Friday, January 27, 2012

Which is You?


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami bersama-sama iman.

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni, saya kurang sibuk sikit jadi terasa pula nak share satu cerita ni dengan korang semua. Janganlah tutup page nie dulu ek. Jap je baca. :)

Tadi, saya ada kelas study circle. Ni kelas pertama saya. Study circle ni macam kelas untuk tilawah lar camtu tapi up sikit. Banyak hafazan lar. Bila tengok list nama, saya dengan kawan saya sahaja dalam course yang sama. Yang lain-lain, pelajar course sciences.

Bila masuk kelas, memang saya tak kenal sorang pun dalam kelas tu. Saya pun ambil keputusan untuk bertaaruf. *Taaruf ni macam sesi perkenalan.* Saya bukanlah seorang yang peramah. Tapi saya tetap cuba untuk berbual dengan classmates baru saya ni.

Bukan saya nak kata diri saya ni peramah. Bukan... Tapi saya agak pelik dengan beberapa student. Bila saya tanya soalan, ada yang sekadar menjawab je. Takde nak tanya balik nama saya ke, atau soalan lain ke. Sekadar macam nak layan saya je. *Atau sebenarnya tak nak layan?* Tapi saya cuma tersenyum je lar bila dapat reaction macam tu.

People! Where's your smile? Where's your salam? Takkan nak duduk satu kelompok je? Tak best lar macam tu. Mungkin ada yang malu-malu. Yer. Saya pun pemalu tapi takkan nak senyum pun malu kot?

To be honest, bila saya dapat layanan macam tu, buatkan saya rasa tak bersemangat nak cakap dengan orang tu pun. Mungkin taaruf ni macam takde makna sangatlah. Tapi, masa ni lar kita nak cuba tarik perhatian orang kat kita. Kalau setakat diam, tercenguk camtu je, ada yang nak pandang ke?

And janganlah kita jadi sombong. Ada saya dengar, orang dah bagi salam pun, dorang tak jawab. Astaghfirullah Al Azim. Tak baik macam tu kawan-kawan. Mana perginya akhlak kita? Kalau segan nak bagi salam, sekurang-kurangnya senyum. Bila kita senyum, Insya-Allah, automatik buatkan orang tersenyum sekali dengan kita.

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat." (Riwayat Muslim)

Rasulullah saw bersabda :
"Setiap dua orang Muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah" (Riwayat Abu Daud)

Tengok! Amalan kecil pun boleh datangkan faedah tau. Tqah sendiri mengadu kat saya. Dulu kat sekolah dia, walaupun sekadar sekolah biasa, students sangat hormati antara satu sama lain. Jumpa pun bersalaman. Kat sini, sangat-sangat jarang untuk jumpa orang macam tu. Saya pun sendiri perasan.

Tapi kalau orang buat macam tu kat kita, kita janganlah ikut sekali. Tu maknanya kita sama je dengan dorang. Nak mulakan satu perkara, mulakan dengan diri kita dulu. At least, senyum je. Kalau berani, beri salam. Kalau terlebih berani, tegur. Insya-Allah, pasti amalan tu akan tertanam sendiri dalam diri kita dan juga terhadap orang lain. Wallahu'alam. Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum.

Written by Nurul Iman Syukri.

No comments: