~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~
Diambil dari inche google |
~Setelah hampir sebulan setengah aku kerja, akhirnya aku duduk di rumah mula menanam anggur. Kadang2, keluar ler. Buat ler pe yang patut kat rumah. Sepanjang kerja, macam2 benda aku nak post kat dalam blog ni. Tapi kerja punya banyak nak buat, stress yang tahap terlampau sampai rasa nak berhenti pun ada. Tapi Allah sendiri pernah berfirman,
"Allah takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah:286)
Aku rasa, korang dah tengok gambar pun, korang dah faham an pe aku nak taip hari ni? Aku dah lama nak post benda ni. Benda ni benar2 terjadi dan aku tak sanggup tengok benda ni terbiar, ditiup angin macam takde pape yang berlaku.
Alkisahnya tentang seorang kenalan ni dahulu (seperti diri ini) berada di zaman muda-mudi yang hanya tahu berseronok. Melakukan perkara yang tidak disenangi Allah mahupun manusia. Tapi sekarang, dia sedang berubah. Kadang2, biasalah terjatuh sekejap tapi masih cuba untuk bangkit. Satu hari, kawan dia dapat tau lak pasal sikap dia dulu. Ape lagi. Marah lar. (Aku pun tak paham)
Macam2 benda lar kawan dia ni tak puas hati. Yang aku tau, kawan dia memang marah sampai tak boleh terima apa dia buat. Haisy! Rasa nak bagi penumpuk je kat orang tu. Bila kenalan aku tu kata, dia tengah berubah, kawan dia masih tak boleh terima.
K. Aku tak nak teruskan apa yang terjadi. Full stop di situ. Aku tau korang pun dah boleh agak apa pengajaran dalam cite ni. Silakan kalau nak teruskan baca. Boleh je kalau korang nak tekan butang X warna merah tu.
Senang cite aku nak cakap camni je lar. Masa zaman dulu, korang ada buat silap tak? ADA? TAKDE? Kalau takde, koranglah manusia yang sangat sempurna mengalahkan Rasulullah saw sendiri. (sila faham kata2 perli ini) Rasulullah saw sendiri pernah buat silap kot.
Ok. Aku bagi contoh kat bawah ni walaupun lebih kurang sama je cite kat atas.
anon : mak ayah. anon nak cakap something tapi jangan marah tau.
mak : ape dia?
anon : anon dulu pernah makan senyap2 masa puasa. tapi dulu lar.
ayah : ape??? anak tak guna! kau tau tak apa kau buat tu dosa??
anon : anon tak sengaja. tapi, anon tak buat dah.
mak : ah! tapi anon tetap buat gak benda tu!
ayah : ayah kecewa betul dengan anon! tak pikir dosa ke????
Ok. Terlebih dramatik. Tapi lebih kurang lar kan? Sedangkan Allah swt memohon hamba-Nya. tapi of course lar Allah maafkan hamba-Nya bila dah bertaubat. Allah berfirman,
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar : 53)
Kita ni sape tak boleh maafkan orang? Kita ni sempurna sangat ke sampai tak boleh terima perubahan orang lain. Aku minta maaf bagi yang pernah terbuat benda ni tapi bagi aku, it's unfair for them. Dorang tengah berubah. Korang macam tutup peluang tuk dorang seolah-olah, it's too late and you'll definitely will be thrown to hell. Astaghfirullah Al Azim.
I don't know what more to say actually. Try ingat kata2 Matluthfi dalam video Sebelah Sayap, "Aku nak hang bagi peluang kat dia. Peluang yang sama lecturer hang bagi kat hang. Hang jangan cakap, lecturer hang lagi pemurah dari Tuhan."
Tu sahaja daripada aku kot. Terima kasih sebab baca. Astaudi'ukumullah. Wassalam~
A : Kau baik.
B : Aku dulu jahat. Sekarang, aku memang try nak berubah, tu pun still terkedek2 lagi.
A : Sekurang2nya, kau tengah try berubah kan?
1 comment:
Situs Judi Slot Online Deposit Pulsa Tanpa Potongan
Bandar Slot Online, 하남 출장안마 Situs Judi Slot Online Terpercaya Deposit 김해 출장안마 Pulsa, Agen Judi Slot Deposit Pulsa Paling 안산 출장샵 Gacor Slot88, Pulsa 속초 출장안마 Jackpot 당진 출장마사지 Terbesar.
Post a Comment