~Assalamualaikum wbt~
~Hai Semua! Aku baru je habis exam minggu ni or 1 jam yang lepas. Memang seronok sangat ler kan.. ==' Memang nak minta maaf sangat sebab tak dapat nak update entry. Busy dengan assignment, tugas FSCC dan study ( exam kan? ). Iman pun rasanya, takkan blogging lagi kot. So, maybe I'll take over her place, Insya-Allah. Lepas ni pun busy lagi. Starting tomorrow, aku kena siapkan assignment Understanding Islam, design banner, bunting and backdrop dengan buat sketch untuk english. Argh! Banyak kerja!!
Right! Kita pergi ke topik kita. This entry bukannya luahan hati ( maybe ada sikit ). Mungkin lebih kepada nasihat kepada adik-adik kat luar sana. ( Abang kakak nak dengar nasihat ni pun boleh gak. ^^ ) Okey.. Sebelum tu, aku nak cerita something dulu.
Dulu masa aku form 4, aku ada sorang kawan ni yang nampak cam tenang je tapi dalam hati, dia dan Allah sahaja yang tahu. Brother ke sister? Tu biarlah rahsia. Bukan pe. Tak nak orang tahu siapa dia. Dia kadang-kadang share masalah dia dengan aku and sampai ke SPM pun, dia sampai nangis-nangis ( nangis ke?? ok.. sedih 'sangat' je tapi ada ler nangis sikit ) cerita konon dia tersilap buat. Terpaksa gak aku pujuk. Alhamdulillah, dapat gak dia jadi antara pelajar cemerlang. ^^ Lepas dapat result, dia buntu gak lar nak masuk mana. Kadang-kadang, dia tanya pendapat aku dengan mak aku. Ayah aku sampai nak tolong dia untuk dapatkan tawaran IPG lagi.
Tapi Alhamdulillah, dia dapat gak sambung belajar. Seriously, I'm proud of you, my friend. ^^ Masing-masing still contact kat fb dengan hp untuk tahu perkembangan masing-masing. Kebetulan, dia amik bidang architecture gak. So, it's an opportunity. Tapi entah tetiba dia diam. Aku pun pelik. Mesej tak reply. IM chat kat fb pun tak reply padahal tengah online tu. Pesal dengan kawan aku ni?
Rupa-rupanya, dah bercouple kawan aku sorang ni. Nak kata suka? Urm.. Entah. Nak kata tak suka? Urm.. Entah gak. Biar je lah. Tapi still try tegur lagi. Sampai aku dah bengang, aku marah. ( Pengajaran : Sila jangan buat aku marah ). Ok. Dia minta maaf and janji takkan buat lagi. But it doesn't change at all. Kawan aku lebihkan masa dengan couple dia tu berbanding dengan kawan dia yang sorang ni T_T. ( Again, entry ini bukan luahan hati ).
Baiklah. Tamat cerita! Ok, aku cuma nak cakap yang kawan aku tu memang kawan aku yang memang baik ler. Cuma persahabatan tu tetiba je putus disebabkan something. Well, aku tak nak ler salahkan bab couple ( memang pun! ). Aku malas lar nak kata, JANGAN COUPLE KALAU TAK NAK PERSAHABATAN ANDA TERPUTUS! Bukan...
The thing is your own attitude. Tak kisah lar kalau korang dah ada pakwe/awek ke, tunang ke, suami/isteri ke. The thing is persahabatan tu amat penting. Rasulullah saw sendiri mempunyai sahabat kan? Jaga hubungan dengan Allah dan Nabi. Jaga hubungan dengan Kitab. Jaga hubungan dengan keluarga. Dalam masa sama, jaga hubungan dengan sahabat.
Bukan nak kata apa. Bukan nak ungkit. Tapi bila anda susah dulu sebelum jumpa pakwe/awek tu, siapa yang bantu korang? Bukan ke sahabat? Bukan kawan ke? Seikhlas-ikhlas hati manusia tu, pasti dia akan terasa terkilan bila orang yang dia bantu dulu, dengan mudah lupakan dia. Just saying..
Kalau tak nak jaga juga, fine.... Nanti dah kahwin, kawan-kawan korang tak nak datang kenduri korang, faham-faham sendiri lar ek. Bagi yang bercouple, kalau tetiba korang putus, anda masih ada tekadkah untuk menegur kawan-kawan korang yang korang tinggalkan dulu?
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah/ bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
Tak kata, korang mesti 100% pentingkan sahabat. Nope... Allah comes first. Prophet in second. Family in third. And friends in forth. Eh? Mana suami/isteri?? Tu kira family ler tu. Ingat! Tunang or pakwe/awek tu belum masuk family lagi.
So, choose your friends well. And take care of them seperti Rasulullah saw. ^^ Kepada kawanku itu, I'm not mad just disappointed. Rasanya, semua pun akan rasa camtu kot. Well, that's all from me. Thank you for reading. Wassalam~
p/s : A friend in need is a friend indeed.
No comments:
Post a Comment