Wednesday, January 25, 2012

Janji Manis ke Janji Pahit??


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Hidupkanlah kami dengan iman
Matikanlah kami dalam iman
Serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Assalamualaikum kepada semua. Saya nak minta maaf dulu sebab dah lama sangat tak update blog. Memang macam Tqah, saya pun busy dengan hal penting. Sampaikan migrain dibuatnya kerja-kerja ni tapi pasrah je lar kan.

Saya nak cerita satu benda ni. Haritu, saya baru je tengok cerita Home Alone 2 : Lost in New York. Best and kelakar! Dalam satu scene ni, ada sorang wanita ni cakap, "Don't make a promise that you can't make." *Lebih kurang kot.....* Masa tu, saya teringat satu kejadian dulu. Ni dialog saya dengan kawan saya.

Saya : Bila awak nak kahwin?
Bro : Haa? Nanti kot. Tak nak kahwin. Nak enjoy dulu.
Saya : Aik? Kalau tak nak kahwin, asal couple?
Bro : Sebab kalau couple, bila putus, tak payah minta cerai. * Wow.... *
Saya : Tapi tu tak macam main-mainkan orang ke?
Bro : Eh? Tak.. Aku takkan tinggalkan awek aku. Amin. Aku dah janji.
Saya : Kalau bukan jodoh?
Bro : Ala.. Jangan cakap macam tu. Takut lah.

Yer.. Tu lah perbualan saya dengan sorang brother ni. Saya bukan nak buruk-burukkan atau aibkan dia. Tidak sama sekali. Dia kawan saya. Saya dah pun tegur dia. Hak dia untuk terima ke tak. Jadi, saya nak jadikan situasi macam ni untuk pengajaran buat semua.

Manusia ni memang suka bagi janji. Dan dalam banyak-banyak manusia, kaum yang paling suka berjanji dan mungkirinya ialah kaum Yahudi. Some of them.. Dan kalau diikutkan sekarang ni, yang paling suka berjanji ialah si remaja dan mesti janji dorang dekat couple dorang.

Yang atas tu baru satu contoh je. Ada banyak lagi contoh sebenarnya. Ada juga yang kata nak cinta dia sorang je tapi akhirnya, lupakan orang tu dan berjanji nak bercinta dengan orang lain pula. *Apa kes ni?* Bagi saya, that's wrong man!

Especially pasal jodoh. Kita doa sekuat hati mana pun tapi kalau tu bukan jodoh kita, dia tetap akan pergi. Dear brothers, sisters ni mudah percaya pada janji korang tau. *It's true. I'm one of them*. Saya paling tak faham situasi camni lar. And selalunya bab bercinta lar kan.

1. Aku dah muak dengan cinta. Aku janji nak single sampai akad!
- Tak sampai sebulan, couple juga.

2. Aku janji nak setia dengan dia je.
- Last-last, couple dengan orang lain gak.

3. Aku janji aku akan tunggu kau.
- Nampak laki / perempuan lain, suka kat dia lak.

Saya senang je kalau nak cakap dengan orang-orang camni. Janji dengan Allah dah tertunai ke? Mungkin ada berani mati cakap, YA! Wow. That is something unexpected. Are you sure? Really? Sedangkan sahabat Nabi pun tak yakin, kenapa korang begitu yakin? Korang sehebat sahabat Nabi ke? Atau lebih hebat?

Saya tak perli sesiapa *mungkin ada sikit* tapi macam dalam cerita Home Alone 2, jangan buat janji yang korang rasa korang belum yakin dapat korang tunaikan. Sebab apa yang berlaku hanya dalam keizinan Allah swt sahaja. Not because of you! Sebab hati manusia ni boleh berubah.

"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabnya." ( Al-Isra' : 34 )

Kalau korang mungkiri, apa yang korang nak jawab dengan Allah nanti? Adakah korang nak disamakan dengan kaum Yahudi yang gemar memungkiri janji? Really? Yes? No? That's your choice, dear brothers and sisters.

Even brother yang janji nak setia dengan girl tu pun dulu pernah janji tak mahu couple sebab dia kata, dia muak dengan sisters. Kata, sisters ni sama je ( I don't know why he's still talk to me ). But, finally he did end up falling in love. So, where's the old promise? And he made a new one and does it will end up same as the old promise? Hmm.. Let's just see.

So dear brothers and sisters. Jangan buat janji yang korang belum rasa yakin nak tunaikan. Sebab masa hadapan cuma Allah sahaja yang Mengetahui. Jangan sampai satu masa, orang tu tuntut balik janji yang korang buat tu. Parah tu wei. Even for me, ada someone nak tunaikan balik janji dia yang dah tergantung tu, aku halalkan je. Saya tak nak lar dia tanggung dosa.

I think I should stop talking now *or typing*. Don't make people suffer. It's painful. Nak bercinta, tu hak anda lar ek, asalkan pandai-pandai lar jaga batas tu. Tapi bila nak berjanji dengan pasangan tu, always remember, dah berapa banyak janji yang korang dah tunaikan pada Allah swt?

You : Aku solat lima waktu. Kira aku tunaikan janji ler tu.
Me : Okey.. Awak solat 5 minit lepas azan ke atau 5minit sebelum azan solat seterusnya? ( Sabda Rasulullah saw, "Wahai Ali, ada tiga perkara jangan dilewat-lewatkan. Yang pertama, solat apabila telah masuk waktunya, jenazah yang telah hadir dan anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya )

Think about it. That's all from me. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum. :)

Written by Nurul Iman Syukri.

No comments: