Saturday, November 10, 2012

Akulah Imam Itu

~Assalamualaikum wbt~


~Alkisahnya, roommate aku ajak pergi usrah. It's the first time ever. Excited, takut. Semua ada. So, yeah. Dorang banyak bercakap lar. And aku agak malu2, tak tahu nak cakap apa. Then, mereka tanya pendapat aku, "Apa itu baik?" I was nervous at first but aku just luahkan apa yang aku betul2 faham tentang maksud 'baik' ni. All of them just nodded their head.

Maghrib pun tiba. Aku pergi ambil air wudhuk and bila aku pergi ke surau, tengok dorang tengah berkumpul, suh orang jadi imam. Bila aku datang dekat je, roommate aku kata, "Tqah, Tqah jadi imam ek?" I was like, "WHAT?? ME?? IMAM?? HUH?"

Aku memang tolak habeh ler. Yelah.. Aku rasa, ramai lagi kat situ yang lebih layak jadi imam. Ilmu pun lagi tinggi, ayat Al-Qur'an pun hafal. Aku ni pun merangkak2 nak hafal 17 ayat surah Al-Furqan tuk tasmi'. But they insisted me. Serba salah pada Allah. Serba salah pada dorang. And so, aku terima.

Pernah sekali masa aku sekolah menengah, aku paling takut nak jadi Imam. Tiap sorang akan jadi Imam but then, only yang dah akil baligh sahaja boleh jadi Imam. One day, ustazah panggil nama aku. Aku dengan penuh yakinnya cakap, belum akil baligh lagi. But entah nape, ustazah kata, "Takpe. Jadi Imam je." What??

Aku jadi takut. Takut orang kondem dengan bacaan aku. Suara aku perlahan ke. Aku tak fokus ke. Aku terlupa raka'at ke berapa ke. Doa lepas solat pun aku tak tau. (Pergh!... Punyalah jahil aku dulu) Tapi aku tetap kena pergi ke depan. Masa tu, aku tak baca ayat dengan kuat. Malu...... Bila baca doa, aku baca ayat ringkas je. Habis solat, ramai ngadu, bila aku sebut "Allahuakbar", suara aku perlahan. Down betul aku masa tu. Maybe benda tu kecil bagi korang tapi besar buat orang yang takde keyakinan diri cam aku.

Even with my siblings pun aku banyak buat silap bila jadi Imam. Punyalah malu. Argh! That's why aku try elak dari jadi Imam.

It was about last year when the same thing happened. Alhamdulillah, Allah takdirkan aku sebilik dengan dua roommates yang pernah menuntut ilmu dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). So, each time kitaorang nak solat jema'ah, minta dua roommates aku jadi Imam.

Masa Ramadhan, kitaorang nak solat tarawikh sama2. Cam biasa, tolak tuk jadi Imam. Tapi setiap kali aku tolak, kawan aku kata, "Takpe.. Belajar.. Nanti kalau suami pergi masjid ke, pergi kursus ke, sape nak imamkan anak2?" DUSH! Cam rasa pelempang kena kat muka.

Akhirnya, aku terima gak tuk jadi imam. But after that day, aku teringat-ingat apa kawan aku cakap. Betul gak. Siapa nak imamkan anak2 aku kalau suami aku takde? Kita duk sibuk kata, nak suami imamkan kita dan anak2.

Terfikir gak, kita duk takut nak jadi Imam. Takut tak sah solat. Tapi kadang2, kita takde usaha nak mantapkan diri kita. Takde usaha nak perbaiki diri. Jadi Imam sebenarnya didik kita tuk membimbing sedara Muslim kita. But, if we're afraid to become one, macam mana nak bimbing orang?

That's why, bila para usrah ajak aku jadi Imam, aku tak setakut cam dulu. Of course, jadi Imam ni lebih kurang sama je dengan jadi makmum. To be an Imam, korang sebenarnya pegang satu tanggungjawab yang besar. Feeling dia lain wei!

Bukanlah aku bercerita benda ni sebab nak tunjuk kejahilan aku and akhirnya, aku jadi baik. (mungkin ada gak. Entahlah. Wallahu'alam.) Aku kalau boleh, tak nak orang duk dalam scope dia je, takut tuk mencuba menjadi Imam. Aku tak nak korang jadi cam aku dulu.

Aku always akan ingat cakap kawan aku tu. Terima kasih, awak!! Peluk sikit! (gedik jap) Siapa nak imamkan anak2 aku nanti? Takkan nak harapkan suami aku je. Aku pun sebagai anak sulong, patut dah terer bab nak imamkan adik2 aku. Just because you don't know, doesn't mean you can't improve yourselves right? Apa yang aku perasan, ramai yang tak tahu doa selepas solat. So, here's doa ringkas selepas solat for all of you. :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 
Ya Allah,ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Harap entri kali ni dapat manfaatkan diriku dan korang semua. Maaf atas apa-apa kekurangan. Aku masih hamba Allah yang cuba mencari kebenaran. :) Terima kasih sebab sudi baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

2 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

Assalamualaikum, betol-betol. Maybe cerita kita lebih kurang sama cuma versinya lain. Bab tolak menolak tu memang tak leh lari lah kan. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan itu untuk menjadi iman. Dan inshaAllah segala solat kita dan makmum diterima olehNya. inshaALLAH

Atiqah Safian said...

Waalaikumussalam.. Insya-Allah.. Sentiasa cuba perbaiki diri kita. :)