Wednesday, March 28, 2012

Hidup Dah Tak Terurus

~Assalamualaikum wbt~

~Hi kawan-kawan yang handsome dan cantik lagi beriman. :) Aku nak minta maaf sebab dah lama tak update. Cis! Tqah mungkir janji! Bukan apa. Aku busy. Kerja berlambak. Dengan jadi organiser lagi, dengan assignments, dengan exam, dengan 6subjek yang kena betul-betul fokus.

But busy pun it's worth it. Event sports alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Assignment dapat pujian lecturer. Exam.. errr..... boleh lar.. Takde fail. Computer je lar markah paling rendah ( sebab aku memang blur subjek ni )

Tak lama lagi ada satu lagi event kat UIA yang bernama 'Amal Islami. Event yang adanya pertandingan macam tarannum, hafazan, syarahan, nasyid, tulis cerpen dan tulis sajak. Aku dengan roommate aku kena jadi person in charge dalam publication and promotion. Which means kitaorang in charge dalam designing poster, backdrop, banner, nametag and banyak lagi. Of course, with the help of 'anak-anak buah'. ^^

Ramai yang kata aku ni memang dah nampak sibuknye. Bukan pe. Dorang mula perasan bila aku asyik duk post design2 backdrop kat program manager. Disebabkan asyik kena edit je, entah berapa kali aku kena post design-design tu semua. Memang... Aku pernah tido pukul 4 pagi semata-mata nak siapkan design tu. Bila ke redesign, tu memang paling menyeksakan. =='

Mungkin ada yang tanya, Tqah ni kerja apa? Ni projek kerja architecture ke? Tak.. Aku ambil dua tahun program jadi semester depan baru aku akan dapat projek. Kalau camtu apa? Aku ni sebenarnya ahli FSCC atau nama panjangnye, Foundation Student Coordination Council. Lebih senang, Student Council atau kalau ikut standard sekolah, cam pengawas lar.

Aku awal-awal sekadar nak join sebab nak isi masa lapang sebab sem dulu, aku study 3 subjek je. Banyak masa free. Tapi sem lepas, tak banyak lak aktiviti dianjurkan. Tetiba tahun ni, aku kena ambil 6subjek ( semua benda hafal ) dan banyak pula aktiviti besar yang aku kena redah!

Pernah juga bila meeting untuk Raudhah Festival ( macam hari kantin ), aku selalu je tertido. Meeting lama, kadang-kadang habis entah sampai pukul berapa. Aku pernah senyap-senyap sorok bawah meja semata-mata nak tido. ( ok.. bukan rahsia dah..) Bila event tu lagi ler payah. Meeting sampai pukul 3 pagi. Walaupun kitaorang cuba buat yang terbaik, kitaorang selalu kena marah and maki oleh penjual. Mungkin aku tak buat kerja banyak tapi aku rasa bengang gak bila tengok orang duk marah rakan sekerja aku. Dorang tak tahu kepayahan kerja kitaorang ni. Tapi aku tak faham kenapa ahli FSCC ni bega and terima je apa dorang kata.

Masa SMAC ( macam hari sukan ), aku more towards designing. Tugas kali ni pun takde susah mana. In charge of nametag, certificates and photos. Tapi yang aku bengang, penat-penat aku design nametag, last-last direject. Hancur lebur hatiku ini....... ( Aku tau aku tak pandai photoshop....) Tapi designing sijil, diterima. Alhamdulillah. Tapi tak pasal-pasal, volunteer untuk ping pong tak cukup. Kebetulan, program coordinater untuk ping pong, roommate aku sendiri. Minta tolong untuk gantikan.

Aku terima je. Tapi kena jaga bahagian brothers. Mungkin ada je suka. Aku kureng sikit sebab memang tak ramai sisters kat situ. Brothers je yang berkumpul kat bahagian tu. So, bila aku ikut pintu brothers, aku kena pekakkan telinga daripada dengar orang cakap, "Eh? Pehal ada sister kat sini?" Ada je yang marah-marah pasal opening ceremony, kata takde perbarisan daripada society padahal presiden2 society sendiri yang tak mau adakan. Tapi dipersalahkan pada kitaorang. Tapi sebab aku cam dah biasa sikit, aku terima je lar. Tapi alhamdulillah, still berjalan dengan lancar.

So, tak lama lagi, event 'Amal Islami lak. Hmm. Ni first time kitaorang adakan event ni. Insya-Allah, harap berjalan dengan lancar. Aku rasa, aku paling stress dengan event ni sebab jadi person in charge. Lebih-lebih lagi, aku first time kena design backrop yang besar gedabak tu dengan banner. Entah berapa kena reject dan akhirnya, dapat gak design tu diterima. Aku pernah migrain dan stress disebabkan semua tu.

Yer.. Kerja ni memang nampak payah. Payah lagi nak tanggung. Aku pernah sekali kena marah-marah kat sorang sister sebab dia alami kerugian masa Raudhah Festival. Aku pernah je dikelilingi brothers masa jaga skor ping pong. Aku pernah gak cuba bersabar sekuat mungkin lepas diminta untuk redesign dan RESIZE backdrop. P ernah aku nak give up dan tarik diri je.

Tapi sebenarnya, banyak benda aku belajar dari sini. Kalau kawan-kawan aku duk update status kat facebook, "bosannye...", aku lak dah payah nak buka facebook pun. Bermaksud, aku ni jarang rasa bosan. ( bosan study, ade ler sikit... hehe ) Aku ni selalu rendah diri. Selalu fikir umur muda cam aku ni tak mampu nak buat benda yang besar. Padahal kat depan mata aku sendiri, pelajar2 yang baru berumur 19-21 tahun dah mampu organisekan event yang cukup besar.

Aku ni kadang-kadang tak suka tengok orang yang tak tau hargai pengorbanan orang lain. Aku nampak kepayahan kawan2 aku. Aku nampak tekanan dorang. Aku pernah sama-sama masak dengan dorang sampai tengah-tengah malam. Dorang sanggup pindahkan khemah yang berat tu ke tempat lain. Tapi dengan mudah, orang kata 'kau ni tak buat kerja!" "Mana janji kau tu haa?" "Kau tau tak berapa banyak kitaorang dah rugi?" "Kitaorang nak tuntut ganti rugi!" Dan saat itu juga, dorang masih bersabar dan terima segalanya padahal aku baru je kena marah sikit dah mula nak nangis. "Kita tak mampu puaskan hati semua orang tapi kita tetap kena buat yang terbaik," kata-kata salah seorang vice president FSCC.

Kadang-kadang, aku rasa bengang bila design aku direject dengan mudah. Kadang-kadang suruh tukar tu ni. Ingat senang ke nak buat? Dengan takde tetikus lagi, payah betul. Padahal masa tu aku lupa, aku ni kan budak arkitek. Bukan ke tu perkara biasa? Lecturer tak puas hati dengan kerja kita dan suruh kita buat balik. Kadang-kadang, dengan mudah, dia boleh koyakkan kerja kita tu. Dan daripada aku tak tau sangat pasal photoshop, Alhamdulillah, aku dah mula tau untuk design background yang tampak lebih superb. "Takpe. Walaupun first time, daripada situlah kita belajar," kata-kata daripada salah seorang ahli FSCC.

Aku manusia lemah yang tak pernah dipandang dulu. Aku mungkin masih lemah kini. Aku ni pun bukannye jenis suka dengan benda yang suka menyusahkan aku. Pernah gak aku rasa cam nak suruh je orang lain buat kerja aku tu. Tapi Allah itu Maha Besar. Memaksa aku ni gak untuk buat kerja tu sendiri. Banyak cabaran aku sepanjang kerja ni, lebih-lebih lagi aku pernah salahkan FSCC yang jadi penyebab aku gagal dalam kuiz komputer. Padahal semua tu salah aku sendiri yang tak pandai bahagikan masa.

Aku tak minta pun sesiapa untuk korang apply jadi student council. Kalau korang kuat atau teringin ilmu baru, apply lar. Jadi student council ni bukannye tempat untuk korang jadi femes. Jangan terkejut kalau ada gak yang pernah tanya, "FSCC? Apa benda tu?" Ada yang menghargai kerja FSCC tapi ada gak yang fikir kitaorang ni tak layak pun jadi FSCC. Ini dia kehidupan. Ragam manusia. Ada yang suka, ada yang tak.

Kalau korang nak elakkan pun, tak dapat de. Sebab bila korang dah kerja nanti, benda camni lar korang akan hadapi. Tapi aku rasa, lagi mencabar. Kadang-kadang, ada kata aku ni dah cam tak terurus. Cepat sakit. Cepat tertekan. Kadang2 lupa nak buat homework. Rush sana sini. Tak dapat buat discussion. Payah nak jumpa. Tapi aku anggap ni sebagai permulaan untuk aku cuba sedaya upaya untuk bersiap sedia dalam dunia pekerjaan nanti.

Anggaplah apa jua yang korang hadapi tu sebagai manfaat. Bukan satu kekurangan. Apa yang Allah dah susunkan untuk korang, itulah terbaik. Jangan banyak merungut. Jangan salahkan takdir. Sebab kalau ada kurang, tu semua sebab sikap kita sendiri. Always think positive dari setiap sudut pun. Insya-Allah, you're ready dari segi mental dan fizikal. :) Wassalam~

p/s : Ada yang tanya, nak sambung jadi FSCC ke sem depan? Sorry.. Bagi peluang kat junior lak. Projek yang berlambak sedang menantiku. ^^

No comments: