Tuesday, January 24, 2012

Camp FSCC.. Terbaik~~

~Assalamualaikum wbt~


~First of all, sorry sangat-sangat sebab dah lama tak update entry. Sangat busy dengan kerja
fscc, kelas and connection sangat-sangatlah ciput.. Mungkin aku jarang update kot. Iman punbusy gak tapi dia dah bawa broadband, so okay sikit lar. ( Dia tak sebusy macam aku.. Err..
Iman, jangan marah ek.. hehe)

Right! Back to our topic! Nampak gambar kat atas tu! Haa!! Tu lar family den. Ahli FSCC ( Foundation Student Coordinate Council ). Dari 20 sampai 22 Januari 2012, ahli biro Sport and Recreation telah mengadakan camping di Tanjung Piai, Johor. Bukan camping kat chalet and dorm tu ek. Ni camping dalam khemah punya.

Memang sangat-sangatlah lama lar kan duk dalam bas tu. Duk gosip, duk tenung luar, tido, nyanyi sorang-sorang, tido lagi. ( Bagus lar sangat kan, Tqah... ==' ) Tapi alhamdulillah, kira-kira nak dekat pukul 6petang, sampai lar kat destinasi kitaorang.

Aku payah nak duk tulis je aktiviti kitaorang. Panjang naa. Takut korang bosan lak kan? Hehe.. So, aku sediakan gambar okey? And aku cerita sikit-sikit daripada gambar tu.

Mula2, kitaorang buat cheers dulu. Aku group tiga ( biru / sebiru ombak laut ). Semua cheers best2 and comel2 pun ada. Ada kata cheers group aku comel... ( errrr.......)


Game kat atas ni boleh lar tahan. Kitaorang diberi satu kertas and ketua kumpulan diberi satu menu. Ketua kena cari siapa antara kitaorang ada ingredients dalam menu dia. Aku dapat timun. Pergh! Tapi ada dua timun lak. Redah je lar kan.


Dalam pukul 12 ke 1 pagi camtu, kitaorang buat nightwalk pula. Aku memang tak gemar nightwalk nie. Lebih-lebih lagi nak kena tutup mata lak. ==' Tapi jadi sporting je lar. Bukan tak suka, tak gemar je. Hehe.. Memang tak nampak apa-apa pada awalnya. Macam dalam gambar atas, kitaorang kena pegang badan orang depan. Kalau terputus, jerit kod kitaorang. Kod kumpulan aku ( semua wanita oke....) ialah cawan plastik.

Awalnya, rilek je lar kan. Gerak sana sini walaupun tak nampak apa-apa. Yang paling best.... PEERRRGHHHH! Bau mengkudu. ( betul ke ejaan dia?) Memang rasa nak pengsan pun ada. Tiba-tiba aku dah dengar orang mula jerit-jerit kod masing-masing. And terasa tangan aku kena tarik dengan kuat biar aku terlepas dari pegang badan orang depan. Fuh! Aku tolak habeh lar! Rasa nak tendang je tapi tak sampai hati lak. Hehe.. Siap ada yang nyanyi... mancis...api..mancis.. api... sebab nak cari kawan punya pasal.. Huhu..

Lepas nightwalk, kitaorang nak main perang lak. Perang belon air dude! Tapi ni bukan perang sembarangan. Ni perang nak rampas bendera kumpulan lain. Adeh! Parah. Aku sayang tudung nie. Aku pergi ler gatal-gatal pakai pashmina. ( Pelik... Orang pakai pashmina nak bergaya. Aku pakai sebab nak selamatkan tudung bawal aku yang buruk tu. Huhu.. )

But there's something that surprise me. Kalau dalam mana-mana kem, setiap kumpulan mesti nak rasa menang je. Menang diri sendiri. Tapi kali ni lain. Kumpulan biru dan hijau bergabung untuk kalahkan kumpulan merah dan kuning. Eh? Biru and hijau? Jeng3! Hehe.. Mula-mula biru hampir menang tapi dapat dorang dapat rampas balik. Akhirnya, bila belon dah habis, kitaorang nak serang secara direct. Kitaorang serahkan bendera kitaorang kat hijau bila dorang rampas bendera kuning. Tapi akhirnya, hijau menang gak. Tak sia-sia aku kena seret dek ahli kumpulan aku sekali. Huhu... ( Kepada orang tu, jangan marah and serba salah no. Aku tak marah dah. hehe..)

Memang tak tido malam tu. Aku tido pun dalam pukul 5-6pagi. Solat jap then tido balik, kul 8pagi bangun. Ergh.. Memang tak cukup tido.. Muka ngantuk je. Pagi tu, lepas mandi kena bincang lak pasal persembahan kumpulan. Okey.. Segan habis bila Mu'az tegur tak mulakan majlis dengan Al-Fatihah.. ==' ( Pengajaran : Tak mula baca al-Fatihah, nanti fikiran kita buntu. Seriously.... )

Aku ngantuk sebenarnya tapi buat je lar persembahan. ( Tqah nie memang mengantuk je koje nye... ) Agak slack lar persembahan tapi takkan nak serius je kan? Enjoy~~ Tapi antara semua, aku paling suka persembahan kumpulan hijau! ( kuaajaaaqqq!) Terbaik!!


Lepas persembahan, aktiviti bebas. Aku, Putri, Fasya dengan Ainnur gi visit Kak Humairak ( sebab malam tadi Kak Humairak cam tak sihat ). And then, gi tengok laut. Best! Tapi dalam masa sama, ( masa tu aku takde), ada gak yang gi main archery. Qidwati suka ler nie.. Hehe..


Malam tu lak, kitaorang ada bbq. Takdo ler kaya raya ada ikan, sotong bagai tu kan. Ayam je tapi takpe. Aku suka ayam! Hehe.. ( Walaupun makan satu je ). Thanks to the brothers sebab ber'bbq' untuk mengalas perut kami yang kelaparan ni. Ada yang makan sambil cite-cite. Ada yang makan sambil tengok movie.

Malam tu lak, bro Nas panggil kitaorang berkumpul. Tetiba je dia suruh sorang brother kira orang. Mula-mula, 67orang, tetiba 68, tetiba 66, tetiba 65, tetiba 66 balik. Izzat kata, peserta ada 66orang. Bila kira lagi sekali, rupa-rupanya ada 65orang je kat situ. Sisters cukup. Brothers lak tak cukup! Nama brother tu, Faiz aka Jebat aka Jebat Derhaka. Sila jangan tanya kenapa. Panjang naa cerita.

Dalam hujan tu gak lar, dorang pergi mencari. Masa tu, aku cam rilek je. Bukan pe. Bukan tak kisah. Aku rasa, ni tipu je. ( muka poyo nak minta pelempang ). Lama woo cari tapi tak jumpa gak. Sisters ada yang risau, ada gak yang buat muka selamba cam aku. Tetiba ada brother menjerit sebut nama Jebat. Ramai lar berlari sampai terjatuh pun ada. ( Aku kenal sape!!)

Ramai-ramai dukung si Jebat tu. Aku tengok dari jauh, tetiba cam terkejut. Badan cam lemah semacam kot ( Takkan ni real kot???). Nak nangis pun ada sebab nampak cam ada darah. ( gelap, tak nampak sangat kot) Bila dorang dah letak dalam dewan, aku tengok ler dari tepi. Putri pun dah hampir percaya it's a real thing. Sampailah tetibe Jebat jerit nak air and tergelak bagai. Cis! Kurang asam! Kat bawah nie haa, gambar dia.


( scary huh? Darah tak menjadi ler Jebat. Tu yang buat aku was-was lepas dia ada dalam dewan.)

Tapi kena kaw-kaw habeh ler kat Bro Nas. Masa tu cam kena penampo hebat ler. Terlalu seronok sangat sampai lupa dengan team sendiri. Memang sifat pentingkan diri sendiri tu still wujud dalam diri ni. Haih...


Pagi esoknya, kitaorang ada outdoor games. ( Eh? Bukan selama ni dah memang outdoor ke?) Ni kira cam lasak sikit lar. Ni best lar! Walaupun tak dapat kalahkan permainan perang belon air tu. Hehe. Ni memang perlukan kerja kumpulan. Walaupun team aku kalah, tapi tak kisah sangat. Yang penting, enjoy!

Ni budak-budak perempuan menyokong kumpulan lelaki yang bertungkus lumus nak habiskan cabaran yang ada. Hehe..

Dalam pukul 4petang, kitaorang pun balik. Sebelum tu ada lar amik gambar ramai-ramai. ( Nak tengok, tengok gambar atas sekali ). Baru lima minit dalam bas, semua dah tido ( termasuk aku sekali.. ) Walaupun camp nie light and easy, but it's still enjoying. Except masa nak tidur and mandi lar sebab khemah aku banjir... ==' Toilet, tak payah cakap lar... ( Aku bersyukur ada equipment kat asrama uia walaupun banyak kekurangan!!!)


Inilah monyet/beruk/kera yang duk tenung aku masa nak tengok laut. Okey... Ni bukan gambar sebenar. Tapi hampir camni lar ghoman ( rupa) nye. Alolo.. Comel! Comel! Nak bela satu boleh? Huhu..


Ni pula gambar yang ditangkap sendiri oleh seorang brother. Cantik kan? Ciptaan Allah yang indah malah lebih indah daripada lukisan Leonardo Da Vinci. A lot of things I've learnt from this camp. Camping is more than just searching for new experiences. It's an adventure to search the new YOU. Wassalam :) ~

p/s : Kalau ada yang perasan, gambar di atas kebanyakan brothers je. Sorry tak banyak gambar sisters. Takut ada yang curi gambar kita lak kan. Kalau brothers, takpe. Hehe..

Written by Atiqah Farhana Safian

5 comments:

Anonymous said...

besttttttttttttttttttttt + rinduuuuuuuuuuuuuuuuu :')

Syaiful said...

dengki -.-''

Atiqah Safian said...

Atie : Haha.. Buat ler lagi. Games yang best2 okey?

Bro Syaiful : Cian bro.. Nanti lepas nie, ikut sekali ek.. :D

Fasya bdak baek ! > said...

hahaa..time nightwalk uhh mau nk trkeluar isi perot aq.punye la kuat ko pelok..kehkehkeh

Atiqah Safian said...

aku sayang sangat kat kau, fasya... hehehehehe