Saturday, July 07, 2012

Bila Budak Arkitek Melukis

~Assalamualaikum wbt~


~Lama sesangat dah aku tak update... Malas and banyak sangat kerja kena buat sepanjang 2minggu nie. Online pun dah jarang..

Minggu lepas, aku dah start buat projek. Masuk2 studio, aku cam blur ( aku memang selalu blur pun ). Sebab tak ramai yang aku kenal. Kalau aku kenal pun, setakat tau kewujudan dorang kat fb je. Sebab patutnya aku masuk studio 6. Disebabkan tak exempted english, aku ditukar ke studio 11. Berpisah dari kawan2.. Sob3..

First projek, aku buat dengan penuh semangat. Fuh! Praktis sampai tengah malam kot.. Bila rasa dah okey, aku pun buat ler projek aku kat atas kertas yang dah ada guidelines tu.. Tapi esok pagi, bro ( panggilan untuk lecturer ) kata dia nak kitaorang buat atas drawing block yang kosong tanpa guidelines. Apa lagi.. Kelas yang cuma 3jam terpaksa aku guna tuk REDO balik. Habeh cincai semua. Kecewa sebab aku dah buat kerja dengan teliti. Tapi projek yang aku submit, yang hancus!

2nd and 3rd projek, aku buat bebetul punya. Tak nak kes projek pertama terjadi lagi. Aku sanggup redo beberapa kali. Tak nak ada cacat cela. Tapi bila dah nak siap, tersilap pula buat. Aku yang buat kerja sambil berdiri, terus terduduk. Terkejut. Shock. Surprise. Ya Allah!

Even projek yang kat atas ni, aku dah REDO lebih dari 4kali. Tapi masa ni, semangat aku still ada.. Sebab aku terus fikir, niat aku dalam ambil architecture nie. That's why aku tak bosan walaupun terpaksa redo.

Tapi bila dah masuk minggu kedua, aku dah mula kalut. Time management aku dah lintang pukang. Isnin, selasa.. Even aku buat awal2 pun, aku terpaksa redo balik. Aku dah cuak bila kertas aku dah habeh. Berlari sana sini tuk beli kertas baru. Dah hari Rabu pun aku still tak siap satu projek pun (redo punya pasal) sampai dah ada niat tuk aku skip kelas. Tapi aku tak buat.. Habeh je kelas, aku terus buat projek.. Setakat duk atas lantai je. Bilik pun dah bersepah. Urat kaki dah terasa tegang. Sedar tak sedar, aku langsung tak tidur nak siapkan 4-4 projek.

Tapi aku tersilap sikit bila buat last project.. Tengok dah pukul 7pagi. Kelas start pukul 10pagi. Untuk satu projek tu sendiri, aku buat dalam 3jam. Mana sempat. Baju tak gosok. Mandi pun belum. Jadi, aku decide, aku tak nak redo. Memang tak sempat.

Dengan hati yang sayu, aku hantar je projek aku.. Takpelah.. 'Typo' je pun. Then, kitaorang kena buat exercise tuk revise.. Next monday, kitaorang ada test. Tapi, kawan aku ajak untuk involve dalam Annual Grand Meeting IDEA society (society tuk budak arkitek) Pergilah untuk rehearsal, tapi tak sangka lak lambat. Aku pergi pukul 4.30petang.. Rehearsal pukul 7. ==' Malam tu lak, Alhamdulillah, event berjalan dengan lancar.. Cuma posmotem (maleh nak eja yang betul punya) lama lak. Ayoo.. Udah mau pukul 12. Habeh je, aku chow, nak buat projek.

Soalan ada 7. Tapi aku dapat jawab 3 je. Dalam pukul 2.28am, rasa nak baring ler kejap.. Pukul 2.30am, aku buat balik. Tapi bila aku tengok jam, dah pukul 5.20am. Wow!! Aku ada 1jam 40minit lagi nak buat! Kyaa!!! ( dah teringat cam video Matluthfi.. boleh tengok kat bawah post nie) Tapi aku buat je lar walaupun dalam pukul 8 baru nak hantar. Bro pun dah sampai pejabat. Adeh.. Maafkan saya, bro...

Tapi Alhamdulillah.. Cuti ni takde projek.. Tapi nak fokus lak dengan assignment built environment.

Secara jujurnya aku cakap, walaupun baru je 2minggu, aku tetiba dah rasa bosan and give up. Nak nangis pun ada. Kadang2 timbul soalan kat kepala aku, "kenapa aku amik aed?" Serius, aku rasa tak kuat masa tu. Kadang2, timbul rasa tak puas hati. "Kenapa aku tak exempted english? 2jam aku boleh guna nak buat projek..." "tak acinya.. orang tu (studiomate aku) ponteng kelas english nak buat projek.. kenapa aku baik sangat datang nie?" Kadang2, marah diri sendiri, "kenapa aku tangguh nak buat???" "bila aku nak study subjek lain??"

Sometimes, aku rasa nak campak je barang2 tu semua and just tido je. Bilik aku kecik. Katil aku penuh dengan drawing block, laptop and beg. Meja penuh dengan buku yang tak bersusun. Lantai penuh dengan projek and alat2. Seriously.. Sampai baju pun tak sempat nak cuci..

Aku tak heran sangat kalau yang dah amik AED (Architecture and Environmental Design) nak perli aku ke apa.. "Haa.. Baru kau rasa seksaan kitaorang..." Why? Sebab niat kita lain. Niat korang maybe sebab nak dapat kerja tu je. Tapi niat aku berbeza dari korang. That's why aku redo banyak kali untuk dapatkan hasil kerja berkualiti. Kalau setakat "yang penting, aku submit", baik kasi kertas kosong je.

Kadang2, nampak je projek kitaorang ni senang.. Tapi nak buatnya, memang payah. No wonder orang selalu kata, nak jadi budak AED ni, dia kena kuat semangat.. Yes.. Aku hampir jatuh.. Aku memang dah macam nak give up.. Niat pun macam nak berhenti je. Tapi tangan aku tak berhenti melukis.

Lagipun..... Sebelum aku masuk uia....

Ayah : Kubayb (my cousin yang masuk uia gak dulu) cakap budak arkitek ni selalu buat projek sampai tak tido malam. Kadang2 duk studio je. Kakyong rasa boleh tak?
Me : Ok je.. Kakyong pun selalu tido lambat an..
Ayah : Betul kakyong nak amik architecture ni? Tak nak tukar?
Me : Yup, tak nak tukar...

Aku dulu terima cabaran ayah aku. Aku fikir, sebab aku selalu tido lambat, ok ler. Aku boleh survive. Tapi berbeza perasaannya wei.. Kau kena stay up dalam keadaan yang stress..

And my mom pun pernah tanya masa minggu pertama...

Mama : Kakyong menyesal tak amik AED nie?
Kakyong : Tak..
Mama : Takde rasa nak tukar course?
Kakyong : Takde.. (poker face)

Seriously, why do I ever say that?? And dalam masa sama, aku bersyukur sebab tak involve lagi dalam FSCC.. Aku rasa mesti hidup aku dah tak terurus. Serius.. Cam nak give up!

Tapi terbaca post cikgu LK aku. Cikgu cakap tentang students dia yang pandang students sekolah lain yang bawa barang2 LK serta board yang mahal2.. Padahal kitaorang takde pun benda tu. Setakat barang murah and board pun kitaorang pinjam sekolah punya. Kitaorang pakai baju oren yang sama untuk dapatkan perhatian orang ramai (sebab sekolah kitaorang setakat sekolah luar bandar je). Budak LK pun tak dipandang sangat. Budak Biologi yang cam dikira pandai lar gak. Berusaha bersama-sama nak tunjuk kehebatan kitaorang.

Barang2 AED ni pun, ayah aku sanggup pergi Shah Alam semata2 nak belikan. Dulu, sanggup tanya orang universiti apa yang terbaik tuk course architecture. Akhirnya, ayah aku selalu rekemen kan aku masuk UIA ( padahal aku stuju pun sebab konon nak ikut cam cerita Nur Kasih). Tengok ayah aku research pasal architecture ni. Mak aku yang tak habeh2 berdoa supaya aku berjaya dalam hidup.

Then, teringat pula dorang yang pernah pandang rendah kat aku. Labelkan aku sebagai pemaleh. Buat muka pelik bila aku cakap aku sekarang dah masuk sekolah SMK Mambau. Sebab kat seremban, sekolah tu, orang kira sekolah yang bermasalah. Dulu pun ada cikgu sekolah lama aku cakap, "you'll regret for leaving this school." Sorry, madam. I didn't feel that at all. Ada lak cam anggap budak tudung labuh ni susah nak dapat pekerjaan professional.

So, maybe tu sebab tangan aku terus melukis walaupun hati aku duk merungut. Macam apa yang belajar dari basic themes Al-Quran, we need to express our desire and anger but must be controlled by our 'aql (mind) and ad-din (religion). So, walaupun aku marah diri sendiri, aku masih ada akal untuk berfikir dan agama untuk dipegang.

Lagipun, ni setakat benda kecik je. Degree nanti jauh lebih susah. Kerja lagi confirm2 ler susah. Mungkin sebenarnya, aku just culture shock je kot.. Yelah.. Masa LK dulu, aku mana ada projek sebanyak camni. Tapi daripada LK dulu, aku kuat sikit. Kenapa?

Sebab dulu, aku pernah nak buat pelan rumah untuk assignment LK. Semua dah lawa. Dah buat dengan teliti.. Tapi ada satu bahagian kat tingkap ni. Halus sangat jadi saiz dia selalu tak sama. Beberapa kali aku padam tuk betulkan dan tak pasal2 TERKOYAK! Argh! Aku tampal je lar kertas untuk cover terkoyak tu.. Tapi aku tetap tanya cikgu aku. Cikgu dengan berat hati minta aku redo. Sedih lak rasanya. Aku buat punya buat tapi last2, aku dah macam give up. Aku buat cincai je. Hilang satu markah.. Sedih sebab cikgu harapkan dapat markah penuh.

Tu sebab aku tak nak benda tu terjadi balik. Tak nak disebabkan rasa 'give up' dan bosan tu merosakkan projek aku. This post is not to frighten my juniors yang bakal berdepan dengan projek yang banyak ni. Tapi sebenarnya, untuk sedarkan korang yang kita kena bersiap dari segi fizikal dan mental untuk benda camni. And also wanna say, benda ni yang akan kuatkan kita, Insya-Allah, sampai kita dah kerja nanti.

Semua pun susah. Kalau aku terasa nak tukar course pun, maybe sebenarnya dia jauh lagi susah dari AED. Lagipun, kalau aku nak tukar, aku nak tukar ke course apa? Cam takde je yang sesuai dengan aku. =_=' Well, that's all from me. Astaudi'ukumullah. Wassalam..


~sem lepas, saje mimik balik matluthfi dengan roommates bila stress study.. hehe.. what? he understands us~


~sejibik cam situasi last project...~

1 comment:

Intan Najihah Salehuddin said...

saya bru hbis spm,n keliru sngt2 nk amek pe lpas dpt kptusan spm,klau sye nk ambil aed kt uia,sye akn blja pe ye,cbe bgi pencerahan ckit