Saturday, August 25, 2012

Kau Genius?

~Assalamualaikum wbt~


~Sepanjang kita belajar, kita dah biasa sangat dengan 'gred' tuk result subjek yang kita ambil dalam exam. And of course, setiap orang ada pandangan berbeza dalam gred yang dorang dapat. Siapa yang pandai tu, kalau dapat B pun, kira tak cukup! Siapa yang lebih kepada berusaha, dapat C pun dah ok.

Aku pun bukan dalam golongan yang pandai. Tapi disebabkan result aku, ramai yang kata aku pandai. Seriously, aku bukannya pandai pun.

Ada yang percaya, manusia ada dua jenis. Ada yang kena berusaha, dan ada yang memang dilahirkan sebagai genius. Aku pun percaya dalam semua ni. And aku percaya, aku dalam golongan yang kena berusaha. Macam Rock Lee dalam cerita Naruto yang lebih kepada usaha. Bukan Hyuga Neji yang memang genius dan talented.

Tapi semua berubah lepas aku tengok cerita ni. Death Note.


L.Lawliet atau lebih dikenali sebagai L, seorang detektif yang genius tapi selekeh. Aku memang minat karakter ni. Dalam exam yang dia amik (kira cam SPM lar), dia dapat 100% dalam semua subjek. Woo.. Okey.. Genius.. So, bagi aku dia unik. Seorang yang interesting.


Dia suka duduk macam ni. Bila orang suruh dia duduk macam biasa, dia menolak. Dia cakap, deduction skill dia cuma akan berfungsi dalam 40% sahaja daripada asal kalau dia duduk macam orang lain.


Dan dia paling gemar makan benda yang manis. Dia ada kata, gula boleh meransangkan otak. Tu pun, dia cakap dalam movie, "L, Change The World". "If you use your brain, you wouldn't get fat." Lebih kurang camtu ayat dia dalam anime.

Aku ada motif untuk cerita pasal karakter L nie. Aku ada satu tabiat. Aku suka berangan untuk jadi salah satu karakter dalam cerita tu. And entah macam mana, ada satu ayat yang aku terfikir, sepanjang berangan. ( Dalam angan tu, L yang ajar aku method nie... hehe)

"Seorang yang genius tidak dilahirkan sebagai genius. Tetapi dia menjumpai cara untuk menjadi genius."

Dalam angan aku, aku seorang karakter yang memang tiada keyakinan diri. Of course, cam dalam realiti, aku ni bila kena dengar lecture, aku cepat mengantuk. Dalam angan aku pun sama. Therefore, L ajar aku, tuk tido je bila diajar. Sebab kalau aku tahan ngantuk dalam kelas, aku tak fokus. Then, bila habis kelas, aku akan tido. So, aku takkan ada masa tuk belajar. Bila dalam kelas aku tido, lepas kelas aku ada tenaga tuk belajar. Simple right?

Tak percaya gak? Sama macam L. Cara dia menjadi genius ialah duduk mencangkung dan makan benda manis and of course, study! Mereka yang dikatakan genius pun takkan jadi genius kalau tak tau caranya. Sebagai contoh, Nik Nur Madihah. Dia dapat 20A sebab dia sentiasa pergi library, copy dictionary dan buku rujukan, fokus dalam kelas dan tanya cikgu dan kawan2.

Ingat genius ni terjadi camtu je kalau tido je sepanjang hari, tak pergi kelas langsung? Ada kenalan aku ni genius. Masa PMR, dia study seminggu je, dapat 4A. Tapi masa SPM, dia tak study langsung, memang hancur lar result. So? Adakah genius dia tu mampu menandingi sifat malas dia?

Even orang yang malas pun akan cari jalan tuk siapkan kerja dengan cepat. That's one of the genius thing they do. Sejujurnya, aku pun pemalas. Masa SPM pun aku malas. Aku buat rutin sama. Berborak dengan orang. Tak buat kerja sekolah. Tak datang sekolah. Tak pergi bertugas (pengawas). Macam manusia biasa. Tapi cara aku, jangan tertekan, have fun and cari cara tuk aku ingat points yang penting. Pernah kawan aku pelik, camne aku boleh dapat result bagus walaupun tak nampak pun aku study.

Bukan nak menunjuk, just nak lighten your imagination sahaja. ^^ Bagi aku, orang yang pandai takkan jadi pandai kalau tak jumpa cara tuk jadi pandai. Even baby pun kena cari cara tuk merangkak dan berjalan kan? Jangan percaya kartun tu sangat. Tipu je tu.

So then. Jangan nak harap sangat Allah jadikan korang genius. Jangan duk kata, "Yelah... Orang tu pandai...." Derr.. Find the way! Find the way to be a genius! Bukan baring atas katil and then amik exam, terus dapat A tuk semua subjek! Tak pernah aku dengar lagi orang camtu. Except orang yang mimpi jawapan dalam exam lar kot.

Kalau korang jumpa cara tu, Insya-Allah, mungkin korang sebenarnya lebih pandai berbanding orang yang korang sangkakan genius tu. Of course, jangan lar lupa solat dan berdoa kepada Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Dah jadi genius, jangan riak takabbur. And jangan ingat disebabkan korang, korang jadi genius. Mana tau, cara yang korang jumpa tu sebenarnya diberi hidayah oleh Allah.

Jangan study sebab exam je ek. Use it for your own future. ^^ Astaudi'ukumullah. Wassalam~

p/s : Patut tak aku buat cara cam L suruh dalam angan aku tu? Hehe..

No comments: