Wednesday, August 01, 2012

Love Story

~Assalamualaikum wbt~


~Alhamdulillah.. Dapat gak post hari ni. Curi masa sikit. Tak boleh post lelama. Projek aku tak siap lagi. Ampun maaf dipinta sebab dah lama sangat tak post. Sifat busy dan malas sangat-sangatlah menghantui diriku sepanjang hari. Disebabkan tak cukup tidur, kadang2 'melangsa-langsa' kek ateh katil tu.

Sebelum aku taip pape, cuba tengok video nie jap.



Malam tadi aku tengok video ni. Then, aku fikir berapa ramai yang ada pemikiran cam laki tu? Berapa ramai yang ada pemikiran cam perempuan tu? Berapa ramai yang akan berterusan ada pemikiran camtu?

Dulu member aku putus sebab nak elakkan diri dari zina. Lagipun, dorang nak cinta dorang buat 'si halal' je. Tapi baru-baru ni, aku tengok, dorang cam tak kuat. Seolah-olah cuba cari cinta. Cinta yang cuma dari manusia.

Aku cinta kau kerana Allah. Betul ke? Atau sekadar kata-kata? Atau dia 'bajet' rasa je yang dia cinta kerana Allah? Manusia. Hati memasing mana kita tau. Tapi jika benar cinta kerana Allah, solatnya pasti tidak tinggal dan mengajak 'orang tu' solat gak. Dia akan tambah ilmunya sebab banyak tanggungjawab yang akan dibuat 'lepas kahwin.' Dia akan jaga batas. Dia akan hormati orang tua. Dia akan blah..blah..blah.. Tapi yang aku tengok, setakat keluar kata2 cinta yang entah jiwang tahap pebenda entah.

Kalau cinta dengan Allah pun kita fail, jangan rasa kita layak cinta manusia. Allah setia menanti kita kalau kita terlupa dia. Kalau manusia, tak reply mesej baru 2minit, dah nak majok2. (erk.. gedik... opps.. sorry) Apa-apa pun, cintailah Allah dengan sesungguhnya. Sebab tanpa Allah, siapa diri kita? Astaudi'ukumullah.. Wassalam~

Aku ingin mencintaimu
Sesungguhnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mencintaimu
Selamanya
Sehina apa pun diriku
Ku berharap
Untuk bertemu
DenganMu Ya Rabbi~


No comments: