Wednesday, January 16, 2013

Susah Ke Bahasa Arab?

~Assalamualaikum wbt~

Komen daripada cik Anon di salah satu entri aku

~Well, komen ni dah lama. Kalau korang tengok tarikh dia, komen ni ditulis pada 2 Januari 2013. Aku sebenarnya dah reply tapi untuk adik kita sorang ni, aku buat je lar entri. Maybe yang lain dapat faedahnya sekali, Insya-Allah.

Ni soalan yang femes sebenarnya bagi bukan pelajar UIA. Percaya atau tak, ada sorang kawan aku teringin nak masuk UIA tapi ramai halang dia just sebab nanti dia kena belajar arab. Kenapa nak takut, kawan2? Al-Lulghatul Arabiyah hiya Al-Lulghatul Jannah (Bahasa Arab ialah Bahasa Syurga). Aku tak tau ejaan dan sebutan aku betul ke tak. Harap dapat betulkan. ^^

Ok.. Soalan daripada Encik/Cik Anon kita ialah "Exam bahasa Arab kat UIA susah tak?" Hmm.. Camne nak cakap ek? Kalau korang belajar, datang kelas, senang sangat! Alar.. Soalan macam darjah satu. Betul! Tak tipu! Kalau boleh, aku nak tunjuk je kertas exam aku masa midsem. Tapi dah hilang ler. :P Aku tak tipu!!

Ada gak soalan yang dia just tunjuk gambar and kita kena tulis nama dia dalam bahasa arab. Kalau ada gambar kucing, korang tulis je, "kittun" (dalam tulisan jawi ek). Ada guess what? Ustaz dan ustazah kat sini still akan bagi markah penuh kalau korang tak tulis 'baris'. ^^

Mungkin ada yang cuak, masuk2 je dah ada exam Arab. Bagi yang dah belajar arab, takde masalah. Bagi yang takde basic macam aku ni, (sebenarnya ada tapi sebab dulu selalu ponteng sekolah agama petang, aku cakap ler takde basic) korang just tulis nama, matric number, course dan tick kat satu kotak kecil ni yang mengatakan anda takde basic arab (macam aku buat). Korang takut affect pada berapa tahun korang akan ada di UIA? Takpe.. Kalau korang hebat dalam english, Insya-Allah, korang boleh dapat setahun program. Kalau macam Architecture, kalau korang dapat Level 1 (level paling lemah) untuk bahasa Arab tapi dapat Level 6 dan exempted untuk english, korang boleh dapat setahun program.

Jangan risau pasal anda bukan budak sekolah agama. Aku ni pun bukan dari sekolah agama. Cuma pelajar dari sekolah biasa sahaja. Nanti ustaz2 akan ajar korang. Dan dia akan ajar korang macam budak2 darjah 1. XD Mungkin korang akan dapat ustaz dari negara asing. Tapi jangan risau, dorang ajar memang bagus. Kalau tak faham, jangan malu. Angkat je tangan, dan tanya apa maksud perkataan tu. "Ma ma'na asif?" (Apa maksud maaf?)

Lisan? Ujian lisan pun senang. Jangan risau. Aku pun lemah gak dulu tapi Alhamdulillah, dapat gak B. Dia takkan affect pada pointer kita. Korang just perlu dapat markah 50 ke atas, kira korang dah pass. Kalau tak pass, kena repeat ek. ^^ Tapi hampir 99% akan pass. Yang tak pass tu, selalunya yang memang tak buka buku langsung dan tak masuk kelas.

Twitter Pak Arab

Okay.. Dia bukan exactly 'pak arab' tapi aku dengan kawan2 aku panggil dia pak arab. :p Orang selalu panggil dia 'ustaz'. Kalau korang rasa, korang perlukan extra ustaz, korang follow je twitter ustaz kita ni. Korang tanya je, apa perkataan bahasa arab yang korang tak faham, Insya-Allah ustaz akan jawab. ^^ Jangan takut! Dia ni baik dan friendly! ( ish.. ustaz, saya da puji ustaz ni. belanja tau. :P )

Aku tak tau nak cakap ape dah. Tapi yang paling penting masa belajar, pasanglah niat dengan baik. Belajar sebab nak faham. Belajar sebab korang nak aplikasikan pada diri. Aku dulu bertambah semangat nak belajar arab ni lepas dengar ustaz2 ni duk borak dalam bahasa arab. Teringin gak nak faham. (yeke, Tqah? Bukan sebab kau jeles tengok kawan kau dapat markah paling tinggi?)

Jangan kita takut dengan bahasa arab. Bahasa Korea, Bahasa Jepun, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, beria naa kita nak belajar. Nanti kat kubur, bahasa arab gak kita guna. Kat Akhirat. Kat syurga. Tak nak ke kita faham sikit apa yang kita duk sebut masa kita solat? Atau maksud kitab-Nya yang kita baca? Well, that's all from me. Thank you for reading. Astaudi'ukumullah (Aku titipkan kamu kepada Allah) Wassalam~


Masmuka/Masmuki? (Nama awak siapa) - Ismi Safian / Ismi Atiqah Farhana
Kaifa haaluk? (Apa khabar) - Alhamdulillah, ana bikhoir (Alhamdulillah, saya baik)
Min Aina Anta/Min Aina Anti (Anda dari mana) - Ana min Maaliiziya (Saya dari Malaysia)
Syukran/Jazakallahu khairon (terima kasih) - Afwan (Sama-sama)

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tanya, orang bukan student uia blh ke join kursus bahasa arab dkt uia? jika blh, mcm mana ya?

Atiqah Farhana Safian said...

Waalaikumussalam. Maaf. Honestly, saya tak tau. Maybe boleh tanya directly kat pihak uia maybe?