Friday, August 24, 2012

Aku Nak Pakai Niqab?

~Assalamualaikum wbt~


~Dulu, cikgu sekolah aku pernah tanya, "Bila nak pakai purdah?" Of course, banyak alasan yang aku gitau. Ramai yang persuade aku tuk pakai. Ada yang tak kasi. Bila aku kata, aku tak layak, ramai jawab, "pakai je lar. Kenapa persoalkan layak tak layak? Benda baik.."

But the thing is, they didn't wear a niqab so they didn't know the hardships of wearing a niqab.

Aku ada satu tabiat. Tak suka letak gambar aku dalam fb. Kalau letak pun, muka confirm tersorok. Niat aku yang pertama, tak nak orang curi gambar aku sebab parents and Ustaz Azhar Idrus cakap, jangan letak gambar kat social network. Takut ada orang curi, edit and sebarkan gambar kita. Aku pernah jumpa page kat fb yang buat benda tu. Tu sebab aku takut.

Yang kedua, aku tak berapa suka expose diri. Suka jadi misteri. Biar orang tertanya2, camne lar muka si Tqah nie? XD Yang ketiga, wajahku bukan tuk ditatap. Wajahku biarlah ditatap oleh orang terdekat sahaja. :)

And so, one day, ada junior post gambar nie kat fb. Gambar aku dengan kawan aku during Annual Grand Meeting IDEA Society.


Aku pun letak ler gambar ni sebagai DP kat fb and twitter. Siapa yang selalu nampak aku tapi tak tau tu ialah Atiqah Farhana Safian, akhirnya kenal aku. Tapi yang tak tau tu, tak tau ler.. Tapi lama-lama aku pun tukar DP. Gambar lukisan anime yang aku lukis..

Tapi disebabkan gambar kat atas lar, bermulanya salah faham.......

Ramai yang fikir yang sebenarnya aku dah berpurdah kat UIA. Tapi dengan family, aku tak pakai.

Kat UIA, kitaorang tak boleh berpurdah sebab pernah ada kes seorang brother masuk ke asrama perempuan dengan berpurdah. Tapi tu bukan reason aku tak pakai purdah. Aku memang tak pakai purdah ler.

Even kawan aku pun salah faham. Aku jumpa dia semalam, tanya, "Kau kenal aku lagi tak?" Dia jawab, "Kenal lar! Gambar kau pakai purdah tu pun aku cam lar!"

Aku fikir, bila masa lak aku letak gambar aku pakai purdah. And aku terus teringat gambar ni. Mak aku pun fikir aku pakai purdah kat UIA. The truth is, masa junior tu nak amik gambar, kitaorang segan2.. Jadi, kitaorang pun tutup muka kitaorang guna tudung. YES! GUNA TUDUNG YANG KAMI PAKAI! So, konon tengah pakai purdah ler.

Aku cakap benda ni, sebab aku tak nak ada yang salah faham, kononnya aku tak istiqomah ( buat kerja tak berterusan ). Aku tak nak orang fikir yang niqab ni melemahkan manusia. NO WAY!

Don't be wrong. I love niqab. But I'm not a niqabi. Not yet. :) 


Untuk berpurdah, kenalah istiqomah. Jangan macam biskut. Buka tutup kecuali kalau ada perkara yang perlu tuk kita buka. The truth is, aku pernah ler try once pakai purdah. Yes. Suasana sekeliling kita rasa lain. Aku tak rasa pun orang try jauhkan diri dari aku tapi seolah2 hormat aku. Ada je mata cam tak suka tapi aku rasa, lebih kurang sama je benda tu masa aku bertudung labuh.

Tapi bila pakai tu, aku tau yang aku confirm tak kuat untuk beristiqomah dalam berpurdah. Yes. Bila kita dah try sekali, kita dah tau, adakah kita kuat ataupun tidak. And so, I know I'm not strong enough. That's why I didn't get angry when people didn't allow me to wear it because I know, they are afraid if someday, I'm not strong enough to continue wearing it. Tapi dalam masa sama, aku tak rasa berpurdah tu benda salah.

Macam korang marah seorang brother yang nak pakai baju lengan panjang. It's not wrong pun. Sama gak dengan purdah. Brothers, aurat dari pusat hingga lutut. Jadi, salah ke dia nak pakai baju lengan panjang? So, is it wrong for the sisters to wear a niqab?

Bagi sesiapa yang nak orang cam aku ni berpurdah, bagus. Anda hebat! Tapi disebabkan korang tak pakai purdah, korang tak tau dugaan dia. Macam gua yang dalam dia ada harta karun. Tapi selagi korang tak masuk, korang tau ke dugaan dia tuk sampai ke harta karun tu?Of course you don't.

So, yes. Aku tak berpurdah. Lagipun, ramai yang tak berapa selesa. Kalau bertudung labuh pun ada yang tak selesa, apalagi purdah. Aku tak boleh nak adapt kalau ada yang tak selesa dengan aku. But still, aku tertanya-tanya... Ada kata aku berubah mendadak... So then.. Camne berubah slow-slow ek? Urm.. Oh well.. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam aidilfitri. ^^

1 comment: