Sunday, May 13, 2012

Warkah buat si gadis

~Assalamualaikum wbt~


~Post ni khas buat seorang junior. Lepas terbaca blog dia, senang nak pickup, tau dia tengah heartbroken with her special someone ( you know who ). So, ni bebelan daripadaku kepada junior tu. So, I'll be using gelaran 'akak' for this post, if you don't mind. And of course, macam biasa, aku akan panggil dia, sister.


Dear sister. Percintaan memang kadang2 ada peritnya. Kadang-kadang luka tu besar sampai rasa susah untuk lupakan. Macam akak sendiri, habiskan dalam masa setahun lebih untuk lupakan. (Seriously, it really works!) Tapi ingat sister. Tak perlu kecewa sangat. Kumbang bukan seekor. Ada yang jauh lebih baik. (seriously, I'm telling you.) Tapi Allah itu satu. Jangan pernah lupa pada Dia. Kenapa akak kata jangan lupa kat Dia sedangkan akak tau, sister solat kan?


Dan taulah bila korang berdua, pasti ada yang ketiga. "Tapi saya ada bawa kawan perempuan saya." Sister, sebenarnya, kalau nak jumpa dengan lelaki bukan mahram, mestilah ada keluarga perempuan tu yang temankan. Kawan sister tu bukan mahram sister kan? Lebih-lebih lagi, sister tengok wayang dengan dia ek? Sister.. Tak baik tau. Tempat gelap tu. Lepas tu, share satu payung? Waa.. Romantik.. Akak pun tak pernah alami benda tu. Tapi, kita takut, boleh bawa fitnah. Sanggup ke kita tengok orang lain tanggung dosa gara-gara kita? Ingat perintah Allah, sister. :)


Sister, seorang wanita sangat terkenal dengan sifat lemah lembut dan malunya. Malulah pada diri sendiri. Malulah pada ibu bapa kita. Malulah pada dia. Malulah pada Yang Maha Esa. Jangan gara-gara nak jaga hubungan dengan dia, kita sanggup habiskan duit mak ayah kita nak bayarkan bil. Sebut sayang pada dia, kalau dia bukan jodoh kita, macam mana? Bila dah kahwin, apa perasaan kita kalau jumpa dia balik?

Kalau betul dia sayang sister, dia pasti jaga sister. Mesti dia suruh sister sentiasa jaga aurat. Mesti dia suka bila sister mula tunjuk perkembangan yang baik. Kalau dia betul-betul sayang sister, dia akan jaga batas antara korang berdua. Kalau dia betul-betul sayang sister, pasti dan sangat pasti, dia bersedia untuk terima sister sebagai ISTERI dia, bukan setakat hubungan GIRLFRIEND sahaja.


Sister, seorang lelaki yang baik, pasti akan bantu sister untuk bawa ke arah Jannah. Bawa ke arah keberkatan Allah. Hadiah membawa ke Jannah itu lebih baik daripada hadiah dari luar negara. Sister, romantik dia sekarang ni tak semestinya akan romantik selepas nikah nanti.


Kalau nak hubungan yang pasti, jawapannya ada dalam perkahwinan. Yer.. Sister, I know the relationship between you and him. You don't need to lie anymore. And I know, from the beginning, hubungan korang bukan dalam jalan yang betul.

Dan korang berdua still muda. Dia masih muda untuk terus jaga hati sister. Belum matang. Dan sister sendiri nampak kan ketidakmatangan dia? Kenapa masih setia? Sister, tahu tak. Seorang kawan(lelaki) akak pernah cakap. Lelaki sukakan cabaran. Dia akan cuba dapatkan seseorang tu yang memang payah nak dapat. Tapi bila dah dapat, dia boleh cepat lupa. Macam budak kecil dah dapat blackberry, tetiba nak samsung galaxy note lak.


Dan sister fikirlah. Kenapa dia nak bersama-sama dengan sister? Kenapa sister nak bersama-sama dengan dia? Kerana cinta? Sister.. Cinta tu sangat payah untuk kekal lama. Tanyalah dia, adakah dia bersedia untuk menikah dengan sister? Walaupun pada usia yang sangat muda? Jika dia belum sedia, apa guna sister couple dengan dia? Ingat sister. Cinta bukan macam cerita Korea tu. Walaupun bergaduh pada awalnya tapi live happily ever after lepas kahwin. Banyak tanggungjawabnya sister. Dan adakah dia orangnya sister nak hidup bersama hingga ke Jannah? Kalau sekarang pun dia dah curang pada sister, dah kahwin nanti camne? Fikir balik, sister.


Sister.. Penantian tu bukan satu penyeksaan. Lepaskan sahaja dia. Biar dia dengan dunia remaja dia. Malah setiap kesabaran itu pasti ada ganjarannya. :)  Sister, jodoh itu rahsia Allah. Memang kita perlu usaha untuk mencari jodoh kita tu, tapi bukan cara sister. Buatlah cara yang disyari'atkan dalam Islam. Lebih bermakna, sister. :)

Jika betul sister tak percaya akan cinta selepas nikah, maka jadikanlah cerita kawan akak sebagai motivasi dalam diri sister. Dia memang dah ada pilihan hati. Dan lelaki tu pun pilih dia. Tapi entah dah berapa tahun, sangat2 jarang dorang berjumpa. Contact lagi lar. Dan sekarang, mereka berjauhan. Sangat jauh.  Tapi setia. Masih menanti akad nikah untuk mengikat mereka berdua. ^^

Dan kalau sister boleh buat macam kawan akak tu buat, cubalah. Tapi kalau tak mampu, hentikanlah. Akak tak kata, couple sebelum nikah tu haram. Akak tak berani nak letak hukum walaupun mak akak sendiri pun pernah cakap benda sama. Tapi sister, cara yang salah boleh terjatuh dalam dosa dan boleh jatuh dalam hukum haram. Macam main gitar, walaupun tak salah, tapi kalau dah melalaikan, haram hukumnya.

Sister, cinta tu memang fitrah. Takde sesiapa perlu berlari daripadanya. Tapi cara kita tu, sister. Adakah betul cara kita menzahirkan cinta kita tu? Adakah kerana nafsu semata-mata? Atau kerana Allah? Tak perlu kita kata, "Aku cinta dia kerana Allah." Sister, fikir balik cara korang berdua bercinta. Adakah benar kerana Allah?

Cinta selepas nikah itu sangat besar ni'matnya, macam cerita Kak Dena. Alar.. Kak Dena yang dilamar oleh lelaki yang tak dikenali tu. Baca blog DIA. Sejujurnya, akak pun dah ada pilihan hati. Tapi akak takut cinta yang khas untuk suami akak ni dah digunakan untuk orang yang belum tentu halal untuk akak. Biar cinta kita buat suami, yang selayaknya. :)

Sister, you've been given him too much chances. Enough sister. For your own sake. I know the pain. I've faced this problem too. You don't need a perfect boyfriend. You don't need a perfect husband either. Just a husband that could bring you to Jannah.

Nak husband? Macam gatal je. Nak boyfriend tu lagi gatal. Tak boleh nak sara diri lagi pun dah gatal-gatal nak beli hadiah bagai. Sister, to have a husband tak salah. You're smart, sister. Tak perlu bersedih lagi.

Camne nak lupakan dia? Well, you could start by stop texting him. Or call him. Memang boleh selalu bertembung tapi cuba jangan cari jalan untuk jumpa dengan dia. Seriously, mungkin ada sakitnya masa awal-awal, tapi lama-lama sister akan biasa. Live on, SISTER! LIVE ON! I'm sorry sebab tak dapat sokong sister macam cousin sister buat. But seriously, if one day sister bagitau sister nak kahwin (awal), akak pasti akan sokong sister. ^^

Sister, jangan musnahkan harapan mak ayah sister. Your dad have high expectations on you. And I know, mak sister hanya approves korang sebagai kawan je. Tak lebih dari tu. (She knows about you two too). Sister, akak dah jalankan tanggungjawab akak. Sekarang, akak serah kepada sister sendiri, buat pilihan. Untuk terima atau menolak.

If you really want him, then wait. Insya-Allah, kalau betul dia untuk sister dan cintakan sister, dia akan datang balik. Tak perlu risau. Jodoh, walaupun berjauhan pasti akan bertemu jua.

What ever it is, bahagiakanlah mak ayah sister dulu, sebelum sister bahagiakan diri sendiri. Remember. Keredhaan Allah datang daripada keredhaan ibu bapa. That's all. Semoga Allah membantu sister dalam membuat pilihan. Wassalam~

1 comment:

SiGadis Yuyu said...

nice post sis!salam ukhuwah dr nurul..boleh follow nurul..missnurulrahimah.blogspot.com..sis mohon amek 1 pic dr post di atas ye..syukran!