Monday, August 26, 2013

Pada Tarikh Itu

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Not my drawing. Diambil dari inche Google
~Aku pergi ke rumah kawan aku di Perak. Saje nak beraya bersama-sama kengkawan. Dalam perjalanan nak balik tadi, aku terfikir satu peristiwa tahun lepas. Nampak sangat aku tak fokus sangat buku yang aku baca dalam train tadi.

Tak ingat tarikhnya bila. Tapi yang aku tau, benda tu berlaku bulan 12 tahun 2012. Tak silap aku, kitaorang nak sambut anniversary Mak dan Ayah aku. So, di dalam kereta, sambil berborak dengan rasa seronoknya berlaku satu conversation.

Adik 2 : Eh? Mak Ayah dah kahwin berapa tahun ek?
Adik 3 : Dah 19tahun kan?

Dan mata aku terus terbeliak! Dari pandang tingkap, terus pandang dorang.

Me : Woi! 24tahun lar! Orang ni dah umur 19tahun. Mak Ayah kahwin 11 Disember. Orang lahir 2Disember. Takkan ayah mak kahwin lepas kakyong lahir??

Lepas tu, kitaorang terus tergelak. Tapi bila aku pikir balik.....

Aku mungkin tergelak.. Tapi macam mana anak2 yang mengalami perkara tu?

Lahir sebelum mak ayah dia kahwin.. :'(  Adakah dia akan gelak cam aku gak?

Pernah aku hampir nak nangis tengok kanak-kanak tu. Tersenyum gembira macam dunia ni dia yang punya. Bahagia memeluk ibu tercinta. Tapi aku terbayang-bayang apa yang terjadi kalau dia dah besar nanti.

Anon : Mak ayah awak kahwin bila?
Dia : 31 Disember 2012
Anon : Eh? Bukan awak lahir 20Disember 2012?

Apa reaksi muka dia? Kalau mak ayah dia kahwin sebelum dia lahir, tu maybe boleh cover lagi. Tapi kalau selepas?

Haha. Sengalnya. Hati kita mudah sangat jatuh ke arah maksiat. Mula-mula mesej je. Dating. Benda makruh je dulu. Then, terpergi ke arah haram. Terus terjatuh ke arah dosa besar. Dan kita cakap, kita kasihankan anak2 ini? Lawaknya manusia ni.

Pandai kasihan tapi tak pandai bertindak. Itulah kau. Itulah aku.

Tuesday, August 20, 2013

It's Okay

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Diambil dari tumblr

~Laptop akhirnya dah keluar dari wad. Alhamdulillah. Tak perlu tunggu turn nak guna laptop ayah lagi. Macam2 aku nak post tapi kebanyakannya, rasa cam tak kena. Ada yang aku rasa takde kaitan. Ada yang aku rasa, aku tak cukup ilmu lagi. Ada yang aku rasa, takut buat orang terasa. Maka, aku pendamkan je dalam hati.

Aku scroll twitter cam biasa. Haa! Budak Mato update ! After I read his post, I suddenly remember one thing that I wanted to share with you guys since my visit to Kampung. Seriously, aku bukan nak ciplak idea Budak Mato ke apa. Aku just nak share something, ok. (Nape post aku banyak pasal Budak Mato ni? Aku tak minat 'dia' ek.)


Mata aku lebih fokus kat tulisan yang tertaip atas helaian kertas terbal ni. Sebenarnya, aku tak minat sangat pun. Kahwin paksa? Laki ego? Perempuan terlalu baik? Orang ketiga terlalu jahat? Pergh! Takde benda lain ke? Tapi sebab nak luangkan masa dengan bijak, maka novel 'Perempuan Lindungan Kaabah' ni aku baca lar gak. Yelah.. Buku lain dah habeh baca.

Awal2, aku duk kat satu spot ni yang aku rasa, dekat gak dengan orang ramai. Rasa tak selesa, aku pun ala-ala tengah hiking mencari spot baru untuk baca buku ni. Fuh! Kejap2 mata aku tumpu kat ayat2 dalam buku. Kejap2 mata aku melirik lak ke arah adik2, sepupu2 dan anak2 sedara yang tengah seronok. Aku senyum je and terus sambung baca.

"Kakyong! Tolong amik gambar angah!"

Angah jerit dari bawah. Aku pun tutup buku. Turun dengan gaya lasak dan bajet cam laki. Terpaksa geledah dalam beg, nak amik handphone alang. Sambil bebel sorang2, (sebab aku selalu jadi mangsa tuk jadi photographer adik2 aku) aku pun snap.

Sebab maleh nak hiking lagi, aku duduk kat tempat asal aku tadi. Tetibe, kazen aku tegur...

"Kakyong tak nak mandi?"

Aku senyum je sambil geleng.

Aku pandang family aku yang tengah seronok bermandi-manda kat dalam sungai disertai dengan air terjun yang deras. Aku dulu masa remaja, pernah mandi kat sini. Masa tu, aku dengan kazen aku hampir hanyut sebelum diselamatkan oleh kazen aku yang dewasa. Yoler.. Aku kurus keding masa tu. Kazen try selamatkan, tapi dia pun hanyut. Nasib baik sorang lagi kazen ada.

Tu bukan sebab aku tak mau join mandi.

Masa aku kecik, aku tak nak mandi swimming pool. Bajet dah besar lar konon. Sampai mak cakap, "Pergilah mandi. Nanti dah besar, tak dapat merasa dah."

Aku dah merasa mandi swimming pool. Aku dah merasa mandi sungai. And most of all, bila mandi, kan baju akan mengecut and menampakkan bentuk tubuh badan depan ajnabi. Lain lar kalau mandi asing2.

Mungkin.. Mungkin aku ni bosan. Mungkin aku rugi, tak dapat rasa keseronokan tu. Takmo enjoy diri dah.

"Takpe, Tiqah. Tak dapat enjoy kat sini, dapat enjoy puas2 kat syurga nanti kan?" pujuk suara hati Atiqah Farhana Safian sambil meneruskan bacaannya di atas susunan batu2 besar selepas berhiking tadi.

Wednesday, August 07, 2013

Renungan di Jendela

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Ni first time aku blogging guna gadget selain laptop. Tak best and tak puas sangat tapi takpelah. Aku cuba je.

Kira2 bulan April 2013.

Selepas solat maghrib berjemaah, roommate ajak bertazkirah bersama2. Boleh kira usrah gak lar. Aku ikut je. Macam2 dibincangkan tapi aku lebih suka berdiam. Kalau bab bercakap, memang ayat aku berterabur. Aku lagi suka menulis.

"Haa, Tiqah. Dari tadi senyap je. Nak dengar gak pendapat Tiqah."
"Tak tau nak cakap ape.."

Perangai aku yang rasa nak bagi pelempang.

"Ok. Nak tanya korang something. Korang buatpe masa dalam kereta? Selain borak2 dengan orang. Tiqah?"
"Haa? Urm... Entah. Pikir kot."
"Pikir ape?"
"Masa lepas. (Sengih2)"
"Tiqah ni an suka pikir masa lepas. Tak baik tau. Nanti boleh timbul perasaan tak boleh terima hakikat."

Aku sengih2 je. Tapi memang sifat aku. Suka termenung. Dalam kereta, bila tak borak dengan family, tak sibuk dengan bermesej, aku akan pandang luar tingkap dan termenung. Sikap aku yang tak pernah berubah dari kecik.

Mungkin. Mungkin apa yang roommate aku cakap tu betul. Kadang2, bila terfikir benda yang aku rasakan sangat memalukan atau melampau, aku akan tutup telinga or ketuk2 kepala sambil sumpah seranah sendiri. Opps! Aku takdelah cakap benda teruk ek.

Kadang2, waktu malam aku nangis sorang2. Tapi maybe takdelah nangis pun. Mungkin air mata hasil daripada menguap beberapa kali. Kadang2, aku senyum sorang2. Sebab ada cerita manis aku dapat kongsi dengan orang. Macam post aritu.

Ogos 2013

Anon : kau ok tak?
Me : aku ok je lar. Aku relax je. Nape semua nak risau ni?
Anon : Takdelah. Mana tau kau tak ok ke.
Me : ok.. Jangan risau. Aku bukan cam dulu lar.

Sekurang2nya, masa lepas mengajar aku sesuatu.

"If we did something wrong for the first time, that's a mistake. If we did it for the second time, maybe we forgot. If we did it for the third time, it's a choice."

Monday, August 05, 2013

Memang Aku Tak Ikhlas

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Diambil dari Inche Google

Hujung bulan 5, masa cuti sekolah dua minggu. Tahun 2007.

Ini kenangan yang aku masih ingat hingga sekarang. Cerita biasa bagi orang tapi istimewa bagi aku. Aku dengan Angah ada kem keagamaan di Ulu Sepri. Aku cuak plus nervous sebab ni first time aku pergi kem tanpa member. Tengah aku berjalan balik ke arah kereta nak amik barang, aku bertembung dengan sorang laki ni. Dalam hati aku, "Hensem sangat lar tu? (sarcastic)" 

Memang perangai aku camni. Tak pernah heran dengan laki. Yelah. Aku dari kecik bersekolah kat sekolah perempuan. Budak2 laki tepi jalan pun aku marah2 sebab dorang kacau kitaorang masa berbasikal. Brutal aku dulu kot. Pakai pun dah cam laki. Dengan jaket kesayangan aku, jeans lusuh, selipar dengan cap tuk tutup kepala ni.

Dah nama pun kem keagamaan, kenalah sarungkan tudung dan pakai pakaian menutup aurat. Aku memang pakai tudung on off so cam tak kekok sangat bila bertudung walaupun selekeh. (ye, aku memang tak kisah pasal penampilan aku) Aku takde baju lengan panjang so aku sarungkan je jaket aku.

Maka sesi ice breaking pun bermula. Diagihkan group dulu and nanti kitaorang kena buat presentation pasal group masing2. It went well for us. And tiba giliran satu group yang salah seorang ahlinya, budak lelaki yang aku rasa bajet hensem tadi tu. Bila dorang present, aku pandang je laki tu. Dia takdelah banyak cakap, kawan dia yang bebel je. Dah entah nape, aku rasa Allah suruh telinga aku berhenti berfungsi tuk tau namanye. And after the presentation, that's when I realised, I had a crush on someone.....FOR THE FIRST TIME!

Brutal2 aku pun, aku ni pemalu. Takde makna aku nak pi tegur terus laki tu. Tak pernah aku buat sebelum ni. Crazy enough, aku selalu curi2 pandang. Bila dia pandang ke arah kitaorang, aku terus pandang tempat lain. Pernah satu malam, fesi tu suruh kitaorang minta maklumat antara satu sama lain. Aku harap sangat dia datang kat aku or aku ada keberanian tuk pergi kat dia. Nampak dia terpinga2 je nak cari sape. 

Tapi......kawan baik dia pula datang kat aku. Dia angkat kening, supaya aku cakap. Aku pula buat muka nyampah. Tapi bagitau lar jugak. Bagitau nama je~

Dalam masa dua hari, banyak aku perasan. Dia suka lipat jeans dia sebab labuh sangat. (sampai ke harini, aku buat benda sama pada jeans aku). Dia suka warna peach sampaikan bila solat, baju melayunya pun warna peach. Baju lengan panjang, dia suka lipat hingga ke siku. Dia pakai pula wristband kat pergelangan tangan kiri dia. (Tiqah, nampak naa kau selalu duk perhati kat dia)

But yeah. Kitaorang ada satu peraturan. Lepas makan, kena cuci dan lap pinggan sendiri. Malam terakhir, aku cuci pinggan dan bila aku nak pergi lap, dia ada kat situ. Aku pergi kat depan dia, sambil lap, aku pandang tag nama dia. 'Zul'. (senyum sendiri)

Hari terakhir, aku berharap sangat miracle akan berlaku. Anything. Something. But I guess, it's just not meant to be. Harapan aku tuk parents kami sebenarnya kenal antara satu sama lain, takde. Harapan aku tuk dia tegur, memang mimpi pun takkan tercapai. There were nothing. Allah lebih mengetahui. I did have fun during this camp though.

Sampai rumah, aku pergi solat Asar. Aku mula berdoa sesuatu yang aku rasa, unexpected.

"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan dia. Aku akan pakai tudung tetapi aku cuma harap ganjarannya, Kau temukanlah kami kembali."

And yes, aku bertudung. Rasanya, tak pernah ditinggalkan. Kadang2, memang ler tak cukup syarak tapi still covered the hair. And yeah, I've waited. It has been 6years already. Mungkin Allah memang dah temukan kami cuma masing2 tak perasan atau dah tak ingat pun. Mungkin Allah temukan kami di syurga pula? Mungkin2.

Mungkin perkara ni takkan terjadi kalau Allah tak temukan kami di kem Ulu Sepri. Maybe I'm not who I am right now. Memang banyak ilmu yang kami dapat kat kem tu tapi aku dapat extra. Wallahu'alam.

But the truth is, I've already stopped waiting since that incident happened.

November, 2007.

"Kakyong, abang pada kawan Angah kenal dengan _____(my childhood friend). Nak Angah minta nombor dia?"
"Minta lar." (muka takde perasaan, takde feeling pun)

Another story began.

p/s : Depends kat korang untuk anggap cerita ni mengada2 atau bermanfaat. Wallahu'alam.

Sunday, August 04, 2013

Forever Alone

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Diambil dari Inche Google

Me : Aku nak kau janji dengan aku satu benda.
Anon : Pebendanye?
Me : Kau jangan tinggalkan aku. (muka takde perasaan)
Anon : Huh?
Me : Kita kawan sampai bila2 tau. Kau dah ada pakwe/awek pun, kau jangan lupa kat aku. Tau? Tau?
Anon : Ye.. Ye.. Insya-Allah..

Aku pun dah tak ingat bila perbualan ni terjadi. Mungkin masa aku tengah bodoh lagi. Tak faham tentang dunia ni. Sentiasa ingin perhatian. Tak mahu berseorangan. Aku tak tau post kali ni bermanfaat atau tak. Mungkin lebih kepada luahan hati. Entah.

Mungkin aku dah biasa ditinggalkan. Seorang demi seorang sehingga aku boleh diletakkan kategori 'forever alone'. "Kesian Tiqah, selalu rehat sorang2." Tahu pun kasihan. Tapi kenapa kau masih mengabaikan diri ini? Dorang tu bukannya sahabat tapi cuma kenalan. Kenalan yang kebanyakannya aku tak ingat pun namanya.

"I don't have a BFF (best friend forever). When I was still young, I was backstabbed by my own best friend. A stranger will always be a stranger."

My aunt once said that. Mungkin disebabkan tu, aku lebih suka berkawan sahaja tanpa ada title 'best friend'. Because whenever I made one, they left without a word.

But I got to admit, as time passed by, I made some best friends though not so many of them. Yeah. Only a few. That I've known for so many years. And I guess because I was too afraid that I lose them, that conversation came in.

Tapi sampai bila? Sampai bila ukhuwah ni akan terus bertahan? Aku dengan kawan aku cemburu dengan persahabatan budak Tomato. Saling mengingati antara satu sama lain. Sama2 nak masuk syurga. Tak best lar masuk syurga sorang2. Selfish namanya tu.

It's a rough day yesterday. I didn't cry. It didn't hurt. My mom seems to be disappointed. (No. She's really disappointed) Guess because I'm used to it and it didn't hurt as much as I felt before. Weird? Or maybe this feeling is not strong enough. Wallahu'alam.

But I shared it to my two beautiful best friends. They apologized if their words will offend me but I said, no because it's true. It's funny though because when I was young, I offended easily. Maybe because these words are from my best friends and of course, also from my mother.

I woke up until 2am. I'm not so sure when I actually slept. I'm having a fever, I should be sleeping early but my mind couldn't stop thinking. What if I died tomorrow? Adakah kawan2 baik aku akan turun ziarah aku? Adakah dorang akan menangis? Adakah dorang akan sembahyangkan jenazah untukku?

Selalu aku ada masalah, aku akan jumpa dorang. Disebabkan sekarang aku cuti, aku mesej je. Tu pun kalau dorang ada kredit. Tapi camne aku nak mesej dengan kawan aku sorang yang kat Brunei? So, aku online guna twitter dan facebook.

Tapi kalau dorang semua dah takde? Dah ler kawan2 baik aku sikit je. What if they leave me? Macam mana kalau cerita kitaorang diakhiri macam cerita Budak Tomato? What if... And I read something on twitter.

"Di saat kita ditinggalkan oleh mereka yang disayangi...Dia masih tetap setia menemani kita dan berada di samping kita dalam apa jua keadaan."

"Tidak semua apa yang kita rasakan harus diceritakan, kerana kadang2 dengan meluahkan segalanya kepadaNya lebih menenangkan."

Allah's here. And He's watching. Sekalipun kita lalai menjaga hubungan dengan Allah, Allah tak pernah lalai menjaga hubungan denganku. Persahabatan juga perlulah mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Bukan hubungan pasangan 'kahwin' je.

Kami takdelah setiap hari berchatting. Tapi rindu pasti mengelilingi diri ini. Sepatutnya, bila dah lama tak contact, mungkin akan terputus tali ikatan ukhuwah itu. Tapi yang aku pelik, bila kita bertemu, kita berbual tanpa ada rasa 'awkward'. When you have these feelings, that's what I call 'persahabatan'.

Moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. :)

Syukran kepada sudi membaca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

Anon : Jeles tak tengok budak tomato punya keakraban dengan geng usrah dia?
Me : Tu lar. Hebatnya ada kawan macam tu. Sama2 nasihat. Sama2 susah senang.
Anon : Jom jadi cam dorang? Kita pun boleh. Hehe2..
Me : Jom3! Insya-Allah. Kalau nak, mesti boleh kan?
Anon : Jom! Dulu kan, masa sem lepas, kitaorang selalu bagi tazkirah dalam kelas. Memang best! Jom lar bertazkirah di whatsapp. :)

Monday, July 29, 2013

Aku Tak Layak

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Diambil dari Inche Google

~Dah pukul 10.56am sekarang. Pukul 12 lebih nanti, aku dah kena bertolak ke KTM, Mambau, Nilai dan akhirnya, UIA PJ. Still ada 1jam lagi so aku rasa, aku nak brainwash diri aku ni dengan baca blog Budak Tomato .

Kawan aku yang recommended. Baru baca 1st post dia, aku dah jatuh cinta. OPPS!! Not that I fell for him. No.. No.. No.. Aku jatuh cinta dengan gaya tulisan dia. Kadang2, terasa ada tamparan kat diri ni. Kadang2, terasa sedih yang dia alami.

Dan sepanjang aku baca blog dia, aku tetibe teringat satu benda yang pernah aku baca kat novel. Allah. Aku lupa novel apa. Aku rasa novel tu tapi aku tak sure lak apa tajuk dia. Rasanya, hasil tulisan Dr Farhan Hadi. Tak kenal?? Alar.. Suami Kak Fatimah Syarha tu~ Tak kenal gak, pi google.

Pagi tadi, aku buka Al-Quran yang kecil molek tu. Masa terbaca terjemahannya, aku teringat balik ayat2 kat dalam novel tu.

Sejujurnya, aku ni jenis 'perah santan' tahap rasa nak bagi pelempang jepun kat muka ni. (sorry to the readers who couldn't understand Malay Language. 'Perah santan' is actually a word from 'perasan') Saat aku baca terjemahannya, satu sifat yang kadang2 zzzuppp masuk dalam hati ni. Sifat perasan, 'aku lah antara orang yang beriman tu' dan 'aku tak buat benda ni. So, confirm aku bukan dalam golongan ni.'.

Aku rasa, ramai di antara kita yang ada perasaan macam tu gak an? It hurts to say it but it's the truth. I actually have the courage to think that! Crazy me.

Dan dalam novel tu kata, (aku tak ingat spesifik ayat dia tapi aku just taip apa aku faham) kadang2 terasa watak baik dalam Al-Quran tu diri kita. Padahal sebenarnya, kita kena letak diri kita kat dalam watak negatif yang disebutkan dalam tu.

Masa aku baca tu, OUCH!! Rasa ada orang bagi pelempang kat muka ni.

Mungkin gak masa tu, aku berada kat simpang untuk ubah jalan. Dan aku terasa aku dah jadi diri ni baik sangat. Astaghfirullah Al Azim. Takde sekelumit rasa diri ni sebenarnya, memang, sangat2, TAK LAYAK untuk berpijak pada syurga-Nya.

I didn't say that after I read that, I actually changed myself 100%. Kadang2, bila ada watak yang alpa yang difirman Allah swt, aku bayangkan tu diri aku. Tapi kadang2, aku terlupa. Masih lagi terbawa2 dengan perangai lama. Crazy me.

I think most of us have the same problem. Aku tak cakap lar, aku ada penyelesaiannya sebab aku sendiri pun ada masalah yang sama. Tapi ni lar manusia. Always terasa apa dia buat ni dah cukup baik. Kadang2 alpa. Pandang diri ni baik je, lupa kuman2 yang sengaja main sorok2 kat dalam hati ni.

But then, it's true. Kita kena letak diri kita dalam golongan yang Allah tak suka. Bukankah kita ni manusia? Yang sentiasa buat kesilapan? Bila kita rasakan diri kita ni bukanlah golongan yang diredhai Allah, masa tu kita akan cuba perbaiki diri kita, Insya-Allah. Lain pula kalau kita bajet yang diri kita ni hebat. Pergh! Rasa ujub dalam diri. 

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan." (Surah Al-A'raf : 40)

Melawan nafsu dan syaitan untuk menunaikan ibadat jauh lebih senang daripada melawan sifat buruk dalam diri. Kita nak fight untuk solat, puasa, tutup aurat, bayar zakat, etc sebenarnya sangat senang kalau kita nak. Tapi sifat buruk yang ada dalam diri kita ni sangat susah untuk dibuang. Seriously.

Tapi takde benda yang mustahil. Tingkatkan amal ibadah. Twitter dan facebook tu, follow lar orang2 yang gemar berdakwah dan korang pun suka cara dakwah dia. Insya-Allah, you'll be better by each day. Opps! Jangan lupa buka Al-Quran tu. Baca tafsiran dia. Baru faham kan? :) Bukan jasad je perlukan makanan. Rohani pun sama. Takkan nak bagi dia kurus keding bila bertemu dengan Allah dan kekasih-Nya nanti. Ye dak?

Terima kasih sudi baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."

"Contoh manja?"

"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putus asa."

- Nukilan Budak Tomato -

Ouch! Terasa lagi. 

Thursday, July 25, 2013

Mana Perginya Harapan?

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~


Diambil dari inche Google. Gambar ni takde kaitan. Saje amik sebab rasa 'smart'!

~It has been a very busy week. Nak kena update biodata lagi. Nak kena usha schedule lagi. Nak activekan pin number. Nak prereg lagi petang ni. Apa aku merepek ni? Ni semua untuk masuk gombak nanti ler. Insya-Allah, bulan 9 nak sambung belajar kat UIA Gombak lak. So, kena lar siap2kan semua ni.

And to my surprise, aku rasa ni 1st time ever aku buat semua ni sendiri. Sebelum ni, ayah aku tolong buatkan. Don't get me wrong. Ayah aku memang excited bab2 camni. Belum sempat aku tahu pape, ayah aku dah buatkan. (Bayangkan dulu, aku tak tau pun function biasiswa tu. Ayah aku yang isikan borang dia semua) Aku pun banyak tanya seniors. Kadang2, tanya lar gak ayah aku.

Semalam antara yang paling busy rasanya. Tido pun dalam pukul 2.30am. Sebab ramai lagi kawan2 yang tak complete isi biodata dia lagi. So, aku tolong isikan. (sebab maleh dan penat sangat nak explain). Lepas tu, ramai lak bertanya pasal schedule ni. Pergh! Terasa macam kaunter pertanyaan je malam tadi. (But I've to admit, it's kinda FUN!)

Okay. Enough with my stories. Aku rasa, confirm2 lar ramai dah tengok video Sebelah Sayap an? Aku tau video ni dah ditayangkan 2bulan lepas tapi aku sengaja gak nak share kat sini.


Aku rasa, sape belum tengok, baik korang tekan butang play dulu. Kalau tak nak gak, ok..fine2..teruskan baca. Aku tak nak cite pengalaman orang lain tapi pengalaman aku sendiri.

Satu hari, aku tengah usha2 timeline facebook. Tu memang kerja aku kalau takde sape yang sudi nak chat dengan orang tak femes cam aku ni. Ada lar satu gambar ni, orang share dan aku pun baca lar and cuba fahamkan.

But something hit me right there. Bukan secara realiti, I mean visually. Struck through my heart and I kept on thinking it (I think until now). Ada lar satu ayat ni yang dishare dalam gambar tu. Memang lar ayat tu ayat hadith. Ayat daripada Rasulullah saw. Tapi entah kenapa, ayat tu memang buat aku terasa cam............"So, what I did for all this time, is useless???"

I don't know if I even should share that hadith in this post. Takut orang lain merasakan benda sama apa aku rasa. Benda tu memang betul, aku tak dapat nafikan. Tapi, mana perginya peluang? Peluang kepada orang cam aku ni yang sedang bertatih tuk berubah?

Aku teringat dulu. Seorang kenalan aku ni ada kawan yang pernah minum arak. Tapi Alhamdulillah, dah berhenti. Tapi kenalan aku cakap kat dia, "Kau tau an, kalau kau dah minum kat dunia, tak dapat minum kat syurga nanti?" 

(p/s : di syurga nanti, Allah sudah izinkan hamba-Nya untuk minum arak tetapi tidak akan memabukkan. Boleh rujuk surah as-saffat, ayat 45-47)

Tentang apa yang kenalan aku cakap tadi, ada hadithnya. 

Daripada penjelasan Az-Zawajir, Nabi Muhammad saw bersabda : "Barangsiapa meminum arak di dunia, maka dia tidak meminumnya di akhirat."

Tapi kenalan aku terlupa tuk bagitau satu lagi hadith.

Ahmad dan Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai, Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar : "Segala yang memabukkan itu arak dan segala arak itu haram. Barangsiapa meminum arak di dunia sedangkan dia selalu melakukannya dan tidak bertaubat, maka dia tidak meminumnya di akhirat."

Bagi aku, penting bila kita bagi satu hadith ancaman tapi dalam masa sama, kita bagi satu lagi hadith yang memberi harapan. Kalaulah aku peminum arak tu, baik aku terus minum arak je. Buatpe aku nak bertaubat? Kalau bertaubat pun, aku still tak dapat minum kat akhirat nanti. Dah jadi jahat, baik jadi jahat terus. (Astaghfirullah Al Azim)

Tu sebab, sepanjang aku tengok gambar kat fb tu, aku cuba cari, ada tak kata2 atau hadith atau ayat al quran yang mampu bagi harapan kat orang cam aku ni. Nampaknya, admin gambar tu terlupa. Bukan Islam yang salah tapi kemungkinan besar, admin tu terlupa.

Aku kecewa sebenarnya. Ramai yang tau bagi amaran tapi kadang2, dorang tak sedar, dorang boleh buat kami makin jauh dari agama. Bukan tak takut pada Tuhan. Tapi seolah2, apa kitaorang buat ni cam sia2 selama ni.

Tu sebabnya kena berhati2 dalam berdakwah. Aku sendiri kadang2 takut dengan post aku sendiri. Adakah aku di dalam golongan yang sama? Ye.. Aku dulu camtu. Minta maaf. Aku dulu takde pengalaman dan guidance.

"Jika agama gagal menawarkan harapan, itu bukan dari Tuhan."

"Hope and fear is like a pair of wings. You need both to fly" -Imam Maturidi

Ayat kat atas ni, dua-dua daripada video Matluthfi. Janganlah disebabkan dakwah kita tu, kita menyebabkan dorang menangis. Seriously, I cried that night when I told my friend about it. Dia tak berani nak cakap pape tapi satu benda dia cakap, "Cuma Allah je tau ibadah kita ni diterima ke tak." 

May Allah guide us to right path. May we see the hope that we search. May we don't just live in fear but do it for the sake of ourselves and Allah. May He ease everything for us. Thank you for reading. Astaudi'ukumullah. Wassalam~

A : Kejap2 pakai tudung. Lepas tu, tak pakai. Kalau nak berubah, berubah betul2.
B : Sekurang2nya ada usaha di situ walaupun tak istiqomah.
Matluthfi : At least, kalau hang tak dapat pahala berhenti buat dosa, dapat pahala cuba pun jadilah.