Tuesday, August 20, 2013

It's Okay

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Diambil dari tumblr

~Laptop akhirnya dah keluar dari wad. Alhamdulillah. Tak perlu tunggu turn nak guna laptop ayah lagi. Macam2 aku nak post tapi kebanyakannya, rasa cam tak kena. Ada yang aku rasa takde kaitan. Ada yang aku rasa, aku tak cukup ilmu lagi. Ada yang aku rasa, takut buat orang terasa. Maka, aku pendamkan je dalam hati.

Aku scroll twitter cam biasa. Haa! Budak Mato update ! After I read his post, I suddenly remember one thing that I wanted to share with you guys since my visit to Kampung. Seriously, aku bukan nak ciplak idea Budak Mato ke apa. Aku just nak share something, ok. (Nape post aku banyak pasal Budak Mato ni? Aku tak minat 'dia' ek.)


Mata aku lebih fokus kat tulisan yang tertaip atas helaian kertas terbal ni. Sebenarnya, aku tak minat sangat pun. Kahwin paksa? Laki ego? Perempuan terlalu baik? Orang ketiga terlalu jahat? Pergh! Takde benda lain ke? Tapi sebab nak luangkan masa dengan bijak, maka novel 'Perempuan Lindungan Kaabah' ni aku baca lar gak. Yelah.. Buku lain dah habeh baca.

Awal2, aku duk kat satu spot ni yang aku rasa, dekat gak dengan orang ramai. Rasa tak selesa, aku pun ala-ala tengah hiking mencari spot baru untuk baca buku ni. Fuh! Kejap2 mata aku tumpu kat ayat2 dalam buku. Kejap2 mata aku melirik lak ke arah adik2, sepupu2 dan anak2 sedara yang tengah seronok. Aku senyum je and terus sambung baca.

"Kakyong! Tolong amik gambar angah!"

Angah jerit dari bawah. Aku pun tutup buku. Turun dengan gaya lasak dan bajet cam laki. Terpaksa geledah dalam beg, nak amik handphone alang. Sambil bebel sorang2, (sebab aku selalu jadi mangsa tuk jadi photographer adik2 aku) aku pun snap.

Sebab maleh nak hiking lagi, aku duduk kat tempat asal aku tadi. Tetibe, kazen aku tegur...

"Kakyong tak nak mandi?"

Aku senyum je sambil geleng.

Aku pandang family aku yang tengah seronok bermandi-manda kat dalam sungai disertai dengan air terjun yang deras. Aku dulu masa remaja, pernah mandi kat sini. Masa tu, aku dengan kazen aku hampir hanyut sebelum diselamatkan oleh kazen aku yang dewasa. Yoler.. Aku kurus keding masa tu. Kazen try selamatkan, tapi dia pun hanyut. Nasib baik sorang lagi kazen ada.

Tu bukan sebab aku tak mau join mandi.

Masa aku kecik, aku tak nak mandi swimming pool. Bajet dah besar lar konon. Sampai mak cakap, "Pergilah mandi. Nanti dah besar, tak dapat merasa dah."

Aku dah merasa mandi swimming pool. Aku dah merasa mandi sungai. And most of all, bila mandi, kan baju akan mengecut and menampakkan bentuk tubuh badan depan ajnabi. Lain lar kalau mandi asing2.

Mungkin.. Mungkin aku ni bosan. Mungkin aku rugi, tak dapat rasa keseronokan tu. Takmo enjoy diri dah.

"Takpe, Tiqah. Tak dapat enjoy kat sini, dapat enjoy puas2 kat syurga nanti kan?" pujuk suara hati Atiqah Farhana Safian sambil meneruskan bacaannya di atas susunan batu2 besar selepas berhiking tadi.

No comments: