Wednesday, July 24, 2013

No One's Looking?

~Assalamualaikum warrahtullah hiwabarokatuh~

Diambil dari inche Google

~Dalam family aku, aku dikatakan yang tak heran bab2 fesyen ni. Dorang suruh aku pakai cam Dena Bahrin, Diana Amir, Heliza Helmi, etc. The thing is, I'm not them. Dorang pun memang Allah dah anugerahkan muka dah cantik, so pakai apa2 pun cantik ler.

Masa aku still belajar kat cfs, aku main redah je apa aku nak pakai. Pernah dari Mahallah Khadijah ke Mahallah Aisyah, aku pakai jumper, tracksuit bottom dengan sneaker. Tudung, of course lar pakai. Orang pandang, aku tak heran pun. REDAH! Kawan2 pernah tegur tapi aku cakap, "Redah je lah. Takde sape nak tengok pun." Tapi one of my roommates cakap, "Jangan cakap camtu. Mesti ada 1/10 daripada manusia kat sekeliling kita tu akan tengok kita gak. Percayalah."

Bila roommate aku cakap camtu, aku teringat benda yang terjadi kat aku, 4tahun lepas. Masa aku kat zaman jahiliyah lagi. Aku takkan cite secara detail pasal benda tu. Malu beb! Tapi ayat anonymous tu memang buat aku tersentap. Maybe bukan untuk korang tapi aku memang terasa habis!

Me : Kau tengok? Yang kau pi tengok apesal?
Anon : Dah ternampak. Aku tengok je lar.

This is mad! Betul cakap orang tu. Aku yang tunjuk. Aku yang bagi dia tengok. Macam ayam goreng KFC sengaja terhidang ateh meja. Jarang lar ada orang boleh buat dunno je. Paling kurang, jeling sikit. Takpun, amik bau. Ye, dak?

And that's why aku sangat ambil berat bab2 pakaian ni. Jarang? Ketat sangat ke? Nipis sangat ke? Terang ke? I've been called as PARANOID! Whatever. I don't even care. (ok. maybe a little)

Aku post benda ni sebab aku terkilan dengan satu peristiwa ni. Baju kenalan aku ni jarang so aku pun tegur lar. Aku try labuhkan sikit shawl dia walaupun shawl dia agak pendek. Tengah aku try betulkan, terdengar suara cakap, "Alar! Takde sape nak tengok pun."

Menusuk kalbu! Nak nangis pun ada. Kuciwa tahap rasa nak ketuk kepala kat dinding pun ada. (pebenda ni, Tqah?) Mungkin teguran kawan aku tu sama dengan cite ni tapi situasi tak sama!! Aku bab fesyen. Yang ni, bab AURAT!

Get this, people! Especially YOU, dear ladies! Lelaki pun ek. Ayat "takde sape nak tengok pun" can only be used if you're surrounded with BLIND people. Please, no offense. I'm not mad at you. It's just, I'm a bit frustrated when people take this matter so lightly. And to me, it's a big thing. It's all about dignity.

Kepada yang perempuan. Minta maaf kalau terlalu direct. Takkan korang nak tunggu sampai ada lelaki nak tegur pasal warna baju dalam korang or the shape of your body, baru korang nak peka benda ni? Girls. It's very embarassing. And believe me, this is NOT a joke!

Fine. Maybe korang 100% fikir, memang takde manusia dalam dunia ni akan heran kat korang. Or maybe ada niat camtu kot. (NO, TQAH! Think positive!!) But, you forgot something. 'He' watch you everyday, every hour, every minute, every second, every millisecond! And don't forget,

"Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia ( menerima dan menulisnya)."  (Qaaf : 17, 18)

But wait! There's more!

Dari Abu Umamah, Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malaikat sebelah kiri akan mengangkat pena (tidak mencatitnya) selama 6 tempoh dari seseorang hamba yang melakukan kesalahan, jika dia menyesal dan beristighfar kepada Allah, malaikat tadi terus tidak mencatitnya, jika tidak malaikat akan mencatit sebagai satu kesalahan," (Al-Tabrani di dalam al-Muj'am Al-Kabir. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Al-Jami')

Sorry people. I'm being paranoid because I was scared. Takut kalau kejadian masa lepas berulang kembali. Takut kalau aku dihina and my parents being blamed. Takut aku dikira hipokrit. Takut apa yang aku pakai ni menyebabkan ayah aku tanggung dosa. Takut kalau Rasulullah saw kecewa dengan diri ini. Dan takut kerana Allah.

So, brothers and sisters. Please rethink before you wear something. Tak semestinya, bab pakaian je. Apa-apa pun perkara yang kita nak buat. To me, it's ok to be paranoid as long as it's for the sake of yourself and Islam. Kalau paranoid bab Illuminati tu lain cite lar. No komen.

Tak tau nak cakap pe dah. Selamat berpuasa semua! Macam mana amal masing2? Makin bertambah? Ke sama macam tu je? Takpe. Selagi ada peluang, teruslah beramal ek. :) Terima kasih sudi baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

P/S : Menjaga aurat mungkin tak sepenting menunaikan solat tapi bukankah ia masih perintah Allah? :)

No comments: