Saturday, June 22, 2013

Let's Reduce The Heat :)

~Assalamualaikum wbt~


~Sebenarnya, aku ada terfikir nak post benda lain dua hari lepas. Tapi disebabkan stress dan sibuk, aku terus terlupa. Puas perah otak, tak ingat gak. Takpelah. Maybe Allah tak izinkan aku untuk post benda tu (masih memerah otak).

However, aku memang dah lama terfikir untuk post benda ni cuma maybe tak berapa berani kot~ Entah. Disebabkan perasaan takut ni agaknya post aku tak berapa menarik. Oh well. Benda ni aku dah lama perasan dan untuk explain benda ni, bukan amik dalam beberapa saat. Jadi, selalunya aku diamkan benda ni. Tapi hari ni, aku nak explain perkara yang sebenar yang kemungkinan besar, orang tak perasan pun.

Aku selalu pakai jubah hitam dan tudung bawal yang lembut dan berwarna selain hitam. Tapi kalau aku malas sangat, aku pakai je semua hitam. Ramai gak orang mengatakan apa yang aku pakai ni boleh menyebabkan peluh dan ruam yang teruk. Oh yes. Terpaksa aku mengaku. Memang aku berpeluh pakai baju camni.

Ada gak orang cakap, apa aku pakai ni simple sangat and tak bergaya. The truth is, entah apa niat aku untuk menutup aurat ni, aku paling tak suka dipuji (walaupun kadang2 tu suka lar gak) tapi aku tak berapa gemar. Paling2 aku tak suka orang puji, "cantik baju". Well, there's a reason why I don't like to wear shawl, inner, jeans and what so ever.

Percaya or tak, baju yang ketat ni boleh menyebabkan peluh yang lebih teruk. Tak percaya? Bila baju melekat pada kulit, takde udara yang dapat lalu di antara kulit dan baju. Jadi, menyebabkan peluh yang lebih teruk especially kat bahagian dada. Tak percaya lagi? Siapa yang pernah pergi luar negara, mesti tahu apa yang dorang perlu pakai masa musim sejuk.

Sebanyak mana pun baju yang kita pakai, kita mesti pakai baju dalam iaitu dipanggil 'long john' atau thermal underwear. Kira, dia boleh tahan sejuk. Dan percaya or tak, long john ni agak ketat dan lebih bagus kalau melekat pada kulit. 

Konsep paling senang aku boleh bagi. Bayangkan kita tidur dalam bilik yang sedang dipasang air-cond. Kita ambil selimut dan kenapa kita balutkan betul2 selimut pada badan kita? Sebab bila macam tu, kita akan rasa lebih kurang sejuk berbanding hanya meletakkan selimut pada atas badan kita je. Logik?

Sejujurnya, aku tak halang pun orang bergaya. Memang cantik tapi aku tak berapa gemar kalau aku sendiri bergaya. Kesian suami den, nanti dia jeles. Eh? Hehe.. Ada orang marah, aku pakai jubah, lepas tu pakai handsock. 

But I think that's even better than wearing inner yang berlengan panjang dan pakai t-shirt kat luarnya. Dada antara paling mudah nak berpeluh. Kalau aku pakai macam situasi kedua tu, kira aku dah pakai dua lapis kat bahagian dada. Berbanding macam apa yang aku selalu pakai, hanya rasa berpeluh di tangan.

2nd, kenapa aku tak pakai shawl? Shawl ni selalunya jarang. Kalau pakai pashmina, memang tebal dan panjang. Tudung ni function nak tutup dalam dia. Kalau nampak dalam, takde fungsi ler. So, terpaksa pakai anak tudung. Shawl ni lak selendang. Kena lak lilit2. Kan dah sampai berlapis2 kat kepala? Kepala dan bahagian dada dah berpeluh.

Oh yes. Aku memang pakai tudung bawal dengan anak tudung. I'm trying to collect money to buy this kind of tudung yang labuh dan tak jarang. Tak perlu pakai inner pun. You can check out her PAGE.


Hasil lukisan daripada saudari Nurul Izzah

Post di sini bukan untuk menyuruh korang semua jangan berfesyen dan kena pakai baju 'simple' cam aku ni. Aku cuma nak cakap kenapa aku tak nak pakai baju berlapis2. Most of the baju yang penuh gaya ni berlapis2 and it causes users to sweat even more. 

Orang kata, bila aku pakai tudung labuh dan baju longgar menyebabkan peluh dan ruam yang teruk. Tapi aku rasa, pakai baju ketat lagi menyebabkan peluh yang lebih teruk.

Easy peasy.. Tutup aurat tu memang perlu tapi kalau nak bergaya, kena check gak, kain jenis apa yang korang guna. Of course, kalau jarang, memang kena lar pakai berlapis2. Aku tak berapa syorkan pakai tudung jenis lycra sebab bagi aku, dia agak panas. Lycra ni melekat pada kulit.

Oh.. Kenapa aku jarang pakai jeans? Sebab dia berat dan tebal. (==') Pakai jubah lagi best. Pakai dengan track suit je. ^^ Kalau tak percaya apa aku cakap, cuba test untuk 2hari. Sehari pakai jubah, track suit, tudung labuh, stokin dan handsock. Esoknya, pakai shawl dengan inner tudung, t-shirt with inner baju, seluar jeans dan stokin. Which one is better? Yes, dua2 pun panas tapi mana satu lebih kurang panas?

Simple is better sebab nak keluar pun senang. Tak payah ler ayah or abang or inche suami duk tunggu berjam2 tuk korang bergaya. Orang suh aku pakai kaler striking. The thing is, aku tak suka jadi tumpuan or mencapub. Again, post ini bukan untuk memerli mereka yang bergaya tapi masih menutup aurat ataupun mereka yang masih belum menutup aurat. Aku pun belum sempurna lagi bab tutup aurat ni.

Cuma nak kongsi je pendapat aku dengan semua orang. Takpelah panas di dunia. Jangan panas kat akhirat. To people yang ada niat untuk menutup aurat, teruskan niat! Jangan putus asa. Tapi jangan niat je, kena gak usaha. May Allah permudahkan segalanya, Insya-Allah. :)  Wassalam~

2 comments:

mirmashi94 said...

nice one :D. those kinds of comments are so common. dorang bukan apa, dorang komen sebab nak menangkan diri dorang, nak menangkan kononnya apa yang dorang buat tu betul. hakikatnya, deep down, dorang tahu apa yang dorang buat ada yang x berapa betul. denial phase --> making the right thing to do to look wrong on order to satisfy self-interest. sabar je laa :D

salam kenal :D

Anonymous said...

Err sy lalu sni jap singgah . trbca blog ni. Best2 . haha