~Assalamualaikum wbt~
~Terasa nak cerita pasal ni. Kebetulan ternampak orang tu update something kat facebook, buat aku terfikir nak cerita pasal dia.
Kejadian ni berlaku masa event Sports and Martial Arts Carnival ( SMAC ). Disebabkan kekurangan volunteer kat sport ping pong bahagian brothers, aku terpaksa gak gantikan. Yelah. Program coordinator (PC) untuk ping pong pun, roommmate aku sendiri. Takkan aku tak tolong kot. Eveything was ok. Sorang lagi pc untuk ping pong brothers baik. AJK lain pun ok. Referee pun takde serius mana. It was ok except ramai brothers ler kat situ.
Hari pertama was fine. Cuma bila tengok student society aku sendiri, IDEA ( society untuk architecture student ) berlawan dalam court jagaan aku cam stress sikit ler. MENANG LAR WEI! MENANG LAR! Eh? Aku mana boleh bias. Bias dalam hati boleh ke?
Hari kedua, perlawanan kategori double. Dan lagi sekali, team IDEA akan lawan kat court aku. Ada satu lagi team yang main kat court lain tapi kalah. T_T So, berharap gak team yang ni menang. ^^
Sebab lama tunggu kat court, aku jalan ler dulu kat meja pendaftaran. Aku pun sempat ler makan roti dulu ( entah nape aku kena cerita ). Tengah tunggu, nampak ler cam ramai berkumpul kat depan meja daftar. Aku pandang ler. Pehal lak ni? Then, nampak ler dua orang brothers dengan baju warna hijau. Eh? Ni mesti player IDEA. Dan masa tu gak, aku nampak ler salah sorang brother cam ada plaster kat dahi dan tangan kanan dia berbalut. Macam kenal je dia ni. Ingat-ingat balik, memang dia ni student IDEA dan aku ada friend dengan dia kat fb.
Nampak gak dia pegang ubat dengan dompet dia. Tangan dia cam gigil sikit. Dia letak ler barang2 dia kat atas meja daftar tu. Dah ler betul-betul depan aku. Rasa cam nak tolong je. FYI, aku tak suka tengok scene2 camni. Tapi fikir balik, kang tak pasal2 salah faham lak. So, aku setakat pandang je. PC tanya, dia seriously nak main ke? Yelah.. Dengan injured gitu. Dia still gak nak main. Okey.. Aku memang nak IDEA menang tapi bila tengok dia cam terseksa je nak tandatangan, aku rasa cam...... ( tak tau ler dia memang terseksa ke tak )
Dapat tau, rupa2nye, dia cedera disebabkan free fight. No wonder. Tapi kegigihan dia nak terus gak bermain, buat aku cam salute dia gak lar. Sepanjang perlawanan, aku memang tak dapat nafikan, hebat gak team IDEA ni. Brother tu pun still lagi mampu untuk buat pukulan smash. Aku tak tau ler camne kesakitan dia tu. Memang sakit ke or dia tahan sakit ke, or memang tak sakit langsung ke.
But still, IDEA kalah dalam perlawanan tu. Well, biasalah. Pertandingan mesti ada menang kalah. Aku cerita ni bukan nak kata aku minat ke kat brother tu. Or aku kagum dengan kegigihan dia. Or aku caring dengan dia. Erk?? Cam pelik je fikiran sebegitu. Minat dan caring tu takde ek... =='
Aku sebenarnya, pernah gak terfikir dulu ( atau berangan ), apa jadi kalau aku dah cedera dengan teruk tapi masih kuatkah aku untuk meneruskan perjalanan hidup aku? Kalau siapa tengok cerita Naruto, walaupun Naruto dibelasah teruk, dia terus bangkit walaupun kadang2 dia kalah. Tu sebenarnya aku nak share dengan korang. Of course, kita tak boleh paksa diri kita ni sangat. Tapi jangan jadikan kesakitan tu sebagai alasan untuk kita menyerah kalah. ;)
Jadikanlah sikap brother tu sebagai pengajaran dalam hidup kita. Walaupun dia bega ( degil ) tapi at least dia tak menyerah kalah sebelum dia mencuba. Malah dia terus berjuang sampai akhir. Okey.. Dia dengan partner dia kalah. Tapi sikap dia memotivasikan diri ini. Dan bila aku kongsi dengan korang, Insya-Allah, mungkin korang pun rasa benda sama. ^^ Itu sahaja daripada diri yang lemah ni. Wassalam~
p/s : Apa akan jadi kalau brother tu baca entri ni? O.o
2 comments:
this case actually not too pelik,there is another person who do the same,can i tell you in SMAC,there is a brother from INTECHSS who injured after free fight,but he willing to help INTECHSS play volleyball(sebab membe x cukup),and he also join cross countrycan you imagine that?dengan tangan sakit berbalut,still bole join semua sukan ni......hapanya mereka ni jadi contah pada kita semua kerana semangat mereka.
wow.. that's cool. never heard of that. it's not weird but it's the first time ever I'm seeing all this. so, I was very surprised. but their spirit really motivates me. Salute them! ^^
Post a Comment