Saturday, December 17, 2011
Meh Gaduh, Meh!
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman
Assalamualaikum. Percaya atau tak, dulu saya ni anak yang manja. Memang selalu dengan parents saya. Parents saya tak pernah bagi saya keluar dengan kawan-kawan kecuali dengan family je. Tapi masa kecil, saya bukannya kisah sangat pasal benda tu.
Bila dah besar ni, otak pun dah mula function sikit. Saya dapat tahu daripada seorang kenalan ni, ada seorang hamba Allah swt telah fikir buruk tentang saya. Hamba Allah tu kata, bila saya dah besar, saya pasti akan rosak sebab terlalu manja.
Marah? Marah lah! Sejak tu, saya memang sakit hati sangat dengan dia. Kalau korang diperkatakan camtu, korang boleh terima ke? Dia siapa nak tentukan masa depan kita? Kalau saya jenis yang cepat melatah, saya mungkin dah pergi menghadap dia sekarang dan kata, "Kau nampak aku rosak ke sekarang ni?"
Tapi saya memilih untuk diamkan diri je dan cuba nak avoid dari bercakap dengan dia. Memang sifat dia yang berfikiran negatif, membuatkan ramai orang cuba jauhkan diri daripadanya.
Nasib saya agak baik sebab ada seorang lagi kenalan saya ni berfikiran positif. Dia sedarkan saya, tak semua apa yang ada pada Hamba Allah itu negatif je. Kalau kita fikir negatif, maksudnya kita sama je dengan dia. Sama-sama salah. Kalau ye pun dia fikir camtu, kita tak sepatutnya avoidkan diri daripada dia. Lagilah dia fikir negatif pasal kita.
Jadi, saya pun decide untuk kawal marah saya dan cuba berbaik dengan dia. Memang peringkat awal tu, agak payah. Tapi sampai bila kita nak marah dengan dia? Sedangkan Allah swt pun Tuhan Yang Maha Pengampun dosa-dosa hamba-Nya.
Saya tak kata lar diri saya ni baik. Tapi cuba kita fikir kejap. Apa faedahnya pun gaduh ni? Kalau dengan mogok dengan dia, ada function ke? Saya pernah gaduh dengan sorang kawan baik saya. Memang tak tegur sapa. Sebelum SPM, memang hati saya tak tenang sangat. Bukannya fikir pasal dia tapi fikir tentang kemarahan Allah kepada saya disebabkan sengaja memutuskan tali persahabatan dengannya.
Kalau kita tak bertegur sapa lepas gaduh dengan kawan kita tu selama tiga hari, maka doa kita takkan pernah naik ke langit. Tu yang paling saya risau. Jadi, saya bersedia untuk pergi minta maaf kepadanya.
Marah tetap marah. Tapi bila peperangan besar nanti, kita akan berjuang dengan siapa? Bukankah dengan saudara Muslim kita sendiri? Kita sepatutnya kena bersatu. Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh. Jangan disebabkan pergaduhan kecil ni, pasukan kita mula jadi kucar-kacir. Islam mengajar kita untuk bermaaf-maafan. Bukan permusuhan.
Kalau dulu, Nabi Muhammad saw pernah membantu seorang lelaki Yahudi miskin dengan menyuapkan makanan ke mulutnya. Lelaki Yahudi tu buta dan tak pernah tahu yang menyuapkannya itu Nabi Muhammad saw. Lelaki Yahudi tu selalu kutuk-kutuk Rasulullah saw di depan Rasulullah saw sendiri. Pabila baginda wafat, Abu Bakar As-Siddiq pula menyuapkan makanan ke mulut lelaki Yahudi itu. Tapi lelaki Yahudi itu marah kepada khalifah pertama itu kerana suapannya tidak sama seperti orang yang membantunya sebelum ini. Akhirnya, Abu Bakar As-Siddiq mengakuinya dan berkata, yang membantu lelaki Yahudi itu sendiri ialah Rasulullah saw. Maka, terkejutlah lelaki Yahudi itu dan terus memeluk agama Islam.
Tengok betapa mulianya hati Rasulullah saw. Kalau kita, memang dah kasi pelempang kat laki Yahudi tu! Susah sangat ke hendak ucapkan perkataan maaf itu? Susah sangat ke hendak berbaik semula? Mudah sangat ke nak bermusuhan sampai ke akhir zaman? Wallahua'alam. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi membaca. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment