Friday, March 09, 2012

Selamat tinggal, Wahai Dunia

~Assalamualaikum wbt~


~Adik aku baru balik dari asrama hari ni. Pagi tadi, dia ada majlis dengan ibu bapa. Tengah aku duk sibuk tengok tv, tetiba adik aku dapat panggilan dari someone. Aku malas nak ambil port mula-mula. None of my business. Tapi tetiba dia lari ke arah tv and tukar channel tv3. Aku pun cam tersentap lar kejap. ( Pehal adik aku ni? )

Dia cakap, "Habis sekarang dia macam mana??" Telinga aku mula pasang nak dengar tapi tiba-tiba, "YA ALLAH!!" Adik aku menjerit nama Allah sampai rasa nak gegar rumah ni. Aku dengan ayah aku punya terkejut. Mak aku dengan adik-adik lain takde, gi tuisyen.

Innalillahi wainna ilahi roji'un. Kawan sekolah adik aku dengan ibu bapanya kembali ke Rahmatullah kerana accident masa nak balik ke kampung kat Terengganu. Adik dia pula, aku dengar koma. Mak aku tanya, "Apalah dia rasa bila dia bangun je, keluarga dia takde kat sisi dia." And adik dia baru je umur 12 tahun. :'(

Memang sepanjang majlis adik aku pagi tadi pun, arwah takde. Jadi, ada kawan dia yang sedar and cuba cari sampai tanya-tanya kat orang. Adik aku cerita, ada sorang kawan pada arwah ada buat salah sikit kat arwah. Aku tak tahu keadaan kawan arwah sekarang. Mungkin sedih. Mungkin menyesal. Wallahu'alam. Tadi kan ada berita pasal accident kat tv3. Tu berita arwah.

Arwah baru je umur 17 tahun. Muda lagi. Memang kawan-kawan arwah termasuk adik aku terkejut. Disebabkan adik aku sangat sensitif, dia still nangis. Sekarang, tak nangis dah tapi dia cam termenung panjang. Yer.. I know how you feel, sister. Aku faham sebab aku pun pernah kehilangan seorang kawan sekolah dulu. Berita yang amat mengejutkan sampai terkelu lidah aku bila dengar berita tu. Al-Fatihah buat arwah.

So, you guys heard about this. Does it touch your heart? Or you just recite Al-Fatihah and just felt compassionate but not for yourself? Bak kata matluthfi, "Muda ke tua ke, everybody's gonna die anyway." Kawan adik aku baru umur 17 tahun. Kawan aku baru je umur 18 tahun. So young. Life is short, man.

Jadi, korang fikir sekejap. Sekarang, dah pukul 11malam. Korang dah solat Isyak? Korang yakin solat korang terima? Korang yakin ibu bapa redha dengan sikap korang? Korang rasa amalan korang kat dunia ni dah cukup nak bawa masuk kubur?

Korang yakin semua tu? Bayangkan kalau malam ni, korang tidur dan takkan pernah bangun sampai bila-bila. Cukup ke amalan kita wahai saudara Muslimku? Jangan pernah yakin yang korang akan hidup lama. Tapi kita boleh usaha untuk jaga diri kita dari kematian. Tapi kalau ajal kita dah tiba, kita akan pergi juga.

Sebelum Allah tarik nyawa kita, tingkatkanlah amalan kita. Masih ada masa, Insya-Allah. Kita masih bertuah kerana masih mampu bernafas di atas muka bumi ni. Tak perlu cakap, "Aku masih menanti hidayah." Kalau tak sempat macam mana? Hidayah tu akan datang kepada orang yang betul-betul berusaha. Hidup ni bukan macam bulan jatuh ke riba. Sama gak dengan hidayah.

Jadikan pemergian saudara Muslim kita sebagai kekuatan kita untuk terus beribadat kepadanya. Doakan juga saudara kita termasuk di kalangan orang beriman, Insya-Allah. Jangan bila dah masuk kubur, baru nak menangis dan menjerit, "Ya Allah! Hidupkanlah aku kembali! Aku berjanji akan sentiasa beribadat kepada-Mu!" Tiada gunanya lagi. Yang menyelamatkanmu hanyalah Amalan baik, doa anak-anak dan duit yang disedekahkan ke arah kebaikan. Antara tiga ni, apa yang ada dalam genggaman korang? Wallahu'alam. Wassalam~

p/s : Mungkin pemergian seseorang itu ada kebaikan pada arwah juga.

2 comments:

Unknown said...

amin ya rabbal alamin..syukran ats perkongsian ini

Atiqah Safian said...

afwan.. :)