~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~
Diambil dari Inche Google |
Hujung bulan 5, masa cuti sekolah dua minggu. Tahun 2007.
Ini kenangan yang aku masih ingat hingga sekarang. Cerita biasa bagi orang tapi istimewa bagi aku. Aku dengan Angah ada kem keagamaan di Ulu Sepri. Aku cuak plus nervous sebab ni first time aku pergi kem tanpa member. Tengah aku berjalan balik ke arah kereta nak amik barang, aku bertembung dengan sorang laki ni. Dalam hati aku, "Hensem sangat lar tu? (sarcastic)"
Memang perangai aku camni. Tak pernah heran dengan laki. Yelah. Aku dari kecik bersekolah kat sekolah perempuan. Budak2 laki tepi jalan pun aku marah2 sebab dorang kacau kitaorang masa berbasikal. Brutal aku dulu kot. Pakai pun dah cam laki. Dengan jaket kesayangan aku, jeans lusuh, selipar dengan cap tuk tutup kepala ni.
Dah nama pun kem keagamaan, kenalah sarungkan tudung dan pakai pakaian menutup aurat. Aku memang pakai tudung on off so cam tak kekok sangat bila bertudung walaupun selekeh. (ye, aku memang tak kisah pasal penampilan aku) Aku takde baju lengan panjang so aku sarungkan je jaket aku.
Maka sesi ice breaking pun bermula. Diagihkan group dulu and nanti kitaorang kena buat presentation pasal group masing2. It went well for us. And tiba giliran satu group yang salah seorang ahlinya, budak lelaki yang aku rasa bajet hensem tadi tu. Bila dorang present, aku pandang je laki tu. Dia takdelah banyak cakap, kawan dia yang bebel je. Dah entah nape, aku rasa Allah suruh telinga aku berhenti berfungsi tuk tau namanye. And after the presentation, that's when I realised, I had a crush on someone.....FOR THE FIRST TIME!
Brutal2 aku pun, aku ni pemalu. Takde makna aku nak pi tegur terus laki tu. Tak pernah aku buat sebelum ni. Crazy enough, aku selalu curi2 pandang. Bila dia pandang ke arah kitaorang, aku terus pandang tempat lain. Pernah satu malam, fesi tu suruh kitaorang minta maklumat antara satu sama lain. Aku harap sangat dia datang kat aku or aku ada keberanian tuk pergi kat dia. Nampak dia terpinga2 je nak cari sape.
Tapi......kawan baik dia pula datang kat aku. Dia angkat kening, supaya aku cakap. Aku pula buat muka nyampah. Tapi bagitau lar jugak. Bagitau nama je~
Dalam masa dua hari, banyak aku perasan. Dia suka lipat jeans dia sebab labuh sangat. (sampai ke harini, aku buat benda sama pada jeans aku). Dia suka warna peach sampaikan bila solat, baju melayunya pun warna peach. Baju lengan panjang, dia suka lipat hingga ke siku. Dia pakai pula wristband kat pergelangan tangan kiri dia. (Tiqah, nampak naa kau selalu duk perhati kat dia)
But yeah. Kitaorang ada satu peraturan. Lepas makan, kena cuci dan lap pinggan sendiri. Malam terakhir, aku cuci pinggan dan bila aku nak pergi lap, dia ada kat situ. Aku pergi kat depan dia, sambil lap, aku pandang tag nama dia. 'Zul'. (senyum sendiri)
Hari terakhir, aku berharap sangat miracle akan berlaku. Anything. Something. But I guess, it's just not meant to be. Harapan aku tuk parents kami sebenarnya kenal antara satu sama lain, takde. Harapan aku tuk dia tegur, memang mimpi pun takkan tercapai. There were nothing. Allah lebih mengetahui. I did have fun during this camp though.
Sampai rumah, aku pergi solat Asar. Aku mula berdoa sesuatu yang aku rasa, unexpected.
"Ya Allah, pertemukanlah aku dengan dia. Aku akan pakai tudung tetapi aku cuma harap ganjarannya, Kau temukanlah kami kembali."
And yes, aku bertudung. Rasanya, tak pernah ditinggalkan. Kadang2, memang ler tak cukup syarak tapi still covered the hair. And yeah, I've waited. It has been 6years already. Mungkin Allah memang dah temukan kami cuma masing2 tak perasan atau dah tak ingat pun. Mungkin Allah temukan kami di syurga pula? Mungkin2.
Mungkin perkara ni takkan terjadi kalau Allah tak temukan kami di kem Ulu Sepri. Maybe I'm not who I am right now. Memang banyak ilmu yang kami dapat kat kem tu tapi aku dapat extra. Wallahu'alam.
But the truth is, I've already stopped waiting since that incident happened.
November, 2007.
"Kakyong, abang pada kawan Angah kenal dengan _____(my childhood friend). Nak Angah minta nombor dia?"
"Minta lar." (muka takde perasaan, takde feeling pun)
Another story began.
p/s : Depends kat korang untuk anggap cerita ni mengada2 atau bermanfaat. Wallahu'alam.
2 comments:
mcam hinata. malu2 xP
huahua tak sangka ada crush jugak ko
haha.. aku dari dulu sampai sekarang pemalu kot. XD mestilah ada~~~
Post a Comment