Saturday, December 31, 2011

Bila Manusia Jatuh Ke Lembah Dosa

~Assalamualaikum wbt~


~Haritu, aku duk jenguk ler kat group bloggers. Kot, kot ada entri yang best kan nak baca. And there's one girl posted a link tentang 'cinta'. Aku sebenarnya maleh ler nak baca. Cinta isn't something interesting anymore. For me at this very age of course.. Huhu.. Tapi sebab dia bincang soal zina hati, aku pun geledah ler gak link tu.

First of all, please jangan salah faham pasal entri ni okey. Aku tak nak aibkan sesiapa and of course, tak nak aibkan diri aku sendiri. Aku cuma nak korang semua jadikan benda ni sebagai pengajaran.

Lepas aku baca post pasal zina hati ( baca setengah je sebab panjang sangat ), aku makin paham ler maksud sebenar dia ( though memang nak paham ) tapi there's something about it that caught my eye. Aku tak tau lar kalau aku salah faham ke. Well, aku cuba fikir positif. Aku mungkin memang salah faham ( reason tak nak salahkan penulis ) and ingat it's not wrong to have a boyfriend as long as korang jaga batas dengan dia. Macam khinzir lar. Takkan jadi haram selagi kita tak makan daging dia. Same goes kalau kita masak ayam. Ayam tu tak haram dimakan tapi kalau dah duk campur dengan arak, memang haram lar kan. Same goes with couple, I guess. But, people said that he/she is trying to say about 'love' not 'couple'. Not sure which.

So, aku tak tau lar kot, kot aku ni dah terlembut hati nak terima pakwe dalam hidup aku. As long as he's seriously want to marry me as soon as possible. Aku pun tak sure pe yang aku fikir tapi mungkin tu niat aku. So, I guess it's not wrong. Jadi, sebelum post apa-apa entri, sila fikir dua, tiga kali dulu. Sebab takut niat kita sebenarnya baik untuk beri kesedaran, tapi bawa effect negatif lak kat pembaca.

Until last night, there's one incident that opened my eyes. Aku ada sorang member ni. Nak kata rapat, urm.. takdelah rapat sangat tapi memang kitaorang contact gak dulu and aku sangat3lah kenal ayah dia. Kira baik lar gak. Dia ni couple dengan sorang aku kenal gak (walaupun tak rapat). Lama gak lar dorang couple walaupun takdelah se'sweet' couple yang lain tu. Aku tak tau lar diam2 kot2 dorang sweet ke.. So, aku nak start cerita pasal what happens next. Aku rasa lebih baik aku rahsiakan nama dia.

Dulu, masa aku form 4, boleh lar selalu borak-borak dengan dia. Bila masuk form 5, dah jarang tapi still jumpa and sampai salam semua. Dah tak borak sebab dia dah tukar nombor telefon. Aku pun tukar gak. Bila dah masuk universiti, memang tak jumpa or contact langsung ler.

Aku pun tak faham lar pe sebabnya kitaorang dah putus contact. Aku pun takde lah kisah sangat sebab kitaorang bukannya rapat sampai nak pergi mana-mana pun berdua je. Memang setahun lar takde contact langsung. Tak tau pe berita dia pun.

Sampai lar satu hari ni, kawan aku gi cerita kat aku pasal dia. Berbanding aku, kawan aku lagi banyak tau pasal dia sebab dorang belajar kat tempat sama. "Tqah, aku harap kau istighfar banyak-banyak. ______ dengan ______ dah terlanjur." Masa tu, memang terkejut sangat, sangat, sangatlah!

Walaupun kitaorang tak rapat tapi tak tau nape, aku cam sedih sangat. Ya Allah. Memang kita selalu dengar kat tv, surat khabar, novel, cerita camnie. Tapi, it's different when it happens towards someone you know. Aku takde lar kenal sangat member aku tu tapi deep down, dia baik. Memang tak dapat bayangkan perasaan ayah dia. Hancur lebur. Kalau aku jadi camtu.......

Aku susah nak nangis untuk diri sendiri. Tapi aku senang nak nangis bila tengok orang yang aku kenal jatuh ke dalam lembah dosa. Aku terus taubat. Tak mau couple. No.. No love until akad. Seriously.. Allah tunjuk kat aku kesannya sampai camtu sekali. Kita mungkin ingat kita ni boleh elak benda camtu tapi dapat ke kita anggarkan tahap keimanan kita?

Tapi tak bermakna bila member aku buat macam tu, aku terus benci dia. Takde. Takde sikit pun. Cuma aku benci apa yang dia buat. Tu je. Bencilah perbuatan dia, bukan dia. Sebab dia mungkin akan bertaubat satu hari nanti. Masa depan, hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Aku selalu doakan untuk dia dan doa supaya aku terhindar daripada perbuatan camni.

Aku bukannya halang korang nak couple tanpa sebab. Kalau setakat jealous, tak payah lar. Kot aku jealous pun, aku bukan jenis nak hancurkan kebahagiaan orang lain. Kepada yang tengah couple tu, amik je lar cerita member aku tu sebagai pengajaran. Dia tu dah dididik dengan ilmu agama since kecil tapi kenapa dia masih boleh terjatuh ke lembah dosa?

Kalau dah couple tu, cepat-cepatlah kahwin. Kalau tak ready, harap korang berkawan je lar. Kita tak tahu masa depan kita camne. Jangan bongkak. "Alar.. Aku takkan buat camtu de. Aku tak pernah sentuh dia pun. Jumpa pun jarang. Call dia je." Lagi sekali aku cakap, sedangkan imam pun boleh jatuh, apalagi kita ni kawan-kawan. Same goes to yang dah bertunang, tak kira lar secara rasmi or tak rasmi. Nak bercinta-cinta pun ada batasnya. Tak perlu nak share straw or makan satu pinggan.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (QS. 17 Al Israa)

"Perempuan perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina deralah masing masing seratus kali. Dan janganlah kamu belas kasihan kepada keduanya…." (QS. 24 An Nuur -cahaya- 2)

Laki laki yang berzina tidak nikah melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak menikahinya melainkan laki laki yang berzina atau laki laki yang musyrik. Dan demikian diharamkan atas orang orang mukmin. (QS. 24 An Nuur-cahaya- 3)

Tak heranlah korang nak panggil aku kuno ke apa. Niat aku baik. Mungkin benda camni tak ada apa-apa effect dalam hidup korang tapi ingatlah Allah dan ibu bapa korang. Betapa murkanya Dia. Betapa hancurkan hati ibu bapa. Think about it. Wassalam~

Written by Atiqah Farhana Safian

No comments: