~Kenapa aku nak kemukakan isu ni? Dulu, aku main layan je cerita ni tapi lama-lama, aku dah jadi bosan and diorang ni dah melampaui batas. Kenapa aku cakap macam tu? Okey.. Aku akan explain satu-satu cerita Sinetron Indonesia ni tapi yang aku tengok je lah.
Walaupun ni first sinetron yang aku tengok, tapi aku dah mula tak suka. Kenapa? Come on lah. Korang percaya ke dengan wujudnya pari-pari? Lepas tu, ada nenek sihir lah bagai. Orang kata, yelah cerita.. Tapi kalau setakat kartun yang orang putih tu okey lah. Tapi ni cerita omputih ke? Ni cerita Islam. Yang Alya tu solat, baca Al-Quran, puasa. Opps! Sikap solehah dia ni masa awal cerita je. Bila dah pertengahan, dah tak nampak sikap solehah dia ni. Mutu ke cerita macam tu? Lepas tu berzina. Lagilah! Apa kes ni?
Cerita kedua yang aku tengok, 'Ratapan Anak Tiri'. Cerita ni aku tak banyak komen sangat. Agak sedih juga cerita ni. Tapi ending sikit tergantung lah but it still okey. Sangat sesuai untuk ditonton.
Cerita ketiga, Liontin. Antara sinetron paling lama disiarkan kat TV3. Aku tak follow cerita ni. Awal-awal je aku follow. Sekali lagi, awal-awal penceritaan memang ada kena-mengena dengan tajuk tapi lama-lama, jadi huru-hara aku tengok. Dah tak masuk langsung dengan tajuk. Sekadar nak panjangkan cerita. Memang panjang sangat pun!
Cerita ni aku awal-awal tak follow tapi adik aku punya pasal, aku follow je lah. Lagipun, rupa hero dia cam rupa budak tuisyen aku dulu. Huhu. Sangat tak suka watak Laura. Memang nampak tak matured. Dia tak sesuai nak berlakon jadi budak baik macam ni. Sekadar muka ada, tak boleh juga.
Kalau korang lah, senyap-senyap masuk sorang rumah ni. Tiba-tiba tuan rumah korang ternampak korang. Terus korang diri keras macam patung. Ingat tuan rumah tu bodoh sangat ke nak percaya yang korang tu patung?? Hah! Ni lah yang cerita Olivia ni buat! Sangat tak logik! Futhermore, kalau pakai swimsuit pun, of course boleh nampak perbezaan antara wanita and lelaki kan?? Tapi kat sini, macam buat-buat tak nampak lak. Teramat tak logik!
Lagipun, muka abang Olivia dan Olivia sendiri tak serupa. Kenapa orang lain mudah tertipu?? So tak logik!! Penutup cerita dia pun banyak tergantung. Banyak cerita yang belum terungkap. Nampak sangat yang sinetron ni sekadar cerita untuk dapatkan keuntungan je.
Aku tak tahu lah betul ke tak. Ikut pemerhatian aku, cerita 'Benci Bilang Cinta' adalah antara sinetron pertama yang disiarkan kat Astro Ria. Siapa yang gilerkan cerita Korea memang tahulah sangat cerita ni diciplak daripada cerita 'Princess Hour'.
But, this story is kinda good. Antara the best walaupun diciplak. Baim Wong dengan rambut ala Koreanya dan Marshanda dengan perangai ala brutalnya. Memang sesuai. Tapi cerita macam ni dah lapuk selalunya. Daripada benci bertukar sayang. Ending pun kita dah boleh agak.
Habis je cerita 'Benci Bilang Cinta', cerita 'Cinta Kirana' pula yang ambil tempat. Tapi, kebanyakan yang tengok girls sebab dah cair dengan kehenseman Randy Pangalila. Macam biasa, kita dah boleh agak ending dia. But, one thing for sure, cerita ni pun dah merapu-rapu entah ke mana.
Paling sayang, cerita ni seolah-olah membuatkan watak hero dan heroin menyalahkan Allah sebab asyik bagi diorang dugaan. Buktinya? Randy pernah menyebut ni masa dalam lakonan, "Aku tahu aku salah. Aku tahu aku tak pantas mencintai Kirana. Tapi kenapa kau buat begini, Ya Allah?" Futhermore, Randy ni bukan Islam. Walaupun ayat dia ni dikira kecil tapi dah boleh bawa impak yang besar. Lebih-lebih lagi, akan buatkan Randy jauh dari Islam.
Ni cerita paling mengarut yang pernah aku jumpa! 'Bukan Diriku'. Aku memang suka giler lagu dia tapi cerita ni dah rosakkan lagu tu! First of all, cerita ni diciplak daripada movie, "Love is Cinta". Memang obvious sangat tapi kalau ada beza pun sikit je. Tapi tu penceritaan awal. Masa plot seterusnya, dah merapu.
Yang aku geram sangat tu, sikit-sikit nak bunuh diri. Memang kurang asam betul! Dahlah cerita dah bertentang dengan Islam. Lepas tu, boleh je nak bunuh diri sesuka hati. Nyampah tol aku!
Habis cerita merapu tu, cerita 'Kejora dan Bintang' lak ganti. Watak Kejora ni sama je cam watak Alya kat 'Bawang Merah dan Bawang Putih'. Asyik menangis dengan muka buruk yang amat tu! Haih! Memang tak pandai berlakon nak nangis lah! Baim Wong lagi terer nangis sampaikan aku sendiri pun nak ikut sama nangis. Pelik.. Pelik..
Cerita ni pun macam ulang benda sama je. Takde benda best pun. Saje nak panjangkan cerita. Then, banyak juga yang tak logik and watak hilang secara tiba-tiba. Then, semua watak ada kait-mengait lak tu. Takkan lah dunia sekecil tu. Moreover, kalau nak lari pun, larilah pergi Australia ke.. Nama pun banyak duit. Ni pun lari kat area Indonesia tu juga. Memanglah dapat tangkap. Haih..
Penceritaan dia memang dapat jangka. Tak memberi suspen. Lepas tu, ending tergantung. Banyak juga cerita yang dia tak explainkan. Aku just suka lagu dia je and itu pun, cerita macam ni dah merosakkan lagu tu. Yang aku pelik, kalau dulu, mudah je orang jahat cari penyelesaian nak larikan diri. Ni masa dah akhir episod ni, boleh lah terus nak lari lah bagai. Macam tak logik langsung! Cerita ni aku tengok, kalau sebut nama Allah pun bila dah sedih-sedih bagai.
And so, petang ni akan berlangsung pula cerita, 'Cinta Melody'. Aik? Dulu Kirana. Sekarang Melody? Diorang dah takde idea tajuk lah kot. Believe me.. Cerita ni akan merapu-rapu tak tentu pasal. Conclusionnya, aku takkan tengok. Kalau aku tahu sikit-sikit ceritanya, tu sebab family aku tengok. Lagipun, dia guna lagu 'Aishiteru'!! OMG! My favourite song! Habis hancur ler lagu tu.
Kita rakyat Malaysia ni pun, sokonglah cerita Melayu. Aku sendiri dah bosanlah tengok cerita Indonesia yang merepek-repek ni. Penatlah wei. Kalau kita kurangkan peratus tengok cerita ni, maybe one day, diorang takkan siarkan lagi cerita macam ni. Korang sanggup ke tengok cerita yang tak berkualiti tu. Tepuk dada, tanya selera. Wassalam~
p/s : This entry was typed on 5th May 2011. Thank you.Written by Atiqah Farhana Safian
1 comment:
serius.. benci gile cite indon.. hahah cerite asik pusing2 je.. lepas tu bnyak bgi contoh yg tak baik !
Post a Comment