Saturday, December 31, 2011
Bila Manusia Jatuh Ke Lembah Dosa
Tuesday, December 27, 2011
Aku Murtadkan Dia???
Saturday, December 24, 2011
Kau Nak Sound? Aku Pun Nak Sound Lar..
Assalamualaikum ustaz. Nak tanya. Hujah apa yang sesuai kalau ada antara mereka yang bercouple memegang ayat Al-Quran ini untuk menghalalkan hubungan mereka? Harap dapat penjelasan ustaz. Terima kasih.. :)
Surah al-Hujurat, ayat 13
Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).
Surah al-Hujurat, ayat 13
Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).
Wednesday, December 21, 2011
Cerita Sinetron?? Kita Bako Je!
~Kenapa aku nak kemukakan isu ni? Dulu, aku main layan je cerita ni tapi lama-lama, aku dah jadi bosan and diorang ni dah melampaui batas. Kenapa aku cakap macam tu? Okey.. Aku akan explain satu-satu cerita Sinetron Indonesia ni tapi yang aku tengok je lah.
Walaupun ni first sinetron yang aku tengok, tapi aku dah mula tak suka. Kenapa? Come on lah. Korang percaya ke dengan wujudnya pari-pari? Lepas tu, ada nenek sihir lah bagai. Orang kata, yelah cerita.. Tapi kalau setakat kartun yang orang putih tu okey lah. Tapi ni cerita omputih ke? Ni cerita Islam. Yang Alya tu solat, baca Al-Quran, puasa. Opps! Sikap solehah dia ni masa awal cerita je. Bila dah pertengahan, dah tak nampak sikap solehah dia ni. Mutu ke cerita macam tu? Lepas tu berzina. Lagilah! Apa kes ni?
Cerita kedua yang aku tengok, 'Ratapan Anak Tiri'. Cerita ni aku tak banyak komen sangat. Agak sedih juga cerita ni. Tapi ending sikit tergantung lah but it still okey. Sangat sesuai untuk ditonton.
Cerita ketiga, Liontin. Antara sinetron paling lama disiarkan kat TV3. Aku tak follow cerita ni. Awal-awal je aku follow. Sekali lagi, awal-awal penceritaan memang ada kena-mengena dengan tajuk tapi lama-lama, jadi huru-hara aku tengok. Dah tak masuk langsung dengan tajuk. Sekadar nak panjangkan cerita. Memang panjang sangat pun!
Cerita ni aku awal-awal tak follow tapi adik aku punya pasal, aku follow je lah. Lagipun, rupa hero dia cam rupa budak tuisyen aku dulu. Huhu. Sangat tak suka watak Laura. Memang nampak tak matured. Dia tak sesuai nak berlakon jadi budak baik macam ni. Sekadar muka ada, tak boleh juga.
Kalau korang lah, senyap-senyap masuk sorang rumah ni. Tiba-tiba tuan rumah korang ternampak korang. Terus korang diri keras macam patung. Ingat tuan rumah tu bodoh sangat ke nak percaya yang korang tu patung?? Hah! Ni lah yang cerita Olivia ni buat! Sangat tak logik! Futhermore, kalau pakai swimsuit pun, of course boleh nampak perbezaan antara wanita and lelaki kan?? Tapi kat sini, macam buat-buat tak nampak lak. Teramat tak logik!
Lagipun, muka abang Olivia dan Olivia sendiri tak serupa. Kenapa orang lain mudah tertipu?? So tak logik!! Penutup cerita dia pun banyak tergantung. Banyak cerita yang belum terungkap. Nampak sangat yang sinetron ni sekadar cerita untuk dapatkan keuntungan je.
Aku tak tahu lah betul ke tak. Ikut pemerhatian aku, cerita 'Benci Bilang Cinta' adalah antara sinetron pertama yang disiarkan kat Astro Ria. Siapa yang gilerkan cerita Korea memang tahulah sangat cerita ni diciplak daripada cerita 'Princess Hour'.
But, this story is kinda good. Antara the best walaupun diciplak. Baim Wong dengan rambut ala Koreanya dan Marshanda dengan perangai ala brutalnya. Memang sesuai. Tapi cerita macam ni dah lapuk selalunya. Daripada benci bertukar sayang. Ending pun kita dah boleh agak.
Habis je cerita 'Benci Bilang Cinta', cerita 'Cinta Kirana' pula yang ambil tempat. Tapi, kebanyakan yang tengok girls sebab dah cair dengan kehenseman Randy Pangalila. Macam biasa, kita dah boleh agak ending dia. But, one thing for sure, cerita ni pun dah merapu-rapu entah ke mana.
Paling sayang, cerita ni seolah-olah membuatkan watak hero dan heroin menyalahkan Allah sebab asyik bagi diorang dugaan. Buktinya? Randy pernah menyebut ni masa dalam lakonan, "Aku tahu aku salah. Aku tahu aku tak pantas mencintai Kirana. Tapi kenapa kau buat begini, Ya Allah?" Futhermore, Randy ni bukan Islam. Walaupun ayat dia ni dikira kecil tapi dah boleh bawa impak yang besar. Lebih-lebih lagi, akan buatkan Randy jauh dari Islam.
Ni cerita paling mengarut yang pernah aku jumpa! 'Bukan Diriku'. Aku memang suka giler lagu dia tapi cerita ni dah rosakkan lagu tu! First of all, cerita ni diciplak daripada movie, "Love is Cinta". Memang obvious sangat tapi kalau ada beza pun sikit je. Tapi tu penceritaan awal. Masa plot seterusnya, dah merapu.
Yang aku geram sangat tu, sikit-sikit nak bunuh diri. Memang kurang asam betul! Dahlah cerita dah bertentang dengan Islam. Lepas tu, boleh je nak bunuh diri sesuka hati. Nyampah tol aku!
Habis cerita merapu tu, cerita 'Kejora dan Bintang' lak ganti. Watak Kejora ni sama je cam watak Alya kat 'Bawang Merah dan Bawang Putih'. Asyik menangis dengan muka buruk yang amat tu! Haih! Memang tak pandai berlakon nak nangis lah! Baim Wong lagi terer nangis sampaikan aku sendiri pun nak ikut sama nangis. Pelik.. Pelik..
Cerita ni pun macam ulang benda sama je. Takde benda best pun. Saje nak panjangkan cerita. Then, banyak juga yang tak logik and watak hilang secara tiba-tiba. Then, semua watak ada kait-mengait lak tu. Takkan lah dunia sekecil tu. Moreover, kalau nak lari pun, larilah pergi Australia ke.. Nama pun banyak duit. Ni pun lari kat area Indonesia tu juga. Memanglah dapat tangkap. Haih..
Penceritaan dia memang dapat jangka. Tak memberi suspen. Lepas tu, ending tergantung. Banyak juga cerita yang dia tak explainkan. Aku just suka lagu dia je and itu pun, cerita macam ni dah merosakkan lagu tu. Yang aku pelik, kalau dulu, mudah je orang jahat cari penyelesaian nak larikan diri. Ni masa dah akhir episod ni, boleh lah terus nak lari lah bagai. Macam tak logik langsung! Cerita ni aku tengok, kalau sebut nama Allah pun bila dah sedih-sedih bagai.
And so, petang ni akan berlangsung pula cerita, 'Cinta Melody'. Aik? Dulu Kirana. Sekarang Melody? Diorang dah takde idea tajuk lah kot. Believe me.. Cerita ni akan merapu-rapu tak tentu pasal. Conclusionnya, aku takkan tengok. Kalau aku tahu sikit-sikit ceritanya, tu sebab family aku tengok. Lagipun, dia guna lagu 'Aishiteru'!! OMG! My favourite song! Habis hancur ler lagu tu.
Kita rakyat Malaysia ni pun, sokonglah cerita Melayu. Aku sendiri dah bosanlah tengok cerita Indonesia yang merepek-repek ni. Penatlah wei. Kalau kita kurangkan peratus tengok cerita ni, maybe one day, diorang takkan siarkan lagi cerita macam ni. Korang sanggup ke tengok cerita yang tak berkualiti tu. Tepuk dada, tanya selera. Wassalam~
p/s : This entry was typed on 5th May 2011. Thank you.Written by Atiqah Farhana Safian
Cinta? Apa Benda Tu?
~Aku sebenarnya tak suka nak berjiwang-jiwang bagai ni. Beb! Aku tak layan lah.. Sebenarnya, aku buka cerita ni pun sebab mana aku pergi pun, wujud perkataan ni. Paling tepat, COUPLE??? OMG! Yang ni paling famous. Aku pergi dekat mana-mana orang pun mesti diorang cakap pasal pakwe or awek diorang. Urgh! Benda yang sama setiap hari.
Tolong jangan terasa okey. Aku bukan nak kutuk budak-budak yang bercouple. Lagipun, banyak kenalan aku yang bercouple. Most of all, aku sendiri pun pernah bercinta walaupun tak couple. Tapi yang aku pelik, kenapa lepas habis SPM je, semua budak akan couple? Macam lepas SPM je wajib couple!
Okey guys. Maybe korang rasa pelik yang aku ni tak pernah couple sejak aku lahir lagi. Fine.. Ikut lah korang nak kata apa. Nak kata aku tak laku ke. Nak kata aku lesbian ke. Kutuk.. Kutuk.. Aku yang dapat pahala korang.. Hehe.. Takdelah.. Gurau je.. Aku bukan tak pernah couple sebab aku tak laku. Aku tak pernah couple sebab aku memang tak nak couple. Ish! Tqah! Kenapa kau cerita pasal diri kau ni? Boringlah diorang!
Aku bukan nak nasihat orang tapi ni sekadar nak sebarkan ayat mak aku yang hampir setiap hari aku kena dengar. Yeay! Korang kena bebel sekali kiranya ni! Hehe.. Masa kecil-kecil, Mak aku selalu cakap, 'kamu kecil lagi. Tak matang lagi nak bercinta-cinta ni. Belajar dulu. Nanti dekat universiti, ramai lagi lelaki baik dan pandai yang kamu boleh jumpa." okey.. Maybe korang akan cakap, 'alar.. aku dah habis sekolah lah.. Kira aku dah boleh bercinta lah sekarang.'
Cukup dengan ayat brutal aku ni. Kita be serious. Walaupun aku tak tahu nak start dari mana tapi korang dengar je lah. Memanglah cinta tu bagi sesetengah orang indahlah bagai walaupun aku sendiri pun tak faham kat mana indahnya tu. Tapi bagi sesetengah orang, teruklah bagai walaupun aku sendiri pun tak tahu kat mana teruknya tu. Haa!!! Ni yang bagusnya bila tak bercinta and couple! Tak rasa seksaan! Sebab tu lah aku always happy go lucky! Hehe.. (Tqah dah menggila balik)
Back to the point! Ada lah sorang kawan aku ni bercouple. Senang cerita, dia memang selalu couple. Sekarang ni, bila dia dah tak nak couple, dia macam dah tak terurus. Aku pun tak faham kenapa so aku sendiri merujuk kepada mereka yang dewasa lagi matang. Orang tu cakap mereka yang bercouple ni, diorang akan rasakan satu perhatian yang special dan bila perhatian tu dah takde, diorang rasakan diorang tak boleh hidup tanpanya. Lepas tu, aku jawab, 'kan ada famili dengan kawan-kawan. Perhatian tu kan dah kira cukup..' Bagi mak aku pula, ada sesetengah orang hanya nak satu kasih sayang daripada luar sebab dia takde terima kasih sayang daripada dalam. Tu sebab bila dia tak dapat kasih sayang daripada luar juga, dia rasakan hidup dia ni macam takde makna. Wow... Betul ke wahai kawan-kawanku yang sedang bercouple kini??
Suatu hari, aku pernah tanya, 'mak, kenapa ramai orang suka curang ek sekarang?' Mak aku pun jawab, 'sebab bila usia muda ni, susah untuk kita tetapkan perasaan kita pada satu orang je. Tu sebabnya banyak kes yang curang. Contohnya, kamu jumpa orang yang baik masa waktu sekolah. Tiba-tiba kamu jumpa orang yang lebih baik masa kamu masuk universiti. Mesti kamu suka kat dia dan dalam masa yang sama, kamu dah curang dekat boyfriend kamu tu.' Ada pula yang cakap, 'sebab dia nak perhatian. bila lelaki tu tak beri perhatian yang kita nak, kita akan cuba cari perhatian yang lain pula. Tu sebabnya ramai yang curang.'
Di hari yang lain, aku pernah 'dilamar' untuk bercouple. Ceh! DILAMAR??? Ayat tak boleh blah! Haha! Aku memang was-was. Nak terima ke? Aku dah habis sekolah. So, takkan aku nak bagi alasan nak tumpu studies? Nak jawab apa ni? Aku pun pergilah tanya mak kesayanganku itu. Dan mak aku jawab, 'mak tak halang kamu kalau kamu nak bercouple. Tapi bagi mak, lebih baik kamu berkawan dengan dia. Tengok macam mak dengan ayah. Kawan sampai 7tahun tau. Kami tak pernah bercouple. Kami memang berkawan baik sangat. Kalau kamu perasan, kawan-kawan kamu yang bercouple, kalau putus je mesti diorang akan bergaduh dan takkan cakap lagi. Tapi kalau gaduh dengan kawan-kawan? Mesti kamu berbaik balik kan? Tu bagusnya kamu berkawan daripada bercouple. Lagipun, kenal lah hati budi dia dulu. Berkawan tu lagi seronok daripada bercouple.' oh yes.. Aku sangat setuju dengan mak aku!
Korang maybe fikir aku anak emak kan? Or maybe, korang tak terfikir tapi lepas aku cakap, 'anak emak', baru korang terfikir an? Adoi.. Aku dah pening! Huhu.. Memang, aku ikut cakap mak ayah aku.. Diorang tak kasi aku couple, aku akur.. Bukan sebab aku anak emak je tapi sebab aku tahu, kepentingan pelajaran dulu berbanding couple masa aku zaman sekolah dulu. Bila aku dah habis sekolah, aku rasakan diri aku ni langsung tak bersedia untuk bercouple. Bila setiap hari aku nampak kawan-kawan aku bercouple dan sesetengahnya terseksa angkaranya, aku rasakan yang selayak-layaknya mendapat cinta aku hanyalah suami aku sendiri. Dan itulah prinsip aku kini, 'no love till akad.'
Aku tak kisah kalau korang nak couple. Dan untuk entry ini, aku tak nak masukkan bab-bab agama. Aku tahu korang pun dah tahu semuanya. Dan paling penting, aku tak nak korang anti- Islam. Yang penting, jagalah batas antara korang yang tengah hangat bercinta. Cukuplah zina hati. Jangan menambahkan dosa lagi. Aku sendiri pun dah terjebak kepada zina ni. Cukuplah dosa ini. Jangan ditambah dengan zina mata, zina tangan dan lain-lain.
Paling penting, janganlah korang anggap kitaorang ni budak ketinggalan zaman. Bukannya kitaorang ni tak laku. Bukannya kitaorang ni takde nafsu. Bukannya kitaorang ni tak nak mencintai dan dicintai. Tapi kitaorang tahu siapa yang paling berhak mendapatkan cinta kitaorang. Yang paling penting, kitaorang mencintai yang selayak-layaknya dicintai. Siapa???? Hisy! Buat tak tahu pula. Allah swt lah.. Dia tetap mencintai kita walaupun adakalanya, kita sering terlupakan-Nya. Apa guna kekasih kita ni kan? Allah swt tak kisah pun kita nak cinta suami kita, family kita, kawan kita, cikgu kita, pets kita and banyak lagi asalkan kita tetap cintakan-Nya. Tapi kita buat tak? Kita setia tak? Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Wassalam~
Written by Atiqah Farhana Safian
I'm Back! Wait.. Who's Back?
Hei! Hei! Hei! Nampak gambar kat atas?? Kenal tak header blog tu? Siapa yang baca blog tu, memang kenal lar. ( Perasan kejap ) Tapi tengok header blog yang kat atas sana tu. Apa korang nampak? Yup! Korang tak silap! SUARA HATI IMAN & TQAH! Eh? Siapa Tqah tu?
Tqah tu den ni haa.. Yang tengah type nie. Hehe.. Yup. I'm back untuk berblogging. Tapi sekadar kongsi ler akaun dengan Iman nie haa. Iman sebenarnya ada cuba daftar email dia untuk buat blog tapi tak dapat lak. So, aku kasi ler akaun aku ni haa kat dia. Disebabkan malas nak buat akaun baru and jadi buruk siku ( jangan marah ek, Iman.. hehe ), kitaorang pun setuju ler nak share blog.
Most of all, Iman kata dia kurang masa nak update blog. Orang busy ler katakan.. ( memang kena marah ler aku dengan Iman.. ) So, maybe it's a good thing to share. Sharing is caring.. :)
Dan terima kasih ler kat semua yang asyik duk tanya asal aku berhenti blogging. Ponek den nak jawab eh. So, aku pun dengan rela hatinya pun sambung ler blogging balik.. ( sebenarnya, Tqah rindu tu nak berblogging )
Of course, lepas nie kitaorang akan tulis entry ni ditaip oleh siapa. And kawan aku minta entri aku yang lama-lama tu copy paste ler kat blog ni. Insya-Allah, kalau aku rajin, aku buat lar ek.. Sorry.. Tak dapat buang gak sifat kemalasan ni. Hehe..
Thank you for supporting this blog. Iman dah terer. Baru seminggu blogging dah ada 21follower.. ( Aku pun tunggu berbulan-bulan nak dapatkan banyak-banyak follower.. ==') Tahniah buat Iman! Teruskan sokong blog ni okey! Wassalam~
Written by Atiqah Farhana Safian.
Monday, December 19, 2011
Kaulah Pemilik Tulang Rusukku
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Assalamualaikum. I have some good news. Rasanya, ramai student UIA yang dah tau tentang news ni. Cerita apa ni, Iman? Hehe.. Well.. Drum please!!!! Jeng3!
Seorang gadis berumur 19tahun yang belajar di UIA telah bertunang dengan seorang lelaki yang dia tak berapa kenal yang belajar di UTP.
Mungkin ada yang suka.. Whooaa!! Awal dia tunang! Jealousnye!! Tapi mungkin ada yang cam, "Haih.. Awal-awal dah tunang. Boleh ke dia tumpu study dia?" Well, as for me, I'm excited for her. As my heart would always says, "Itulah yang terbaik. Dorang cuba nak elak diri dorang dari mendekati zina. Is that a bad thing?"
Most of all, sangatlah romantik tunang dia. Haha. Jealous saya. Yang Kak Dena ( gadis yang tunang tu ) pun sweet je. Sporting gitu. Sampai nangis dengan proposal tunang dia. Kalau saya pun, nangis gak rasanya. Hehe.
Kepada yang tengah syok bercinta sekarang ni, jadikanlah Kak Dena ni sebagai role modal korang. Bercinta lepas kahwin padahal tak kenal pun satu sama lain. Yang belum ada ikatan ni, cepat2lah bertunang. Kan bagus tu. It's not a bad thing kan? At least, you moved to the next step. Yes.. It's a big step.. :)
Tapi bukankah keberkatan Allah swt itu jauh lebih baik? Saya rasa Kak Dena buat video ni bukanlah sebab nak tunjuk-tunjuk dia ada tunang romantik.. *cuba fikir positif!* tapi sebenarnya, nak bawa anak2 remaja zaman sekarang yang cinta yang halal itu lebih baik daripada bercinta sana sini tanpa ada ikatan.
And btw, bila pasangan kita tu is our family's choice, jangan cepat tolak. Sebab pilihan ibu bapa selalunya yang terbaik.. Kerja kita, tunaikan solat istikharah untuk pastikan pilihan tu terbaik atau tak. Even my cousin, he got married to a girl he never knew. Both of their parents were best friends and so, they decided to let my cousin married with their daughter. Since then, they never had any problems with their marridge. Sweet as always. Now, they have 4kids. Beautiful and handsome like their parents.. :)
Dan tak semestinya bila parents tak restu maksudnya dorang tak faham kehendak kita. Tapi dorang merasakan itu bukanlah terbaik buat kita. Ingat. Keredhaan Allah datang daripada keredhaan ibu bapa. So, janganlah sedih sangat kalau parents tak restu hubungan korang berdua. Jangan sampai nak kahwin lari lar bagai. That's not sweet. Another of my cousin's story. His relationship didn't get blessed from his parents. Therefore, he decided to break up and go on with his life as he loves his parents so much. And a month or two after that, he met a girl who was interviewed by his mother. He accidently fall in love towards her and he asked her for a marridge. Now, his wife is pregnant. :)
Untuk saya, saya lebih suka kalau orang tu serius dalam mencari keberkatan Allah swt. Tak payah couple. Buang masa. Apa-apa pun tak boleh. Hehe.. Biar macam Ustaz Azhar Idrus. Berkenan. Terus merisik. Seminggu lepas tu, tunang. Sebulan lepas tu, nikah. Bila kita dah nikah, nak buat apa pun boleh. Semuanya halal. :D
Well, banyak berleter pula saya hari ni. Hehe. Saya rasa, mesti ramai nak tau macam mana sweet nye hubungan antara Kak Dena dengan tunangnya. I really like it. TOP RANK! *to my future husband... You better be more romantic than this one.. hehe* Enjoy okey.. Here's the blog. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/2011/12/here-how-ive-been-proposed.html Cepat-cepat kahwin ek Kak Dena. We'll always support you. Semoga hubungan korang berkekalan hingga ke Jannah, Insya-Allah. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi baca. :)
Sunday, December 18, 2011
Niat Tak Halalkan Cara Okey~
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Assalamualaikum semua. How's your day today?? Seriously! I really wanna know. :) Sepupu saya baru dapat baby boy isnin lepas and hari ni, saya dapat jumpa baby tu. Comel! And he's looking at me while I'm staring at him. Maybe dia cakap dalam hati, "asal lar budak ni dari tadi pandang aku je?" Huu..
Okey.. Enough of that. Korang mesti selalu dengar ayat, "niat tak halalkan cara. Takkan kau rasa nak makan, kau niat je, lepas tu terus kenyang." Kalau tak dengar pun, mesti ada kan korang jumpa kat mana-mana blog. Kan? Kan?
Well, saya pernah jumpa. It scares out of me sebab saya selalu pegang "ikut niat" dalam diri kita. Okey.. Bila saya taip tentang entri ni, saya harap, takde lar orang nak guna contoh saya ni sebagai benda yang tak baik. Saya cuma nak betulkan sikit je statement tu.
Tak semua benda niat yang tak halalkan cara. Tahu atau tak, ada niat tau yang halalkan cara.. ^^
Sesiapa yang nak guna ayat saya dalam kes tutup aurat ke, dating ke, hisap rokok ke, and lain-lain, tak payah lah sebab korang mesti akan dibidas balik. ^^
Saya bagi satu contoh. Masa tu, korang tengah berjalan kat ruang tamu korang. Tetiba, ternampak Al-Quran ada kat atas lantai. Takde orang lak masa tu, semua keluar. Korang sorang je. Korang pun terasa nak ambil tapi baru korang sedar, korang tengah 'cuti' *kes perempuan sahaja*. Orang kata, bila cuti, tak boleh pegang Al-Quran. Jadi, korang pun terpaksa batalkan niat korang.
Satu lagi contoh. Ni kes untuk lelaki lak. Ada seorang remaja perempuan ni terjatuh pengsan lak. Tiba-tiba badan dia menggigil, maybe kena sawan b4bi. Masa tu, perempuan yang ada sekeliling korang semua badan kecil-kecil. Tak larat nak angkat. Korang pun terasa lar nak angkat perempuan tu tapi tiba-tiba terfikir, "eh? mana boleh sentuh perempuan bukan muhrim." Jadi, korang pun batalkan niat korang.
So, ada faham dua situasi di atas? Saya bukannya apa. Memang lar ada sesetengah situasi niat memang tak halalkan cara tapi ada juga yang boleh kalau dah darurat. YES. Darurat.
Sebab dulu, adik saya pernah cerita. Ni cerita betul ek. Ada satu asrama ni. Tiba-tiba, ada seorang perempuan ni pengsan tak silap. *terlupa pengsan ke, rasuk ke, or sawan* Masa tu, ustazah dan cikgu-cikgu perempuan takde. Yang ada seorang ustaz. Budak-budak perempuan minta ustaz tu tolong angkatkan budak tu, sebab dorang tak larat tapi ustaz tu tolak, sebab katanya, laki tak boleh sentuh perempuan bukan muhrim. Akhirnya, terpaksa gak lar budak-budak perempuan tu angkat budak yang pengsan tu. Tapi budak tu meninggal sebab tak sempat dibawa ke bilik kecemasan.
That's why, mentally, kita tak boleh terlalu obses dengan ayat 'niat tak halalkan cara' sebab bila ada kecemasan, adakalanya satu perkara tu boleh diringankan. Kalau dah bab tudung, memang lar tak boleh nak gatal-gatal ringankan.
Satu lagi contoh. Sorang ni kulit dia tak boleh kena air. Jadi, tak dapat amik wudhuk guna air. Terpaksa guna tayammum. Takkan nak kata, "wei, tak boleh lah! Tayammum cuma boleh kalau takde air." Takkan tu pula jawapan kita?
Ingat. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang niat boleh halalkan cara especially dalam keadaan darurat. ^^ Jangan asyik duk kata, ni tak boleh, tu tak boleh. Mana perginya kemudahan dan keindahan Islam kan? Nanti ada kata, Islam ni kejam lak. Saya cuma manusia biasa. Banyak lagi saya tak tahu. Maaf kalau entri ni mengguris hati sesiapa. Saya masih budak baru belajar. Kalau salah, harap tegur. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi baca. :)
Saturday, December 17, 2011
Meh Gaduh, Meh!
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, wahai Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman
Assalamualaikum. Percaya atau tak, dulu saya ni anak yang manja. Memang selalu dengan parents saya. Parents saya tak pernah bagi saya keluar dengan kawan-kawan kecuali dengan family je. Tapi masa kecil, saya bukannya kisah sangat pasal benda tu.
Bila dah besar ni, otak pun dah mula function sikit. Saya dapat tahu daripada seorang kenalan ni, ada seorang hamba Allah swt telah fikir buruk tentang saya. Hamba Allah tu kata, bila saya dah besar, saya pasti akan rosak sebab terlalu manja.
Marah? Marah lah! Sejak tu, saya memang sakit hati sangat dengan dia. Kalau korang diperkatakan camtu, korang boleh terima ke? Dia siapa nak tentukan masa depan kita? Kalau saya jenis yang cepat melatah, saya mungkin dah pergi menghadap dia sekarang dan kata, "Kau nampak aku rosak ke sekarang ni?"
Tapi saya memilih untuk diamkan diri je dan cuba nak avoid dari bercakap dengan dia. Memang sifat dia yang berfikiran negatif, membuatkan ramai orang cuba jauhkan diri daripadanya.
Nasib saya agak baik sebab ada seorang lagi kenalan saya ni berfikiran positif. Dia sedarkan saya, tak semua apa yang ada pada Hamba Allah itu negatif je. Kalau kita fikir negatif, maksudnya kita sama je dengan dia. Sama-sama salah. Kalau ye pun dia fikir camtu, kita tak sepatutnya avoidkan diri daripada dia. Lagilah dia fikir negatif pasal kita.
Jadi, saya pun decide untuk kawal marah saya dan cuba berbaik dengan dia. Memang peringkat awal tu, agak payah. Tapi sampai bila kita nak marah dengan dia? Sedangkan Allah swt pun Tuhan Yang Maha Pengampun dosa-dosa hamba-Nya.
Saya tak kata lar diri saya ni baik. Tapi cuba kita fikir kejap. Apa faedahnya pun gaduh ni? Kalau dengan mogok dengan dia, ada function ke? Saya pernah gaduh dengan sorang kawan baik saya. Memang tak tegur sapa. Sebelum SPM, memang hati saya tak tenang sangat. Bukannya fikir pasal dia tapi fikir tentang kemarahan Allah kepada saya disebabkan sengaja memutuskan tali persahabatan dengannya.
Kalau kita tak bertegur sapa lepas gaduh dengan kawan kita tu selama tiga hari, maka doa kita takkan pernah naik ke langit. Tu yang paling saya risau. Jadi, saya bersedia untuk pergi minta maaf kepadanya.
Marah tetap marah. Tapi bila peperangan besar nanti, kita akan berjuang dengan siapa? Bukankah dengan saudara Muslim kita sendiri? Kita sepatutnya kena bersatu. Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh. Jangan disebabkan pergaduhan kecil ni, pasukan kita mula jadi kucar-kacir. Islam mengajar kita untuk bermaaf-maafan. Bukan permusuhan.
Kalau dulu, Nabi Muhammad saw pernah membantu seorang lelaki Yahudi miskin dengan menyuapkan makanan ke mulutnya. Lelaki Yahudi tu buta dan tak pernah tahu yang menyuapkannya itu Nabi Muhammad saw. Lelaki Yahudi tu selalu kutuk-kutuk Rasulullah saw di depan Rasulullah saw sendiri. Pabila baginda wafat, Abu Bakar As-Siddiq pula menyuapkan makanan ke mulut lelaki Yahudi itu. Tapi lelaki Yahudi itu marah kepada khalifah pertama itu kerana suapannya tidak sama seperti orang yang membantunya sebelum ini. Akhirnya, Abu Bakar As-Siddiq mengakuinya dan berkata, yang membantu lelaki Yahudi itu sendiri ialah Rasulullah saw. Maka, terkejutlah lelaki Yahudi itu dan terus memeluk agama Islam.
Tengok betapa mulianya hati Rasulullah saw. Kalau kita, memang dah kasi pelempang kat laki Yahudi tu! Susah sangat ke hendak ucapkan perkataan maaf itu? Susah sangat ke hendak berbaik semula? Mudah sangat ke nak bermusuhan sampai ke akhir zaman? Wallahua'alam. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi membaca. :)
Friday, December 16, 2011
Salah Ke Aku Gay?
Ya Allah, Wahai Tuhan kami
Hidupkan kami dengan iman
Matikan kami dalam iman
Serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Assalamualaikum. Dulu, saya ada dua orang kawan perempuan ni suka hang out and tak pernah berpisah. Saya pun kadang-kadang hang out gak dengan dorang walaupun tak serapat dorang. Satu hari, salah sorang dari dorang ngadu kat saya dalam keadaan sedih.
"Awak.. Ada orang tuduh saya dengan dia lesbian. Just sebab kitaorang selalu pergi mana-mana pun sama-sama."
Memang kalau zaman dulu, perkataan "lesbian" atau "gay" memang terasa geli sangat. Naik bulu roma saya setiap kali dengar perkataan tu. Bila parents saya cerita tentang azab kaum Nabi Luth pun, aku dah takut. Ya Allah, memang confirm saya tak nak jadi lesbian.
Tapi semakin saya besar, baru saya tau benda ni takdelah kecil mana. Benda ni dah jadi sangat, sangat serius. Kalau orang Barat, memang benda tu dah benda common. Especially movies, mesti ada character 'gay'. Kat novel, 'p.s I love you' pun ada character gay.
Dah jadi makin serius, bila Malaysia pun ada gay! Contoh, cerita 'pisau cukur'. What?? Ada character gay?? Biar betul. And orang-orang dalam cerita tu cam rasa benda tu biasa je.
Lama-lama, orang gay dan lesbian kat Malaysia ni minta adakan hubungan homoseksual atas sebab 'kebebasan' kat Malaysia ni. Kebebasan? Mengarut je! Saya pun pernah terbaca blog seorang gay ni. Yang terkejutnya, parents dia boleh je sokong perbuatan dia? Restu dengan hubungan dia dengan seorang lagi lelaki ni. Ya Allah! Dunia dah akhir zaman ke?
Ini ke yang dipanggil kebebasan?? Kat dunia, memang bebas lar. Kat akhirat, korang bebas ke? Ingat Allah akan cakap, "takpelah.. Cinta sejati. Bukan dorang ganggu hamba aku yang lain.." Ingat macam tu ke?
Ingat cerita tentang kaum Nabi Luth? Tak pernah sepanjang zaman berlaku hubungan homoseksual kecuali kaum Nabi Luth. Nabi Luth as dah nasihat kaum baginda tetapi dorang ni degil. Akhirnya, Allah swt turunkan azab kat dorang. Azab apa? TANAH DITERBALIKKAN, SEMUA KAUM YANG DILAKNAT ITU MATI DAN AKHIRNYA, MENJADI LAUT MATI SEPERTI SEKARANG.
Mungkin ada yang kata, "Aku gay pun, aku still solat. aKU baca Al-Quran. Kau pun agaknya solat pun terkedek-kedek." Mungkin solat saya tunggang terbalik. Mungkin hukum tajwid dalam Al-Quran pun saya belum khatam lagi. Tapi Al-Quran sendiri pun dah tak kasi orang Islam untuk buat hubungan homoseksual. Jangan terkejut kalau kitab Bible sendiri pun haramkan hubungan homoseksual.
Allah swt dah cipta dua jenis manusia yang berbeza jantina. Lelaki dan perempuan. Masing-masing ada penarik yang berbeza. Macam cikgu saya kata,"Kenapa nak kena bercinta dengan perempuan? Satu badan tu sama je kan?"
Pernah gak ada seorang lelaki ni cakap, "Aku suka lelaki sebab dah bosan dengan perempuan. Perempuan semua sama. Penipu! Kalau aku suka lelaki, dorang faham keinginan aku." Korang nak samakan perempuan dengan isteri Nabi-Nabi yang mulia ke? Korang nak samakan perempuan yang sakitkan hati perempuan tu dengan ibu yang dah lahirkan korang ke? Samakan perempuan dengan kakak dan adik perempuan korang ke?
Malulah pada Allah swt. Kalau ye pun sakit hati sangat dengan ex korang tu, at least hadap kepada Allah, kot ye pun korang memang solat dan baca Al-Quran. It's not the end of the world. Allah dah cipta semua hamba-Nya yang berbeza-beza. Ingat tu. Sedangkan kembar pun tak sama, apalagi kita dengan manusia lain. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih sudi membaca. :)