~Assalamualaikum wbt~
~Satu hari, aku jadi AJK tuk satu majlis kat dewan Al-Malik Faisal di UIAM. Bila dah buat kerja camni, bukannya senang. Tapi amanah tetap perlu dipegang (cehceh). Sekali tu, dorang fikir, cenderahati apa yang perlu diberi kepada VIP. Ramai gak yang keluarkan idea dan salah satunya ialah Ma'thurat.
Masa tu, aku diam jap. Ma'thurat? Macam pernah dengar. A'ah.. Roommate aku selalu sebut. Dia pernah sarankan aku beli. Tapi apa isi dia? Kejadian ni berlaku semester 1 session 2011/2012. Tahun lepas.
Kejadian kedua, aku pergi camping. Seronok ler kan, nak tido dalam khemah malam tu! Kitaorang sampai-sampai, kena dirikan khemas. Kemas2 barang. Lepas tu, kitaorang disuruh baca ayat2 Ma'thurat. Aku blur. Dorang tanya, aku ada bawa buku Al-Ma'thurat tak? Aku geleng je. (Dalam hati : Aku memang takde buku tu)
Akhirnya, aku kena amik subjek 'study circle' dan markah banyak difokuskan pada tasmi' (ayat2 dan doa yang perlu dihafal) dan salah satunya ialah Al-Ma'thurat. Akhirnya, aku beli lar gak buku tu. First time tengok, aku macam....... "banyaknye.."
Fesi yang jaga group aku explain pasal tasmi'. Apa yang perlu hafal. Apa yang perlu buat tuk mudah hafal. Dan sekali tu dia kata, "Yang Ma'thurat ni, jangan risau. Senang je. Selalu baca kan?" DUSH!!! Masa tu, keyakinan aku jatuh merundum. (sister... saya tak tau pun isi ma'thurat ni macam mana..)
Aku mampu hafal beberapa je dari ayat ma'thurat. Satu hari, aku tanya kawan aku, dia dah habis hafal ke? Dia dengan mudah je jawab, dah habis. Aku cakap, aku ada masalah dengan ma'thurat. Aku tanya, camne dia hafal. Dia kata, masa kat asrama, tiap petang dia baca jadi memang dah automatik ingat. Just ingat order dia je. Tak sangka, aku hampir nak nangis masa tu.
Aku mengadu kat kawan aku. Dia faham sebab cerita dia pun lebih kurang sama dengan aku. Aku sedih sebab banyak yang aku tak tau. Kecewa sebab aku tak tahu semua ni dari awal. Kecewa sebab setelah umur aku 18tahun, baru aku tau kewujudan Al-Ma'thurat. Kecewa sebab bila umur dah 19tahun, baru dapat tau isi Al-Ma'thurat.
Kawan-kawan. Aku tak tau lar korang nak percaya ke tak cerita aku ni. Percayalah apa yang aku tulis ni datang dari hati. Dan korang percaya ke ada di antara kawan-kawan kita mengalami benda yang sama dengan aku?
Inilah sebab aku update entri ni. Untuk beritahu mereka yang tidak tahu. Tidak tahu kewujudan ma'thurat.
Al-Ma'thurat tu adalah kumpulan doa dan wirid yang dibaca oleh kekasih hati cinta kita, Rasulullah saw. Kalau otak korang tetiba tercakap, "banyaknya ayat dia.." Don't worry! Al-Ma'thurat ni terbahagi kepada dua, Kubra dan Sughra. Al-Ma'thurat Kubra ni panjang while Al-Ma'thurat Sughra ni pendek je. Amik dalam masa 10-15minit je baca. ^^
Aku tak minta lar korang baca setiap saat. Ayat ni perlu dibaca waktu pagi dan petang je. Selepas Subuh dan selepas Asar. (thumbs up) Baca Al-Ma'thurat ni bukannya benda wajib tapi apa salahnya kalau kita ikut rutin Rasulullah saw kan? ^^
Mudah je kan? So, sekarang korang dah tau apa tu Ma'thurat. Tu je aku nak cakap sebenarnya. Hehe..
Tapi sebenarnya, ada benda yang aku nak selitkan. Hidup manusia ni lain-lain. Ada lingkaran yang luas dengan agama. Ada lingkaran yang luas dengan kejahilan seperti diri ini..... Dan susah untuk kita tahu lingkaran-lingkaran tersebut.
Jadi, apa salahnya kita kongsi ilmu yang kita ada? Yer, mungkin benda tu sangat common dan kecil. Tapi, mana tau yang sebenarnya ada di antara kawan-kawan kita tidak tahu tentang semua tu? Bila korang dah kongsi, akhirnya, dia pun tau dan dapat aplikasikan dalam hidup dia, Insya-Allah. :) Pahala pun bertambah wei!!!
Bila nak berdakwah, sila guide mereka bukan perli mereka. Selalu gak aku tengok orang zaman sekarang lebih suka perli tanpa betul2 faham, apa masalah mereka menjadi sebegitu. Ok.. Insya-Allah, aku akan update entry tentang ni. Terima kasih sebab sudi baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
No comments:
Post a Comment