Friday, January 04, 2013

Berubah Itu Mudah!

~Assalamualaikum wbt~


~Aku kini sedang cuba memaksa diri untuk blogging walaupun kemalasan mula melanda tahap maksima! Oh, Tqah! Sila lah jadi lebih rajin!

Sebagai mukadimah hari ni (cehceh), aku nak cakap, terima kasih ler banyak2 yang sudi 'share', 'like' and 'comment' gambar yang kek ateh ni. Tak sangka ler pulak sebenarnya (ok.. maybe ada sikit). Aku jumpa versi muslimin kat facebook timeline. Kawan aku share gambar tu so terus idea datang, tuk buat muslimah punya.

Mula2 nak buat, memang semangat ler.. Tapi lelama, aku jadi maleh sangat. So, aku pun tutup Adobe Illustrator. Tapi aku pikir, "ni mesti syaitan duk hasut ni. cis!" Aku pun buka ler balik Adobe and duk sambung sambil makan roti Gardenia. Aku still maleh and ngantuk, tu tak buat secara detail. Rambut yang asalnya Sakura, dah terjadi cam Sasuke lak. Lantak lar..

So yer.. Cite kat atas nak tunjuk bila kita nak buat satu kerja dakwah (I think so, Insya-Allah), buat sampai habeh. Jangan duk dengar kata2 syaitan tu. Biasa ler dia tu. Mana kasi kita buat kerja baik2.

Habeh cite. So, aku nak cite sikit pasal isi gambar ni. Well, ramai duk kata gambar ni ciplak lar, plagiarism lar but what they really forgot is 'isi cerita dalam gambar ni'. Ok.. Untuk kepuasan semua, ye, aku memang tiru gaya Naruto. Dude, berlambak lak pelukis yang tiru sikit2 lukisan asal tapi cam biasa lar, ada ler edit2.

Well, ada yang tanya jalan cite gambar ni. So, sebenarnya ni just main2 dalam otak je. Ayat2 yang bakal korang baca ni sekadar randomly aku taip. Hopefully, bagi manfaat ler kat semua ek.

Saya tak pernah diajar tentang aurat masa saya kecil. Keluarga saya bukanlah tidak mengajar tentang agama tetapi mungkin saat itu, mereka merasakan saya masih terlalu kecil dan tak perlu sangat untuk menitikberatkan tentang aurat. Tapi walaupun ibu saya ajar tentang solat, saya tetap malas nak tunaikan. Nakal juga.

Bila saya di sekolah rendah, perangai saya seakan-akan lelaki. Orang kadang-kadang panggil saya 'tomboy'. Saya berpakaian seperti lelaki. Saya berkawan dengan ramai lelaki. Kadang kala bertepuk tampar sesama sendiri. Tapi ketika itu, saya fikir, tidak mengapa sebab saya belum capai akil baligh lagi.

Di sekolah menengah, saya meminati salah seorang lelaki di sekolah saya. Tudung, saya pakai walaupun singkat. Baju yang longgar, saya buang dan beli baju yang menampakkan tubuh badan saya, sama juga dengan seluar saya. Saya fikir, dengan pakaian sebegini, saya dapat menarik perhatian lelaki itu. Tapi kenapa? Kenapa orang perlekehkan saya? Mengatakan saya tidak ikhlas bertudung. Mengatakan, "Pakai tudung tapi baju ketat-ketat. Baik tak payah pakai tudung!" Yang paling menyedihkan, apabila saya tidak dihormati.

Saya mula berjinak dengan memakai tudung bawal yang tutup paras dada. Baju kurung pun saya mula pakai. Agak janggal pada mulanya sebab dulunya, saya tidak suka memakai baju kurung. Tapi rupa-rupanya, masih ada kekurangan. Saya belum pakai stokin. Tudung saya jarang. Saya memang tidak tahu. Tapi walaupun aurat makin terjaga, solat saya tidak sempurna. Ditinggalkan dengan sengaja. Al-Quran dibiarkan berhabuk. Entah berapa tahun agaknya saya tidak baca Al-Quran.

Saya cuba bertudung labuh berbentuk bujur, berjubah, berstokin dan memakai handsock. Alhamdulillah, saya lebih rasa tenang. Tidak pernah saya merasakan tenang sebegini. Solat mulai terjaga. Al-Quran menjadi sahabat saya. Tapi Allah memberi saya dugaan. Keluarga saya seolah-olah tidak restu saya memakai sebegini. Katanya, saya extreme. Ya Allah, ampunilah dosa mereka. Kau berilah petunjuk bahawa apa yang aku sarungkan ini juga demi mereka jua di akhirat kelak. Tapi saya masih manusia berdosa. Mungkin kerana tanpa restu keluarga, saya cepat melenting. Saya pernah tertinggikan suara saya pada ibu bapa saya.

Akhirnya, Allah pertemukan saya dengan jodoh yang terbaik. Dia menerima saya seadanya, malah dia membenarkan saya berniqab. Pada mulanya, keluarga dan masyarakat seolah-olah tidak menerima perubahan saya tetapi saya tahu, Allah itu Maha Adil. Maka, hati mereka mulai menjadi lembut. Suami saya juga banyak menegur. Dia sentiasa bawa saya ke majlis ilmu untuk mempertingkatkan ilmu saya. Alhamdulillah..

Saya tahu, perubahan saya tidaklah sepantas kilat. Malah, saya terpaksa mengambil hampir 25tahun untuk mendapatkan hasil ini. Bukanlah saya menyuruh kalian 'TERLALU' mempraktikkan perubahan slow-slow. Dan bukanlah saya mengatakan perubahan sepatutnya masa itu juga.

Tapi pasanglah niat. Niat untuk berubah. Berniat sahajalah, "Aku nak berubah esok.." Tidak mengapa kalau apa yang kita niatkan tidak dijalankan pada esoknya tapi janganlah kita berhenti di saat itu pula. Bukankah pahala diberikan apabila kita sudah pasang niat?

Dan bila sudah berubah, istiqamah. Ya, Berubah itu mudah, istiqamah itu payah. Tetapi ingat, Allah takkan ubahkan nasib seseorang itu jikalau orang itu sendiri tidak mahu berubah. Yang paling penting sekali, jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam dan pasangkanlah niat untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Okey.. Panjang lebar pulak aku taip. Cerita di atas hanya imaginasi aku sahaja tapi isi ceritanya tu, harap dapat kasi manfaat pada semua, Insya-Allah. Terima kasih sudi membaca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~


p/s : Sebabkan lukisan muslimah tu, member minta aku lukis lukisan kat atas ni. Nampak naa nipu eh..

3 comments:

avrilhaily93 said...

serius respek lukisan kau tu. ^^ ilham Tuhan bagi jgn disiakna. Nice post, perubahan tu la kdg2 aku susah nak cari, inshaallah cuba kuatkan diri. teruskan usaha Hinata! haha

liyanazahirah said...

ukhti mmg berbakat..gunakan bakat itu ke jalan dakwah..Insyaallah ganjaran besar menanti di JANNATULLAH..moga Allah redha..innallaha ma'ana..teruskan istiqomah :)

Atiqah Farhana Safian said...

Azril : Hinata?? haha.. terima kasih..

Liyana : Allah.. Hazihi min fadhli Rabbi..