Thursday, March 29, 2012

SPM???

~Assalamualaikum wbt~


~Hari ni, aku ada exam english. Memang payah ler kan. Dengan tangan terasa dah lenguh, cam maleh je nak jawab. Why english, why?? Why you no easy?? ( Dah cam 9gag pulak )

Cerita pasal SPM? Cerita lapuk ler Tqah. Kau ketinggalan zaman. Yer.. Memang pun.. Aku busy ler. Jadi, lambat ler. Tapi disebabkan aku dah ambil SPM dan dah hampir setahun lebih aku dah hadapi benda tu, jadi aku tau ler apa yang kitaorang alami lepas dapat result.

Masa zaman aku dulu, aku teringat kenangan aku ambil result. Aku ingat slip aku penuh dengan B dengan C. Aku paling risau subjek Fizik. Memang dah setengah mati aku cuba study untuk subjek tu. Tapi alhamdulillah, berkat usaha dan doa, result aku kira... urm... tak tau terms apa tapi tetap memuaskan. ^^ Hp penuh dengan mesej, takpun dengan kol, parents peluk, cikgu duk cakap congrats, kawan2 duk share result.

Tapi dalam masa sama, ada gak kawan-kawan aku yang kecewa dan sedih. Result tak memuaskan. Ada result yang fail. Ada yang tak capai target. Ada yang merasakan result dia betul2 teruk. Aku ingat lagi sorang kawan aku ni cakap, "Aku yakin sebenarnya yang aku boleh buat lebih baik dari ni. Tapi sebab aku main-main....."

Dorang tetap kongsi perasaan sedih dorang tapi aku try pujuk. "Tak guna pun kita menyesal sekarang." Ayat yang paling banyak aku guna.

Dan dalam masa sama, dalam kegembiraan aku dapat tawaran dari Matriks, IPG, IPTA dan IPTS, ada kawan2 aku still terkapai2 tak dapat mana-mana tawaran. Saat tu gak lar aku dengan parents aku cuba sedaya upaya untuk tolong dorang. Tak lupa bagi kata2 semangat. :)

Alhamdulillah, ramai yang dapat sambung study. Memang.. Tu bukan apa yang dorang rancangkan tapi mungkin Allah dah susun yang lebih baik untuk dorang. Perancangan Allah tu kan lebih baik. :)

Okey.. Sekarang, aku nak gelarkan diri sebagai saya lak. Sebab nak cakap dengan junior ni. Okey je kan? ^^

Kepada adik2 yang dapat result yang bagus, tahniah! Saya yakin, korang mesti tersenyum sampai ke telinga kan? Tapi jangan timbul sifat bangga diri sudah. Memang kita patut rasa berbangga tapi jangan terlalu bangga lak sampai merasakan kejayaan korang tu disebabkan usaha korang SENDIRI. Ingat.. Kalau tak diizinkan Allah, korang maybe tak dapat result sebaik tu.

Tapi bagi dorang yang dapat result kurang baik, it's ok. It's not the end of the world. Seriously!! Mungkin ada kata, "result aku teruk, camne nak masuk universiti?" Don't worry. Pasti ada peluang dalam setiap perkara pun.

Kita ambil contoh cousin saya. Dia dapat 4G. Bukan P1 4G tu. 4 FAIL! Yer.. Fail.. Ayah aku yang memang always update dengan perkembangan dia pun cam rasa agak kecewa. Aku lagi ler. Tapi ayah aku tolong dia dengan suruh dia isi borang untuk masuk pra-diploma. Dia cam STPM lar tapi ni kira sambung ke diploma terus kalau result exam pra-diploma dapat bagus. Alhamdulillah, berkat usaha, dia dapat sambung diploma di UITM Segamat, Johor.

Ada je yang sambung form 6. Yer. Ada kata STPM ni susah. Wahai adik2, kat dunia ni mana ada benda senang. Kalau korang masuk U pun, amik exam dia pun, confirm korang kata susah. Jangan takut ambil risiko. Jangan lari dari kesusahan tapi redah akan kesusahan tu. Tapi yang bagusnya form 6 ni, study je 2tahun, dapat result bagus, boleh sambung terus ke U.

Tapi ada je yang ambil SPM semula. Result dia? Saya tak sure sebab aku dah lost contact dengan dia. Ada gak yang masuk Politeknik. Ada gak yang join IPG. Tapi ada gak yang masuk universiti swasta. Mana-mana tempat pun sama je.

Jangan putus asa adik2. Jangan terus kata, "memang aku tak dapat sambung belajar.. Kerja je lah.." Jangan camtu dik. Ada kawan akak pun awal2 camtu. Tapi dia masuk kolej poly-tech MARA dan tahun lepas, dia dapat tawaran untuk jadi 2nd intake student kat UITM. See.. Rezeki ni datang bila-bila je. Kita je yang kena pandai cari peluang sementara masih ada. ^^

Dan mungkin gak ada kata, "Aku setakat 2A je. Kat U tu confirm ada student dapat 10A. Macam mana aku nak kalahkan dorang? Macam mana aku nak dapat dean list ( kira cam pelajar cemerlang )." Adik2.. Semester lepas, sorang kawan akak yang 'A' dia sikit je masa SPM, berjaya dapat 4flat. Padahal akak yang lagi banyak A dari dia, cuma dapat 3.835 je.

Bila dah masuk U ni, orang dah tak pandang 'A' tu dik. Result SPM tu tak penting bila dah masuk U. So, don't worry too much about it. Result SPM tu sekadar tiket untuk dapat lebih banyak tawaran dari pelbagai universiti. Dan tiket untuk kita dapat universiti dan course pilihan kita. Dah masuk U atau apa2 institusi pun, dorang just tengok usaha kita je.

"Kak, parents saya asyik duk banding je saya dengan anak jiran sebelah. Kecik hati saya." So what? Jadikanlah benda tu untuk memotivasikan diri kita. Saya dulu pun selalu dibandingkan. "Haa, kakyong! Cuba nengok si Syapik ( nama sebenar, Syafiq ) tu. Pandai add math. Dapat highest kat sekolah dia." Sikit2 syafiq.. Asyik2 syafiq. Takdo orang lain ke? Tapi sebab saya bengang naa diperbandingkan dengan Syafiq, saya study habeh2 sampai dapat A+ untuk add math. So, it's not a bad thing dear. Take it positively. :)

Memang tak boleh lari daripada perasaan sedih. Mungkin ada yang duk ungkit2 kita pemalas. Yer.. Mungkin betul, kita pernah malas. Dan disebabkan fizik saya, ada orang pernah cakap, "Tu lar.. Kalau tak pindah sekolah dulu, confirm dah dapat A." Tertekan? Memang tertekan.

But apa yang dah lepas tu biarlah lepas. Kita bukannya doraemon yang ada alat untuk putarkan masa. Kita manusia. Dan ambillah semua ni sebagai ujian untuk kita. Adakah kita benar2 kuat? Atau masih lemah macam dulu? SPM? Untuk student form 5 je. Korang dah 18!! So, focuse on your future.

Terasa nak release tension? Just watch this VIDEO. Yup. Umur baru 18 tapi dah pandai bab2 camni. Matang. Oh ye.. Permohonan IPTA belum tutup lagi kan? ^^ Saya cadangkan ambil UIA! Ngee~ Jangan risau adik2.. UIA ni bukannya yang jenis extreme2 gitu. Ada je yang bertudung labuh, berpurdah dan berserban. Tapi ada je yang berjeans, berpashmina, pakai cap dan cam biasa2 gitu. Kami pun manusia macam anda. Ada orang asing?? Derr.. Tu kat UIA gombak ler.. UIA petaling jaya takdo. Ada pun sikit je, tu pun dari Sudan. Dorang ok. :)

So that's all from me. Now, nak rest sebab malam ni kena siapkan assignment bahasa arab lak. FYI, bahasa arab kat sini tak susah. Cam tahap sekolah rendah je. Aku yang memang tak pernah faham dan fail bahasa arab pun dapat skor 22/30 untuk mid exam aritu. So, jangan risau sangat ler. Tak masuk pointer pun. K dah. Mau chow. Wassalam~

p/s : Kalau dapat result tak bagus untuk SPM pun dah kecewa SANGAT, payah nak hadapi dunia luar tu, adik.

1 comment:

emon said...

thumbs up 4 u... u ar burn my spirit again.. thanks a lot