Saturday, December 21, 2013

I'm The Fuel

~Assalamualaikum warramatullah hiwabarokatuh~

~Bila sebut architecture, ramai boleh bayangkan saiz kertas paling minimum pun a3, beg besar gedabak, buat kerja kat studio, tak tido malam, kopi jadi peneman, etc. Akulah salah satu mangsa dalam bidang ni.

Aku tak ingat bila tapi dalam semester ni gak, aku terfikir sesuatu. Tapi aku pendam semua tu dalam hati, tak tau dengan sape aku nak share......sampailah satu hari sebelum kuiz Land Surveying.

Me : Wei..
Anon : Hmm?
Me : Kau pernah terfikir tak, pe kau dah buat selain dari solat? Untuk ingat Tuhan. Kau pernah terfikir?
Anon : Pernah..

Aku rasakan semester ni, aku sangat kosong. Terlalu sibuk dengan duniawi sampai Dia pun kau tak sempat nak luangkan masa. At least dulu, baca lar gak artikel2, pergi talk, kawan2 yang suka buat usrah sendiri lepas solat.

Sekarang ni, you and your projects and only took a few minutes to perform solat.

Adakah solat sahaja jadi medium perantaraan diri kita dengan Tuhan? Kalaulah Allah tak turunkan perintah supaya hamba-hamba-Nya solat, apa yang aku akan buat sekarang untuk ingat Dia?

Aku teringat masa facebook still aktif. Status mesti penuh dengan perkataan BOSAN. Dan aku akan reply, "Pergilah kat Dia." Kebanyakan akan jawab dah and jawapan yang lebih kurang sama. Tapi aku masa tu, tak puas hati dengan jawapan dorang. Dan bila aku pikir balik, adakah yang dimaksudkan 'dah' tu hanya setakat solat 5waktu?

Pernah kawan aku cakap sebelum aku masuk Gombak. Lebih kurang gini ayat dia.

"Tempat kitaorang kalau subjek agama, yang basic2 je. Sejarah pun sejarah pasal Nabi. Macam korang, belajar lagi mendalam. Tu sebab kadang2 kitaorang buat usrah sendiri."
Dan selalu aku tengok tweet dia, mesti berunsurkan keagamaan. Memang. Jangan nilai seseorang hanya dengan tweet dia. Tapi...Bukankah itu lagi baik dari aku yang lalai dengan duniawi ni?

Aku lak dari UIA. Dia dari universiti yang kurang tekankan subjek ni. Apa nak jadi ni, Tqah?

Makes me scared sometimes. 'THE END' is near. And I'm not preparing myself. Apa kau pikir hanya dengan solat 5waktu, baca Al-Quran yang kadang2 tu mampu selamatkan kau?

From The Muslim Show
Serius. Komik kat atas buat aku sedih. Sangat sedih. Oh yes. I'm that useless fellow but I don't want to be the fuel. :'(

"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati." (Surah Ar-Ra'adu : 28)

A : Risaunya! Esok kuiz! Tak belajar pape lagi!
B : Kita belajar sebab kuiz ke, sebab Allah?

No comments: