~Assalamualaikum wbt~
~Sebelum maghrib, aku sempat update satu
ENTRI yang mungkin boleh kaitkan sedikit dengan entri kali ni. Aku sebenarnya dah lama nak buka cerita pasal ni tapi aku belum ada olahan yang cukup tuk share pada semua. Yelah.. Aku ni pun belum cukup ilmu lagi..
Daripada 'Abd Allah bin 'Amr , sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."
Owh.. Ok, dear Rasulullah saw. :) Aku mula berani sikit lepas aku baca status
Muhammad Rusydi. Bacalah ek, kawan-kawan.
Aku tabik mereka yang berani menegur. Mereka yang rajin berdakwah. Dakwah senang je sebenarnya. Ajak orang solat pun dakwah gak. Good job kepada yang suka berdakwah! (thumbs up)
But not everything yang kita cakap, orang suka kan? Yup.. Sometimes, ada antara mereka yang degil nak menerima kebaikan dan nasihat. Of course, kita geram lar kan. So, we didn't give up and teruskan berdakwah.
BUT! Adakah cara dakwah kita betul? Adakah cara kita berkesan? Adakah memang manusia tak boleh menerima kebenaran?
Aku seorang yang sangat takut menasihati seseorang. Ye.. Aku pengecut. Aku selemah-lemah iman. Tuduh lar aku lagi. Jika itu apa yang korang fikir, maka susah lar korang nak berdakwah. Sorry..... Sebenarnya, aku takut, kot2 cara nasihat aku tu salah, mungkin akan menyebabkan orang tu lagi jauh dari kebenaran. Na'uzubillah. Moga dijauhkan.
Apa yang aku maksudkan ni sebenarnya?
Kalau ingat lagi entri aku, "Dalam Lingkaran Itu.." aku ada mentioned, "Ada lingkaran yang luas dengan agama. Ada lingkaran yang luas dengan kejahilan seperti diri ini..... Dan susah untuk kita tahu lingkaran-lingkaran tersebut."
Lingkaran yang aku sebutkan ada dua. Tapi tahu ke di dalam lingkaran ada pelbagai isinya? Dan isinya itu berbeza-beza? Manusia telah dilahirkan dengan pelbagai sifat. Mungkin ada di antara sifatnya yang sama dengan kita tapi tak semua. Tu sebab Allah turunkan ayat ni.
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti." ( Al-Hujurat ; 49:13)
Disebabkan Allah sudah jadikan sifat kita berbeza, Allah menyuruh kita saling mengenali. Yelah. Kita an bersaudara. Of course ler kena kenal. Bila kita dah kenal, baru kita tahu cara untuk berdakwah dengan seseorang tu. Didn't get what I've just said huh?
Rasulullah saw sentiasa menyelesaikan masalah atau pertanyaan seseorang dengan cara berbeza. Mungkin kalau kita ada di zaman Rasulullah saw, kita akan tanya, "Eh? A dan B tanya soalan sama tapi kenapa Rasulullah jawab boleh pada A dan jawab tak boleh pada B?" Kenapa ek, kawan-kawan?
Aku rasa paling mudah aku nak bagi contoh ialah bab kahwin. Pergh! Tqah tak habeh2 pasal kahwin. Suka hati lar! Ni contoh paling mudah! Ok. Dua situasi ni, si C dan si D ni nak kahwin awal dengan awek masing2. Tapi si C ni boleh, tapi kenapa D ni tak boleh pulak?? Bukan ke kahwin awal ni sangat digalakkan? Kan boleh elakkan zina?
1st situation : C ni boleh kahwin awal sebab dia dah bersedia dari segi fizikal dan mental. Dia masih pelajar universiti tapi dia ada biasiswa. Dalam masa sama, dia buat kerja sambilan. Dan parents dia pun sanggup tanggung kewangan. Jadi, dibolehkan (ni pendapat sesuka hati aku je ek)
2nd situation : D memang dah kapel tapi parents dia memang tak setuju langsung dia kahwin awal. And we must know, kita tak boleh lar derhaka pada ibu bapa.
What I can say from these two situations are more likely towards parents. Kita tau, zaman sekarang ni, ramai yang berkapel. And people were like, "Kahwin lar!" But not much of the people really think about other people's situation. Bagi parents yang jenis agree benda camni, that's fine. Macam mana pulak parents yang tak agree? Ok.. Puasa. Dia dah puasa, tapi masih ada perasaan camtu. So, what should he do? Leave his girlfriend? Ok... About 80% (ikut spekulasi aku sendiri) ada pakwe/awek ni sebab dia tak dapat kasih sayang daripada keluarga. So, what should they do then?
People were too focus on one method of dakwah and use it to every single person. Bagi aku lar, salah caranya tu. Based on Brother Rusydi's status, kita boleh concludekan juga manusia zaman sekarang guna method 'perli' berbanding guidance.
Kita suruh A baca Al-Quran tapi kita tahu ke dia memang tak reti baca Al-Quran?
Kita suruh B pakai tudung tapi kita tahu ke dia dah ada niat cuma dia bukan macam kita yang kuat, yang mampu memekakkan diri daripada kata-kata manusia?
Kita marah C sebab tak solat tapi kita tahu ke dia memang tak diajar tuk solat?
That's why aku paling prefer dakwah menggunakan fb, twitter dan blog. Sebab aku tak fokuskan pada sorang je tuk berdakwah. Aku nak bagi satu lagi contoh.. Pasal tudung lak.
Bab tudung ni, ramai just kata, "Berubah slow2. Kalau nyawa tu tak panjang?" "Buat dunno je orang yang perlekehkan kita." "Berdosa kita tak tutup aurat." "Siapa tak tutup aurat, sure masuk neraka." "Kau tak takut Allah ke?" And so much more.
Aku salah satu yang jahil dulu. Jadi, aku faham serba serbi perasaan mereka yang menerima kata-kata sebegini. Aku nak cerita satu benda. Ada sorang girl ni, A ada kawan B. B ni tak tutup aurat dengan sempurna. Ramai orang perli dia, nasihat dia tapi dia tak mampu terima. Bukan sebab dia degil sahaja. Sifatnya yang terikut-ikutkan nafsu wanita dan kesedihan dia terhadap perlian tersebut membuatkan dia jauh diri. Dia cerita pada A. A takdelah nasihatkan dia tetapi lebih kepada bercerita kenapa akhirnya, dia berubah untuk menutup auratnya. Paling penting, dia tak nak bapanya jatuh ke neraka kerananya. Satu hari B dapat hadiah dari A. A berikan sehelai pashmina. Itu sudah cukup buatkan B terharu dan memasang niat tuk menutup auratnye.
Enough. Buatkan seseorang tu tuk pasang niat pun sudah cukup. :)
Just because korang dah ada ilmu tu, doesn't mean korang boleh sesuka hati panggil dia, 'jahil, fasik, kafir, ahli neraka." Who are you to say that? Siapa kata mereka yang tutup aurat, confirm masuk neraka? Confirm? Confirm? Memang Allah dah beri amaran, tapi confirm??? No3...
Most of all, aku tak berapa setuju bab2 perli ni. Sebab tu semua cuma menjauhkan seseorang tu je. I was 15 dan aku pernah tanya kawan aku. "Kau tak nak pakai tudung ke?" "Aku nak ubah slow2.." "Kalau kau meninggal esok camne?" Dan kawan aku jawab, "Hisy! Janganlah cakap camtu! " But sekarang dia dah pakai pun. Of course, I know it's not from what I've just said. But, maybe because I believe she would change.
Dakwah tu tak salah tapi yang salah itu, cara kita. Don't ever believe yang kita ni bakal ahli syurga or even believe, we are always right! Jangan pandang hina pada mereka. You should guide them, not just saying it's wrong. How to guide them? Get close to them. Know them. And finally, you'll find the way to guide them. :)
Let me tell you a story of a young man.
Lelaki ni memang tak pernah solat. Malas katanya. Ramai ustaz yang cuba pujuk dia solat tapi gagal. Ramai yang marah dengan lelaki ni dan akhirnya, berputus asa untuk menasihatinya.
Satu hari, seorang ustaz dari luar negara datang ke tempat tersebut. Dia terdengar cerita kisah lelaki tersebut dan dia ingin membawa lelaki tersebut ke jalan yang benar. Ramai yang cuba memujuk supaya melepaskan sahaja lelaki itu kerana semuanya sia-sia.
Ustaz tu pun pergi ke rumah lelaki tersebut. Lelaki tu ingat ustaz ni nak menasihatinya macam ustaz2 lain. Tapi sangkaannya meleset. Ustaz tu berbual-bual dengan dia. Berbaik-baik dengan dia. Lelaki tu terasa senang pula dengan ustaz itu. Mereka menjadi kawan baik selama setahun.
Akhirnya, ustaz tu nak pergi ke negaranya semula. Lelaki tu rasa sedih sebab kena berpisah dengan sahabat baiknya. Ustaz tu pun berkata, "Sahabatku, sebelum aku pergi, aku ada satu hajat. Kalau engkau tak mampu tunaikan, hatiku tidak senang." "Hajat apa itu? Aku sanggup buat sahaja demi engkau." "Bolehkah engkau tunaikan solat Subuh? Dua rakaat sahaja. Tidak sampai lima minit pun."
Pada mulanya, lelaki itu berat hati tapi demi sahabatnya, dia buat juga. Setahun selepas itu, ustaz itu kembali ke negara tersebut dan menemui lelaki itu. "Adakah kau selalu solat Subuh?" "Ye.. Aku tunaikannya setiap hari." "Alhamdulillah. Bagus. Sahabatku, bila engkau bekerja, pukul berapa kau rehat?" "Pukul 1 aku berhenti sebentar dan makan. Pukul 2 aku masuk kerja semula." "Dalam berapa minit kau makan?" "Dalam 15minit. Kenapa?" "Bermaksud kau ada 45minit lagi. Bolehkah dalam waktu itu, kau tunaikan pula solat Zuhur? Tak lama. Sekejap je. 4rakaat je."
Demi sahabatnya, dia bersetuju. Dan setiap tahun, ustaz itu meminta lelaki itu menunaikan solat fardhu dari Subuh dan akhirnya, ke Isyak. 5tahun dan akhirnya, lelaki itu sudah solat cukup waktu. Penuh khusyuknya dan penuh keikhlasan.
5tahun ustaz tu berdakwah. Mungkin bagi kita terlalu lama tapi adakah ia sia-sia? Fahami mereka yang tidak mengetahui. Bukan setakat lincah berkata-kata tetapi kita sekadar berharap, dia akan jumpa kita dan kata, "Wei, aku nak berubah. Tolong aku." Nope. Susah sebenarnya. Dan kita kena sentiasa ingat, hidayah itu milik Allah. Kalau Allah nak berikan, Alhamdulillah. Jika tidak, jangan pula kita cepat melatah kalau dakwah kita tidak berkesan.
Ok.. Aku sebenarnya, dah tak ingat apa aku merepek tapi aku harap, korang faham ler maksud yang aku cuba nak sampaikan, Insya-Allah. Bila kita nak berdakwah, kita fikir betul-betul. Betulkah cara aku berdakwah ini? Aku betul-betul faham ke situasi kawan aku yang menyebabkan dia jadi sebegini? Think about it. Astaudi'ukumullah. Wassalam~