Friday, March 09, 2012

Running Man MALAYSIAN!

~Assalamualaikum wbt~

~Pernah tengok running man? Dah? Belum? Kalau belum, pergi redah ke YOUTUBE sekarang dan taip RUNNING MAN! Yes.. Ni variety show dari Korea tapi it's really funny dan boleh buat korang hilang tension! ( Things I do when I was having an exam and I release my tension with this ) Memang tak rugi pun tengok. Sangat best! : D

Wait! Running Man Malaysia? Kau biar betul, Tqah! Selalunya, Running Man Korean. Sekarang Malaysia? Betul ke ni??? Walawee!

Ok.. Aku reka je sebenarnya... Hehe.. Takde pun Running Man Malaysia ( patah seribu~~~). Tapi aku rasa, nak taip benda ni untuk suggestion je lah kan. Well, aku an rakyat Malaysia. Tak salah kan nak bagi opinion. Dalam Islam kan individu berhak bagi pendapat kecuali pendapatnya untuk menyerang Islam. ^^

Aku rasa, tak salah pun kalau Malaysia adakan satu program yang manfaatkan negara, peserta-peserta dan juga orang lain. Again, aku ingatkan. Ni sekadar luahan hati dan pendapat sahaja. Tapi kalau betul Malaysia buat show ni, memang aku takkan miss tengok ler! Insya-Allah.


Nampak gambar kat atas ni? Ni peserta-peserta Running Man kat Korea. Ada sorang lagi, nama dia Ji Hyo tapi sebab dia perempuan and there are some parts that she didn't cover up, so I decided not to put her pictures here. Dari kiri kat atas, Jae Suk, Yuk Jin, Jong Kook, Haha. Dari kiri kat bawah, Gary, Joong Ki dan Gwang Soo. Ikut apa yang dorang kata, populariti dorang semakin meningkat bila join Running Man. Aku yang tak kenal sorang artis pun kat Korea pun dah tau setiap satu nama dorang ( siap tau nama nickname lagi! ). So, ni dah bagi keuntungan kat peserta-peserta. And peserta ni artis bukan orang biasa ok!

Seterusnya, menguntungkan negara! Okey. Gambar kat atas ni, pasal mall yang terbesar kat Seoul, Korea rasanya. Setiap episod, Running Man akan main game kat tempat-tempat yang menarik untuk dikunjung. Tempat kebanggaan Korea ler kan. Disebabkan dorang selalu buat malam, jadi orang pun takde dan takkan ada gangguan kat orang lain dan peserta. Kira Malaysia dapat promote lar gak tempat kunjungan pelancong dan kebanggaan kita. KLCC ke, Muzium ke, Times Square ke, Genting Highland ke. So, pelancong akan tertarik dan rasa kagum dengan Malaysia. ^^

Okey.. Kenapa menguntungkan orang lain lak? Ni tak pernah dibuat lagi 'KOT' dalam Running Man. Selalunya, dorang main saje2. Duit yang dorang dapat pun, dorang kasi sponsor kat team bola and lain-lain. Tapi tak tau lar kan. Aku tak tengok habis lagi. Nampak gambar atas tu? Okey.. Kita tukar ler Golden Piggie Banks tu jadi haiwan lain. Ada beberapa episod awal, Running Man kena cari golden piggie tu and dalam dia, ada duit tapi tak tau berapa banyak amaun dia.

Duit-duit tu pula, instead peserta dengan apa-apa benda lain yang dapat, kita sponsor lar untuk orang-orang yang susah dan memerlukan. Boleh bagi kepada orang-orang yang miskin, rumah anak-anak yatim, surau, masjid, rumah kebajikan, hospital.

Daripada bagi duit kepada orang yang memang dah ada duit, baik bagi dorang yang betul-betul perlu duit. Kan? Money Drop? Jangan Lupa Lirik? Amazing Race? Akademi Fantasia? Mentor? Raja Lawak? What so ever? Semua tu menguntungkan peserta je. Bagi duit kat dorang je. Baik kita berusaha untuk membantu orang lain. :)

Nanti penonton tengok pun, "Rupa-rupanya, ramai gak orang kat luar sana yang susah. Aku kena buat something ni." Yelah.. Bila dah ada astro ni, orang layan entertainment je. 'Bersamamu kadang-kadang, orang tak tahu pun kewujudan dia. So, this is also the way to show that there are still some people who need our help.


Seterusnya! Part best! ( Except bila Jae Suk kalah..... ) Punishment! Siapa kalah / unlucky, dia kena punish ler.. Hehe.. This is to show that artist pun tak boleh ler 100% control macho / cun je kan? Dan bila kena punish dia, dia akan lebih expose pada rakyat-rakyat kat luar sana tu. Populariti pun lebih meningkat...

- JAE SUK OPPA! AIGOO!-

Right! Tu pe yang untung. Tapi mesti ada syaratnye gak kan? Selain peserta, Running Man akan ajak artis jemputan untuk main dengan dorang sekali. Baru lah adil kan dengan artis lain untuk tingkatkan populariti. ( Sorry sape yang tak suka bab popular ni. Ni untuk tarik minat artis je untuk join ). Tapi ada syaratnya. Peserta dan peserta jemputan mestilah LELAKI ! YES! Takkan bab kejar-kejar, laki kejar perempuan? Ingat Hindhustan ke? Then, laki tu peluk perempuan tu? Aiseyman. Tak berkat lah show ni nanti. So, girls are not allowed.

Lepas tu, games mesti start lepas Isyak sampai ler nak dekat Subuh. Bila nak solat Insyak dan Subuh tu, boleh ler rakam sekali, kira cam mengajak gak lar kepada penonton untuk solat. Artis kesayangan dorang solat kot. Selalunya, artis ni kan jadi ikutan. Insya-Allah, penonton pun akan tergerak hati untuk solat sekali. Artis yang ( orang kata ler.. ) selalu dianggap sosial pun solat, pe lagi kita kan? :)

Dalam Running Man Korean, dorang adakan punishment pakai SHORT PANTS?? Woo.. Tak boleh ler untuk Malaysia. Aurat meh... Bahaya.. Bahaya... Kalau ada bab-bab judi pun, terpaksa ler ditolak. Kita kena cari keberkatan dalam apa yang kita buat kan? Baru orang takkan ragu-ragu dengan program kita ni. :)

Ada lagi idea ke? Hmm... Tu je kot. Dalam Running Man Korean, MC dia mestilah JAE SUK! Dalam Running Man Malaysian, boleh ler pilih Aznil. Dia pun lawak and aktif. Memang sesuai sangat ler kan? ^^ Yang penting, producer dia kenalah pandai cari idea untuk dapatkan permainan yang best. Editor dia boleh gunakan crew Les Copaque ( alar.. Syarikat yang buat cerita Upin Ipin dengan Boboiboy tu). Haa! Kita dah ada banyak kelebihan. Kenapa tak gunakan je?

Nak kata penciplak? Derr.. Money Drop tu pun datang dari luar negara. Explore race pun sama gak. So, kenapa yang ni tak boleh lak? Lagipun, it's for the needy, the contestants and the country. Benda baik, kita sama-samalah untung. :) Kan3? Well, that's all from me then. Kalau rasa suka, boleh ler share. ( Mana tahu, tetiba pihak atas terbuka hati nak buat variety show camnie! please... buatlah! buatlah! ) Wassalam~

p/s : Dakwah kena ada banyak cara. Even dari segi entertainment pun. :)

3 comments:

man yusoef said...

tapi rasanya artis Malaysia tak cukup berani untuk dirakamkan aksi muka baru bangun tido tanpa secalit make up tuh semua...HAHAHA

Atiqah Safian said...

haha.. artis lelaki pun pakai make up ke??

mizsfatima said...

hebat la. setuju sngt kalau ada reality show cam running man kat malaysia nie. tentu best. sesuai sngt kalau aznil jd mc.