Saturday, November 10, 2012

What Makes Them Cute?

~Assalamualaikum wbt~

Anak lecturerku. Okey.. Dah lupa nama dia apa..  Hehe..

~I've a serious disease. A very serious one that I think it couldn't be cured. It is called, "I can't help myself when I see a child in front of me' disease. OMA! They're so cute that each time when I saw one, I imagine myself pinching their chubby cheeks.

Yes. Bila aku nampak budak-budak je, aku rasa geram. Rasa nak cubit pipi tu. Believe it or not, pipi adik aku yang paling kecik pun aku selalu cubit. Anak2 saudara aku tak payah cakap lar. Alahai. Kawan aku yang ada pipi chubby pun aku cubit. Hehe..

Anak sepupuku yang paling aku geram nak cubit pipi dia.

But what really makes them cute? What makes people go crazy on them (like myself)?

Anak jiran. Okey.. Sangat chubby!

Percaya atau tak, children tend to smile more than adults. Okey.. Aku baru dapat fakta ni semalam. Pipi kanak2 ni lebih chubby sebab dorang selalu senyum. So, I guess the smile affects the cheek bones and finally, walllaaaa! The appearance of chubby cheeks!

Okay.. That's not the case. Senyuman itu satu sedekah. Kanak-kanak mudah tersenyum dengan sesiapa pun. Ye.. Ada antara dorang yang jarang senyum tapi takde kanak2 yang takkan senyum. Because they love to smile so much, it makes people love them more. Tu sebab Rasulullah saw suruh kita senyum. Bila senyum, orang pun suka kita. :)

Anak sape tah aku duk usha2 kat bowling centre.

Sometimes, when I meet children, I'll smile at them, (usha2 sikit) then ask their name. (lepas tu, baru cubit pipi). Gambar anak2 comel di atas (yang kiri tu nama Hajar, yang kecik comel tu nama Wawa) ni aku tak kenal pun. But they're quite friendly and melayan je aku yang duk suka usha2 dorang.

Anak Arab duk usha2 aku makan kepsi.

Same goes to this child. Tengah aku duk sibuk makan kepsi (kfc), dia tetiba ada kat sebelah aku, duk usha2 aku makan. Aku hulur ayam tu sikit tapi dia geleng kepala. Then, dia duk usha2 lagi. Okay.. Kitaorang tak communicate sebab dia faham bahasa arab. Aku memang ada belajar basic arab but tak semestinya arab yang aku belajar, digunakan oleh kanak2 arab ni. Beza woo. But, without communication, kitaorang boleh lak main usik2.

2nd point! Being friendly! Orang zaman sekarang kebanyakan dah sombong sekarang, sampaikan balas senyuman pun tak nak. But children not like that at all. Even when people ignored them, they'll still smile with their cute faces. Aku tak suruh korang bermesra-mesra dengan stranger. Bahaya ler wei. But, giving salam is enough. Smile. Tegur menegur when you sit beside them. Rather than just sit there like a doll. (owh.. that goes to you to, Tqah since you don't know how to start a conversation except with children)

Aku pun tak kenal. Dah deme datang kat umah kawan aku. Aku duk usha je.

3rd point! This is my most favourite reason. Children don't think too much of problems. Bila bergaduh, kejap je. Tak nak ler bercakap mula2, lepas 5minit, dah jadi baik balik. Kan bagus kalau kita yang dah besar ni cam dorang. Bergaduh pun kejap. Kita ni bergaduh cam tak ingat dunia. Jadilah cam aku dengan sorang member ni. Gaduh pasal RM1 je pun. Lepas 5minit, dah lupa pasal tu and boleh bergurau balik.

Let me slap this child! XD

Kanak-kanak zaman sekarang terlalu mengejar nak jadi dewasa padahal dorang tak tau jadi dewasa ni memeningkan kepala. (Aku ler salah satunye dulu. Tapi aku dengan Allah je tau kenapa) Dear adults, not only you should be their role model. Kita pun patut amik nilai murni dari sifat kanak2 yang comel lagi riang ini.

No.. They're not kids who don't know anything about world. They're much more confident than us. They're much more creative than us. When they believe in something, they eventually will do it. Tak cam kita yang duk keluarkan fakta, "What if.....". 

I don't know why I'm typing this. But, I'll guess I'll be updating a new entry about children again but in so different issue. Insya-Allah, if I've the mood to do so or if I have time (see! so many excuses!). Owh well, thank you for reading. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Akulah Imam Itu

~Assalamualaikum wbt~


~Alkisahnya, roommate aku ajak pergi usrah. It's the first time ever. Excited, takut. Semua ada. So, yeah. Dorang banyak bercakap lar. And aku agak malu2, tak tahu nak cakap apa. Then, mereka tanya pendapat aku, "Apa itu baik?" I was nervous at first but aku just luahkan apa yang aku betul2 faham tentang maksud 'baik' ni. All of them just nodded their head.

Maghrib pun tiba. Aku pergi ambil air wudhuk and bila aku pergi ke surau, tengok dorang tengah berkumpul, suh orang jadi imam. Bila aku datang dekat je, roommate aku kata, "Tqah, Tqah jadi imam ek?" I was like, "WHAT?? ME?? IMAM?? HUH?"

Aku memang tolak habeh ler. Yelah.. Aku rasa, ramai lagi kat situ yang lebih layak jadi imam. Ilmu pun lagi tinggi, ayat Al-Qur'an pun hafal. Aku ni pun merangkak2 nak hafal 17 ayat surah Al-Furqan tuk tasmi'. But they insisted me. Serba salah pada Allah. Serba salah pada dorang. And so, aku terima.

Pernah sekali masa aku sekolah menengah, aku paling takut nak jadi Imam. Tiap sorang akan jadi Imam but then, only yang dah akil baligh sahaja boleh jadi Imam. One day, ustazah panggil nama aku. Aku dengan penuh yakinnya cakap, belum akil baligh lagi. But entah nape, ustazah kata, "Takpe. Jadi Imam je." What??

Aku jadi takut. Takut orang kondem dengan bacaan aku. Suara aku perlahan ke. Aku tak fokus ke. Aku terlupa raka'at ke berapa ke. Doa lepas solat pun aku tak tau. (Pergh!... Punyalah jahil aku dulu) Tapi aku tetap kena pergi ke depan. Masa tu, aku tak baca ayat dengan kuat. Malu...... Bila baca doa, aku baca ayat ringkas je. Habis solat, ramai ngadu, bila aku sebut "Allahuakbar", suara aku perlahan. Down betul aku masa tu. Maybe benda tu kecil bagi korang tapi besar buat orang yang takde keyakinan diri cam aku.

Even with my siblings pun aku banyak buat silap bila jadi Imam. Punyalah malu. Argh! That's why aku try elak dari jadi Imam.

It was about last year when the same thing happened. Alhamdulillah, Allah takdirkan aku sebilik dengan dua roommates yang pernah menuntut ilmu dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). So, each time kitaorang nak solat jema'ah, minta dua roommates aku jadi Imam.

Masa Ramadhan, kitaorang nak solat tarawikh sama2. Cam biasa, tolak tuk jadi Imam. Tapi setiap kali aku tolak, kawan aku kata, "Takpe.. Belajar.. Nanti kalau suami pergi masjid ke, pergi kursus ke, sape nak imamkan anak2?" DUSH! Cam rasa pelempang kena kat muka.

Akhirnya, aku terima gak tuk jadi imam. But after that day, aku teringat-ingat apa kawan aku cakap. Betul gak. Siapa nak imamkan anak2 aku kalau suami aku takde? Kita duk sibuk kata, nak suami imamkan kita dan anak2.

Terfikir gak, kita duk takut nak jadi Imam. Takut tak sah solat. Tapi kadang2, kita takde usaha nak mantapkan diri kita. Takde usaha nak perbaiki diri. Jadi Imam sebenarnya didik kita tuk membimbing sedara Muslim kita. But, if we're afraid to become one, macam mana nak bimbing orang?

That's why, bila para usrah ajak aku jadi Imam, aku tak setakut cam dulu. Of course, jadi Imam ni lebih kurang sama je dengan jadi makmum. To be an Imam, korang sebenarnya pegang satu tanggungjawab yang besar. Feeling dia lain wei!

Bukanlah aku bercerita benda ni sebab nak tunjuk kejahilan aku and akhirnya, aku jadi baik. (mungkin ada gak. Entahlah. Wallahu'alam.) Aku kalau boleh, tak nak orang duk dalam scope dia je, takut tuk mencuba menjadi Imam. Aku tak nak korang jadi cam aku dulu.

Aku always akan ingat cakap kawan aku tu. Terima kasih, awak!! Peluk sikit! (gedik jap) Siapa nak imamkan anak2 aku nanti? Takkan nak harapkan suami aku je. Aku pun sebagai anak sulong, patut dah terer bab nak imamkan adik2 aku. Just because you don't know, doesn't mean you can't improve yourselves right? Apa yang aku perasan, ramai yang tak tahu doa selepas solat. So, here's doa ringkas selepas solat for all of you. :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 
Ya Allah,ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Harap entri kali ni dapat manfaatkan diriku dan korang semua. Maaf atas apa-apa kekurangan. Aku masih hamba Allah yang cuba mencari kebenaran. :) Terima kasih sebab sudi baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Wednesday, November 07, 2012

Relevankah Dakwah Kita?

~Assalamualaikum wbt~


~Sebelum maghrib, aku sempat update satu ENTRI  yang mungkin boleh kaitkan sedikit dengan entri kali ni. Aku sebenarnya dah lama nak buka cerita pasal ni tapi aku belum ada olahan yang cukup tuk share pada semua. Yelah.. Aku ni pun belum cukup ilmu lagi.. 

Daripada 'Abd Allah bin 'Amr , sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat."

Owh.. Ok, dear Rasulullah saw. :) Aku mula berani sikit lepas aku baca status Muhammad Rusydi. Bacalah ek, kawan-kawan. 

Aku tabik mereka yang berani menegur. Mereka yang rajin berdakwah. Dakwah senang je sebenarnya. Ajak orang solat pun dakwah gak. Good job kepada yang suka berdakwah! (thumbs up)

But not everything yang kita cakap, orang suka kan? Yup.. Sometimes, ada antara mereka yang degil nak menerima kebaikan dan nasihat. Of course, kita geram lar kan. So, we didn't give up and teruskan berdakwah.

BUT! Adakah cara dakwah kita betul? Adakah cara kita berkesan? Adakah memang manusia tak boleh menerima kebenaran?

Aku seorang yang sangat takut menasihati seseorang. Ye.. Aku pengecut. Aku selemah-lemah iman. Tuduh lar aku lagi. Jika itu apa yang korang fikir, maka susah lar korang nak berdakwah. Sorry..... Sebenarnya, aku takut, kot2 cara nasihat aku tu salah, mungkin akan menyebabkan orang tu lagi jauh dari kebenaran. Na'uzubillah. Moga dijauhkan.

Apa yang aku maksudkan ni sebenarnya?

Kalau ingat lagi entri aku, "Dalam Lingkaran Itu.." aku ada mentioned, "Ada lingkaran yang luas dengan agama. Ada lingkaran yang luas dengan kejahilan seperti diri ini..... Dan susah untuk kita tahu lingkaran-lingkaran tersebut."

Lingkaran yang aku sebutkan ada dua. Tapi tahu ke di dalam lingkaran ada pelbagai isinya? Dan isinya itu berbeza-beza? Manusia telah dilahirkan dengan pelbagai sifat. Mungkin ada di antara sifatnya yang sama dengan kita tapi tak semua. Tu sebab Allah turunkan ayat ni.

"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti." ( Al-Hujurat ; 49:13)

Disebabkan Allah sudah jadikan sifat kita berbeza, Allah menyuruh kita saling mengenali. Yelah. Kita an bersaudara. Of course ler kena kenal. Bila kita dah kenal, baru kita tahu cara untuk berdakwah dengan seseorang tu. Didn't get what I've just said huh?

Rasulullah saw sentiasa menyelesaikan masalah atau pertanyaan seseorang dengan cara berbeza. Mungkin kalau kita ada di zaman Rasulullah saw, kita akan tanya, "Eh? A dan B tanya soalan sama tapi kenapa Rasulullah jawab boleh pada A dan jawab tak boleh pada B?" Kenapa ek, kawan-kawan?

Aku rasa paling mudah aku nak bagi contoh ialah bab kahwin. Pergh! Tqah tak habeh2 pasal kahwin. Suka hati lar! Ni contoh paling mudah! Ok. Dua situasi ni, si C dan si D ni nak kahwin awal dengan awek masing2. Tapi si C ni boleh, tapi kenapa D ni tak boleh pulak?? Bukan ke kahwin awal ni sangat digalakkan? Kan boleh elakkan zina?

1st situation : C ni boleh kahwin awal sebab dia dah bersedia dari segi fizikal dan mental. Dia masih pelajar universiti tapi dia ada biasiswa. Dalam masa sama, dia buat kerja sambilan. Dan parents dia pun sanggup tanggung kewangan. Jadi, dibolehkan (ni pendapat sesuka hati aku je ek)

2nd situation : D memang dah kapel tapi parents dia memang tak setuju langsung dia kahwin awal. And we must know, kita tak boleh lar derhaka pada ibu bapa.

What I can say from these two situations are more likely towards parents. Kita tau, zaman sekarang ni, ramai yang berkapel. And people were like, "Kahwin lar!" But not much of the people really think about other people's situation. Bagi parents yang jenis agree benda camni, that's fine. Macam mana pulak parents yang tak agree? Ok.. Puasa. Dia dah puasa, tapi masih ada perasaan camtu. So, what should he do? Leave his girlfriend? Ok... About 80% (ikut spekulasi aku sendiri) ada pakwe/awek ni sebab dia tak dapat kasih sayang daripada keluarga. So, what should they do then?

People were too focus on one method of dakwah and use it to every single person. Bagi aku lar, salah caranya tu. Based on Brother Rusydi's status, kita boleh concludekan juga manusia zaman sekarang guna method 'perli' berbanding guidance.

Kita suruh A baca Al-Quran tapi kita tahu ke dia memang tak reti baca Al-Quran?
Kita suruh B pakai tudung tapi kita tahu ke dia dah ada niat cuma dia bukan macam kita yang kuat, yang mampu memekakkan diri daripada kata-kata manusia?
Kita marah C sebab tak solat tapi kita tahu ke dia memang tak diajar tuk solat?

That's why aku paling prefer dakwah menggunakan fb, twitter dan blog. Sebab aku tak fokuskan pada sorang je tuk berdakwah. Aku nak bagi satu lagi contoh.. Pasal tudung lak.

Bab tudung ni, ramai just kata, "Berubah slow2. Kalau nyawa tu tak panjang?" "Buat dunno je orang yang perlekehkan kita." "Berdosa kita tak tutup aurat." "Siapa tak tutup aurat, sure masuk neraka." "Kau tak takut Allah ke?" And so much more.


Aku salah satu yang jahil dulu. Jadi, aku faham serba serbi perasaan mereka yang menerima kata-kata sebegini. Aku nak cerita satu benda. Ada sorang girl ni, A ada kawan B. B ni tak tutup aurat dengan sempurna. Ramai orang perli dia, nasihat dia tapi dia tak mampu terima. Bukan sebab dia degil sahaja. Sifatnya yang terikut-ikutkan nafsu wanita dan kesedihan dia terhadap perlian tersebut membuatkan dia jauh diri. Dia cerita pada A. A takdelah nasihatkan dia tetapi lebih kepada bercerita kenapa akhirnya, dia berubah untuk menutup auratnya. Paling penting, dia tak nak bapanya jatuh ke neraka kerananya. Satu hari B dapat hadiah dari A. A berikan sehelai pashmina. Itu sudah cukup buatkan B terharu dan memasang niat tuk menutup auratnye.

Enough. Buatkan seseorang tu tuk pasang niat pun sudah cukup. :)


Just because korang dah ada ilmu tu, doesn't mean korang boleh sesuka hati panggil dia, 'jahil, fasik, kafir, ahli neraka." Who are you to say that? Siapa kata mereka yang tutup aurat, confirm masuk neraka? Confirm? Confirm? Memang Allah dah beri amaran, tapi confirm??? No3...

Most of all, aku tak berapa setuju bab2 perli ni. Sebab tu semua cuma menjauhkan seseorang tu je. I was 15 dan aku pernah tanya kawan aku. "Kau tak nak pakai tudung ke?" "Aku nak ubah slow2.." "Kalau kau meninggal esok camne?" Dan kawan aku jawab, "Hisy! Janganlah cakap camtu! " But sekarang dia dah pakai pun. Of course, I know it's not from what I've just said. But, maybe because I believe she would change.

Dakwah tu tak salah tapi yang salah itu, cara kita. Don't ever believe yang kita ni bakal ahli syurga or even believe, we are always right! Jangan pandang hina pada mereka. You should guide them, not just saying it's wrong. How to guide them? Get close to them. Know them. And finally, you'll find the way to guide them. :)

Let me tell you a story of a young man.

Lelaki ni memang tak pernah solat. Malas katanya. Ramai ustaz yang cuba pujuk dia solat tapi gagal. Ramai yang marah dengan lelaki ni dan akhirnya, berputus asa untuk menasihatinya.

Satu hari, seorang ustaz dari luar negara datang ke tempat tersebut. Dia terdengar cerita kisah lelaki tersebut dan dia ingin membawa lelaki tersebut ke jalan yang benar. Ramai yang cuba memujuk supaya melepaskan sahaja lelaki itu kerana semuanya sia-sia.

Ustaz tu pun pergi ke rumah lelaki tersebut. Lelaki tu ingat ustaz ni nak menasihatinya macam ustaz2 lain. Tapi sangkaannya meleset. Ustaz tu berbual-bual dengan dia. Berbaik-baik dengan dia. Lelaki tu terasa senang pula dengan ustaz itu. Mereka menjadi kawan baik selama setahun.

Akhirnya, ustaz tu nak pergi ke negaranya semula. Lelaki tu rasa sedih sebab kena berpisah dengan sahabat baiknya. Ustaz tu pun berkata, "Sahabatku, sebelum aku pergi, aku ada satu hajat. Kalau engkau tak mampu tunaikan, hatiku tidak senang." "Hajat apa itu? Aku sanggup buat sahaja demi engkau." "Bolehkah engkau tunaikan solat Subuh? Dua rakaat sahaja. Tidak sampai lima minit pun."

Pada mulanya, lelaki itu berat hati tapi demi sahabatnya, dia buat juga. Setahun selepas itu, ustaz itu kembali ke negara tersebut dan menemui lelaki itu. "Adakah kau selalu solat Subuh?" "Ye.. Aku tunaikannya setiap hari." "Alhamdulillah. Bagus. Sahabatku, bila engkau bekerja, pukul berapa kau rehat?" "Pukul 1 aku berhenti sebentar dan makan. Pukul 2 aku masuk kerja semula." "Dalam berapa minit kau makan?" "Dalam 15minit. Kenapa?" "Bermaksud kau ada 45minit lagi. Bolehkah dalam waktu itu, kau tunaikan pula solat Zuhur? Tak lama. Sekejap je. 4rakaat je."

Demi sahabatnya, dia bersetuju. Dan setiap tahun, ustaz itu meminta lelaki itu menunaikan solat fardhu dari Subuh dan akhirnya, ke Isyak. 5tahun dan akhirnya, lelaki itu sudah solat cukup waktu. Penuh khusyuknya dan penuh keikhlasan.

5tahun ustaz tu berdakwah. Mungkin bagi kita terlalu lama tapi adakah ia sia-sia? Fahami mereka yang tidak mengetahui. Bukan setakat lincah berkata-kata tetapi kita sekadar berharap, dia akan jumpa kita dan kata, "Wei, aku nak berubah. Tolong aku." Nope. Susah sebenarnya. Dan kita kena sentiasa ingat, hidayah itu milik Allah. Kalau Allah nak berikan, Alhamdulillah. Jika tidak, jangan pula kita cepat melatah kalau dakwah kita tidak berkesan.

Ok.. Aku sebenarnya, dah tak ingat apa aku merepek tapi aku harap, korang faham ler maksud yang aku cuba nak sampaikan, Insya-Allah. Bila kita nak berdakwah, kita fikir betul-betul. Betulkah cara aku berdakwah ini? Aku betul-betul faham ke situasi kawan aku yang menyebabkan dia jadi sebegini? Think about it. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Dalam Lingkaran Ini....

~Assalamualaikum wbt~


~Satu hari, aku jadi AJK tuk satu majlis kat dewan Al-Malik Faisal di UIAM. Bila dah buat kerja camni, bukannya senang. Tapi amanah tetap perlu dipegang (cehceh). Sekali tu, dorang fikir, cenderahati apa yang perlu diberi kepada VIP. Ramai gak yang keluarkan idea dan salah satunya ialah Ma'thurat.

Masa tu, aku diam jap. Ma'thurat? Macam pernah dengar. A'ah.. Roommate aku selalu sebut. Dia pernah sarankan aku beli. Tapi apa isi dia? Kejadian ni berlaku semester 1 session 2011/2012. Tahun lepas.

Kejadian kedua, aku pergi camping. Seronok ler kan, nak tido dalam khemah malam tu! Kitaorang sampai-sampai, kena dirikan khemas. Kemas2 barang. Lepas tu, kitaorang disuruh baca ayat2 Ma'thurat. Aku blur. Dorang tanya, aku ada bawa buku Al-Ma'thurat tak? Aku geleng je. (Dalam hati : Aku memang takde buku tu)

Akhirnya, aku kena amik subjek 'study circle' dan markah banyak difokuskan pada tasmi' (ayat2 dan doa yang perlu dihafal) dan salah satunya ialah Al-Ma'thurat. Akhirnya, aku beli lar gak buku tu. First time tengok, aku macam....... "banyaknye.."

Fesi yang jaga group aku explain pasal tasmi'. Apa yang perlu hafal. Apa yang perlu buat tuk mudah hafal. Dan sekali tu dia kata, "Yang Ma'thurat ni, jangan risau. Senang je. Selalu baca kan?" DUSH!!! Masa tu, keyakinan aku jatuh merundum. (sister... saya tak tau pun isi ma'thurat ni macam mana..)

Aku mampu hafal beberapa je dari ayat ma'thurat. Satu hari, aku tanya kawan aku, dia dah habis hafal ke? Dia dengan mudah je jawab, dah habis. Aku cakap, aku ada masalah dengan ma'thurat. Aku tanya, camne dia hafal. Dia kata, masa kat asrama, tiap petang dia baca jadi memang dah automatik ingat. Just ingat order dia je. Tak sangka, aku hampir nak nangis masa tu.

Aku mengadu kat kawan aku. Dia faham sebab cerita dia pun lebih kurang sama dengan aku. Aku sedih sebab banyak yang aku tak tau. Kecewa sebab aku tak tahu semua ni dari awal. Kecewa sebab setelah umur aku 18tahun, baru aku tau kewujudan Al-Ma'thurat. Kecewa sebab bila umur dah 19tahun, baru dapat tau isi Al-Ma'thurat.

Kawan-kawan. Aku tak tau lar korang nak percaya ke tak cerita aku ni. Percayalah apa yang aku tulis ni datang dari hati. Dan korang percaya ke ada di antara kawan-kawan kita mengalami benda yang sama dengan aku?

Inilah sebab aku update entri ni. Untuk beritahu mereka yang tidak tahu. Tidak tahu kewujudan ma'thurat.



Al-Ma'thurat tu adalah kumpulan doa dan wirid yang dibaca oleh kekasih hati cinta kita, Rasulullah saw. Kalau otak korang tetiba tercakap, "banyaknya ayat dia.." Don't worry! Al-Ma'thurat ni terbahagi kepada dua, Kubra dan Sughra. Al-Ma'thurat Kubra ni panjang while Al-Ma'thurat Sughra ni pendek je. Amik dalam masa 10-15minit je baca. ^^

Aku tak minta lar korang baca setiap saat. Ayat ni perlu dibaca waktu pagi dan petang je. Selepas Subuh dan selepas Asar. (thumbs up) Baca Al-Ma'thurat ni bukannya benda wajib tapi apa salahnya kalau kita ikut rutin Rasulullah saw kan? ^^

Mudah je kan? So, sekarang korang dah tau apa tu Ma'thurat. Tu je aku nak cakap sebenarnya. Hehe..

Tapi sebenarnya, ada benda yang aku nak selitkan. Hidup manusia ni lain-lain. Ada lingkaran yang luas dengan agama. Ada lingkaran yang luas dengan kejahilan seperti diri ini..... Dan susah untuk kita tahu lingkaran-lingkaran tersebut.

Jadi, apa salahnya kita kongsi ilmu yang kita ada? Yer, mungkin benda tu sangat common dan kecil. Tapi, mana tau yang sebenarnya ada di antara kawan-kawan kita tidak tahu tentang semua tu? Bila korang dah kongsi, akhirnya, dia pun tau dan dapat aplikasikan dalam hidup dia, Insya-Allah. :) Pahala pun bertambah wei!!!

Bila nak berdakwah, sila guide mereka bukan perli mereka. Selalu gak aku tengok orang zaman sekarang lebih suka perli tanpa betul2 faham, apa masalah mereka menjadi sebegitu. Ok.. Insya-Allah, aku akan update entry tentang ni. Terima kasih sebab sudi baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~