde pape. Saje nak duk promote video yang kitaorang buat nie je. Lecturer kitaorang untuk english subject, assigned aku dan classmates aku untuk buat video pasal poverty. So, dalam kelas ada 14 orang. Jadi, ada dalam 3group yang buat video ni. So, the 5 of us are the only girls in the class.

Video ni actually is just a class activity. Bukan assignment pun. Just for fun and at the same time, improving our english communication. And kebetulan lak, aku memang teringin nak buat video and my mom pun pernah tanya, "Bila Kakyong nak buat video macam Matluthfi?" So, this is kind of a present for my mom. Her birthday gift.

Kalau korang tertanya2, kitaorang pelajar architecture and environmental design (AED) kat Centre For Foundation Studies in International Islamic University Malaysia (UIAM). Semua scene kat dalam video diambil kat situ. Perhatian! Ini bukan UIA Gombak yang cerita Nur Kasih buat shooting tu. Ni UIA Petaling Jaya. Ada beza ek.

We're not good in act. We're not professionals. Kitaorang tak pakar macam Matluthfi! XD Our English are horrible. Yes. We haven't exempted for english so we're trying our best to do so. ( Exempted for english means we're so good in english that we don't need to take an english class.)

Storyline dia is based on my mom's idea. So, aku tak kisah sangat kalau orang nak kata kitaorang curi idea pasal drama melayu yang share pasal kasut tu ke. Because this idea comes from my mother. (Alar.. Ada je satu kumpulan brother yang ikut storyline awan nano)

And a little bit from the story are also related to my mom's. She's a teacher so she knew more about her students. This story is from my mother. Dear teachers. Before you punish your students, ask them, the reason why they did it. Every act has its own story, right? And most of all, love your mom people! Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Who should I give my love to?
My respect and honour to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Hold you tight
That's right no other
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.