Sunday, December 18, 2011
Niat Tak Halalkan Cara Okey~
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Assalamualaikum semua. How's your day today?? Seriously! I really wanna know. :) Sepupu saya baru dapat baby boy isnin lepas and hari ni, saya dapat jumpa baby tu. Comel! And he's looking at me while I'm staring at him. Maybe dia cakap dalam hati, "asal lar budak ni dari tadi pandang aku je?" Huu..
Okey.. Enough of that. Korang mesti selalu dengar ayat, "niat tak halalkan cara. Takkan kau rasa nak makan, kau niat je, lepas tu terus kenyang." Kalau tak dengar pun, mesti ada kan korang jumpa kat mana-mana blog. Kan? Kan?
Well, saya pernah jumpa. It scares out of me sebab saya selalu pegang "ikut niat" dalam diri kita. Okey.. Bila saya taip tentang entri ni, saya harap, takde lar orang nak guna contoh saya ni sebagai benda yang tak baik. Saya cuma nak betulkan sikit je statement tu.
Tak semua benda niat yang tak halalkan cara. Tahu atau tak, ada niat tau yang halalkan cara.. ^^
Sesiapa yang nak guna ayat saya dalam kes tutup aurat ke, dating ke, hisap rokok ke, and lain-lain, tak payah lah sebab korang mesti akan dibidas balik. ^^
Saya bagi satu contoh. Masa tu, korang tengah berjalan kat ruang tamu korang. Tetiba, ternampak Al-Quran ada kat atas lantai. Takde orang lak masa tu, semua keluar. Korang sorang je. Korang pun terasa nak ambil tapi baru korang sedar, korang tengah 'cuti' *kes perempuan sahaja*. Orang kata, bila cuti, tak boleh pegang Al-Quran. Jadi, korang pun terpaksa batalkan niat korang.
Satu lagi contoh. Ni kes untuk lelaki lak. Ada seorang remaja perempuan ni terjatuh pengsan lak. Tiba-tiba badan dia menggigil, maybe kena sawan b4bi. Masa tu, perempuan yang ada sekeliling korang semua badan kecil-kecil. Tak larat nak angkat. Korang pun terasa lar nak angkat perempuan tu tapi tiba-tiba terfikir, "eh? mana boleh sentuh perempuan bukan muhrim." Jadi, korang pun batalkan niat korang.
So, ada faham dua situasi di atas? Saya bukannya apa. Memang lar ada sesetengah situasi niat memang tak halalkan cara tapi ada juga yang boleh kalau dah darurat. YES. Darurat.
Sebab dulu, adik saya pernah cerita. Ni cerita betul ek. Ada satu asrama ni. Tiba-tiba, ada seorang perempuan ni pengsan tak silap. *terlupa pengsan ke, rasuk ke, or sawan* Masa tu, ustazah dan cikgu-cikgu perempuan takde. Yang ada seorang ustaz. Budak-budak perempuan minta ustaz tu tolong angkatkan budak tu, sebab dorang tak larat tapi ustaz tu tolak, sebab katanya, laki tak boleh sentuh perempuan bukan muhrim. Akhirnya, terpaksa gak lar budak-budak perempuan tu angkat budak yang pengsan tu. Tapi budak tu meninggal sebab tak sempat dibawa ke bilik kecemasan.
That's why, mentally, kita tak boleh terlalu obses dengan ayat 'niat tak halalkan cara' sebab bila ada kecemasan, adakalanya satu perkara tu boleh diringankan. Kalau dah bab tudung, memang lar tak boleh nak gatal-gatal ringankan.
Satu lagi contoh. Sorang ni kulit dia tak boleh kena air. Jadi, tak dapat amik wudhuk guna air. Terpaksa guna tayammum. Takkan nak kata, "wei, tak boleh lah! Tayammum cuma boleh kalau takde air." Takkan tu pula jawapan kita?
Ingat. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang niat boleh halalkan cara especially dalam keadaan darurat. ^^ Jangan asyik duk kata, ni tak boleh, tu tak boleh. Mana perginya kemudahan dan keindahan Islam kan? Nanti ada kata, Islam ni kejam lak. Saya cuma manusia biasa. Banyak lagi saya tak tahu. Maaf kalau entri ni mengguris hati sesiapa. Saya masih budak baru belajar. Kalau salah, harap tegur. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi baca. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment