Wednesday, August 07, 2013

Renungan di Jendela

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Ni first time aku blogging guna gadget selain laptop. Tak best and tak puas sangat tapi takpelah. Aku cuba je.

Kira2 bulan April 2013.

Selepas solat maghrib berjemaah, roommate ajak bertazkirah bersama2. Boleh kira usrah gak lar. Aku ikut je. Macam2 dibincangkan tapi aku lebih suka berdiam. Kalau bab bercakap, memang ayat aku berterabur. Aku lagi suka menulis.

"Haa, Tiqah. Dari tadi senyap je. Nak dengar gak pendapat Tiqah."
"Tak tau nak cakap ape.."

Perangai aku yang rasa nak bagi pelempang.

"Ok. Nak tanya korang something. Korang buatpe masa dalam kereta? Selain borak2 dengan orang. Tiqah?"
"Haa? Urm... Entah. Pikir kot."
"Pikir ape?"
"Masa lepas. (Sengih2)"
"Tiqah ni an suka pikir masa lepas. Tak baik tau. Nanti boleh timbul perasaan tak boleh terima hakikat."

Aku sengih2 je. Tapi memang sifat aku. Suka termenung. Dalam kereta, bila tak borak dengan family, tak sibuk dengan bermesej, aku akan pandang luar tingkap dan termenung. Sikap aku yang tak pernah berubah dari kecik.

Mungkin. Mungkin apa yang roommate aku cakap tu betul. Kadang2, bila terfikir benda yang aku rasakan sangat memalukan atau melampau, aku akan tutup telinga or ketuk2 kepala sambil sumpah seranah sendiri. Opps! Aku takdelah cakap benda teruk ek.

Kadang2, waktu malam aku nangis sorang2. Tapi maybe takdelah nangis pun. Mungkin air mata hasil daripada menguap beberapa kali. Kadang2, aku senyum sorang2. Sebab ada cerita manis aku dapat kongsi dengan orang. Macam post aritu.

Ogos 2013

Anon : kau ok tak?
Me : aku ok je lar. Aku relax je. Nape semua nak risau ni?
Anon : Takdelah. Mana tau kau tak ok ke.
Me : ok.. Jangan risau. Aku bukan cam dulu lar.

Sekurang2nya, masa lepas mengajar aku sesuatu.

"If we did something wrong for the first time, that's a mistake. If we did it for the second time, maybe we forgot. If we did it for the third time, it's a choice."

No comments: